20100129

cerita seram kat sekolah..

Tempat = sekolah lama saya nama kot nak tau tolong pm saya
Masa = banyak kejadian maka banyak waktu
Ahli = saya dan beberapa pelajar dan security
suspek hantu = tak taulah walau apapun cuba teliti kot nak tau

malam ini saya ingin bercerita kisah seram yang terjadi kepada di sekolah saya. nama sekolah terpaksa saya rahsiakan untuk menjaga nama baik sekolah tersebut. bagi yang ingin tahu juga tolong pm kepada saya dan saya akan beritahu nama sekolah tersebut.tetapi jika anda peka dan membaca semua post saya disini anda akan dapat tahu nama sekolah tersebut ,ini kerana saya pernah menulis nama sekolah itu disini.

selain dari ingin menjaga nama baik sekolah tersebut saya juga berharap dengan merahsiakan nama sekolah tersebut maka kisah ini akan bertambah misteri........itulah tujuan saya menyembunyikan nama sekolah tersebut.

namun demikian sebelum saya menceritakan kisah seram yang berlaku pada diri saya.sebelum itu saya ingin menceritakan kisah seram dua orang pak guard sekolah tersebut. cerita ini diceritakan oleh pak guard itu sendiri.

namun demikian saya terpaksa merahsiakan nama beliau untuk menjaga nama baik mereka ini.terus terang saya katakan kisah mereka ini saya tulis tanpa kebenaran dari mereka.disini saya hanya menamakan mereka ini sebagai murad dan salim sahaja.

seperti mana yang kita ketahui kerja sebagai security guard ini tidak mengira siang dan malam.ini kerana kerja mereka yang mengikut shift. kalau kena siang seminggu minggu depan alamat malam lah. kot malam pepaham jelah sampai kepagi mereka kena kerja.diwaktu malam itu sudah tentu pelbagai peristiwa ngeri pelik seram dan misteri akan timbul.

hal ini bertepatan dengan sabda rasullullah sori saya lupa matan atau kalimah hadith berkenaan .cuma rasullullah pernah sabda yang kurang lebih maksudnya jika manusia tahu apa itu malam nescaya mereka tidak akan berani keluar pada waktu tersebut.ntah apalah yang wujud waktu malam sehingga amat ditakuti oleh manusia tak tahulah .tapi kita sendiri boleh fikir diwaktu itu lah makhluk selain kita sedang keluar mencari rezeki.sebaliknya kita pula berehat.

tapi oleh sebab wujud manusia yang tak faham bahasa dan melakukan kerja kerja yang menyalahi undang undang kerja security diwaktu malam sangat diperlukan.malah dalam hidup saya pun pernah jadi security untuk seketika akibat tiada kerja.salah satu cabaran kerja security ini ialah kejadian misteri yang perlu dilalui.

namun insyaallah dilain kali saya akan menceritakan kisah misteri ketika saya sendiri menjadi security .selain itu juga saya akan menceritakan bagaimana cara saya hadapinya .apa yang terlebih penting diharap para forumer dapat mengambil pengajaran dari kisah yang akan dan sedang paparkan.

berbalik kepada kisah dua orang security ni.murad ini adalah seorang yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak.oleh kerana kurangnya hasil pencarian beliau terpaksa berkerja sebagai seorang security disekolah berkenaan.

pada suatu malam beliau telah bekerja malam.dimalam itu beliau memang merasa kurang senang hatinya.jantungnya sentiasa berdebar debar seolah olah sesuatu akan berlaku .

ketika embun jantan mula menitis kebumi lebih kurang jam 2 pagi beliau hendak melakukan rondaan.dengan malasnya beliau mencapai baju sejuk nya ,lantas beliau menyarungkan ketubuh beliau.angin malam yang bertiup sepoi sepoi bahasa bukan memberikan kenyamanan sebaliknya menambahkan keseraman diwaktu malam.

tanpa di peluk erat baju tebal tersebut sudah tentu kedinginan malam akan sampai ketulang sum sum.........

angin sepoi sepoi bahasa itu terus bertiup berselang selang .seperti angin tersebut pun ada shift seperti dirinya.yelah kejap malam kejap siang.

maaf mungkin ada forumer yang merasa bosan apabila saya memerikan kejadian mcm ni, tapi sebenar ketika kami bercerita, seringkali beliau mengatakan angin malam yang bertiup ikut shift, itu sebab saya memerikan yang sedemikian rupa.

bukanlah niat saya nak mengumpat hal murad ini tapi murad ini terus terang saya cakap jenis yang tak reti cium sejadah. kita berbalik kepada kisah murad yang nak meronda ini.

beliau berjalan lesu bertemankan lampu suluh yang setia ditangan bagi menyuluh kegelapan malam.apa bila sampai ketempat bercahaya terang beliau akan mematikan lampu suluhnya.ntah apa yang difikirkan sehingga beliau sentiasa berkelakuan begitu saya pun tak pastilah

namun beliau pernah memberitahu saya beliau ini sangat suka menangkap murid yang sedang melakukan kesalahan. beliau akan pastikan pergerakan nya tidak dapat dikesan oleh para pelajar yang sedang melakukan kesalahan.saya pernah melihat sendiri bagaimana beliau yang sedang naik angin menampar seorang pelajar sehingga tersungkur.dahlah badan nya terlebih berat ditambah ototnya yang sasa .tidak hairanlah pelajar itu tersungkur ditamparnya.

tapi pelajar 20 tahun lepas manalah berani nak adu ibu bapa kot buat silap.alamat ditambah lagi kat rumah nanti.bukan mcm pelajar sekarang ini dijentik sikit pun dah ngadu ibu bapa.

kelakuan murad yang amat bengis itu amat ditakuti oleh pelajar yang mempunyai kegemaran melanggar undang undang sekolah.malah beliau ini digelar murad sing mungkin pendekandari singa kot.

murad terus berjalan untuk menghabiskan rondaannya itu.difikirannya mungkin keenakan tidur yang ia akan dicarinya apabila sampai dipost dipintu pagar sekolah.al maklumlah diwaktu malam apa lagi yang lebih indah sudah tentu tidur dibuai mimpi.namun tugas nya sebagai security benar benar membantutkan keenakan yang dirasai oleh setiap manusia yang sudah letih disiangnya bekerja.

ketika melakukan rondaannya beliau akan menjenguk jengukkan kepala untuk memastikan semuanya baik dan terkawal.sambil berjalan perlahan lahan memang menjadi harapannya untuk menangkap pelajar yang masih lagi berjaga dan lebih baik lagi jika sedang sedap menghisap rokok.

sampailah ketika melalui didewan makan.beliau terdengar sesuatu yang amat mencurigakan.beliau mula memasangkan telinga untuk mendengar pergerakan didalam dewan makan itu.terbayang dibenaknya beberapa orang pelajar sedang menghisap rokok secara bersembunyi .dibenaknya beliau sudah membayangkan bagaimana kelak beliau akan menyergah pelajar berkenaan dan menangkap mereka semua.nama mereka akan diambil dan akan dilaporkan kepada pengetua.

memang sebelum ini pun dewan makan ini seringkali menjadi sarang perbuatan yang menyalahi undang undang sekolah.mana taknya diwaktu pagi ketika tukang masak masuk bersepah puntung rokok didalamnya.itulah yang membuatkan pintu dewan makan terpaksa dikunci ketika malam.

sudah semestinya para pelajar ini akan menangis ketakutan dan itulah yang menjadi keserokan dalam hidupnya.

beliau yang masih diluar cuba mengendap ngendap apa yang ada dalam dewan makan tersebut.dinding batu dewan makan itu tidak menyediakan sebarang lubang untuk dia mengendap kedalam dewan .

dengan berhati hati dia memeriksa semua pintu dewan makan

aneh.....

kesemuanya bermangga dari luar memang tak cuai tukang masakni .tapi yang menghairankan dirinya bagaimana para pelajar ini boleh masuk kedalam situ.keghairahan beliau untuk menangkap pelajar didalam dewan makan itu membuatkan beliau tidak fikir kemungkinan wujud benda lain didalam situ.

beliau telah mengambil keputusan untuk masuk kedalam dewan makan itu menyerbu.sudah pasti para pelajar itu akan terkejut.mereka takkan mampu lari kemana mana kerana semua pintu telah terkunci dari luar.

untuk masuk menyerbu bukanlah masalah besar kepada nya kerana beliau memang menyimpan kunci dewan makan tersebut.malah hampir semua kunci pintu disekolah itu dimiliki beliau sebagai seorang security.

mangga kunci di lucutkan perlahan lahan.pergerakan didalam dewan makan masih lagi wujud .pergerkan itu seperti beberapa pelajar sedang membuat onar didalam dewan tersebut.

tunggu kau murad masuk kerjakan korang fikir murad dihatinya.pintu dibuka perlahan lahan dan ditangan kirinya lampu suluh yang sengaja dimatikan sebagai teman setia.

murad bernasib baik pintu itu tidak dikunci dari dalam .memang kurang bijak pelajar ini yang tak kunci pintu dari dalam kalau tak susah beliau nak buat serbuan.fikirnya lagi.

dari celah daun pintu dalam kegelapan kelihatan samar samar dua 4 lembaga sedang duduk bersantai diatas kerusi .keduanya berhadapan kearah keduanya.namun kegelapan malam benar benar menghalang murad untuk mengenali mereka semua.

murad yang sudah memastikan bakal mangsa yang akan ditangkap itu wujud terus mengambil tindakan.beliau terus menyentap daun pintu itu dengan kuat.dengan marahnya beliau menghampiri keempat empat orang pelajar itu.dalam gelap beliau berteriak kepada 4 pelajar yang tak dikenali itu.

"ini kerja korang semuanya.mak bapak suruh sekolah ini yang korang buat............."

ntah hapa hapa lagi syarahan nya kepada pelajar berkenaan.namun syarahan beliau yang berbagai ragam itu langsung tidak dipedulikan pelajar berkenaan.

hal ini amat memelikkan.selalunya dengar jer derap tapak kakinya mereka akan melarikan diri kerana takut kepadanya.malah disekolah itu pelajar lebih takut beliau dari pengetua sendiri.malah kadang kadang dirasanya tugasnya sebagai security lebih besar pangkatnya dari pengetua hatta pengarah pendidikan sendiri.ini kerana sikap takut pelajar kepada dirinya.

oleh kerana tidak berpuashati beliau menghalakan lampu suluh yang beliau pegang ditangan kirinya menghala pelajar berkenaan.beliau memang ingin mengenali identiti pelajar begik 4 ekor tu.

sebaik lampu dihalakan kepada mereka semua beliau memicit suis lampu picitnya.

dilihatnya 4 orang yang sudah pastinya bukan pelajar sekolah itu.keempatnya tidak berseragam sekolah tapi seragam tidak berkepala.

dihadapannya mereka ada sepinggan telur. dan beberapa kulit telur ditepi pinggan .apa yang lebih menyeramkan beliau salah seekor nya sedang meletakkan telur dileher tak berkepala .mungkin sedang makan telur kot tak ada kepala makan ikut leherlah.mereka tidak menghiraukan beliau yang sedang takut.

tapi diketika itu beliau sangat hirau kepada lembaga 4 ekor tersebut.hirauan yang penuh keseraman.kakinya serasa lemah .matanya berpinar pinar.tubuhnya jatuh longlai menghempap bumi.pengsan tak bergerak.

malang sungguh nasibnya diwaktu malam itu.ingatkan nak tangkap pelajar yang jadi hantu.rupa rupanya dia yang serah diri pada hantu.lebih ngeri lagi siap berceramah suruh jadi baik dengna hantu.senang cakap jadi cikgu kepada hantu.

keesokannya sebelum subuh seperti biasa tukang masak akan kedewan itu diwaktu sebelum subuh lagi.itu adalah rutin biasa kerana makanan pelajar perlu disiapkan sebelum pelajar asrama kesekolah.

ketika sampai kedewan beliau terkejut melihat pintu dewan yang terbuka .beliau lantas masuk kedewan dan terbau sesuatu yang berbau busuk.dan dalam samar fajar siddik kelihatan satu lembaga terkulai dilantai.

lampu suluh itu ditangan lembaga itu membuatkan beliau lebih pasti itu lembaga manusia

nasib baiklah beliau nie bangsa berani kalau tak mau terkejut menjerit jerit punya.dengan tenang walau cemas beliau menghidupkan lampu dewan.dewan yang gelap berganti terang .beliau yang melihat murad terbaring kaku menghampirinya dan menggerakkannya.

sambil menggerakkannya beliau berkata

"murad kot kau nak tido pun janganlah kat sini dah nak subuh dah bangunlah"sambil menggoncang goncangkan tubuh murad

murad mula sedar matanya perlahan lahan terbuka wajahnya pucat lesu melihat tukang masak itu murad terkejut dan menjerit sambil menangis"tolong tok anak cucu tak buat lagi"

tukan masak yang kehairanan berkata"datok apa pulak kau nie bila aku dapat cucu pulak ni anak aku kahwin pun belum"

murad yang masih ketakutan melihat tukang masak tersebut dan bangun dengan penuh lagak.hehehehhe masih nak berlagak rupanya dia nie.dengna tenang dia berjalan keluar dadanya kehadapan tangan dilenggangkan nya persis tentera berkawad.mukanya yang tak macho dimachokannya.dengan berlagak selamba menuju kepintu seolah tiada apa apa berlaku.

tukang masak bersuara"kau buang air besar kat sini ker berbau semacam jer dewanni? "tanyanya sambil menutup hidung

murad yang cuba menyamar berlagak lagi macho menundukkan kepalanya .dengan cepat dia menuju kepintu tanpa menjawab sepatah haram soalan tukang masak itu.baru disedarinya ntah masa bila dia terkencing dan terbuang air besar tanpa disedari.ketakutan yang benar benar takut membuatkan dia hilang kawalan kepada lubang kubul maupun duburnya.

hal ini benar benar menjatuhkan maruahnya sebagai seorang yang paling ditakuti disekolah itu.

pada pagi esoknya bukan heboh kisah murad jumpa hantu.mcm ner nak heboh kot beliau menyembunyikan rahsia itu dengan baik.hanya dikalangan guru guru jer yang tau.kot pelajar tahu mesti dikutuk mereka sampai mati.

walau bagaimanapun kecoh hal murad ter.......dan ter......... dalam seluar

semenjak itu murad seperti lemah semangat.malah malam berikutnya beliau tidak datang kerja kerana perkara itu telah membuatkan beliau demam panas.

semenjak itu juga beliau akan menundukkan mukanya ketika meronda malam.tak pastilah mungkin dah tak nak tengok bekas anak muridnya dalam dewan tu kot.malah beberapa pelajar nakal pernah menakutkan dia diwaktu malam .dia tidak berkata apa lari mencicit ketakutan.

seorang teman saya yang duduk asrama pernah bercerita dengan saya.pada satu malam dia dan dua orang kawannya lari keluar asrama.yelah mungkin bosan dalam asrama radio tiada tv tiada jadi keluarlah dating dan main snooker.

ketika malam menjelang mereka cuba pulang keasrama .mcm biasa dari mana mereka keluar dari situ mereka akan masuk.yelah takkan ikut pintu pagar seperti pelajar yang diizinkan keluar.dah tentu ikut pagar besi yang tajam atasnya.

mereka bertiga akan masuk satu demi satu seperti tentera yang nak masuk kubu musuh lagaknya.masuk sorang panjat pagar lompat kedalam berlari masuk asrama.

kena kawan saya tu panjat pagar betul betul cerucuk tajamnya kat bawah badannya senang cakap dia atas cerucuk besi yang tajam tiba tiba murad lalu dari celah celah pokok meronda.

apalagi terketar seluruh badan member saya tu kat atas cerucuk tajam tu.punyalah kuat ketaran sampai berbunyi cerucuk tu.nak kedalam tak boleh nak keluar lagi tak boleh.

kawan yang dah lepas tu lepas lah .yang belum lepas menyorok dalam semak.yang dia pulak buat semak kat situ.dia cerita kot dia jumpa hantu pun tak ketar mcm tu.

tapi heran murad berlalu selamba sambil tunduk kepala.betul betul tepi kawan saya tu dia cakap perlahan lahan tapi jelas

"tolong tok anak cucu nak tumpang lalu anak cucu nak cari makan........"

dan ntah hapa hapa lagi serapah nya. tak taulah dia belajar dari mana. rasa ustaz kat sekolah saya tak pernah ajar serapah gaya tu, nabi jauh sekali.....

melihat murad yang berlalu pergi kawan saya terus meloncat kedalam kawasan asrama.

pada keesokan paginya kecoh dia bawak cerita terserempak hantu atas pagar. yang lagi tak tahan bila dia cakap dia siap halau lagi hantu tu dan siap berlawan lagi dengan hantu tu.sampai tahap bersilat lagi tu.

memang dasar manusia ***** sombong .


ketika kawan saya bercerita kisah tu dia ada tanya saya muka dia ni ada macam hantu ker sampai murad sangka dia nie hantu.saya tengok muka dia takderlah macam hantu tapi kelaku sikit sikit memang ada......

itu kisah security pertama kita pergi kisah security kedua yang saya namakan dengan nama salim

salim ni pulak lain sikit dari murad kurus kering, kuat solat, pendiam senang cakap lain banyak zahir batin lain sungguh dari murad ni.

pada satu malam beliau kena kerja malam .ketika beliau sedang mengelamun merenung pintu pagar itu dilihatnya seorang tua bersongkok hitam berkain pelikat dan berbaju melayu pergi kearah pintu pagar utama.

beliau tidak menegur orang tua itu seolah mulutnya terdiam memang dia nie pun pendiam.gelagat orang tua yang menghampiri pintu pagar itu dilihatnya sahaja.perlahan lahan dilihatnya orang tua itu masuk menembusi pintu pagar itu dan menghampirinya.orang tua itu mengucap salam.

beliau yang agak heran menjawab salam orang tua itu.beliau memang dah jangka orang tua tu bukan orang tapi baginya kot orang datang cara elok dia akan layan cara elok datang cara tak elok dia lagi tak elok.

dia telah mengambil sebuah kerusi dan mempelawa orang tua itu duduk diluar post guard.malah dia sendiri pun mengambil kerusi untuk duduk diluar bersama orang tua itu.

mereka berbual kosong untuk menghabiskan waktu malam.mengikut cerita orang tua itu sekolah ini adalah tempat tinggalnya dan beliau telah duduk disitu sebelum sekolah itu dibuat lagi .

salim merenung wajah orang tua itu .memang orang tua itu tidak pernah dilihatnya walau beliau adalah penduduk tempatan situ memang sah orang tua tu bukan orang .

menurut ceritanya kalau nak cerita meremang memang meremang, bukan takat bulu roma dileher, malah sekalian bulu di tubuh nya, serasa tubuh mengembang kerana sangat takutnya.

mereka bercerita sampai kesubuh.memanglah berteman kalau kena kawan pandai bercerita sampai subuh pun boleh tahan

sehinggalah ketika azan subuh masing masing mendiamkan diri menghormati azan.murad merenung rupa orang tua itu .wajah tuanya yang tenang berubah semakin tua ketika azan.kulit wajah orang tua itu hilang sedikit demi sedikit.kemudian daging berwarna darah kelihatan .urat urat halus terselirat di muka orang tua yang dah tak berkulit itu.

sedikit demi sedikit daging orang tua itu hilang.tinggallah tengkorak putih sahaja .murad memandang dengan tenang .dilihatnya orang tua itu membaca doa selepas azan.

sebaik tamat orang tua itu membaca doa selepas azan.salim yang sedia lebih awal membaca doa telah berteriak kepada orang tua itu.

"aku ingatkan kau kot nak sembang sembang elok elok jangan buat yang bukan bukan"marahnya kepada orang tua itu

wajah yang hanya tinggal tengkorak itu kembali pulih berkulit dan berdaging seperti asal.dengan wajah tersipu sipu malu orang tua itu berkata

"janganlah mcm tu saya gurau jer"katanya serba salah

salim menjawab "kali nie saya maafkan lain kali kot nak buat mcm nie toksah kesini lagi"

orang tua itu bersetuju dan seringkali ketika salim bertugas malam orang tua itu datang menemuinya dan mereka bercerita seperti dua manusia bertemu muka lagaknya.tapi sapa tahu dua makhluk tuhan yang berbeza sedang berbual mesra.

sudah hampir 20 saya tidak kesekolah itu saya tak pasti adakah mereka masih bertugas disana atau tak.

ok sekarang kisah saya sendiri disekolah berkenaan

sebelum saya cerita kisah saya ini ingin saya nyatakan kan disini dua kisah security tu saya hanya dapat dari pelajar guru guru kakitangan sekolah dan diri mereka sendiri. saya cuba menceritakan setepat mungkin kisah tersebut.adalah sangat sukar untuk saya ceritakan dengan tepat sekali kerana saya bernasib baik tidak ada ditempat kejadian dan tidak mengalami kejadian tersebut.

sebenarnya banyak lagi kisah seram yang dialami oleh pelajar pelajar sekolah, kakitangan dan guru guru sekolah berkenaan yang saya dengar dari mulut mereka sendiri. nanti lah apabila saya habis menceritakan beberapa kisah seram yang saya alami sendiri saya akan cerita kan kisah seram yang dari pengalaman orang orang yang saya kenal.

ok kita balik semula kepada kisah saya.............

sebenarnya saya ini bukanlah pelajar asrama sekolah tersebut.saya hanya berulang alik kesekolah dengan bas.cuma 3 kali jer saya dok asrama sekolah berkenaan iaitu ketika peperiksaan ,tupun dua kali jer.yang memula sekali waktu tu waktu minggu orientasi.

saya rasa sapa yang pernah mengikuti minggu orientasi mesti tahu beberapa perkara yang amat membosankan yang kena dilalui dalam minggu tersebut.tak kiralah ditempat kerja ker di pusat pengajian tinggi ker dan juga sekolah.nama jer minggu orientasi sessi taaruf dalam bahasa arab atau sessi suai kenal dalam bahasa melayu tapi hakikatnya ragging ragging ragging...........itulah hakikat sebenarnya.

memang perkara biasa lah perkara tersebut.orientasi tu berlaku dalam masa seminggu tetapi dalam masa hari isnin hingga hari jumaat sessi orientasi hanya dilakukan pada waktu sekolah .hanya ketika hari sabtu dan ahad kami semua diarahkan tinggal di asrama selama tiga hari dua malam bermula pagi jummat berakhir petang ahad.

sebenarnya pada hari jumaat itu saya sudah mula demam akibat keletihan pada hari hari sebelumnya.namun oleh kerana aktiviti sekolah itu dijelaskan wajib maka saya ikutkan juga.disanalah saya mula mengenali ehem saya rasa anda tentu kenal dengan sorang ahli politik pas ini iaitu ustaz azrul hakim. beliauni terus terang saya cakap dari zaman persekolahan dah mula lah loyar buruknya .bila dah keluar sekolah pilih kerjaya sebagai ahli politik.memang patut dan sesuailah.

disini saya bukan nak cerita berkenaan kisah beliau ini tapi kisah seram yang saya alami dalam minggu orientasi tersebut.

pada suatu maghrib ketika hari jumaat disenja tu kami diarahkan solat berjamaah.memandangkan solat berjamaah terpaksalah kami sudah berada disurau sebelum waktu maghrib lagi .mcm biasa hukuman akan dikenakan kepada mereka yang lewat tiba.

oleh kerana saya sampai awal saya telah beriitikaf disurau asarama .ketika saya beriitikaf tiba tiba seorang pelajar telah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan saya dari belakang.saya pun menyambut tangan itu dan menoleh kebelakang .tetapi apa yang menghairankan apabila saya menoleh kebelakang tangan yang saya pegang terlepas dan tiada sesiapa dibelakang saya.dan sekeliling saya tidak terdapat orang yang sedang berjalan berhampiran saya.

saya hanya membiarkan sahaja perkara tersebut ini ditambah lagi ketika itu saya merasakan tubuh saya yang kurang sihat.mungkin jin islam kot.sebab disekolah itu terdapat pelbagai jin dari jin islam kristian dan hantu ntah hapa hapa nama.malah beberapa tenaga pelajar pernah mengislamkan beberapa jin yang telah merasuk pelajar puteri islam disekolah tersebut.nantilah kot berkesempatan dimasa akan datang saya akan ceritakan kisah pengislaman jin kristian oleh seorang ustaz.kisah pengislaman ini berlaku sesudah saya keluar dari sekolah berkenaan.

pada malamnya selepas makan malam kami telah mengikuti sessi yang paling membosankan.sessi tersebut dinamakan sessi pembacaan puisi.sessi tersebut benar benar membosankan saya dan para pelajar lain.kami diarahkan untuk pergi kehadapan secara suka rela .pelajar wanita dan lelaki dipisahkan ketika itu.pelajar perempuan mengikuti sessi apa saya pun tak pasti .yang pastinya memang dah ada sessi khusus yang dirancangkan untuk mereka ini .manakala bagi pelajar lelaki pula sessi yang saya sebutkan tadi.

oleh kerana pembacaan puisi itu dilakukan secara suka rela maka kami beramai ramai enggan untuk kehadapan menunjukkan bakat yang terpendam mungkin atau sebenarnya tak berbakat.akibat tiada sambutan dari kami semua beberapa orang urusetia telah kehadapan pentas dan mengarahkan kami semua menutup mata.

bermulalah sessi ragging dengan suara keras mereka terus mengarahkan kami menutup mata.lampu turut dipadamkan.muka kami disuluh seorang demi seorang saya sendiri merasa muka saya disuluh.pelajar yang enggan atau engkar akan ditampar .tapi saya rasa gimik jer tu .sebab takder sorang pun lepas kejadian tu mengaku ditampar.yelah nak matiker berani sangat tampar pelajar nie lagi pun mereka tu pun pelajar juga.mungkin mereka hanya tepuk tangan mereka sahaja kot.

kemudian kami dimarahi sepuas puasnya. ketika saya memejamkan mata saya terasa pelajar disebelah kanan memegang tangan saya mungkin dia ketakutan kot.saya pun memegang tangan pelajar berkenaan.harapan saya ketakutan pelajar tersebut akan kuat sekuat pengangan tangan saya kepadanya .kami dimarah dimaki dan bermacam macam lagi deraan mental dilakukan keatas kami.kemudian kami diarahkan untuk beristighfar beramai ramai .terdengar suara muzik lembut menembusi deria pendengaran kami.memang asyik .sehingga saya rasa nak terlelaap

kami dimarhi jika terlelap.dan saya juga dengar kerusi dibaling berkali kali.ntah hapa tujuannya mungkin untuk menakutkan kami kot.

sessi itu berlangsung hampir sejam lebih bila sessi tamat mata saya pun saya buka saya dan pelajar disebelah saya saling berpegangang tangan.tapi saya tidak dapat memastikan siapa pelajar berkenaan kerana lampu belum dibuka.apa yang menghairankan saya selepas lampu dibuka kami terlepas pegangan dan disebelah saya tidak ada sesiapa pun duduk disitu.malah sebelum lampu dipadamkan sebelum sessi itu bermula pun tiada pelajar yang duduk dikerusi itu.hal ini membuat kan saya tertanya tanya siapakah dia............?

selepas sessi itu kami kami dijamu minuman malam. ketika itu sudah hampir tengah malam. ketika kami balik keasrama terdengar keributan diluar .saya yang masih demam itu pun pergi keluar bilik saya dan cuba mencari punca keributan itu.ternyata kelihatan seorang pelajar perempuan sedang dirasuk .dia telah cuba melarikan diri kepadang .mengikut cerita dia ini pun adalah salah sorang peserta majlis orientasi yang kami sedang jalani.

melihatkan pelajar berkenaan lari dikejar oleh pelajar putera saya pun ikut sama mengejarnya .yelah rugi wooooooo tak tengok perempuan histeria nie.mana tau ada peluang tengok tiger show hehehehhee.

ditepi pinggiran kawasan padang sekolah itu terdapat parit sempadan yang memisahkan kawasan sekolah dan kebun pisang .kebun pisang itu sangat semak dengan rimbunan pohon pisang yang sangat tebal.

sampai ditempat tersebut pelajar perempuan itu berhenti serta merta .kami pun berhenti dan memerhatikan apakah tindakan dia yang selanjutnya.ternyata pandanganya beralih kearah kami yang pada mulannya dia membelakangi kami. perlahan lahan dia berundur kearah kebun pisang itu .begitu jugalah kami perlahan lahan menghampirinya . sampai dia di rimbunan pokok pisang itu dia pun masuk kedalam rimbunan itu. kami risau jika terdapat binatang buas seperti ular dan binatang berbisa yang lain. al maklumlah semak lah katakan.hal ini membuatkan kami terpaksa meninggalkan tempat itu.

seorang ustaz yang dimaklumi perkara tersebut telah mengira kembali pelajar perempuan yang mengikuti kursus tersebut.yang menghairankan jumlahnya adalah sama dan semua yang dipanggil namanya ada menjawab namanya ketika dipanggil.

persoalannya sekarang siapakah gadis itu...........?

sehingga sekarang saya tidak pasti siapakah gadis itu dan saya pun gagal melihat wajahnya memandangkan malam itu gelap.rasa menyesal pula mengejar gadis itu al maklumlah awak pun tengah demam waktu tu.tapi bila melihat orang lari awak pun larilah mengejar.

pada malam tersebut semua pelajar lelaki ketakutan kerana kejadian tersebut . hanya tak sampai 1 jam seluruh asrama telah tau kisah berkenaan. malah cerita tersebut ditokok tambah untuk menyedapkan cerita itu dari satu mulut kesatu mulut. sehingga keluar kisah pelajar permpuan itu bertaringlah bermata merahlah sedang memakan ayam mentahlah.

masalah itu semua tidak benar kerana waktu tu gelap saya sendiri mengejarnya dan saya sendiri tidak dapat melihat wajahnya.tapi yelah adat manusia suka sangat cerita gossip . sampai hantu pun kena gossip liar. kalaulah hantu tu tau dia kena gossip sampai tahap tu .saya pasti hantu itu tidak akan keluar menyakat manusia malam itu.

akibat kisah tersebut semua pelajar tidak berani keluar dari bilik bilik asrama . masing masing tetap duduk dalam bilik masing masing dan kalau nak pergi bilik air pun masing masing saling berteman. kadang kadang terfikir gak semua pelajar lelaki tapi penakut jugak yer. tapi nak kata orang tak boleh juga saya pun minta kawan temankan saya ke bilik air malam itu.

ketika saya dan kawan saya pergi bilik air beliau berkata dengan saya,"syam kau tau tak waktu kita dalam dewan waktu sessi kesedaran dan taubat tadi aku ada dengar suara halus kata depa semua nie nak kena nie tak sangka pula jadi mcm nie"

oleh kerana teman saya nie jenis yang suka menuntut ilmu bukak alam ni nak caya susah dan tak caye pun susah saya hanya mampu mengiyakan jer kata nya itu.

kami terus menunaikan hajat masing masing.kelihatan beliau yang tak bercadang dan tak punya hajat pun masuk kebilik air itu kemungkinanan beliau pun ambil kesempatan untuk menunaikan hajatnya.

selesai hajat saya pun keluar dari tandas .keluar sahaja dari tandas saya ternampak kepala tanpa badan di sinki . melihat kan kepala tanpa badan itu saya pergi kepala tersebut.saya pulas pulas kepala tanpa badan itu dan mengeluarkan air paip.saya mencuci tangan saya sementara menunggu teman sekampung saya itu keluar.

aisey janganlah suspen kepala tanpa badan tu kepala paip daaaaa...........

sebaik teman saya keluar kami beriringan pergi keluar menuju ke bilik asrama kami.sewaktu kami berjalan teman saya itu berkata perlahan dengan saya.

"syam kita malam nie buat projek nak tak?"tanyanya kepada saya

dibenak saya hanya tergambar projek mengintip pelajar perempuan jer yelah dia nie pun gatal sikit tak silap saya lepas sekolah jer dia terus nikah dengan janda beranak sorang.eloklah sekurang kurangnya gatal dia ada yang nak tolong garu.

saya yang mula kurang selesa dengan sikapnya menasihatinya

"kau ingat sikit kita ni baru jer belum pun seminggu dalam sekolah ini kot kita kena tangkap mengintai budak pompuan malunya dah satu kena buang sekolah lagi"nasihat saya kepada dirinya.

"bukan projek tulah projek tengok hantu aku dah siapkan semua kelengkapan arang untuk buat perbara kemenyan arab untuk panggil hantu dan macam macam alat lagi kau tau"terangnya bersahaja

saya pula berkata padanya"aku ingat projek yang selalu kau buat kat kampung projek apa tu ala projek mengintai anak dara ustaz mat tu mandi rupa rupanya projek nak intai hantu yer"

dia dengan nada tidak puas hati berkata pada saya"ish kesitu pulak kau mcm ner nak tak?"tanyanya pada saya

saya menjawab dengan nada malas,"aku sekarang nie tengah demam aku bukan sihat sangat kot kau nak sangat intai hantu ke bunian ker kau pergi lah sorang aku malaslah"

dia agak kecewa dengan jawapan saya dan mula memujuk saya"alah kau ni syam demam sikit jer .mcmnilah aku ada panadol kau makanlah malam esok mungkin dah kebah kau boleh temankan aku yer"

saya terfikir sejenak, betul juga katanya nak juga saya lihat benda pelik apa yang dia nak buat ni.selamanipun dia ni bukan main cakap besarnya boleh tengok hantulah jinlah boleh panggil lah jadi apa salah saya tengok betul kalini.satu peluang yang baik ni untuk menambah pengalaman.

saya pun berkata kepadanya"tengoklah"

dia menjawab "haaah mcm tulah dan itulah aku nak dengar"

bernada nada pula dia berkata mcm tengah berpantun rasanya.

malam itu kami melelapkan mata memandangkan pada esoknya banyak lagi modul kursus yang terpaksa kami lalui .lebih lebih lagi demam saya semakin teruk.panadol yang saya makan yang diberikan teman saya itu seperti tiada kesannya langsung.akibat kesakitan ditambah keletihan saya pun tertidur .

tepat jam 3.30pagi kami semua digerakkan.kami telah diarahkan mandi dan berpakaian kemas untuk kesurau disurau kami diarahkan untuk qiamul lail.dah lah demam disuruh pula buat qiamul lail depa nie nak bunuh saya agaknya.rungut saya didalam hati .tapi apakan daya kerana masih rasa nak sekolah saya turutkan juga .

pada siang nya berbagai lagi modul minggu orientasi telah saya ikuti tapi walau apapun kesimpulannya semua kursus itu amat membosankan dan amat meletihkan. nasib baiklah demam saya itu semakin baik dan semakin kebah.

pada malam yang ditunggu tunggu saya dan teman saya itu mula hendak melakukan perancangan yang telah kami rancangkan dari semenjak malam semalam lagi.waktu itu diantara jam 1 hingga 2 pagi .seluruh asrama telah gelap dan kami rasa mereka semua dah tidur .malah kami sendiri pada sebelum jam satu lagi kami berpura pura menidurkan diri dnegan harapan pelajar lain tertidur, apabila melihatkan kami tidur.

harapan kami rupa rupanya menjadi kenyataan belum pun jam 1230 kesemuanya telah tidur.

teman saya itu telah membangunkan saya yang disangkanya sedang tidur .badan saya yang belum pulih sepenuhnya dari demam saya gagahkan juga untuk melihat perbuatannya yang mungkin boleh di kategorikan sebagai khurafat.

saya pergi bersama sama teman saya keluar perlahan lahan dari bilik asrama . teman saya itu telah mengajak saya pergi kesatu pondok papan kecil.tak silap saya ditempat itu diletakkan peralatan seperti kerusi meja dan lain lain lagi .pintunya yang berdaun dua memang tidak dikunci.dia mengeluarkan semua peralatan untuk melihat hantu.pondok kecil itu agak jauh dari asrama dan tiada lampu disitu.malah bekalan letrik pun tidak disambungkan kesitu kerana kelihatan pondok itu hanya digunakan sebagai tempat menyimpan kerusi meja yang tidak digunakan lagi.

saya hanya menyaksikan sahaja gelagatnya .antara barang yang dikeluarkan adalah ubat nyamuk, satu bungkusan kecil mungkin kemenyan kot, lighter,satu botol kecil berisi cecair mungkin minyak,sedikit arang dan yang mahal tu siap ada rokok dunhill 20 tu .plastik yang digunakan untuk mengisi benda tersebut dibuang jauh seolah tidak diperlukan lagi.

saya yang dah beberapa hari tak dapat isap rokok telah mencapai rokok itu dan mengambil lighter.tanpa membuang masa rokok saya hidupkan .malangnya angin lembut malam menghalang ligher kriket yang digunakan oleh saya itu gagal dihidupkan.seolah angin malam itu tidak izinkan saya untuk menghisap keenakan asap dunhill.saya terus berusaha dengan menghalang angin malam itu dari mematikan api lighter kriket ditangan saya.

sebatang dunhill 20 dapat dihidupkan.kotak rokok saya buang ketanah. asapnya mula saya telan dengan rakus memasuki paru paru .serasa hilang semua ingatan saya terhadap segalanya.asap yang saya sedut itu saya lepaskan perlahan lahan.lebih nikmat lagi tak terkata rasanya.

sedang saya enak menyedut asap rokok itu saya terdengar suara teman saya berkata

"syam bak mai sepam"

saya menghulurkan rokok saya kepada nya beberapa kali dia menghisap rokok itu dengan rakusnya terburu buru hisapan nya .seolah olah hendak dihabiskan rokok itu dengan sekali sedut jer.matanya liar mencari sesuatu.tiba tiba dia bersuara yang mengejutkan lamunan saya.

"alamak aku lupa nak bawa dupa untuk bakar kemenyan lah mcmnerni "soalnya kepada saya

"alah kauni tak kreatif langsunglah, cubalah kreatif sikit setakat nak bakar kemenyan tak payah pakai arang bagailah cukup jer pakai pakai ubat nyamuk tu,dapat gak bara nanti.mcmnerlah aku boleh dikurniakan oleh allah kawan yang tak berkualiti mcm kau nie"terang dan sindir saya kepadanya.

dia hanya mendiamkan diri sahaja dan masih mencari sesuatu disekelilingnya.melihatkan dia yang sedang mencari sesuatu disekelilingnya saya terus bertanya padanya.

"apalagi kau cari tu"tanya saya kepadanya.

dia menjawab "mana tadi plastik yang aku buang tadi yer?"tanya nya kepada saya

saya pun menunjukkan jari kearah plastik yang dibuangnya tadi al maklumlah gelap manalah dia nampak.

dia mengambil plastik dan memasukkan semua barang yang dia keluarkan tadi.arang dan minyak kemas diikatnya kedalam plastik.hanya rokok dan ubat nyamuk jer masih diluar lighter kemas ditangan saya.

cuma dalam fikiran saya tertanya tanya apa guna ubat nyamuk takkan pulak hantu nak panggil kena bagi rasuah ubat nyamuk.akibat fikiran saya yang serabut dengan persoalan itu saya pun bertanya padanya.

"nak panggil hantu kena pakai ubat nyamuk ker?"tanya saya berseloroh padanya

"bukanlah, ini untuk kita mana tau ada nyamuk ker tak sangka berguna jugak bendani.yang lain ni tak guna jadi kita simpan awal awal kot ada orang kesini takderlah kita terkejut sangat sempat lari kot kita dah simpan kemas kemas"katanya sambil membuka kotak ubat nyamuk itu.

saya hanya memerhatikan perbuatannya sahaja.sedang memerhatikan apa yang dikerjakan dia berkata

"lighter"pintanya dari saya

saya memberikan lighter ditangan saya dan dia pula memberikan rokok yang tidak habis dihisap lagi kepada saya mcm beli jual barang pula rasanya.angin malam masih lagi bertiup tenang,rasa menyesal pula tak pakai baju sejuk kerana kesejukan malam itu serasa sampai ketulang sum sum mungkin saya belum sihat sepenuhnya itu yang membuatkan badan saya kurang enak agaknya.

kelihatan dia cuba mencucuh ubat nyamuk untuk digunakan sebagai ganti perbara yang tak dapat dia buat.sambil tu dia berkata.

"tak taulah tu ari aku belaja suruh pakai perbara ni pakai ubat nyamuk lak ntah jadi ntah tak tapi dah takder kita cuba jelah bak kata orang tua alang alang menyeluk pekasam biar sampai keketiak masam"katanya tanpa noktah

saya hanya tersenyum sahaja tapi saya pasti senyuman saya itu tidak dilihatnya kerana kegelapan malam amat pekat dikala itu.untuk seketika ketika ubat nyamuk berjaya dipasang kelihatan kawasan itu cerah seketika dari cahaya api ubat nyamuk itu .namun setelah wujud bara diubat nyamuk itu cepat cepat ia matikan .lihgter dipegangnya itu dimasukkan kemas dalam poket.manakala benda yang terikat kemas dalam plastik diserahkan pada saya untuk disimpan.saya hanya memegang sahaja benda itu kerana tiada poket .waktu itu saya hanya berbaju t dan berkain sahaja, berbanding dia yang berseluar kemas dan berbaju t.

sebaik ubat nyamuk dihidupkan dia bersila dihadapan ubat nyamuk itu dalam posisi mengadap pintu pondok tersebut.tangannya ligat menghancurkan kemenyan dan diletakkan pada bara ubat nyamuk itu.saya tercium bau kemenyan yang lebih kuat dari asap rokok yang saya hisap.

dari mulutnya tidak henti henti mengucap salam dan diikut bacaan yang kurang jelas bunyinya saya.yang pastinya ucapan salam itu bukan untuk saya mungkin untuk hantu yang sedang dipanggil itu. sesekali kelihatan dia menjenguk pintu pondok itu.

sedang saya mengelamun melihat dia yang tidak jelas dalam gelap yang ada hanya suara bisikan tiba tiba lamunan saya terhenti dengan tiupan angin yang amat kuat. namun saya mencangkung menghadap ubat nyamuk dikanan teman saya itu tidak mengesyaki apa apa .berbanding dia kelihatan terburu buru bangun memakai selipar dia lalu menarik tangan saya sambil berkata.

"syam mari kita cepat lari cepat syam"katanya seperti dikejar sesuatu

"pehal kau ni hantu tak keluar lagi takkan nak lari kot lainlah dah keluar rupa yang seram wajib kita lari"jawab saya selamba

"kalau dia dah jelma takut kita tak sempat lari dah mari cepat"kata nya sambil tarik tangan saya dengan kuat

angin masih bertiup kencang mungkin hari nak ujan kot fikir saya diwaktu itu akibat tarikan yang kuat saya terpaksa bangun dan menarik balik tangan saya seraya berkata

"kau ni merepeklah kau nak panggil dia sebab nak tengok dia nape pulak dia nak jelma kau lari lainlah dah jelma ker apa ker dia kejar kita ker dia apa apa kan kiter ker ............."terang saya panjang lebar

kelihatan dia mula menggaru garu kepalanya yang tak gatal dengan kedua tangan sambil mengusutkan seluruh rambutnya tanda kegeraman yang amat sangat dengan saya lalu berkata

"eeeeeeeeeeeeiiiiiiiiii apahal kau ni tak faham faham hantu ini lain sikit jenis ganas bukan mcm biasa yang aku lihat dan aku panggil"terangnya ketakutan

sambil mengarahkan tangan saya kepintu pondok itu dan memalingkan muka saya kesana, saya berkata kepadanya"cuba kau lihat pintu tu tak terbukak pun tak ada apa pun macam mana kau boleh kata benda tu ganaslah..................."

belum sempat saya habiskan ayat saya itu saya terlihat seolah olah pintu pondok itu ditolak dengan kuat dari dalam.kedua dua daun pintu terbuka.bulu roma saya mula meremang .seluruh tubuh menggeletar ketakutan.ketakutan yang semakin bertambah apabila sesuatu yang amat aneh dan teramat sangat menyeramkan saya.

kelihatan satu lembaga sebesar dua daun pintu keluar merangkak perlahan lahan keluar dari pintu pondok itu saya tak pasti apa rupanya kerana malam terlalu gelap yang saya lihat hanya lembaga hitam sahaja .ternyata dua daun pintu itu dipenuhi tubuhnya yang amat besar.

saya hanya tersedar untuk lari apabila terasa lengan saya ditarik dengan kuat menjauhi lembaga itu .mungkin teman saya sedang menarik tangan saya itu.

walau dalam ketakutan itu sempat juga saya capai dunhill 20 tu,al maklumlah takut takut gak tapi oksigen tak boleh ditinggal.dunhill 20 itu saya pegang erat dan saya lari dipandukan pegangan tangan kawan saya. mata saya tidak lepas melihat lembaga itu, dari kepekatan malam saya terlihat satu objek yang saya kira meja guru terpelanting dari dalam pondok ketempat kami duduk tadi.nasib baik saya dan kawan saya telah melarikan diri, kalau tak kot tak patah riuk mesti sakit punya.

saya terus berlari seperti seorang atlet 100m sukan olimpik rasanya akibat ketakutan. saya yang sebenarnya tak kuat lari telah berjaya memintas kawan saya tu.sedangkan kot biasanya memang saya akan ketinggalan jauh bertiang tiang letrik kot lumba lari dengan dia.tapi mungkin ketakutan yang amat sangat membuatkan saya memiliki kepantasan luar biasa.semakin lama semakin jauh saya tinggalkan dia dan dia pun terhenti melihat saya yang memintas dia.

saya yang mendahuluinya menyuruh dia berlari cepat mengikuti saya.ish biaq betul dia pimpin aku mcmner dia boleh ketinggalan kat belakang siap berenti lagi .dah tu sapa pimpin aku ni.tangan saya masih terasa dipengang erat oleh teman saya yang saya sangka teman saya dari tadi.saya mula alih pandangan saya kehadapan .

kelihatan satu lembaga kurus kering rupanya saya tak pasti kerana waktu tu malam bulan gelap hanya kelihatan tubuhnya yang kurus cengkung tingginya hampir dua kali ganda saya.terus terang waktu tu memang bismillah pun saya lupa nak baca bila kena situasi yang bertali arus.terlompat saya terkejut saya cuba melepaskan tangan saya ternyata pengangan makhluk tersebut lemah saya berlari meninggalkan kawan saya.pedulik hapa saya kawan kawan gak keselamatan perlu diutamakan.

patut lah dia pimpin saya menjauhi asrama bukan menghampiri asrama bukan geng rupanya............

tapi sesekali saya toleh kebelakang saya terlihat tubuh kawan saya dalam kegelapan malam ikut saya.sampai diasrama saya tak tunggu lama terus masuk kebilik asrama ketika hendak buka pintu ditangan saya terlihat dunhill 20 yang telah renyuk .ntah bila tangan saya renyuk dunhill 20 nie pun saya tak tahu.pintu dibuka saya terus meloncat kekatil.berselimut seluruh badan buat buat tidur jer.

dalam ketakutan itu saya terlihat kawan saya perlahan lahan masuk bilik dan melompat keatas katil tingkatnya nasib baik lah kami berdua dibawah .kami cuba lelapkan mata .tiba tiba dia bersuara dengan perlahan.

"syam"

saya agak ragu ragu untuk menjawab tapi bila saya fikirkan suara itu suara teman saya maka saya jawab pendek

"yer"

dia berkata lagi

"nasib baik kau kalau bukan kau mau aku kena lari lagi"

dalam hati saya punyalah bengang adaker patut orang tengah takut setengah mati baru dia nak pergi gurau gurau.

saya cuba melelapkan mata.tapi malangnya mata saya tak boleh dilelapkan diluar kedengaran orang lalu lalang bilik kami .tak mungkin pelajar sebab kot pelajar apa pulak dibuatnya kejap kehulu kejap kehilir.tapi yang menambahkan heran saya kawan saya nie sedap jer berdengkur makin takut makin mudah dia tertidur.dalam bilik itu semua pelajar lain sedang tidur nyenyak dibuai mimpi tiada yang tahu apa sedang berlaku.teman saya pun elok juga tidur .sedangkan dialah punca angkara ni.

tiba tiba dalam kesukaran saya untuk tidur saya terlihat pintu bilik terbuka perlahan lahan.saya menunggu sesuatu yang pasti menyeramkan masuk kedalam .tiada apa yang masuk rupanya.seketika kemudian kawan saya yang sedang berdengkur itu mengigau menjerit jerit . saya yang masih ketakutan bertambah takut melihat dia mengigau.saya lantas bangun dalam ketakutan menghampirinya dan menggerakkannya .tak terfikir pula saya kalau dia tu dah kena rasuk ker apa ker.

dia terbangun dan memandang saya seketika dan tidur semula seperti tiada apa apa.memang peliklah dia ni .memang betul betul kawan yang tak berkualiti langsung.

setiap kali dia hendak berdengkur menunjukkan kelenaannya setiap kali tu jugalah dia ni mengigau.setiap kali dia mengigau jenuh saya bangunkan dia sehinggalah tak silap saya 4 kali kejadian tu berlaku. cuma nasib baik tiada pelajar yang menyedari. semuanya enak dibuai mimpi.

terus terang saya ini memang tak suka qiamul lail atau program bangun malam tapi saya benar benar bersyukur dimalam itu jika ada program tersebut.sekurang kurangnya ramai orang akan dipaksa bangun .saya pun tak perlu takut sangat sebab ramai orang.malangnya dimalam itu penganjur tidak membuat program tersebut.subuh dirasakan terlalu lama.hanya apa bila fajar siddik hendak mula menjelma baru saya dengar beberapa pelajar bangun dari tidur.bunyi tapak kaki itu pun menghilang bersama bunyi pelajar yang baru bangun tidur.

saya merasa lega sedikit .saya gerakkan kawan saya tadi rupanya selepas 4 kali dia mengigau dia tak tidur sampai kesubuh .

selepas solat subuh kami sama sama pergi ketempat tersebut semula .kami berdua cuba menyembunyikan kesan kami malam tadi .tapi dimulut kami berdua tidak henti henti membaca ayat al kursi.walau bacaaan saya kerap tersasul ntah mana pangkal ntah mana hujung kerana masih takut.masih jelas kesan meja yang jatuh ditempat kami membuat ritual malam tadi.kalau lah saya tak lari sy pasti patah riuk badan saya.

selepas kami ambil ubat nyamuk dan membersihkan beberapa kesan, kami terus menuju dewan makan.didewan makan saya makan bersama teman saya tersebut.

dia berkata kepada saya"syam sebenarnya abang aku bekas pelajar sekolah ini.dia pernah cakap sebenarnya dulu kat kawasan sekolah ini keras.oleh sebab keras beberapa makhluk yang keras ini telah diasingkan dalam stor tu.mereka dipasung dalam stor tu.semenjak dipasung sekolah ini menjadi aman sikit.yang ada hanyalah makhluk makhluk yang kurang ganas.malam tadi bila aku minta depa jelma aku terlupa aku telah menghancurkan pasung mereka tu.sekarang mereka semua terlepas dah.aku tak tau apa aku nak buat lagini."terangnya panjang lebar

dengan nada yang amat marah saya kata kepadanya"gila kau .kau tau tapi naper buat mcm tu dibuat mereka ikut kita balik mcm ner tak mati kering kita kat rumah nanti"

dengan sedih dia jawab"inilah yang aku risaukan sebenarnya malam tadi bila aku lelap jer dia datang cekik aku dah tu kau gerak aku lelap lagi kena cekik lagi tu sampai pagi aku tak tidur tu"katanya dengan nada sesal ntah hapa dia sesal saya pun tak pasti yang benar benar pasti saya betul bengang dengan dia.

saya hanya mendiamkan diri jer tanda betul marah dengan dia

dia menyambung lagi"malam tadi kau kira bernasib baik syam.kau tautak aku betul terkejut beruk tengok kau ikut hantu tu siap suruh aku ikut korang lagi.kau tau tak kalau kau ikut dia terus kau akan dibawa ntah kemana aku pun tak tau.selalunya bila orang jumpa, kau memang dah ilang akal dah atau senang cakap kau dah jadi gila"

seriau saya dengar ceritanya waktu tu betul betul rasa saya nak tumbuk atau kurang kurang lempang jer mukanya yang memang sah kategori tak berkualiti.kalini beliau benar benar memberikan masalah kepada saya .

beberapa orang guru yang menyedari bangkai meja itu cuba menyembunyikan hal itu dengan mengarahkan beberapa pelajar asrama membersihkan kawasan itu segera.mungkin mereka tak mahu perkara itu kecoh kot.

walau apa pun alhamdulillah sehingga petang tiada apa yang berlaku .dan lebih syukur lagi dirumah pun tiada apa apa yang pelik berlaku.

pada minggu berikutnya banyak class tak dapat belajar kerana kejadian histeria berlaku dengan teruknya .beberapa pelajar perempuan terpaksa dibawa pulang kerumah untuk berubat.namun kejadian itu hanya sementara jer sebab yang saya dengar seorang dukun telah dipanggil untuk memasung hantu yang terlepas itu ketempat lain.

memandang perkara yang kami anggap main main itu menjadi serius kami terpaksa menyembunyikan dan tidak menyebut kisah kami itu kepada sesiapa pun walau sesama kami berdua sekalipun.kami seolah olah cuba melupakan kisah itu.

terus terang saya katakan hampir 20 tahun saya rahsiakan kejadian ini dari sesiapa pun .hanya pada malam inilah tergerak hati saya untuk dikongsi sesama pembaca.hal ini kerana saya terbaca sorang forumer yang telah buat kerja yang mirip spt kisah sy ini.benda ini kot tak jumpa jangan lah minta nak jumpa cuma kot dah jumpa hadapilah dengan ingatan tuhan yang jitu.

jangan sekali kali menempah untuk jumpa mereka kerana ada hikmah tuhan menyorokkan mereka dari pandangan mata kita.

diharap kisah kali ini dapat dijadikan panduan.jangan bermain dengan api kelak membakar diri.

ntahlah ketika saya menulis kisah ini dimalam ini dirumah saya ini seolah olah terdengar bunyi kentong tiga .kentong tiga ini adalah satu irama kentung yang dimainkan kerana ada orang meninggal. bunyinya tiga kali ketukan yang rata dan mempunyai sedikit jarak masa diantara satu ketukan kepada ketukan yang kedua.kemudian tiga ketukan ini di ulang beberapa kali,

kata orang tua kot dengar bunyi mcm nie diwaktu malam maknanya ada hantu kentong.tapi mungkin itu perasaan saya jer kot .sebab tu saya tak gemar taip cerita waktu malam tapi ntah malam ni tergerak pula hati untuk menaip diwaktu malam.

nantilah kalau ada masa saya akan cerita kisah kawan saya berhadapan dengan hantu kentung .tupun bila kisah saya dah abis saya ceritakan.hantu kentung ni popular zaman dahulu di kawasan orang jawa jer.

kemungkinan akan datang kerana kesibukan saya tidak akan mampu lagi menulis kisah saya setiap hari .walau apapun insyaallah jika berkelapangan saya akan cuba ceritakan kisah saya yang tak silap saya tingga 3 ntah 4 lagi .lepas tu baru saya masuk kisah seram mereka yang saya kenal.

walau apapun insyaallah setiap hari saya akan sentiasa menjenguk thread ini untuk melihat kisah seram dari kawan kawan sekalian

bukan per takut terpaksa bertapa lama lak gara gara tertinggal kisah seram ramai yang dah terkena kat sini tt lipas penin pun dah kena

cerita selanjutnya mungkin berkenaan pengalaman saya merambas hantu di satu rumah di kampung saya ...........

nantikan kisah selanjutnya........

sekian ................

No comments: