20100121

keris

diambil tanpa diedit..dengan kebenraran.



Tempat = rumah sewa saya dipekan sabak
Masa = berlaku selama 4 hari lebih kuranglah
Ahli = saya
suspek hantu = khadam keris

sebelum saya memulakan cerita saya nie kemungkinan ramai dikalangan kita adalah terdiri pengumpul khazanah lama atau barangan antik yang terdiri dari tembikar lama keris pedang dan lain lain

tahukah anda barang barang ini disebalik mempunyai nilai antik yang amat tinggi barang barang ini tetapi tahukah anda barang antik ini adakalanya mempunyai sesuatu unsur unsur yang tidak baik

saya bukan melarang anda untuk memiliki benda antik sebagai hobi tetapi berhati hatilah ketika memilikinya kerana kita tidak mahu sesuatu yang kurang baik akan berlaku dibelakang hari

cerita nie bermula satu hari dirumah sewa saya

pada satu hari kenalan lama telah berjumpa dengan saya namanya disini saya sebut irfi sahaja

beliau nie memang antara kenalan lama saya dan amat rapat dengan saya maklumlah jumpa kawan lama sapa yang tak seronok betul tak

sambil kami bersembang kosong beliau tidak henti henti menjeling keris pusaka yang saya miliki yang saya letakkan didinding rumah sebagai perhiasan dan sebagai kemungkinan menghadapi ancaman

sampai satu ketika beliau bersuara

"syam dah lama kita tak jumpa kau nie berubah betullah"

saya bertanya


hehehehheeehe

saya bertanya

"kat mana yang berubah tu"

beliau menjawab

"dalam diam diam kau nie dah jadi dukun keris yer"

saya tergelak lalu berkata dengannya

"dukun pebendalah kau nie takkan pasal sebilah keris pusaka nie kau kata aku dukun lak ada ada jelah kauni tu sebenarnya keris pusaka ayah aku memang aku simpan sebagai kenang kenangan dan sebagai menghadapi kemungkinan kot jadi apa apa yang tak diingini yelah bukan kita berharap tapi kot berlaku takkan kita nak lari kot boleh lari ok lah tapi kot tak kena hadap juga betultak"

beliau berkata sambil menyindir

"zaman sekarang orang mana main keris keris orang main pistol"

aku membalas sindirannya

"pistol kau adaker kot takat yang dalam seluarkau tu boleh ker harap nak buat berlawan cuba kau fikir kat dalam rumah kau ada apa untuk pertahankan diri kot jadi apa kau adaa pistol senapang atau bom?"

dia menjawab dengan nada selamba

"ada parang panjang yang selalu aku buat menebas kat kebun"

saya ketawa

"kah kah kah parang orang buat bekerja bukan buat bertempur cuba kau lihat sruktur parang dibuat untuk menebas rumput bukan menebas kepala orang sedangkan pedang memang digunakan untuk menebas kepala orang kot kau gunakan pedang untuk menebas memang silaplah kau akan cepat letih"

dia menjawab

"betul gakyer"

saya terus menasihatinya

"apalah salahnya kot kita beli satu satu senjata untuk pertahankan diri kot betul jadi emergency lain kot kita pegang parang dengna tangan kosong semata mata yang penting kita ada semnagat mesti berani dan benda mcm tu akan tambah keberanian kita"

dia diam sejenak lantas berkata

"mcm nilah syam sebenarnya sedara aku ada satu bilah keris tapi aku tak berani lah keris tu pelik sikit"

"naperlak" tanyaku

dia menjawab

"kat keris tu ada tulisan lailahaillah dan keris tu dah dipasung dek sami hindu kerana keganasannya"

saya berkata dengan dia

"ish kot ada tulisan lafaz mcm tu naper bawak kepada sami lak tu dah tak kena gayatu"

dia menjawab

"mcmni jelah apa kata aku bawak benda tu kerumah kau tapi aku tak janji benda tu bukan aku punya tapi sedara aku punya"

aku menjawab

"sukahati kaulah"

malam itu perbincangan tersebut telah mengakhiri perbualan kami beliau telah kembali kerumah nya

saya pun malas nak ambil pusing berkenaan perkara tersebut tapi saya lupa bahawa masaalah baru sahaja bermula yer masalah baru bermula rupanya

hehehehheeehe

beberapa malam kemudian irfi telah datang semual kerumah saya

beliau telah membawa keris yang dimaksudkan oleh nya tempohari ternyata keris tersebut diikat kemas tidak berhulu tidak bersarung yang ada hanya kain hitam yang menutup sebilah keris bogel tanpa hulu dan sarung dengan selambanya saya membuka ikatan tersebut saya terlupa bahawa keris itu telah dipasung oleh sami hindu supaya khadam keris tersebut tidak membuat masalah tetapi apabila saya membuka ikatan tersebut ternyata jin yang telah terikat itu telah berjaya melepaskan ikatannya tapi saya tidak menyedarinya seperti saya kata sebelum ini masalah baru bermula

ketika saya membuka keris tersebut saya sangat takjub melihat seni ukiran keris tersebut

dikeris itu tertulis tulisan kawi kemudian ada ukiran payung satu manusia sedang berdiri dan ada dua manusia yang sedang bertapa dibawah pokok besi nya pula bergemerlapan kalau orang pandai keris gelar sabuk inten terus terang antara keris tercantik pernah saya lihat dalam hidup saya

yang sebenarnya tulisan lailahaillallah tu bukan nya tulisan tu tapi tulisan kawi yang saya pun tak pasti apa tulisannya

saya terus bertanya dengan irfi

"cantiknya keris nie apa namanya dan dari mana asalnya"

irfi cuba menyembunyikan sesusatu dari saya

"hehehehhe kau tekalah tu bukan kalimah lailahaillallah ker"

saya menjawab

"bukan ini tulisan kawi tapi aku tak pasti maknanya sebab aku bukan penah belajar tulisan dan bahasa sanskerta nie"

dia berkata kepada ku

"mcm ni lah kau peganglah dulu benda nie tapi jaga bebaik kami rasa malas nak pegang"

saya bertanya kehairanan

"naper?"

tanpa menjawab soalan saya dia dengan terburu buru telah minta izin untuk pulang kerumah dan meninggalkan saya dengan keris nya yer masalah baru benar benar bermula cuma saya yang tak tau

pada malam itu saya tidur seperti biasa sahaja

untuk pengetahuan didalam rumah tersebut saya tinggal bertiga bersama dua lagi penyewa lain iaitu sani dan ilyas kedua nya tingkatan 5 manakala saya pula tingkatan 6 atas

pada keesokan malamnya barulah saya menyedari semuanya baru bermula ceritanya bermula begini kebetulan kerana terlalu khusuy study salah sorang kawan kami iaitu ilyas telah lewat untuk menunaikan solat isyak selalunya dia nie masuk waktu terus solat tapi ntahlah malam tu dia study dulu sampai jam 11 malam baru pergi bilik air.jarak bilik air dari rumah kami adalah lebih kurang 5 meter maklumlah rumah kampung mcm tulah

pada mulanya dia turun untuk kebilik air dia terus naik mendapatkan saya dan berkata dengan wajah pucat

"bang mintak tolong teman bang"

saya memang tau dia nie penakut sikit dan saya tanpa banyak soal terus menemankan dia tapi saya tidak bertanya apa apa kepadanya selepas selesai solat dia sambung study balik manakala saya pun tidur sahaja

mulai hari itu setiap malam dia pasti akan minta salah sorang dari kami menemankan dia untuk kebilik air tapi kami berdua tak mengesyaki apa apa kerana kami tau dia nie jenis lemah semangat dan penakut sikit jadi sebagai kawan kami temankan lah cuma yang menghairankan sejak kebelakangan nie dia nie semakin penakut

sehinggalah malam selanjutnya sani meminta ilyas meneman kan dia kebilik air sedangkan waktu tu baru jam 10 malam wujud persoalan dibenak saya mengapa sani ni penakut mcm ilyas dah takkan penakut ilyas dah menjangkit kepada sani kot

tak boleh jadi nie saya terus mencapai keris yang kawan saya berikan pada saya dan saya tenung keris tersebut dan dalam pemikiran saya takkan punca dari besi buruk mcm nie boleh ubah manusia berani jadi penakut

kemudian saya meletakkan kembali keris keatas meja

pada malam esoknya selepas makan malam sani dan ilyas mengadap saya dan sani memulakan perbualan

"bang naper rumah kita nie dah jadi lain?"

saya bertanya kembali kepadanya walau saya dah mengesyaki sesuatu

"lain mcm ner tu"

dia menjawab dengan serba salah

"mcm nilah bang bila dah tiba waktu malam rumah nie betul betul menyeramkan"

"maksud kau"balas saya

sani menerangkan kepada saya

"mcmnilah saya minta maaf abang tau tak malam tuhari ilyas naik kerumah secara tiba tiba tu sebab dia ternampak seorang tua yang berselubung hitam dan berpakaian serba hitam sedang mennanti dia kat pintu bilik air"

saya cuba menyedapkan hatinya

"kau takkan tak tau ilyas nie kan penakut dah tentu dia melihat yang mcm mcm"

sani terus bertanya

"bagaimana dengan saya abang tautak malam tu saya kutuk ilyas lepas tu pukul 3 pagi saya bangun ingat nak buang air besar tengah sedap sedap tup tup dnegar suara orang tua lelaki mengekek saya ingat pakcik sebelah rumah bila saya keluar tengok apa yang ilyas nampak saya pun nampak juga langsung saya lari naik tak sempat basuh terus tidur"

saya tersenyum sambil berkata

"tak busuk ker"

dengan serius dia menjawab

"bang ini bukan masa nak bergurau tapi ini lah yang kami nampak"

beliau berkata lagi

"abang tautak semenjak keris nie ada kat rumah nie tiap siang kami rasa mcm pelik rumah nie rasa mcm pelik betul mcm abang sendiri pun tiap malam abang mengigau apa yang abang igaukan bila dah ngigau mcm nak bertumbuk pulak tu jerit jerit lepaskn aku lepaskan aku pehal pulak tu"

untuk menengkan perasaan mereka saya berkata

"itu permainan tidur jerkot"

ilyas yang mendiamkan diri berkata

"bang mungkin sebab keris nie kot ..........."

belum habis dia berkata saya memotong perkataannya dnegan nada yang agak keras

"sani ilyas kau tau tak keris nie hanya sebilah besi nak angkat diri pun tak larat mana mungkin dia boleh melakukan yang mcm mcm"

walupun diwaktu itu saya benar benar merasa tak sedap hati tapi saya pendamkan itu semua dalam hati saya tapi terus terang saya katakan diwaktu itu saya sendiri sudah mengesyaki sesuatu yang tak kena dengan keris itu

ilyas bertanya pada saya

"bang sebenarnya apa abng ngigaukan"

dengan tenang seperti cuba menyembunyikan sesuatu saya berkata

"ntahlah takder pape pulak ntahlah mungkin permainan tidur kot"

sani bertegas dengan saya

"bang kami bukan tak faham kegemaran abang terhadap barang mcm nie tapi janganlah sampai berlaku sesuatu yang buruk malam esok kami nak balik kampung sebab esok hari periksa akhir kami jumaat kami nak tuang kelas jadi kami harap takder berlaku apa apa pada abang"

sambil bergurau beliau berkata

"jangan pula bila kami balik abang dah jadi arwah"

sambil ketawa saya berkata

"apa apa lah korang nie"

perbualan malam itu terhenti setakat itu sahaja dan masing masing tidur utnuk menghadapi hari esok

pada keesokan siang nya saya terfikir kata kata kawan saya tersebut dan saya telah mengambil keputusan untuk menghubungi rakan saya tapi yelah pada masa tu bukan macam sekarang tel bimbit dah ada nak bagi tau kena melalui orang lain maka saya pun telah menyampaikan pesan kepada irfi untuk berjumpa dengan saya

pada malam nya saya keseorangan didalam rumah apabila masuk waktu isyak saya saya terus solat isyak kemudian saya berbaring ditempat tidur ntah mengapa malam itu saya terasa amat amat letih dan mengantuk walhal disiangnya aktiviti saya adalah seperti biasa

dalam masa 5 minit saya meletakkan kepala saya ditempat tidur saya tertidur dan dalam tidur itu saya telah bermimpi

seorang tua yang seperti dikatakan oleh dua orang teman saya telah menghampiri saya dan membuka selubungnya dari raut wajahnya kelihatan ia terlalu marah dnegan saya lantas menumbuk dada saya dan saya telah tersungkur kebelakang saya telah bangun dan melarikan diri kemudian orang orang tua itu telah menyuruh beberapa pengikutnya untuk menangkap saya

saya terus berlari dan mereka terus mengejar saya malangnya ketika saya berlari saya telah terjatuh mereka terus menerkam saya dan menagkap saya

kemudian situa itu menghampiri saya lantas berkata

"sekarang kemana kau nak lari"

dalam situasi yang amat gawat tu saya cuba meronta ronta melepaskan diri tapi hampa kerana pegangan mereka semakin erat

dalam situasi yang amat runcing itu dihati saya tersebut kalimah

"allah"

serta merta kesemua yang memegang saya itu terpelanting dari tubuh saya dan menghilangkan diri keberanian sy timbul saya bangun dan berkata kepada situa itu

"sekarang giliran kau pula kemana kau nak lari"

situa itu tersenyum dan memakai kembali selubungnya dan terus hilang

saya terjaga dari tidur apa yang menghairankan waktu tu dah jam 8 pagi hari jumaat

saya terus qada solat subuh yang tertinggal dan bergegas kesekolah hehehehehe masuk sekolah jam 745 pagi waktu tu saya sampai dekat jam 830 memang lewatlah

semasa disekolah saya terfikir mimpi saya tersebut saya heran saya merasa tidur hanya sebentar tapi mengapa bangun terlalu lewat sedangkan hari lain sepatutnya belum subuh dah gerak

sedang memikirkan dada saya terasa sakit dan saya meraba dada saya itu saya telah kebilik air dibilik air saya menatap cermin dan membuka butang baju kelihatan dada saya seperti ada tanda merah seolah olah telah ditumbuk

saya cemas berbagai bagai persoalan bermain dibenak saya

pada petangnya irfi telah datang kerumah saya saya telah menceritakan semua yang berlaku kepadanya dan saya telah mengajak dia kerumah seorang tua yang pandai berkaitan besi tua seperti ini beliau bersetuju

petang itu kami bertolak kerumah orang tua apabila menyedari kehadiran kami orang tua itu menyuruh kami naik kerumah sewaktu kami ditangga orang tua itu yang pada mulanya mengajak kami naik terus menjerit

"nanti dulu korang bawa apa kerumah akunie"

saya dan irfi terkejut dan menjawab

"takder apa apa lah wak"

orang tua itu berkata lagi

"korang jangan tipu aku pergi kehalaman rumah cepat"

kami tanpa banyak soal terus turun dari tangga pergi kehalaman rumah diikuti orang tua itu

"sekarang korang keluarkan barang tu"

arah orang tua tersebut

tanpa banyak soal kami keluarkan barang tersebut orang tua tersebut terus mengambil keris yang berbalut kain hitam itu dan membukanya sebaik sahaja melihat keris tersebut beliau dengan wajah cemas berkata

"benda mcm nie yang korang buat main buat apa"

lantas beliau mengajak kami naik kerumahnya diatas rumahnya beliau bertanya kepada kami berdua

"sekarang lebih baik korang berkata jujur dengan wak mana korang dapat benda nie"

dengan nada bergurau saya bertanya

"mana waktau kami ada bawa barang mcm nie wak nie pandai mendrem yer"

orang tua tersebut degan nada marah berkata

"jawab soalan saya dulu"

saya terdiam belum pernah saya lihat wak seserius ini dengan saya tapi mengapa?

saya pun menceritakan keseluruhan apa yang saya alami

selepas apa yang saya wak terus menghampiri saya dan melihat kesan merah didada saya dan bertanya

"kau ada apa apa amalan dalam hidup kau"

saya menjawab secara jujur

"paling habis pun lepas maghrib saya akan baca yasin selain tu saya nie ahli thariqat naqsyabandiah saya memang diarahkan untuk mengamalkan zikrullah sehari semalam 5000kali tujelah amalan saya"

dengan wajah tenang wak berkata dengan saya

"alhamdulillah berkat zikrullah yang kau amalkan kau terselamat dari mudharat yang hendak dibuat oleh jin begitulah kita ketika senang kita ingatlah tuhan sebab ketika susah tuhan akan ingat kita pula bersyukurlah kau dngan tuhan kerana tuhan melindungi kau dengan berkat kalimah nya yang mulia pasal lebam tu jangan risau kau sapu jer minyak angin insyaallah eloklah nanti"

"sekarang kau pula cerita kan dari mana asal barang nie"soal beliau kepada irfi

irfi menjawab dengan serba salah dan ketakutan

"sebenarnya wak benda nie pakcik saya punya sebelumni pakcik saya telah memuja benda nie untuk tunggal kekayaan sekarang nie pakcik saya tu sakit tenat tubuh nya dah jadi kurus kering hanya tinggal kulit dengan tulang jer tapi yang heran makan punyalah kuat lepas kejadian tu anak dia dah bawa keris nie kepada sami hindu untuk dipasung supaya tidak membuat masalah"

banyak lagi penjelasan irfi kepada wak

dengan nada marah saya bertanya pada irfi

"naper kau tak cakap awal awal dengan aku"

irfi dengan nada bersalah berkata

"aku tak sangka perkara nie boleh jadi seseriusnie........."

wak terus mencelah

"sudahlah jangan korang nak bertekak pula itu lah akibatnya jika kita memuja selain allah dan itulah pengakhiran mereka yang memegang benda nie mati kurus kering darah dan daging nya akan dimakan oleh jin ini lain kali tinggakanlah perkara syirik yang memuja benda benda mcm nie kot nak pegang pun pegang lah tapi janganlah puja puja dan buat kerja syirik"

banyak lagi yang dikhutbahkan oleh wak kepada kami dipetang itu

selepas wak selesai khutbahnya wak berkata pada kami berdua

"kau cuba pegang besi kerisnie dan rasakan apa rasanya"

"agak hangat lah wak tak mcm biasa"kata kami berdua

wak terus berkata kepada kami

"kali pertama kau buka pasung dia takkan kau tak perasan besi keris nie pelik"

saya terdiam

wak terus memberikan cadangan

"mcm nilah kau tinggalkan dulu bendanie kat sini wak nak tengok tapi pastikan dalam masa 3 hari datang balik kesini kalau tak jangan tanya kemana besi ini pergi"

kami berdua berbincang dan bersetuju dnegan cadangan wak

kemudian irfi bertanya pada wak

"sebenarnya apa yang wak tau berkenaan keris nie"

dengan muka yang muram wak berkata dnegan kami

"sebenarnya nama keris ini adalah sumiyang setan sewer ada sebahagian tempat menggelarnya sumiyang jumbei dan ada separuh gelar sumiyang siwo"

wak menyambung

"keris nie telah dibuat oleh seorang empu yang bernama ki supo zaman dahulu yang ini pada mulanya ia membuat sebilah kemudian ia membuat lagi 7 bilah dan kemudian ia buat lagi 21 bilah dalam dunia ada sebanyak itu sahaja keris ini"

wak meneruskan penerangannya

"dizaman dahulu sebelum agama islam sampai tanah jawa keris ini menjadi keris para penguasa wilayah dimana diamanahkan seorang dukun khusus untuk menjaga keperluan jin keris ini kita zaman sekarang tak sanggup untuk menjaganya"

"pengakhiran pemegang keris itu adalah sepertimana pakcik kau yang kau lihat"

wak terus berkata

"pak kiai wak pernah berkata berhati hati dengna keris ini kerana sangat keras jin penjaganya "

"dalam hidup wak tak sangka wak akan bertemu dengan dia"

"ntahlah "keluh wak dengan kami

petang itu kami balik kerumah masing masing dan berjanji untuk berjumpa dengan nya dua hari kemudian

dua hari kemudian pada waktu yang sama kami berjumpa dengan wak dengan muka yang pucat wak berkata dengan kami

"wak bagi pilihan kat kau samada kau nak ambil balik keris nie atau aku nak ancak jer keris nie kelaut"

kami kehairanan dan irfi bertanya

"ish apa yang tak kena nie wak"

wak terus bercerita setiap malam selepas keris itu berada dirumah itu anak anak nya akan terserempak dengan apa yang telah kawan serumah saya jumpa dan seringkali rumahnya diganggu dengan bunyi situa yang ketawa mengekek

meremang bulu roma kami mendengar penjelasannya saya dan irfi berbincang dan kami sepakat untuk mengancak keris tersebut

selepas kami memberikan persetujuan dengan wak kami minta izin untuk mengikut dia dalam membuat upacara mengancak keris itu pada mulanya beliau kelihatan keberatan namun selepas kami memujuknya beliau bersetuju pada petang itu wak telah mencari bahan bahan untuk upacara mengancak keris antara yang masih saya ingat

7 jenis bunga bertih dan upih mayang yang belum kembang

malam itu ditengah malam saya irfi dan wak telah ketepi laut untuk upacara mengancak keris atau membuang keris

wak telah membaca mentera yang tidak jelas bunyinya lalu meletakkan keris itu di atas upih yang dibelah dan dihadapan keris itu diletakkan bunga dibelakangnya pula diletakkan bertih

selepas itu wak terus melayarkan upih itu kedalam air kemudian wak berkata

"dari mana engkau datang kembali lah kau ketempat asal dengan izin allah mulai sekarang janji kau dengan manusia telah tamat kita tak berhutang apa apa lagi dunia ahkirat"

kemudian kami terus meniggalkan tempat tersebut sewaktu kami hendak meninggalkan keris tersebut kami bertiga mendengar suara orang tua mengekek meremang bulu roma kami kalau tak sebab saya dengan wak memang saya lari lintang pukang biaq pilah dengan irfi tapi waktu tu pasal dengan wak saya tahan hensemlah kononnya

wak seperti tau apa yang tersirat dihati kami tapi beliau memang dah berpesan supaya ketika meninggalkan upacara mengancak jangan toleh belakang kalau tak jin keris itu akan berpatah balik dan mengikut sapa yang menoleh kebelakang

semakin jauh kami meninggalkan tempat upacara mengancak semakin jauh suara orang tua yang sedang gelak mengekek dan lama kelamaan suara tersebut hilang bersama keris sumiyang setan sewer..............................

heheheheh harap anda boleh memetik pengajaran dari kisah ini

ingatlah tuhan sebanyak mungkin dalam hidup kita ini kerana ketika kita sennag kita ingat tuhan dan ketika kita susah pertolongan tuhan pasti bersama kita tidak mesti anda perlu untuk menjadi ahli thariqat untuk ingat tuhan memadalah banyak membaca al quran banyak bertasbih bertahlil dan banyak amal solat sunat sebagai satu cara juga untuk mengingat tuhan

dalam hidup saya sendiri banyak kali hampir hampir maut dijalanraya tapi ketika terkejut selalunya saya akan ucap allah atau allah hu akbar alhamdulillah sampai sekarang hidup lagi

begitu juga banyak kes mereka yang selamat dari kemalangan bila saya tanya mereka akan sebut nama tuhan yang mulia lihatlah dengan hanya menyebut sekali nama tuhan sahaja keberkatan telah tiba apalagi kalau kita mengamalkan setiap hari insyaalllah selamat dunia akhirat

sebab tulah kot nak naik kenderaan jangan lupa baca bismillah sebagai satu amalan insyaallah selamat lagi baik baca doa naik kenderaan

cubalah fikir dalam hidup kita berapa banyak nikmat tuhan yang kita guna bukan tuhan minta bayar pun cuma ingatlah dia sebagai pemberi nikmat susah sangat ker

jawapannya memang sukar kalau tak masakan allah berfirman sangat sedikit hambaku yang bersyukur

sebagai contoh ketika lepas makan kita merasa kenyang ingatlah bukan makanan yang kenyangkan kita tapi tuhan yang kenyangkan kita makanan tu cuma jadi sebab jer dan kot nak kenyang tuhan dah tentukan dengna cara makan itu kehendaknya janganlah kita terpedaya dengan memandang sebab melupakan nisbah

sebaliknya ingatlah nisbah dan bersyukur kerana dialah yang maha memberi nikmat kepada kita bukankah berfikir sesaat lebih baik dari ibadat seribu tahun

selain itu juga jangan sekali kali memuja makhluk halus kerana jika kita memuja mereka tuhan akan menyerahkan nasib kita kepada mereka fikirkanlah nasib kita bagaimana ditangan jin yang jahat

No comments: