Tempat = kota medan di kawasan pesantren tuan guru haris
Masa = berlaku sekitar lepas isyak hingga jam 3pagi wib
Ahli = saya keluarga tuan guru haris dan anak muridnya
suspek hantu = baca dulu nilai sendiri kemudian hantu apalah tu tapi saya rasa hantu batak naper baca lah kisah ini
pada malam ini saya akan meneruskan kisah pengalaman misteri saya di pulau sumatera kisah ini adalah kisah terakhir saya dalam masa saya berpetualang di bumi sumater kisah ini berlaku dikota medan sumatera utara
kisahnya bermula begini ketika saya menetap didesa besilam saya berpeluang berjumpa beribu ribu orang yang datang ke desa tersebut untuk tujuan ziarah dan menuntut ilmu salah seorang yang sempat saya kenali ialah seorang tuan guru yang bernama haris beliau ada sebuah madrasah dikota medan
beliau telah mempelawa saya ketempat nya sebelum balik ke tanah melayu adalah amat sukar untuk menolak pelawaannya kerana saya akan menaiki pesawat dari polonia atau lapangan terbang medan secara kebetulan rumahnya berhampiran dengan polonia medan
akhirnya dengan berat hati saya telah menerima pelawaannya hal ini amat berat untuk saya terima kerana kedatangan saya ditakuti menyusahkan ahli rumahnya untuk mengambil saya sebagai tamunya kelak
pada masa yang telah dijanjikan iaitu apabila saya hendak pulang ketanah air saya telah menuju kekota medan untuk pergi kerumahnya sementara saya menunggu pernerbangan pada keesokan malamnya
sebelum sampai kerumahnya saya telah pergi shopping dulu kekota medan kota medan pada pandangan saya adalah sebuah kota yang sibuk dan besar pengguna pengguna jalanrayanya agak tidak berdisiplin dan mementingkan diri saya sempat pergi ke jalan nagasari dan dijalan itu ada sebuah kedai kek lapis yang terkenal iaitu kedai hajjah zulaikha dijalan nagasari itulah satu satu nya kedai kek lapis paling laris dan kedai kek lapis orang islam yang selebihnya kedai kek lapis yang dipunyai oelh bangsa cina
dikedai tersebut saya telah membeli beberapa buah kek lapis dan bika ambon jika anda kekota medan jangan lupa singgah ketempat tersebut untuk membeli kek lapis dan bika ambon sebagai ole ole dari sana harganya pun tak mahal sekitar rm20 hingga rm50 bergantung kepada jenis dan saiz memang sedap kek lapis dan bika ambon nya
selain itu saya juga sempat pergi kebeberapa restoran dimedan untuk menjamu selera jangan terkejut jika apabila kita duduk sahaja dikedai mereka mereka akan meletakkan lauk penuh satu meja untuk kita makan mana yang dimakan itu jer yang perlu dibayar dan jangan lupa pekena bandrek jantan dan betina aprikot dan terung belanda sejenis minuman yang popular disana sekiranya anda berkunjung ke indonesia kelak
selepas zuhur saya telah menuju kerumah tuan guru haris untuk menginap sementara menunggu flight saya pada keesokan malamnya
ketika turun dari kereta saya amat terkejut melihat kedaifan hidup tuan guru haris melihat rumahnya saya tertanya tanya dalam diri saya dimanakah saya akan tidur malam ini rumah nya hanya sebuah rumah kecil dan ditepi rumahnya terdapat sebuah madrasah tempat beliau mengajar agama
20 hingga 30 meter dari rumahnya terdapat sebuah longkang besar sebenarnya saya tak pasti adakah itu longkang atau sungai atau parit apa apa jelah
beliau tinggal bersama isteri dan dua anak perempuannya seorang berusia mungkin 17 atau 19 tahun seorang berusia 4 tahun dan seorang adik tuan guru sendiri yang tergolong dalam golongan oku
terdapat hampir 15 orang muridnya yang menetap dimadrasah tersebut sebagai tempat tinggal mereka dan ada juga beberapa orang muridnya yang menginap diluar
selain dari mengajar agama tuan guru haris juga seorang pengamal perubatan alternatif yang menggunakan kaedah ruqyah
saya telah dijemput masuk kerumahnya yang kecil dan daif itu dan beg saya telah dibawa kemadrasah dan saya meneka malam ini tentu saya tidur kat madrasah hal ini lebih selesa bagi saya kerana amat tidak selesa tinggal dalam rumahnya yang terlalu kecil dan hanya mempunyai sebuah bilik yelah mana nak jaga hukum muhrim dan bukan muhrim dengan keluarganya
didalam rumahnya saya telah dijamu dengan air kopi bujang tanpa sebarang kuih sambil bercerita bertanyakan khabar kelihatan tuan guru adalah seorang perokok tegar gudang garam surya tidak lepas dari mulutnya diwajahnya terdapat kesan lebam sekitar mata dan dahi tanda mereka yang kuat sujud dan kurang tidur mungkin keletihan mengajar disiangnya dan dimalamnya dipenuhi dengan ibadat disamping khidmat beliau kepada masyarakat setempat dalam perubatan membuatkan beliau mengabaikan masa rehatnya sendiri
penampilannya mukanya yang agak serius tapi manis senyumannya dengan janggut dan jambang yang panjang dengan beberapa helai uban menaikkan seri beliau sebagai seorang tuan guru dengan usia sekitar 50an ditambah badannya yang agak gempal
malah dipetang saya sampai itu kelihatan satu keluarga baru meninggalkan rumahnya untuk mendapatkan rawatan dari beliau
ketika bersembang dengan beliau beliau serasa tahu dengan ketidak selesaan saya dengan rumah beliau manakan nak selesa rumahnya itu bak kata orang biar condong jangan rebah malah ketika kami bercerita itu rumahnya tidak berkipas tetap dingin kerana angin yang bertiup diluar melalui dinding rumahnya yang terlalu jarang saya pasti tangan saya pasti boleh menyelinap didinding rumah tersebut jika saya mahu malah tanah yang rumah itu dibina adalah tanah kepunyaan salah seorang anak muridnya
begitulah daifnya rumah beliau itu tapi disebalik kedaifan rumah itu tinggal seorang yang banyak berbakti kepada agama masyarakat serta keluarganya
walaupun beliau seolah olah sedar dengan sikap saya yang kurang selesa dengan rumahnya namun beliau tetap melayan saya dengan baik
pada asarnya kami telah solat berjamaah bersama sama dengan anak muridnya selepas solat berjemaah dan selepas siap doa dipanjatkan beliau menuju tenang kepintu madrasah sebelum beliau kembali kerumahnya beliau telah menghampiri saya sambil berkata
"syam malam ni saya hendak melaksanakan upacara ruqyah syam nak ikut ker"tanyanya kepada saya dalam bahasa melayu
kemungkinan beliau yang banyak bercampur dengan orang melayu deli dimedan membuatkan beliau dapat menguasai bahsa melayu deli dengan baik ini kerana bahasa melayu deli amat mirip dengan bahasa melayu malaysia
saya yang ketika itu tidak faham istilah ruqyah telah menjawab soalannya dengan soalan soalan saya"ruqyah tu apa benda "
beliau tersenyum manis diwajahnya terbayang ketenangan sambil berkata "upacara pengubatan"
hehehehe ingatkan upacara apa tadi lantas saya menjawab saya menjawab"kalau saya ikut tak mengganggu ker"
dia ketawa kecil sambil menjawab"tidak lah mana mungkin syam menggangu "
saya hanya mengangguk dan tersenyum tanda setuju dia pun meninggalkan saya di musalla nya untuk menuju kerumahnya
setelah selesai berdoa saya telah melihat lihat binaan madrash nya mengikut salah seorang pelajarnya madrasah ini terdiri dari dua tingkat dan madrasah itu dibina dari papan terpakai dari rumah yang siwakafkan yang atas digunakan sebagai tempat tuan guru haris melakukan upacara pengubatan dan pelajaran agama dan disebelah bawah sebagai tempat untuk solat dan saya melihat sendiri terdaapt sehelai langsir yang memisahkan antara tempat solat lelaki dan perempuan
petang itu saya hanya menghabiskan masa sambil bercerita kosong dengna para pelajar nya berkenaan malaysia mereka menunjukkan minat tentang cerita sy dan itu membuatkan saya lebih berminat untuk bercerita dengan mereka dan sebelum senja menjelang saya telah bersiap siap untuk menghadapi waktu malam dan lebih penting lagi dimalam itu saya akan ikut serta dalam upacara ruqyah untuk mengubati seorang pesakit walau saya hanya penonton tapi perkara itu amat penting bagi saya kerana selama ini saya tidak pernah lagi menyaksikan upacara ruqyah dijalankan
sementara manantikan waktu isyak iaitu antara waktu maghrib dan isyak kelihatan pelajar pelajar tuan guru haris sibuk berzikir kehadratullah dan itu adalah fenomena biasa di mana mana pesantren manakala saya pula sibuk melihat gelagat mereka yang sedang khusyuk berzikir
setelah selesai solat isyak dimana tuan haris telah memimpin solat tersebut kami naik keruang atas untuk melaksnakan upacara ruqyah
kelihatan tuan haris dan 4 orang anak muridnya yang lengkap berjubah putih dan berserban naik keatas dan saya membuntuti mereka dari belakang saya telah diarahkan oleh tuan haris duduk satu sudut yang mana disudut itu saya akan dapat melihat upacara itu dengan jelas tanpa sebarang halangan
tidak lama kemudian kelihatan isteri tuan haris dan anaknya dan seorang yang saya jangkakan pesakit seorang wanita sekitar usia 40 tahun naik keatas dnegna lengkap bertelekung ketiganya
wanita itu telah diarahkan oleh beliau untuk duduk dihadapan beliau dan isteri anak perempuan dan anak muridnya mengambil posisi masing masing dengan mengelilingi dikelilingi wanita tersebut hanya satu ruang dihadapan saya dibiarkan kosong mungkin supaya saya dapat melihat peristiwa itu dengan jelas
tuan haris memulakan upacara dengan membaca beberapa ayat suci al quran dan tangannya tidak henti henti membilang buah tasbih sebesar ibu jari dengan suara yang sengaja dikeraskan mungkin untuk menghalau hantu yang ada dalam tubuh wanita itu apabila cukup bilangan kiraan tasbihnya beliau melemparkan tasbih nya kerana tasbihnya terlalu panjang mungkin supaya jangan tersangkut ketika hendak meneruskan zikirnya dan dihadapannya terdapat satu jag kaca penuh berisi air dan sebiji gelas kaca ntah apa gunanya mungkin haus baca baca boleh minum kot
fahamlah saya walaupun mulutnya menyebut ayat suci alquran tapi hatinya tetap berzikir sebagai satu jalan untuk mengharapkan limpahan pertolongan dari allah untuk mengubat pesakitnya
manakala yang sy saksikan wanita itu memejamkan matanya seperti sedang khusuk mendengar bacaaannya telekungnya ditiup angin kipas yang dipasang tidak terlalu laju supaya udara segar dapat berlegar didalam madrasah itu dia menghadap tuan guru haris
sambil tu kelihatan sesekali tuan guru haris menjeling wanita tersebut seolah olah melihat reaksi ayat al quran yang dibaca oleh beliau
tak sampai pun 10 minit kemudian tidak semena mena wanita itu rebah lalu pengsan dan tidak bergerak
tuan haris memberhentikan bacaannya lalu bangun perlahan lahan menuju tubuh wanita berkenaan jarinya terus memetik buah tasbih kayu hitamnya dan kelihatan tasbihnya hampir mencecah lantai kerana terlalu panjang kelihatan kesemua yang lain mengambil langkah bersedia dan mula berdiri dengan tenang
sepertinya mereka hendak melakukan satu persembahan teater pula sya lihat diwaktu itu kesemua berjubah dan bertelekung hehehhehhe
melihatkan kesemuanya berdiri hati kecil saya tertanya tanya apakah yang akan berlaku selanjutnya
ketika tuan haris sampai kepada wanita berkenaan tidak semena mena wanita yang tadinya pengsan bangun secara mengejut seperti melompat lagaknya tuan haris agak tergamam dengan perbuatan wanita tersebut begitu juga yang lain tidak terkecuali saya
belum sempat gamaman tuan haris reda wanita itu telah menyepak celah peha tuan haris
tuan haris yang benar benar tidak bersedia telah membongkok kesenakan akibat sepakan wanita tersebut diraut wajahnya kelihatan mukanya berpeluh dan wajah nya yang hitam manis itu bertukar merah dan kerutan wajahnya membayangkan kesakitan kengiluan dan kesenakan yang amat sangat
melihat situasi luar jangka isteri tuan haris cuba memeluk untuk menangkap wanita tersebut dan anak gadisnya membontoti nya untuk sama sama menangkap wanita tersebut namun belum sempat ia menghampri wanita tersebut lebih dahulu menolaknya lalu terdorong kebelakang dan dorongan
anak gadis nya cuba menangkap ibunya dari jatuh kelantai tapi apakan daya tubuh seorang gadis beliau telah jatuh tertindih ibunya dan mereka tidak dapat bergerak akibat sangat kesakitan
keadaan semakin cemas melihatkan keadaan gurunya sekeluarga telah tumbang 4 orang anak muridnya cuba mengambil tindakan tanpa arahan dari tuan haris dua orang telah berjaya menangkap tangan kanan dan berada disebelah kanan manakala dua orang lagi berada disebelah kiri dan menangkap tangan kira wanita tersebut
ternyata seolah olah pada pengamatan saya wanita tersebut telah berjaya dikawal oleh saya tapi jangkaan saya silap wanita itu telah senyum kearah kanan dan memandang kedua anak murid tuan haris disebelah kanan senyuman wanita yang amat mengerikan itu langsung tidak dibalas oleh anak murid tuan haris tak semena mena wanita itu melemparkan kedua dua anak murid tuan haris kearah dinding seperti melempar dua biji bantal lagaknya
kemudian saya memandang wanita tersebut melihat kearah kiri dan tersenyum kepada kedua anak murid tuan haris disebelah kiri
walaupun kedua anak muridnya masih memegang tangan wanita tersebut terbayang ketakutan yang amat sangat diwajah mereka mungkin mereka meraskan nasib mereka akan menjadi seperti dua orang rakan yang lain
ternyata jangkaan saya benar kedua mereka dilemparkan dengna mudah oleh wanita tersebut madarasah tua itu bergegar dengan dahsyatnya ketika keduanya jatuh kelantai
kelihatan 5 orang lelaki dan dua orang wanita dari wajah mereka sedang melayan kesakitan yang amat sangat dan terbaring tak berdaya
saya yang benar benar terkejut dengan kejadian itu bertambah terkejut apabila wanita itu menghampiri saya dengan senyuman yang benar benar tidak menyedapkan hati saya
dia berjalan melangkah perlahan lahan ketika itu terfikir oleh saya alangkah baiknya jika ada tingkap berhampiran saya boleh saya loncat jer turun ketanah tetapi oleh kerana ketakutan yang amat sangat saya rasakan tubuh saya melekat kebumi tempurung lutut saya telah hilang dan saya tidak mampu melarikan diri
saya melihat dengan jelas wajah ayu wanita tadi telah berubah merah kehitaman dan matanya merah menyala sambil tangannya dibentukkan bentuk cakar dan ditunjuk tunjukkan kepada saya
tuan haris yang benar benar tidak bersedia telah membongkok kesenakan akibat sepakan wanita tersebut diraut wajahnya kelihatan mukanya berpeluh dan wajah nya yang hitam manis itu bertukar merah dan kerutan wajahnya membayangkan kesakitan kengiluan dan kesenakan yang amat sangat
melihat situasi luar jangka isteri tuan haris cuba memeluk untuk menangkap wanita tersebut dan anak gadisnya membontoti nya untuk sama sama menangkap wanita tersebut namun belum sempat ia menghampri wanita tersebut lebih dahulu menolaknya lalu terdorong kebelakang dan dorongan
anak gadis nya cuba menangkap ibunya dari jatuh kelantai tapi apakan daya tubuh seorang gadis beliau telah jatuh tertindih ibunya dan mereka tidak dapat bergerak akibat sangat kesakitan
keadaan semakin cemas melihatkan keadaan gurunya sekeluarga telah tumbang 4 orang anak muridnya cuba mengambil tindakan tanpa arahan dari tuan haris dua orang telah berjaya menangkap tangan kanan dan berada disebelah kanan manakala dua orang lagi berada disebelah kiri dan menangkap tangan kira wanita tersebut
ternyata seolah olah pada pengamatan saya wanita tersebut telah berjaya dikawal oleh saya tapi jangkaan saya silap wanita itu telah senyum kearah kanan dan memandang kedua anak murid tuan haris disebelah kanan senyuman wanita yang amat mengerikan itu langsung tidak dibalas oleh anak murid tuan haris tak semena mena wanita itu melemparkan kedua dua anak murid tuan haris kearah dinding seperti melempar dua biji bantal lagaknya
kemudian saya memandang wanita tersebut melihat kearah kiri dan tersenyum kepada kedua anak murid tuan haris disebelah kiri
walaupun kedua anak muridnya masih memegang tangan wanita tersebut terbayang ketakutan yang amat sangat diwajah mereka mungkin mereka meraskan nasib mereka akan menjadi seperti dua orang rakan yang lain
ternyata jangkaan saya benar kedua mereka dilemparkan dengna mudah oleh wanita tersebut madarasah tua itu bergegar dengan dahsyatnya ketika keduanya jatuh kelantai
kelihatan 5 orang lelaki dan dua orang wanita dari wajah mereka sedang melayan kesakitan yang amat sangat dan terbaring tak berdaya
saya yang benar benar terkejut dengan kejadian itu bertambah terkejut apabila wanita itu menghampiri saya dengan senyuman yang benar benar tidak menyedapkan hati saya
dia berjalan melangkah perlahan lahan ketika itu terfikir oleh saya alangkah baiknya jika ada tingkap berhampiran saya boleh saya loncat jer turun ketanah tetapi oleh kerana ketakutan yang amat sangat saya rasakan tubuh saya melekat kebumi tempurung lutut saya telah hilang dan saya tidak mampu melarikan diri
saya melihat dengan jelas wajah ayu wanita tadi telah berubah merah kehitaman dan matanya merah menyala sambil tangannya dibentukkan bentuk cakar dan ditunjuk tunjukkan kepada saya
air liurnya meleleh ketelekungnya dia terus menunjukkan ntah senyuman ntah kemarahan diwajahnya kepada saya
apabila wanita itu hampir kepada saya tidak semena mena saya mengangkat tangan seperti sedang diacukan pistol lalu menjerit"saya tak terlibat"
saya benar benar harap wanita itu akan tau saya bukan dikalangan mereka yang telah diserang oleh dia
tapi malangnya jeritan saya itu hanya membuatkan ia lebih berselera untuk menyerang saya tubuh saya menggigil ketakutan yang amat sangat serasa tidak berdarah dah tubuh saya ini
dalam keadaan yang mencemaskan dalam hidup saya itu saya terdengar suara jeritan tuan haris"syam kalungkan tasbih ini"
saya mengalihkan pandangan saya kearah tuan guru haris dan kelihatan tuan guru haris melontarkan tasbihnya kearah saya
saya telah menyambut tasbihnya persis seorang pemain kriket menyambut bola dari pukulan lawan dan terus mengalungkan tasbih nya keleher saya
sebaik sahaja tasbih tuan haji haris terkalung ditubuh saya perhatian saya beralih kearah wanita tersebut dan ntah bila ntah dia sudah ada dihadapan saya dia yang sedang kerasukan hantu apa ntah telah memandang saya kemudian menggerak gerakkan cakaran nya seperti nak mencakar muka saya kemudian ia melihat cakaran tangannya dan menjerit kuat
seperti yang diduga dia telah menghayunkan cakaran nya kepada saya oleh sebab perbuatannya yang telah saya jangkakan saya menepis cakarannya dengan tangan kiri saya tapi malangnya kekuatan tangannya terlalu kuat sehingga terdorong tubuh saya jatuh kelantai
belum sempat tubuh saya jatuh kelantai tangan saya yang saya gunakan untuk menepis tadi telah ditangkap oleh nya dan tubuh saya tidak sampai kelantai waktu tu tuhan jer yang tau betapa takutnya saya kadang kadang terfikir adakah ini pengakhiran hidup saya ketika itu saya benar benar menyesal datang kesitu teringat segala gala dalam hidup ibu bapa saya adik beradik kawan kawan anak anak sedara bermain difikiran saya
tetapi sesuatu keajaiban telah berlaku tidak semena mena selepas dia terpegang kulit ditangan saya dia telah menjerit dengan sekuat hati seperti memegang bara api
dia melepaskan tangan saya dan semakin gila menjerit tak tentu hala sambil tangan kirinya memegang tangan kanannya seperti menanggung kesakitan yang amat sangat
bunyi jeritan yang amat mengerikan itu benar benar menyeramkan sesiap mendengarnya tidak terkecuali saya dia telah memusingkan tubuh nya dan terlihat anak dan isteri tuan guru haris yang masih kesakitan
melihatkan dua beranak itu dia seperti hilang kesakitan dan kelihatan lebih ganas lagi dan menghampiri keduanya kelihatan keduanya pucat tidak mampu berkata apa
apa diraut wajahnya ketakutan bercampur kesakitan yang masih tidak hilang lagi
diwaktu itu saya yang masih kesakitan melompat menangkap kedua kaki wanita yang kerasukan hantu
ternyata usaha saya yang diluar dugaan itu berhasil apa bila wanita itu cuba melangkah dia telah tersembam kelantai surau tua itu bergegar akibat tubuh wanita itu jatuh
kebumi
tuan haris menjerit kepada saya"syam ikat kaki dia dengan tasbih "
melihatkan wanita itu tersembam kelantai dan belum aktif kembali saya terus mengikat kakinya dengan tasbih tn guru haris
sedang saya sibuk menguruskan wanita itu terdengar suara tuan guru haris bercampur kesakitan menjerit"anto azan"
kelihatan seorang dari anak muridnya yang sedang sakit itu bangun dan berdiri tegak menghadap kibalat perlahan lahan lalu menutup telinganya dan terus azan
kelihatan juga wajah dan terdengar juga suaranya seperti orang yang masih kesakitan ketika azan dilaungkan kemungkinan itulah anto
sesuatu yang menghairankan telah berlaku wanita yang terikat kakinya dengan tasbih itu seperti lumpuh tubuhnya dna hanya mampun mengerang sahaja seolah olah
tiada tenaga langsung sehingga tidak mampun memutuskan tasbih yang hanya diikat dengan benang tansi nipis
berbanding tenaganya tadi yang mampu mencampakkan dua orang seperti bantal
melihatkan keadaan yang seperti telah dapat dikawal anak murid tuan guru haris berebut rebut menangkap tangan wanita tersebut manakala anak bini tuan guru haris
pula berebut berebut cuba duduk diatas badan wanita yang sedang meniarap itu
melihatkan wanita itu semakin lemah saya melepaskan kakinya dan digantikan oleh seorang anak murid tuan guru haris memegangnya
tuan guru haris yang melihat keadaan itu terus bangun seperti kesakitan nya telah hilang tapi saya pasti beliau masih menahan kesakitannya
dalam laungan azan anto tuan guru haris telah bertanya kepada wanita itu
"sapa kau"jerkah beliau pada wanita itu
wanita itu menjawab dnegan suara garau dalam bahasa yang saya betul tidak fahami
tuan guru haris seperti memahami bahasa tersebut dan berkata kepada wanita itu dengan bahsa tersebut
tekaan saya tuan guru haris menyuruh hantu itu keluar dari tubuh wanita yang sedang dirasuk itu yelah mana saya faham bahasa dia tu jadi saya teka jelah bila tuan
guru haris menjerit jerit dengan satu patah perkataan
wanita itu seperti enggan mendengar arahan dan ini membuatkan tuan guru haris marah dan terus menikamkan tangannya ke ubun ubun wanita berkenaan dengan
jarinya
wanita itu menjerit kesakitan dengan jeritan yang amat kuat saya pasti keheningan selesai isyak itu dipecahkan oelh jeritan wanita itu
tidak semena mena sesuatu keluar dari lubang hidung wanita berkenaan
saya benar benar terperanjat dengan apa yang keluar dari lubang hidungnya dan hampir terlompat dibuatnya
seekor ulat hitam yang sebesar sebatang pencil kelihatan ular itu amat lemah dan jeritan wanita itu makin keras ketika ular itu keluar kelihatan bekas ular itu keluar
telah mengeluarkan darah segar dari lubang hidungnya
sehabis ular itu keluar wanita itu pengsan dan kelihatan ular itu cuba melarikan diri dengan perlahan lahan panjangnya sekitar sejengkal dan bergerak lemah
melihatkan ular itu cuba melarikan diri tuan guru haris terus menjulang tangannya kelangit sambil memejamkan mata dimulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu
sayup sayup kedengaran ayat suci al qurana dari surah mana ntah saya pun tak pasti
kalaulah ditangan yang dijulang itu ada pedang atau keris saya pasti beliau benar benar kelihatan seperti pendekar zaman dahulu sedang menjulang keris nya kelangit
cuma silapnya pakaian nya shj yang berjubah putih dan lengkap berserban
didahinya kelihatan manik manik peluh bercucuran turun seperti air mata dan bajunya basah bermandi peluh ternyata kipas yang berpusing disyiling tidak dapat
menghilangkan kepanasan nya
dalam seketika beliau membuka matanya dan menjerit sekuat hatinya
"bismillahi allah hu akbar wala haulawala kuwwataillah billlah hil aliyul azim" jeritnya keras dengan nada yang sukar untuk saya ceritakan sambil menghalakan tapak
tangannya kearah ular itu
ular yang sedang bergerak gerak lesu yang cuba melarikan diri itu terbakar secara tiba tiba itulah dalam hidup saya melihat perkara pelik yang amat pelik nak bakar
benda main tunjuk telapak tangan jer rasanya nanti saya nak belaja lah dnegan beliau senang kot nak hidupkan rokok tak payah pakai lighter pakai tapak tangan jer
hehehhehehehehhehe mesti orang takut punya yetak
kelihatan ular itu terbakar untuk beberapa minit dan menjadi abu dan yang saya pelik abunya hilang tanpa meninggalkan kesan
yang lebih pelik karpet tempat ular itu terbakar langsung tak terjejas dengna kebakaran tadi
tuan guru haris mengambil segelas air dari dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu tak kedengaran pula apa dibacakan
selesai jampinya keatas air itu ia menghembuskan air tersebut dan memberikan kepada isterinya menyuruh isterinya mencuci muka wanita berkenaan dengan air
berkenaan
tidak lama kemudian wanita itu sedar dan kelihatan lesu dan keletihan yang amat sangat dan isteri tuan guru haris menyuruh wanita itu meminum lebihan air yang telah
dijampi tadi tanpa banyak bantah wanita itu meminum air tersebut
sangat berbeza dari tadi yang siap menyerang orang lagi ketika dia dirasuk
seorang anak muridnya membuka kembali tasbih yang saya ikat dikaki wanita berkenaan dan memberikan tasbih tersebut kepada tuan guru haris tasbih hitam itu
bertukar tangan
wanita itu telah dipapah keluar oleh anak dan isteri tuan guru haris turun kebawah
mata saya melihat mereka turun kebawah dan kelihatan anak tuan guru haris mengarahkan pandangannya kepada saya dan tersenyum disebalik kelesuan wajahnya
rupa rupanya tersorok kemanisan senyumannya sukar untuk saya lupakan sehingga sekarang kemungkinan senyuman nya itu tanda terima kasihnya kepada saya
dengan kulitnya yang cerah dan bersih sudah cukup membuatkan saya cair seketika
oleh kerana saya masih terkejut dengna kejadian tersebut lupalak nak balas senyuman nya tadi
mereka diikuti oleh anak murid tuan guru haris dan selanjutnya tuan guru haris dan saya hanya duduk keletihan tuan guru haris berkata kepada kepada saya
"mari syam kita turun"ajak beliau mesra dengan nada yang amat letih
"takperlah saya terlalu letih kejap lagi saya ikut"jawab saya dengan suara yang letih
"jangan lama lama nanti saya tunggu kat bawah untuk makan malam"kata beliau
"baiklah"kata saya pula
tuan guru haris tidak mampu membaca apa yang akan dan hendak saya lakukan diatas madrasah itu yang ia tahu saya hanya hendak melepaskan keletihan sahaja tapi
sebenarnya saya ingin menyisasat sesuatu ehhehehehhehehe
saya pergi kembali tempat ular tadi terbakar saya menyentuh lantai tersebut tidak terasa panas pun getus hati saya hal ini menambahkan lagi kehairanan saya
setelah itu saya pun turun kebawah dan pergi kerumahnya yang jaraknya tak sampai pun 20meter dari madrasah untuk makan malam
ketika makan malam kelihatan beliau tidak mahu bercerita apa apa pun semua soalan yang saya kemukakan beliau jawab acuh tidak acuh
dnegan sikapnya yang agak dingin dan dengan kesedapan gulai daging lembu yang dimasak oleh isterinya mungkin anak darannya atau susah susah dia beli kot
membuatkan saya hilang selera untuk bertanya kejadian tadi kepadanya bagi saya lebih baik saya menumpukan keenakan gulai daging nya pandai gak orang indon nie
masak gulai benar benar kena dengan selera saya hehehhehehehhe
selesai makan malam saya keluar dari rumah nya dan melihat anak beberapa orang anak muridnya sedang berkumpul ditepi madrasah yagn telah tersedia pangkin
saya pasti keempat empat anak muridnya sedang bercerita kisah yang mereka telah lalui tadi kepada rakan rakan yang lain ini benar benar saya pasti kerana saya lihat
mereka berempatlah yang lebih banyak berckap manakala yang lain hanya menjadi pendengar setia sahaja
saya duduk bersama mereka dan kedatangan saya telah membuat kan topik perbualan mereka berubah mereka lebih banyak bercertia dan bertanya dnegan saya
berkenaan malaysia
hampir setengah jam kelihatan dari rumah tuan guru haris susuk tubuhnya menghampiri kami sangat berbeza penampilan nya kalini hanya sekadar memakai seluar
dalam jubah dan baju pagoda berwarna putih berbanding tadi nya ketika menjalankan rawatan lengkap berpakaian jubah serban dan kain selubung .ketika
menghampiri kami jelas kelihatan ditangannya minyak urut yang ntah apa jenisnya
tuan guru haris berkata kepada saya dengan lembutnya"mari syam saya tengok tangan kamu tadi"
tanpa banyak soal saya memberikan tangan saya kepada beliau
dia mengurut dengan jarinya yang keras seperti kayu urut refleksi muka saya berkerut menahan kesakitan dan anak muridnya tersenyum melihat saya yang sedang
kesakitan
dari tangan kiri singgah kebahu kiri dia memeriksa sambil mengurut
melihat wajah saya yang berkerut beliau berkata dengan nada kesal"saya minta maaf kali pertama syam sampai sini kejadian nie berlaku keatas diri syam"
saya menjawab dengan nada yang jelas kedengaran tidak ikhlasnya"takperlah ini pun pengalaman baru dalam hidup saya"
mendengar pertanyaan nya saya pasti beliau memang jenis manusia yang mengambil berat keatas orang lain kalau tak mana mungkin beliau sudi menghabiskan
hidupnya untuk orang lain
hampir 15 minit beliau mengurut dan tidak menyebut apa apa anak muridnya hanya tekun melihat saya diurut macam malaikat lalulak semua terdiam seribu bahasa
selesai beliau mengurut beliau yang ketika itu duduk diatas pangkin terus mengambil sesuatu dari poket seluarnya
rokok dan lighter dikeluarkan sebatang surya dikeluarkan lalu diselitkan dimulutnya dan dengan agak terburu buru beliau mencucuh rokok berkenaan dan sebelah
tangan kirinya cuba menghalang api lighternya yang cuba ditiup angin malam
sesudah menyala rokok nya beliau menarik sedalam dalamnya rokok itu sambil memejamkan mata sepertinya ia sedang mengalami kenikmatan yang ia sahaja yang
tahu dan terfikir dihati saya berapa hitamlah peparu dia ni
kami seolah terpegun apa yang dilakukan walaupun tidak ada sebab yang patut untuk kami terpegun
asap yang disedut tadi dilepaskan perlahan lahan kepulan asapnya berlalu pergi ditiup angin nasib baik malam tu agak berangin kalau tak dah tentu penuh tempat nie
dengan asap rokoknya getus hati saya
sebaik asap rokok pertama itu dilepaskan dia terus berkata dnegan anak anak muridnya dengan nada yang saya tak pasti ntah menyindir marah dan yang pastinya
agak mesra"apa kalian tidak tahu menghormati tamu kita dari malaysa sehingga kalian tidak menghidangkan apa apa kepadanya"
dengan loghat indonesia yang amat pekat jarang beliau pakai loghat indon dengan saya selama saya disitu semahunya dia menggunakan bahasa melayu deli yang mirip
bahasa melayu malaysia
seorang anak muridnya terkangkang kangkang pergi kearah motorsikalnya dan terus pergi dari situ ntah nak pergi manalah agaknya mungkin belikan sesuatu kepada
kami semua
kelihatan diraut wajahnya terukir senyuman puashati kerana ketaatan anak muridnya
langsung beliau berkata kepada saya"yang saya periksa tadi keadaan tangan syam tak ada apa apa yang tak diingini"
kata kata beliau dalam bahasa melayu kita seperti radio yang ditukar channel pula boleh ubah bahasa seketika itu juga
melihatkan wajahnya yang agak ceria saya cuba bertanyakan sesuatu kepada beliau yang pastinya soalan soalan yang gagal saya tanyakan ketika makan malam tadi
"maaf yer saya tumpang tanya sikit"saya terdiam seketika
"ye teruskan"kelihatan beliau cuba meniru bahasa malaysia saya
"mcm nie sebenarnya apa masalah perempuan tadi tu"soal saya
"sebenarnya perempuan tadi tu dah beberapa kali berubat dengan saya dulu dia datang lebih teruk dari ini , anak lelakinya yang masih kecil membawa dia kesini
dengan teksi sedangkan dia seperti tidak sedarkan diri,ketika saya mengubatnya , keluar buluh runcing dari kemaluannya , memang mengerikan . kalau ikut cerita
yang saya dapat perempuan nie seorang balu , arwah suaminya ada meninggalkan sedikit tanah dan rumah , selepas kematian arwah suaminya beberapa orang adik
beradik arwah suaminya telah menuntut harta berkenaan namun perempuan nie enggan memberikan harta tersebut , hal ini telah mengakibatkan ketidak puasan hati
dikalangan saudara si arwah dan mereka telah mengupah seseorang untuk menganiayai balu ini"terangnya panjang lebar
"memang dah jadi kebiassaan saya mengubat orang kebanyakan kasus sakit hati dengaki tak puas hati telah mengakibatkan wujud penganiayaan dengna ilmu
sihir"terangnya lagi dengan bercampur aduk antara bahasa melayu dengan bahasa indonesi rasa geli juga hati saya mendengarkannya
saya terus bertanya lagi"mengapa waktu perempuan tu sedang dirasuk bila dia pegang tangan saya seolah olah dia kesakitan"
dia menjawab"waktu saya melihat dia cuba menyerang syam tadi datang ilham dalam diri saya untuk menyuruh syam memakai tasbih saya sebagai perlindungan kayu
tasbih itu terbuat dari kayu terpilih dan itu adalah tasbih peribadi saya dan saya selalu menggunakan nya untuk berzikir kehadratullah"terangnya panjang
"gituker?"penerangan yang saya balas dengna pertanyaan pendek
dia hanya mengangguk kan kepalanya
saya bertanya lagi"tapi apsal pula waktu tuan guru pegang tasbih tu tuan guru dapat dicederakan olehnya"
dengan tersenyum dia berkata kepada saya"bukankah semua perkara itu adalah sebab kalau tuhan menghendaki baru terjadi dan kalau tuhan tak menghendaki dah
tentu terjadi dengan izinnya ketika dia menyepak saya tuhan menghendaki saya dicederakan olehnya maka saya tercedera manakala ketika syam diserang olehnya
tuhan tak menghendaki syam dicederakan olehnya maka dia gagal mencederakan syam"
saya berpuashati dengan penjelasannya dan melemparkan senyuman tanda saya berpuashati dengan jawapan tersebut
kemudian beliau menyambung "yang mula mula sekali kita perlu harapkan pada tuhan yang lain tu hanya sebagai sebab shj sebagai satu jalan kita berusaha baik zikir
kita ker ilmu kita ker apa ker itu kan hanya sebab sahaja"
beliau terdiam sejenak lalu menyambung syarahannya al maklumlah tuan guru"bukankah diakhirat kelak kita akan dimasukkan syurga dan wajib syurga itu dengan
rahmat tuhan bukan dengna solat kita ker zikir kita ker puasa kita ker atau amalam kita ker tetapi utnuk dapatkan rahmat tuhan kita perlu lah tetap pada solat rajin
beramal ibadat barulah wajib rahmat tuhan keatas kita dan dijamin syurga kepada kita jangan pula tak buat apa terus harap rahmat tuhan tu menyalah tu"
perbualan kami terhenti sebentar kerana anak muridnya yang pergi tadi telah kembali dengan membawa satu bungkusan kelihatan makanan ringan dia telah menjamu
kami semua dengan makanan ringan yang dibelikan tadi tidak lama kemudian isteri tuan guru haris membawa kopi kepada kami mcm dah janji pulak mereka nie getus
hati saya
sambil minum kopi dan makan makanan ringan saya bertanya lagi kepadanya"mcm ner tuan guru dapat bakar ular tu tanpa apa apa alat"
dia menjawab dengna muka berkerut kehairanan"ntahlah ketika saya mengangkat tangan kelangit saya memohon pertolongan dari tuhan utnuk menghalang atau
menghancurkan ular itu dan dengna keyakinan saya membuat isyarat supaya ular itu berhenti bergerak tapi apa yang tuhan qabulkan ular itu terbakar seperti kita sama
sama lihat saya pun masih tak pasti apa yang berlaku cuma pada saya itu adalah kuasa tuhan dan tuhan menghendaki ular itu hancur dengan cara yang sedemikian"
dengan nada seolah olah tak berpuashati saya berkata"biar betul tapi ............"
belum habis saya berkata beliau memotong kata kata saya"itu sahjalah yang boleh saya katakan berkenaan perkara itu saya pun pelik juga"
memandangkan beliau seperti benar benar tidak mengerti malas saya untuk bertanya lebih lanjut
tiba tiba dalam fikiran saya wujud satu lagi soalan dan saya bertanya lagi"saya heranlah walau saya tengok ular tu terbakar mengapa karpet tak ikut terbakar dan mcm
ner abu ular itu hilang tanpa kesan"
beliau kelihatan rimas dengan soalan saya dan berkata"banyak perkara yang saya sendiri musykil dan tak dapat saya jelaskan"
melihatnya yang agak tegang dengan soalan saya itu saya cuba mengalihkan kepada topik perbincangan yang lain
untuk seketika kami berbual topik yang lain tapi kemudian beliau berkata kepada saya"dalam saya mengubat orang banyak kejadian aneh yang berlaku yang saya
sendiri pun tidak dapat menerangkan sehingga sekarang seperti contoh pada satu situasi akibat serangan batin dari musuh musuh saya tidak dapat bertahan lagi waktu
tu saya hanya mampu pasrah sahaja dengan tuhan terus terang waktu tu saya sudah tak mampu berbuat apa apa lagi kerana semua ikhtiar telah saya lakukan apa
yang mampu saya buat duduk bertafakur mengingatai tuhan dalam tafakur saya tiba tiba kelihatan tulisan muhammad muncul dari tubuh saya berwarna hijau dan
keluar menjadi benteng kepada saya dan akhirnya semua serangan sihir dari mereka dapat dipatahkan oleh benteng itu selama benteng itu melindungi saya dapat
kembali tenaga saya dan menyerang satu persatu musuh saya dengan cara batin alhamdulillah saya berjaya meng atasi mereka"terangnya panjang lebar beliau
menghentikan ceritanya seketika untuk menghidupkan rokoknya yang baru tak sabar saya untuk mendengar cerita selanjutnya dari beliau
"saya sampai sekarang heran apakah perkara tersebut tapi bagi saya itu lah bentuk pertolongan dari tuhan untuk membantu saya"sambung beliau pendek
"sebenarnya bumi sumatera ini kaya dengan ilmu sihir hampir setiap suku ada amalan sihir warisan dan menjadi kebanggaaan walau bumi sumatera ini lebih dulu
menerima agama islam tapi mereka masih terus mengamalkan ilmu sihir yang dicela oleh tuhan kalau di pulau jawa lebih dahsyat lagi"sambungnya lagi penuh kecewa
setiap kali rokoknya dihisap setiap kali itu lah dialognya terhenti saya benar benar bosan dengan hisapan rokoknya yang membuatkan cerita yang saya angggap
mearik itu terhenti henti walau sebenarnya saya pun seorang penghisap rokok tegar sepertinya
ketika beliau menghentikan dialognya kerana hisapan rokoknya saya terus bertanya"tadi tuan guru bercakap dalam bahasa apa sebutir perbualan pun tidak saya
fahami"
sambil tersenyum beliau menjawab pendek"bahasa batak karo"
saya bertanya lagi "pandai hantu tu cakap batak"
"saya kira bernasib baik macam dulu lagi dahsyat hantu yang merasuk tu cakap bahasa inggeris"katanya penuh bersemangat
saya yang kehairanan dengan katanya terus bertanya"dah tu tuan guru pun cakap bahasa inggeris lah dengna hantu tu?"
"mana saya reti cakap bahasa inggeris"jawab beliau
"dahtu macam mana?"soal saya
dia menjawab tenang sambil tersenyum malu membuka kelemahannya tidak pandai berbahasa inggeris "saya minta tolong anto terjemahkan anak murid saya yang
azan tadi tu waktu saya mengubat tadi"
saya tersenym dihati saya terfikir patutlah banyak sekolah mubaligh kat tanah melayu kot kot hantu nie belaja bahasa omputih kat situ tak
kemudian saya bertanya lagi "tuan guru reti cakap bahasa batak?"
dia menjawab"sikit sikit taulah"
saya terus bertanya lagi"selain bahasa batak berapa banyak lagi bahasa daerah yang tuan guru faham?"
dia menjawab dengan memperlahankan nada suaranya mungkin ia hendak merendahkan diri"tiga belas cuma bahasa aceh jer gagal saya kuasai sukar sikit untuk
dipelajari"terangnya kepada saya
terkejut saya mendengar penjelasan beliau sedangkan saya nak menguasai bahasa lain dari bahasa melayu pun sukar beliau dapat menguasai 13bahasa daerah di
sumatera hebat fikir saya
kemudian beliau terus bercerita berkenaan perkara tauhid berkaitan sebab dan nisbah dan manusia yang terpedaya dengan sebab sehingga gagal memandang nisbah
saya hanya mendengar sahaja melihat saya dan anak muridnya yang khusuk mendengar semakinlah beliau bersemangat untuk bercerita
apabila nadanya mula perlahan beliau berkata dengan saya dengan nada yang merendah diri"syam kan lama berada dibesilam dah tentu syam lebih arif tentang
perkara ini dari saya"
saya tersenym lalu berkata "tuan guru ada pernah tak dengar kisah unta"
beliau menjawab "kurang periksa pula saya cuba syam ceritakan saya ingin mendengarnya"
saya pun mula bercerita"begini ada satu binatang nama unta hidup kat tanah arab usia unta ni kalau tak salah saya boleh jangkau 40 tahun tapi walau dia ni seusia dia
habiskan hidup kat tanah arab sepatah haram cakap arab dia tak tau sebut nama sendiri pun tak reti"
tuan guru haris dan anak anak muridnya kehairanan mendengar cerita saya yelah mana mungkin unta reti cakap arab kalau unta reti cakap arab alamat kiamat
mungkin
lantas ia meminta saya meneruskan cerita dengan nada yang amat hairan"lepas tu"
saya menjawab"begitulah kias dan ibarat diri saya kalau unta dekat 40 tahun dok tanah arab tak reti cakap arab saya yang dok tak sampai besilam lebih banyak yang
saya tidak faham lagi"
kami semua ketawa dengan jenaka ringan yang saya buat
sambil ketawa beliau berkata "syam terlalu merendah diri"
saya menjawab dengan bersahaja "apa kurangnya tuan guru yang suka memuji"
ketawa kami lebih gamat lagi
sambil ketawa dia berkata dengan saya"syam kami rasa bertuah sebab syam dapat bersama dengan kami"
saya menjawab dengan nada selamba"saya rasa saya lebih rasa bertuah lagi berbanding tuan tuan sekalian kerana dapat bersama tuan guru dan rakan rakan sekalian"
kami terus ketawa mesra dan seorang anak muridnya berkata"dipulangkannya kata kata tuan guru kepada kita semua"
tawa kami bersambung dengan kata kata anak muridnya itu
apabila gelak mesra kami hampir berakhir tuan guru berkata"kita semua memang bertuah kerana dikumpulkan oleh allah mudah mudahan kita dikumpulkan ditempat
yang lebih baik di akhirat kelak"
kami semua mengaminkan doa dan harapan beliau yang bersahaja
kami terus bercerita kosong dimalam itu dan angin malam melayan kami tanpa jemu menyejukkan udara malam itu
ketika kami sedang rancak berbual tiba tiba tuan guru haris mendiam kan diri kelihatan dia seperti sedang mendengar sesuatu dan cuba mendengar sesuatu
saya meraskan sesuatu yang pelik dengna sikapnya anak muridnya yang lain sedar perkara tersebut tapi mereka tidak ambil peduli dan bercerita sesama mereka
seolah olah tiada apa yang berlaku
belum sempat saya ingin bertanya beliau lantas turun dari pangkin dan duduk bersila ketanah matanya dipejamkan dan beliau kelihatannya sedang bertafakur peluh
didahinya mula memercik ternyata angin malam itu gagal utk menyejukkan tubuhnya kelihatan seluruh tubuhnya agak menggigil sedikit ntahlah samada sejuk malam
atau terlalu khusyuk dalam tafakurnya
wajahnya yang tenang dan seringkali mengukir senyum ketika bercerita dengan saya secara tiba tiba berubah menjadi amat serius ditambah lagi dengan peluh nya
yang semakin banyak menghiasi mukanya
saya mula kalut dan terfikir apapulak lagi nie yang akan terjadi esok aku dah nak balik malaysia nie cetus hati saya
tuan guru haris masih lagi tetap pada silanya saya pula makin tetap dengan gelabah saya anak muridnya terus bercerita sesama mereka tanpan menghiraukannya
seolah olah tiada apa yang terjadi
hampir 30 minit tuan guru haris berkeadaan begitu tiba tiba ............
3 letupan seperti letupan dari senjata api yang berurutan dapat saya dengari berhampiran kami saya amat terkejut dan bertanya kepada ntah sapa pun saya tak
tahu"apahal lagi nie?"
yang nyata saya benar benar tidak berpuashati dan amat takut ketika itu
kelihatannya anak murid beliau terkejut sedikit dan meneruskan perbualan mereka seolah olah mereka sudah biasa dnegna keadaan ini
hampir 10 minit kemudian tuan guru haris membuka mata dan kelihatan sedikit letih sambil mengesat peluhnya dengan lengan baju pagodanya lalu berkata"ada orang
main permainan tuju tuju"
saya bertanya"kot kot orang yang hantar hantu batak tadi tak yang punya kerja"saya cuba meneka
dengna tenang tuan guru haris memprotes sambil tersenyum"tak baik main tuduh tuduh"
nadanya agak tidak bersetuju dengan tekaan saya itu
sebenarnya akibat saya mengubat orang saya mempunyai ramai musuh dikalangan dukun yang berjaya saya tewaskan
saya agak terkejut dengan penjelasannya lallu bertanya "dah tu apa yang meletup tadi"
beliau menjawab"ilmu tuju yang tak jadi selalunya meletup seperti itu"
selepas kejadian itu beliau seperti hilang keinginan untuk terus berbual dengan kami tidak lama kemudian beliau meminta diri untuk masuk kerumahnya menurut anak
muridnya selalunya beliau akan mengambil masa malam untuk beramal ibadat mendekatkan diri kepada tuhan
memang meletihkan hidup beliauni fikir saya kami bersembang seketika selepas ketiadaan beliau dan kemudian kami sama sama pergi tidur
pada keesokan harinya saya hanya menghabiskan masa berehat rehat sahaja dan pada petangnya saya mula bertolak kepolonia medan dari rumahnya
sewaktu hendak meninggalkannya beliau , keluarga dan anak muridnya telah mengucapkan selamat jalan kepada saya ketika saya melihat wajah anak gadisnya
memang cantik taklah tapi memang manis orangnya
saya sempat mempelawa dia datang kemalaysia dengan nada selamba beliau berkata "kalau menantu saya orang malaysia sudah tentu saya akan kesana"
meremang bulu roma saya mendengarkannya
di awal malam saya telah menaiki pesawat air asia untuk pulang kemalaysia
ketika pesawat sedang merentas ruang udara selat melaka air mata saya menitits merindukan bumi sumatera seperti saya tertinggal sesuatu rasanya kasang bangsawan
pakan baru aceh besilam dan yang paling jelas dan yang sukar untuk saya lupakan senyuman anak gadis tuan guru haris adakah saya dilamun cinta pandang pertama
2 tahun lepas ada beberapa orang rakan telah kembali dari sana dan saya sempat bertanyakan berkenaan tuan guru haris ternyata beliau telah mengalami sakit misteri
dan disyaki diakibatkan oleh ilmu sihir yang dituju kepada nya itulah berita terakhir yang saya dapat
lupa pulak nak tanya anak daranya tu dah berpunya belum hhehehehheheheh
tamat..........
No comments:
Post a Comment