20100129

bunian di rumah..

Tempat = rumah saya
Masa = ................
Ahli = saya dan ahli keluarga saya
suspek hantu = bunian

malam saya nak bercerita sikit berkenaan dengan pengalaman saya berkenaan dengan bunian.

kisah ceritakan kerana , sorang forumer bertanyakan berkenaan nurnilam sari. sebenarnya saya tak mempunyai pengetahuan berkenaan nur nilam sari, tapi kalau yang di nyanyikan oleh awie tu, sebenarnya lagu tu memuja kepada puteri bunian yang bernama nurnilam sari.

beberapa patah lirik dari lagu tersebut

Pinjamkan sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
KAbus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Ku lupakan sengsara
Berapi kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

sebenarnya ini lah situasi yang seringkali berlaku kepada seseorang apabila dua alam bertemu. bagi saya penulis lirik lagu ini memang mempunyai pengetahuan berkenaan alam yang lain selain alam kita.

kerana lirik dalam lagu tu banyak diceritakan situasi ketika pertemuan antara alam kita dengan alam bunian, seperti mana yang saya sebutkan tadi.

ok berbalik kepada cerita nya bermula begini..........

allahyarham ayah saya mempunyai sebidang tanah berhampiran dengan laut di sungai apong sabak bernam .kebun itu jauh dari tempat tinggal manusia.

berhampiran dengan tanah tu ada sepohon pohon ara yang amat rendang pohonnya, seperti mana yang kita sedia maklum pohon ara ni adalah tempat kegemaran makhluk halus terutama pontianak.

allahyarham ayah saya banyak mengalami kejadian ganjil ketika bekerja dikebun tersebut.

diantara yang masih saya ingat sepertimana yang pernah diceritakan oleh allahyarham ayah saya pada satu tenghari arwah ayah saya keletihan dan berehat seketika dikebun tersebut. ketika beliau berbaring menghadap pohon ara itu untuk tidur beliau seperti ternampak pohon ara tersebut bukan nya pohon ara tetapi sebuah rumah yang mempunyai langsir yang sangat cantik .beliau yang ketika itu hampir terlelap terus terjaga dan macam biasa meremang bulu romanya.

dan pada hari yang lain pula ketika beliau sedang menunggang motor,beliau telah terlihat beberapa orang perempuan sedang duduk ditepi parit sedang bercerita.beliau kehairanan kerana mana ada rumah orang disana ,oleh kerana beliau terlalu menumpukan kepada kumpulan perempuan tersebut beliau kurang memberi tumpuan kepada motor yang ditungganginya.akibatnya beliau yang sedang lalai telah terlanggar lopak yang amat besar dan terjatuh.

akibat terjatuh tumpuan kepada kumpulan perempuan tersebut telah beralih arah kepada kesakitan yang beliau tanggung akibat terjatuh tersebut.

kumpulan perempuan yang melihat beliau jatuh itu mengetawakan beliau dan menegur beliau kerana jatuh motor.dalam kesakitan allahyarham ayah saya terus melihat kembali kepada kumpulan perempuan tersebut tapi ternyata mereka semua telah hilang bersama angin laut selat melaka.

selain itu juga sewaktu bekerja di kebun tersebut seringkali allahyarham ayah saya tercium bau masakan dan kadang kadang terdengar bunyi orang sedang memasak.

namun apa yang menghairankan saya yang seringkali membantu allahyarham dikebun tersebut tidak pula pernah mengalami kejadian ganjil, cuma seringkali saya terserempak dengan ayam hutan.

mungkin sebab saya jarang kekebun tersebut dan hanya pergi ketika waktu cuti sekolah sahaja itu yang membuatkan saya kurang dikenali mereka kot.

oleh kerana disitu terdapat banyak ayam hutan saya pernah mencadangkan kepada kawan saya supaya memasang racik dikebun tersebut.

pada satu hari kawan saya yang memang hobinya meracik ayam hutan itu telah pergi kesana untuk meracik .beberapa ekor ayam hutan berjaya diracik oleh nya memang banyak katanya.

selepas mendapat beberapa ekor ayam hutan beliau balik kerumah,dengan seronoknya teringatlah keenakan ayam hutan apabila dimasak gulai.

sampai dirumah beliau telah meletakkan ayam tersebut didalam serkap .dan beliau bercadang untuk menyembelihnya dua tiga hari mendatang.

dimalam tersebut ketika tengah malam sebelum beliau tidur ada suara perempuan mengucap salam diluar rumah

"assalamualikum"

isteri beliau yang kehairanan memandang beliau dengan penuh kehairanan apa bila mendengar ucapan salam ditengah malam .beliau hanya membalas pandangan isterinya dengan wajah kehairanan juga.

isteri beliau bertanya kepada beliau"sapa malam malam nie datang rumah kitani?"

jawab beliau"ntahlah.mungkin ada kecemasan kot sampai tak cukup siang.orang dah nak tido barulah mengacau"keluh beliau.

beliau yang kelihatan malas keluar turun dari katilnya dengan diikuti isterinya dibelakang menuju kepintu rumahnya.apabila daun pintu terkuak beliau turun kebawah dan beliau terlihat seorang perempuan yang amat cantik berbaju kurung serba merah muda.

beliau pun pergi kearah perempuan tersebut dan berkata,"adik nie sapa tak pernah pula abang lihat adik dikampung ini dan malam malam buta ini ada apa hal?"tanya beliau bersahaja

perempuan itu menjawab"saya datang ni sebenarnya nak ambil balik ayam saya yang abang ambil siang tadi,abangni kalau nak ambil ayam saya ambillah, saya tak larang cuma kalau nak ambil ambillah dengan tuan tuan nya sekali janganlah ambil ayam saya sahaja"jawab gadis itu manja.

mendengar jawapan gadis itu kawan saya itu terus melarikan diri keatas lalu menutup pintu rumah dan terus menarik isterinya masuk kebilik

isterinya yang curiga dengan suaminya lantas bertanya dengan nada cemburu dan marah"abangni sapa tu bang?"

kawan saya hanya mendiamkan diri sahaja

lalu isterinya terus berleter"ooooo kata tiap hari pergi meracik lain yang diracik nya yer kalau mcm nie sikap abang hantar saya balik kerumah mak ayah saya dalam diam diam abang nie ada simpan perempuan lain diluar yer"marah isterinya sambil menangis

beliau yang naik takut dengan kejadian yang baru berlaku mula naik angin dan berkata"kalau kau nak balik sangat esok pagi pagi aku hantar kau dengan anak anak tapi malam ni tak boleh"jerkah beliau kepada isterinya

isterinya yang sedang menangis terus berleter"malam ni jugak jangan tunggu tunggu esok pagi"

beliau yang sedang runsing terus menyelimutkan diri dan melelapkan mata dan membiarkan isterinya berleter seorang diri.

isterinya terus berleter dan meninggalkan beliau sorang sorang tidur diatas katil dan dia telah pergi tidur bersama anak anaknya, sebagai memprotes perbuatan suaminya yang disangka curang.

pada keesokan paginya isterinya terus berleter dnegannya .oleh kerana hilang kesabaran beliau berkata kepada isterinya"kau tau perempuan mana yang datang malam tadi itu sebenarnya penjaga ayam hutan yang aku tangkap.senang cakap itu hantu kau tau hantu."marah beliau kepada bininya

isterinya tercengang cengang mendengar penjelasan suaminya lantas menyambung leterannya"tulah abang ni dari dulu lagi saya dan cakap jangan lah suka sangat tangkap benda benda hutan tu abang suka gak sekarang apa dah jadi nasib baik tak jadi apa kalau tak apa nak jadi tak taulah bukan sedap sangat daging ayam hutan tu liat semacam buatlah lagi biar disorok dek bunian sungai apong tu ............"ntah hapa hapa lagi dileterkannya oleh bininya tanpa noktah hehehhehhehe.

malah ketika beliau menceritakan kisah tersebut kepada saya beliau hanya mengeluh dengan saya"tak taulah aku bini aku nie aku cakap betul dia marah aku tipu dia marah aku tak cakap dia marah.ntah ntah dia nie kot sehari tak marah aku mau kembong perut dia ni"

mendengar keluhannya saya ketawa dan diikuti dengan beliau pun ikut ketawa.

saya bertanya kepada nya."kau dah lepaskan ker ayam tu?"

dia menjawab pendek "dah"

sambil bergurau saya menjawab"kot belum elok kau bagi aku untung untung gadis tu datang malam nie bolehlah aku nikah free dengan dia"

dia menjawab sambil menyindir "kau nie yang masih berhingus sekolah pun tak abis lagi ada hati nak nikah yer"

saya menjawab dengna selamba "alah nikah free sapa taknak"

kami ketawa bersama.

kemudian kami hanya berbual berkenaan kecantikan gadis berkenaan dan kisah beliau yang telah dikunjungi gadis berkenaan .

seperti kebiasaan dihari cuti saya akan membantu ayah saya disana oleh kerana dihari tersebut allahyarham ayah saya yang kurang sihat saya telah pergi kekebun itu seorang diri

pada mulanya mak melarang saya namun demikian saya berjanji untuk pulang sebelum zohor dan berkeras untuk pergi juga membuatkan mak saya mengalah

dikebun saya telah menebas rumput yang semakin tebal meliputi kebun itu

sebelum balik saya berhenti berehat dan merenung pokok kayu ara tersebut.

dari jauh saya melihat dibawah pohon ara yang merimbun tersebut kelihatan sangat redup

oleh kerana hari itu terlalu panas saya bercadang untuk berteduh di pohon berkenaan untuk berehat sebelum pulang kerumah.saya pun menuju kepohon ara tersebut dan berteduh dibawah pohon tersebut.

dibawah pohon tersebut udaranya sangat dingin dan sangat berbeza dari diluar pohon tersebut.mungkin kerana pohon tersebut yang sudah hampir dua pemeluk dan terlalu merimbun membuatkan udara nya dingin fikir saya didalam hati.

kemudia terfikir dihati saya kalaulah pohon ini boleh dibonsaikan tentu cantik dan berharga mahal.saya pun terus mengambil sepotong akarnya yang terjuntai kebumi untuk ditanam dirumah saya .

selepas hilang letih saya pun pulang kerumah dijalan saya terfikir orang kata pohon tu seram takder pape pun aku dok bawah pohon tu ntahlah.......

sesampai dirumah saya terus meletakkan akar pohon itu dalam pasu dan menyiramkan dengan air.

pasu kecil itu saya letakkan di sinki rumah supaya mudah saya menyiram air kepada pokok itu kelak

beberapa hari kemudian terlihat tunas nya mula tumbuh dan saya terbayang kecantikan pohon ara yang dibonsaikan. lebih indah lagi tanahnya diletakkan batu dan diletakkan lumut halus bak karpet berwarna hijau .jadilah seperti taman mini.angan angan saya itu terputus akibat disapa oleh ibu saya.

"kau tanam apa tu?"tanya ibu saya

"tak der apa apa cuma pokok herba jer pokok nie perlu banyak air tu sebab kita letak sini senang nak siram"jawab saya yang cuba sembunyikan sesuatu tapi ternyata ibu tak mengesyaki apa apa.

mak berkata"nasib baik mak tak buang lain kali bagi taulah kot benda nie berguna"

saya hanya tersengih mendengar kata kata mak

selang beberapa hari ketika tidur disuatu malam saya bermimpi seorang tua yang mempunyai beberapa orang ahli keluarganya datang kepada saya.

orang tua itu berkata kepada saya"cucu atok dan keluarga atok nak tinggal disini harap cucu tak keberatan menerima kehadiran kami sekeluarga"

saya menjawab"eloklah tu tok ,tok tinggallah berapa lama tok suka cucu pun gembira tok suka menumpang disini"

yelah dalam tidur kot dalam jaga dah tentu saya jawab "boleh ,boleh,memang boleh,boleh blah.........."

tapi bila sedar saya tak ambil kisah mimpi bagi saya mimpi itu hanya permainan tidur.tulah sapa suruh tak cuci kaki dulu sebelum tidur kan dah mimpi yang bukan bukan .sebenarnya sy pun tak tau apa rasional mimpi dengan cuci kaki sebab nabi pun tak ajar benda benda cuci kaki lainlah kot berwudhuk sebelum tidur tak taulah nabi ajar tak tapi ustaz ada ajar.

semenjak saya bermimpi itu rumah kami mula banyak kejadian misteri yang berlaku hehehhehehhe

kisahnya bermula begini pada satu malam ayah saya yang terjaga dari tidur hendak pergi buang air.sedang beliau menuju bilik air beliau tercium bau wangi seperti bau minyak attar.selepas sahaja beliau keluar bilik air beliau terserempak dengan sorang lelaki tua yang lengkap berjubah dan berserban.

allahyarham ayah saya yang terkaku melihat orang tua itu terdiam dan tak semena mena orang tua itu hilang secara tiba tiba dan bau minyak attar itu pun hilang bersama hilangnya orang tua berkenaan.

pada siangnya allahyarham ayah saya telah menceritakan dengan ibu saya.ibu sy pun menceritakan bahwa sejak kebelakangan ini sudu garfu dan pisau dirumah ini seringkali hilang.dan apa yang lebih menakjubkan al quran yang penuh disusun dirak rak almari pun banyak yang hilang .

pada mulanya ibu saya mensyakki saya yang menggunakan al quran itu namun bila mengenangkan hampir 5 buah yang hilang takkan saya baca al quran sekali 5 buah kot......

malah ibu saya sendiri selalu mendengar suara orang membaca al quran diwaktu malam diatas rumah........

nak dikata saya yang membaca mustahil sebab ibu saya kenal suara saya dan suara saya diwaktu malam, suara berdengkur adalah kot nak harap mengaji diwaktu malam hehhehehhehe tak cukup sujud syukur boleh buat kenduri kesyukuran apa.senang cakap benda mustahil berlaku pada diri saya kot saya baca al quran dimalam hari ketika orang sednag enak dibuai mimpi.

banyak lagi kejadian pelik yang tak pernah habis semenjak mimpi tersebut, namun oleh kerana perkara tersebut hanya perkara perkara baik kami sekeluarga tidak ambil endah perkara tersebut.

yang lebih pelik lagi pernah ketika kami tiada dirumah selama seminggu jiran jiran menyatakan bahawa rumah kami sentiasa seperti ada orang sedang duduk disitu dengan lampu terpasang dan dengar suara allahyarham ayah saya membaca al quran.memang allahyarham ayah saya suka membaca al quran tak kira waktu pantang ada masa lapang beliau akan membaca al quran sebagai bekalannya dikemudian hari .

sehinggalah pada suatu hari allahyarham ayah saya telah mengajak saya kerumah sahabatnya yang bernama rahim .wak rahim nie sorang dukun dan mempunyai kemahiran menurun dan kawan rapat ayah saya.tujuan ayah saya kesana adalah untuk berurut sebab dah jadi kebiasaan allahyarham ayah saya untuk berurut dengan wak rahim.

ketika kami sampai dirumahnya kelihatan satu keluarga 5 beranak yang sedang berubat.wak rahim sedang menurun mengubati pesakitnya itu.saya pasti mungkin anak gadisnya itu yang sedang sakit kerana saya lihat anak gadisnya itu pucat semacam seolah olah sedang dirasuk.

suaranya garau dan menjerit jerit tak keruan dan sedang ditenangkan dan dipegang oleh ahli keluarga yang lain.

saya sedikit terpegun melihat situasi itu .

allahyarham ayah saya tenang melihat situasi tersebut.

wak rahim yang sedang menurun itu meminta allahyarham ayah saya untuk membantunya.

allahyarham ayah saya tidak keberatan telah meminta segelas air, semangkuk garam dan senaskah al quran daripada isteri wak rahim.sebaik sahaja menerimanya allahyarham ayah saya yang sentiasa berwudhuk telah membuka al quran tersebut.beliau telah membaca beberapa surah yang panjang dari al quran dengan suara yang nyaring dan berlagu merdu.

dihadapannya terdapat air dan garam dalam keadaan menghadap kekiblat.

saya hanya melihat dan tak pasti apakah surah yang dibacakan dan selepas kejadian itu saya ada bertanya dan beliau ada menerangkan kepada saya surah yang dibacanya.namun malangnya saya lupa surah surah tersebut, kot tak boleh saya kongsi bersama para forumer sekalian.

sebaik tamat bacaan ayat suci al quran dari allahyarham ayah saya beliau lantas menutup al quran itu dan meniupkan air dan garam tersebut.

wak rahim yang sedang menurun dengan suara garau berkata kepada arwah ayah saya."pandai cucu yer"dengan nada menyindir

allahyarham ayah saya bertanya"pandai apa?"

wak rahim menjawab"pada mata cucu benda tu memang garam tapi pada mata kami bangsa kami benda tu adalah api yang boleh menghancurkan kami"

allahyarham ayah saya terkejut dan terdiam mendengarkan pengakuan jin yang sedang dalam badan wak rahim itu.

wak rahim berkata lagi"cuba lihat perempuan tu dia benar benar ketakutan melihat garam tu"

pandangan kami semua beralih kepada perempuan yang sedang kerasukan itu dan kelihatan dia benar benar takut setengah mati melihat garam itu seperti orang sedang melihat sesuatu yang amat mengerikan.

wak rahim terus menjerit kepada perempuan itu."lebih baik kau keluar kalau tak api tu adalah bahagian kau"

kelihatan perempuan itu mengeleng geleng kepala dan berkata dengan suara garau dan menyeramkan "tidaaaaaaakkkk"

wak rahim menjadi marah dan meminta allahyarham ayah saya merembas gadis itu dengan garam yang telah dibacakan ayat suci al quran.

tanpa membuang masa arwah ayah saya terus merembas gadis itu. lalu tak semena mena gadis itu pengsan . melihat gadis itu pengsan allahyarham ayah saya telah meminta ayah sigadis itu mencuci muka gadis itu dengan air yang telah dibacakan ayat suci al quran tadi.

diwaktu itu saya terfikir katakanlah wak rahim yang sentuh garam tu untuk meerembas hantu tu agak agak apa terjadi agaknya. tapi biarlah bagi saya itu antara urusan dia tuhan dia dan jin dia. tapi beliau sendiri pernah mengaku jin dalam tubuhnya adalah jin islam dan saka dari keturunan nya yang lepas lepas. tapi bagi saya wallah hu subhanahu wataala aalamu demi tuhan maha suci tuhan sesungguhnya tuhan lah lebih mengetahui

tidak lama gadis itu sedar dan mula berkelakuan normal tidak seperti dirasuk tadi.kelihatan keluarganya sangat gembira melihat gadis itu sembuh.

allahyarham ayah saya telah meminta ayah gadis itu memberi minum sebahagian air yang tertinggal tadi dan terus dituruti oleh ayah gadis berkenaan.kelihatannya gadis itu meminum dengan lahap air itu yelah mungkin sebab terlalu haus kot.

kelihatan gadis itu sangat letih akibat dirasuk oleh makhluk ntah dari planet dan alam mana tadi .mukanya kelihatan masih pucat keletihan.

selepas melihat keadaan menjadi tenang wak rahim yang dalam keadaan menurun telah bertanya kepada ayah saya"apa hajat cucu datang kemari"

ayah saya menjawab"mcm biasalah nak berurut"

"baiklah tolong kirim salam saya kepada sarung saya"kata wak rahim pendek

tidak semena mena wak rahim jatuh pengsan bergegar rumahnya sebaik tubuhnya menghempas kelantai.

beberapa saat kemudia tubuh wak rahim yang pengsan itu terlihat bergerak gerak dan duduk perlhan lahan. kelihatan wak rahim mula bersuara seperti biasa.

nadanya lembut tidak seperti ketika dirasuk oleh sakanya tadi, keras dan garau.diwajahnya kelihatan agak keletihan.

keluarga 5 beranak tadi mula meminta diri .ketika bersalam kelihatan ditangan ayah gadis itu ada sampul surat yang dilipat. mungkin itu duit pengeras kot untuk wak rahim .

kemudian selepas mengucapkan terima kasih dan mengucap salam kepada kami semua dia terus berlalu pergi kebawah rumah meninggalkan kami.dibawah rumah terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan dan mula bergerak meniggalkan kami.

memandangkan hari semakin malam wak rahim terus mengurut ayah saya.ketika urutan dibuat mereka membincangkan perkara perkara yang amat membosankan saya berkenaan sawah, ladang, kebun, ternakan dan lain lain yang amat membosankan saya.

saya yang kebosanan menguap sambil menggeliat tanda memprotes dan sudah mengantuk.arwah ayah saya yang melihat kelakuan saya menjeling tajam kearah saya.saya tahu jelingan itu menandakan beliau kurang berkenan denan sikap saya yang agak biadap tadi.saya menikuskan diri walau saya benar benar bosan dengan situasi itu.

sehinggalah satu ketika ayah saya bertanya kepada wak rahim"him, aku heranlah rumah aku kebelakangannie mcm mcm perkara pelik berlaku "

wak rahim menjawab"nanti jap"

saya tidak memahami jawapan wak rahim itu apa yang nak dinanti jawab jerlah.takkan nak nanti pagi kot baru nak jawab.yang lebih saya tak gemar tu wak rahim terus membuka topik lain yang takder pun apa apa yang berkenaan dengan topik yang ayah saya bukak tadi.

lebih malang lagi bila dia bukak topik nak buat bilik air baru tapi takder duit.betul meluat saya ketika itu.yang lebih malang ayah saya melayan seperti beliau pun terlupa apa yang ditanyakan nya tadi.

eeeeiiiiiiii meluatnya saya..........

kalau para forumer sendiri merasa bosan membaca pemerian saya dalam hal ini cubalah para forumer sendiri fikir betapa bosannya saya ketika itu seperti soalan yang tiada diberi jawapan

ketika rancak mereka bercerita wak rahim tiba tiba terdiam seketika. tetapi tangannya terus ligat mengurut ayah saya .kelihatan kepalanya sedang mengangguk angguk tanda menyetujui sesuatu, sedangkan orang yang yang bercakap dengan dia tidak kelihatan.

saya hanya tersenyum melihat dirinya yang sedemikian rupa terkenang saya kepada diri saya yang sedang mengiyakan cakap cikgu saya disekolah.

selepas seketika beliau berkata kepada ayah saya

"pehal banyak sangat bunian kat rumah kau, sekeluarga lagi"

saya tergamam mendengar kata katanya teringat saya kisah mimpi saya selepas saya menanam benih pohon ara dulu.

"dari mana asalnya?"tanya ayah saya pendek

wak rahim menjawab"ntahlah tapi asalnya dari pokok ara yang baru ditanam di singki rumah kau"

"benda tu benda baik takder apalah"sambung wak rahim

ketika wak rahim berkata matanya menjeling tajam kearah saya seolah olah dia tahu saya lah punca masalah itu .lebih malang lagi ayah saya ikut menjeling tajam saya .apa yang mampu saya lakukan menunduk seperti orang yang telah melakukan kesalahan besar.tapi memang dah buat salah pun tu sebab menikus jer lagak saya diwaktu tu.

kemudian mereka beralih kepada topik semasa mereka sawah, ladang, kebun ternakan dan lain lain.saya tidak dapat menumpukan apa yang mereka ceritakan dihati saya mesti abah marah ni nanti balik itu jer ada dalam pemikiran saya.

jelingan tajam ayah saya tidak henti henti melihat gerakan saya yang memang tak bergerak.

selepas selesai mengurut ayah saya meminta diri untuk balik. ditengah jalan ayah bersuara."syam kau buat apa nie"

"buat apa pulak abah"saya buat buat tak mengerti

"buat buat tanya pulak"ayah saya menyindir

"abah harap kau selesaikan masalah yang kau dah buat nie jangan buat masalah lagi"sambung ayah saya

"ish buat apa pulak takkan lah pokok ara kecik tu pun kita nak tanam tak boleh dan takkan pulak abah nak dengar kata kata jin wak rahim tu"saya cuba mempertahankan diri

dengan selamba ayah menjawab"kau kata dnegan mak kau pokok herba mcm ner boleh jadi kayu ara bila masa pokok kayu ara jadi herba"bertalu talu soalan ayah itu sampai ketelinga saya

saya terdiam ........

ayah berkata lagi"dah lah kau ambik pandai pandailah kau pulang abah harap semuanya selesai"

saya terus mendiamkan diri.........

ayah saya menyambung khutbahnya lagi"sebenarnya jin nie pun banyak kelebihan yang kita boleh guna. mereka tau dan nampak apa yang ghaib tak mcm kita, tapi jangan pulak kita nie pakai semua , kenalah tapis tapis kot dah sampai depa cakap sehingga kita boleh bergaduh ker tak payah lah kita dengar"ujar ayah dnegan saya

saya dapat satu point untuk kenakan ayah saya lalu berkata"dah tu yang abah dengar kata jin wak rahim tu dah tu tuduh kita pehal"sambil ketawa

abah tersenyum melihat gelagat saya yang nakal itu. lalu berkata sambil tertawa kecil"masih nak nafikan walau dah terbukti rupanya anak bujang abah nie yer"

kami ketawa bersama sama diatas motor buruk abah dan enjin motor abah yang separa semput itu memecahkan keheningan malam jam 1100 malam itu

pada keesokan harinya saya telah mengambil pokok ara itu dan membawa keparit depan rumah. saya mengucapkan salam kepada pokok ara itu,

saya berkata kepada pokok ara itu seolah olah dia boleh mendengar kata kata saya "tok dari mana datok datang disitulah datok kembali cucu dah taknak datok tumpang rumah cucu lagi harap datuk boleh pulang ketempat asal datuk"

kemudian saya mencabut pokok ara yang panjang setengah jengkal itu lalu melemparkan keparit jalan

pada suatu malam selepas isyak saya duduk berehat seorang diri diatas sofa termenung sendirian teringatkan pelbagai peristiwa kecuali sekolah yang amat membosankan terutama ustaz ustaz yang garang mcm singa hehehhhe.

sedang saya termenung saya merasa mengantuk yang amat sangat dan merapatkan sandaran saya keatas sofa dan kaki saya lunjurkan keatas meja serasa selesa yang amat sangat.kalaulah ayah nampak cara saya ini mesti beliau marah. seringkali beliau kata meja yang dibelinya itu bukan tempat untuk letak kaki.tapi mcm biasa makin dilarang makin seronok utnuk dibuat lagi lagi abah dibawah mana mungkin naik keatas melihat perihal saya ini.

akibat mengantuk yang amat sangat saya terlelap .diantara lelap dan jaga saya serasa didatangi orang tua yang pernah saya mimpikan dulu.wajahnya tenang rupanya indah putih berseri seri hasil dari tidak putusnya wudhuk mereka yang menjaga air wudhuk .

saya seolah terpegun melihatnya.melihatkan saya yang terpegun beliau lantas mengucap salam kepada saya .saya pun menjawab salam nya .

beliau berkata dengan senyuman kepada saya."datuk datang ni nak maklum kat cucu datuk dan keluarga akan pindah dari rumah cucu ni.terima kasih datuk ucap kerana kesudian cucu menerima kehadiran datuk sekeluarga dirumah cucu nie."

saya hanya tergamam sahaja mendengar kata katanya

beliau menyambung"sebelum datuk nak pergi ni datuk nak pesan pada cucu rajin rajinlah baca al quran jangan malas malas lagi lagi lepas maghrib tu jangan lepas maghrib pergi tengok tv"

memang betul pun kata dia. lepas maghrib hobi saya tengok citer cina. lagi lagi kot drama cina kung fu. memang saya minat betul. habis solat maghrib terus bukak tv. kadang kadang solat pun teringat citer kung fu. mcm ketagih dengan drama cina nie.

beliau berkata lagi"cubalah lihat abah cucu tu kan bagus tiap masa sengang baca al quran rumah kita ni kalau tak dihiasi al quran rumah tu macam kubur,kalau cucu rajin baca al quran dikubur nanti al quran akan menerangi kubur kita dan diakhirat kelak kalau kita nak dilemparkan kedalam neraka al quran akan menahan kita dari dilempar dalam neraka dan al quran juga akan menemani kita kesyurga"terangnya panjang lebar

"cucu kan sekolah agama takkan tak tahu"katanya lagi seolah menyindir

beliau terus memberi nasihat kepada saya seperti seorang datuk memberi nasihat kepada cucu kesayangannya.banyak nasihat yang menyuruh saya berbuat baik dalam hidup ni dan jangan buat jahat.

habis nasihat diberikan beliau berkata"satu lagi yang datuk nak pesan batu yang cucu dapat dulu kat halaman rumah yang cucu simpan dalam laci mesin jahit tu batu yang tak baik buanglah jangan disimpan"

"ingat pesan datuk, keluarga datuk kirim salam kepada cucu sekeluarga dan jangan lupa berkirim salam datuk pada orang tua cucu"

selepas itu saya melihat dia berlalu pergi dan saya terjaga dari tidur. saya kehairanan yang amat sangat kerana kejadian itu berlaku antara tidur dengan jaga. bak kata orang tidur ayam.yang lebih heran mcm ada bau wangi semacam minyak attar di ruang tamu itu.meremang bulu roma saya dan saya pun berlari kedapur melihat ibu dan ayah saya bercerita. saya join sekaki .perkara itu saya tak ceritakan kepada kedua orang tua saya.kalau saya cerita dengna mak pasti kena marah punya.

semenjak peristiwa itu rumah kami kembali seperti sedia kala.

itulah kisah saya dengan bunian yang memang tak seram pun.

sebenarnya orang bunian ni adalah dikalangan jin juga.malah ustaz ismail kamus pun ada menyatakan hal ini dalam ceramah ceramahnya.janganlah terpedaya yang mengatakan mereka itu adalah kalangan orang kayanganlah dan dewa dewi lah sesungguhnya itu semua adalah tidak benar sama sekali.

sebenarnya jin ini sangat cemburu dengan rupa kita sebagai manusia,mereka kalau boleh ingin menyerupai kewujudan kita ini,hal ini kerana mereka ini dijadikan dari unsur api yang boleh dan mudah berubah ubah

berbanding dengan manusia yang susah berubah ubah sebab terdiri dari unsur air api angin dan tanah

unsur air dan tanah membuatkan manusia sukar berubah ubah

sebagai contoh jika jin membuat sesuatu maksiat mereka akan serta merta berubah menjadi bentuk yang kurang baik mengikut rupa roh mereka yang kurang baik akibat perbuatan jahat yang mereka lakukan,kemungkinan tanduk akan keluar dari kepala mereka dan berbagai bagai lagi rupa mereka yang indah akan menjadi buruk

berbanding manusia hanya air muka mereka sahaja berubah sedikit menjadi keruh akibat kejahatan dan kefasikan yang mereka lakukan

sebab itulah jin sebenarnya sangat sangat mengimpikan menjadi manusia.mereka kebanyakan nya akan kuat beramal ibadat dan bagi mereka yang bukan islam mereka akan mempunyai amalan amalan ilmu mereka sendiri supaya rupa mereka menjadi seperti manusia

bagi yang telah dapat berupa manusia mereka akan tetap beramal beribadat dengan tekun supaya mereka tetap berjasadkan manusia

cubalah kita fikir sejenak jin yang belum berupa manusia teringin nak berupa manusia dan yang dah berupa manusia bersyukur kerana berubah menjadi rupa manusia tetapi mengapa kita yang sudah lahir sebagai manusia tidak pernah bersyukur kepada tuhan yang melahirkan diri kita ini sebagai manusia

malah sebaliknya kita menggunakan kelebihan itu untuk melakukan maksiat, yelah buat maksiat bukan jasad boleh berubah pun tumbuh tanduk ker tumbuh ekor ker bukan orang tahu

tapi kita lupa hati kita akan jadi kelam akibat maksiat itu

adakah perlu kita dijadikan tuhan sebagi jin, kemudian merintih dengna tuhan untuk dijadikan manusia, baru kita reti bersyukur kehadratullah

benarlah sepertimana yang tuhan firman sangat sedikit dikalangan hambaku yang bersyukur

disini bukan saya nak kutuk sesapa tapi saya hanya ingin menasihati diri saya dan diharap para forumer dapatlah berkongsi sama nasihat saya kepada diri saya ini.

bukan nak kata orang lain, tapi diri saya dulu ingin saya nasihati, sebab secara peribadi dan secara jujur takder satupun nasihat yang diberikan oleh orang tua tu saya buat, kecuali yang sudah sedia ada yang saya buat

mungkin benarlah nikmat ini hanya akan dikatakan nikmat setelah kita hilang nikmat tersebut .

banyakkanlah amal ibadat dalam hidup ini sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada allah yang telah akan dan sedang mengurniakan rahmat nya kepada kita

berkenaan kisah jin yang boleh berubah rupa ini akibat perbuatan maksiat mereka dan ibadat mereka ini saya rujuk dari beberapa paranormal dan ustaz. ada sebagian bersetuju dan ada sebahagian tidak bersetuju dan saya tak minta anda percaya atau tak, cuma sebagai manusia apalah kata kita boleh menghormati pendapat satu sama lain dengan tidak merendahkan pendapat satu sama lain

dan diharap kita dapat sama sama petik pengajaran yang berguna dari kisah saya ini

tamat

No comments: