20100123

penjaga rumah...

cerita lagi..huhu.

Tempat = rumah sewa saya
Masa = antara jam 11malam hingga 1pagi
Ahli = saya
suspek hantu = hantu penjaga rumah

salam pada malam ini saya akan menyambungkan kisah misteri saya dirumah sewa.hehehehe dah ada orang yang tegur saya berkenaan tanda bacaan saya akan cuba meletakkannya untuk keselesaan bacaan anda semua .

tapi sebelum saya meneruskan kisah misteri saya ini saya ingin mengulas dan menambah beberapa perkara berkenaan kisah misteri saya di bumi sumatera.ketika saya bercerita kosong dimalam kejadian histeria di pesantren tuan guru haris beliau ada menyatakan kepada saya di muka bumi sumataera ini yang mempunyai mungkin beratus suku hampir setiap suku mempunyai warisan sihir tua yang menjadi kebanggaan suku tersebut sebagai contoh cirik barandang yang amat dikenali dikalangan orang minang kabau .

ramuan cirik barandang ini diambil dari ramuan najis dan di puja. seseorang yang termakan ramuan ini pasti akan mencari sesiapa yang membuat ilmu ini dan tak mustahil orang itu akan tergila gila kan orang yang mengenakan ramuan itu.

selain itu wujud juga satu suku yang duduk dalam hutan anak anak dara mereka nie putih putih dan cantik cantik belaka tapi jangan sesekali ditegur jika ditegur alamat tak balik nanti rela kita hidup dalam hutan seusia kita

sebab menjadi kebanggaan dikalangan perempuan mereka nie jika dapat kahwin dengan orang luar

saya juga ada bertanya berkenaan tanah jawa ,menurut beliau tanah jawa adalah lebih dahsyat lagi beliau ada menceritakan ditanah jawa terdapat sebuah gunung dimana gunung tersebut sangat terkenal dikalangan mereka yang ingin mencari ilmu kekayaan.

tempat itu sering dikunjungi oleh ramai orang yang tidak takut kepada tuhan dan sudi menjadi sahabat iblis utnuk mencari perkara yang tak kekal dan meninggalkan apa yang kekal abadi

menurut beliau sendiri pernah kesana dan pergi kepada juru kuncinya untuk bertanyakan syarat syarat jika mahukan ilmu persugihan dari jurukunci tersebut. syaratnya mudah sahaja mereka yang ingin menjadi kaya perlu bersetuju untuk menjadi bab1.bila meminta tempoh untuk berfikir dan ketika hendak pulang beliau diingatkan supaya jangan menoleh kebelakang.

namun beliau ketika pulang beliau tidak menoleh kebelakang sebaliknya beliau melihat kebelakang melalui celah kangkang beliau dan kelihatan ramai orang yang menuju kerumah jurukunci itu seperti manusia tapi yang pulang dari rumah juru kunci itu berbadan manusia dan berkepala bab1

saya ada cuba bertanya kepada beliau tempat tersebut beliau enggan menceritakan kepada saya mungkin takut saya kesana.

selain itu juga beliau ada menyatakan berkenaan beberapa pengalaman misterinya sendiri.

diantara yang paling menarik ialah pada satu ketika dalam pandangan batinnya beliau telah diserang oleh ramai ahli sihir yang tidak berpuas hati dengan beliau, sila rujuk kisah saya bersama beliau.

ahli ahli sihir itu telah bergabung seramai 6 orang untuk menghancurkan beliau ,dalam satu situasi beliau telah kehabisan semua tenaga dan sekalian ikhtiarnya sudah tiada dan tidak mampu melakuakan apa apa lagi kerana kehebatan ahli sihir tersebut,berbagai jenis tuju tuju telah di hantar kepada beliau.

dalam pandangan batin beliau itu beliau nampak berbagai tuju tuju berebut rebut menuju kearahnya . dalam situasi yang mencemaskan itu apa yang mampu beliau lakukan adalah ingat tuhan dan mohon perlindungan dari nya jua dan pasrah seratus peratus kepada nya jua.

itu sahajalah yang mampu dilakukannya.........

ketika menunggun tuju tuju ahli sihir itu sampai mengenainya beliau yang hanya tinggal pasrah kepada tuhan,secara tiba tiba dari dalam tubuh nya keluar lafadz muhammad dari tubuhnya yang berwarna hijau terang benerang langsung kalimah itu menjadi benteng kepadanya dan akhirnya kesemua tuju tuju yang dihantar kepadanya telah musnah sebelum sampai kepadanya.

menurut beliau sendiri beliau amat heran dengan kejadian tersebut dan sangat sangat memuji kebesaran dan keagungan tuhan kerana menyelamatkannya

banyak lagi kisah misteri yang menarik beliau kongsi bersama dengan saya sewaktu saya dirumahnya kadanga kadang rasa tak puas duduk dirumahnya

sebenarnya apa yang saya ingin sampaikan didalam kisah lepas itu jika kita berdagang ditempat orang jangan sekali kali membawa lagak kita seperti lirik lagu allah yarham sudirmna "anak dagang dirantau orang pandai pandai membawa diri".

sebagai anak dagang yang baru sampai ketempat orang jangan lah kita bertindak sewenang wenangnya kerana kita tak tahu apa kelebihan orang bak kata orang kalau kita mampu menetak orang dikampung kita kemungkinan dikampung orang pula ornag boleh tetak kita sampai 32 bahagian .

senang cakap kalau kita nak kata kita samseng kemungkinan orang lebih samseng lagi.

lagi satu perlu diingat kita sebagai anak dagang sampai masa kita akan meninggalkan tempat orang.andaikan jika kita berbuat jahat maka kita akan meninggalkan kejahatan kita,yang menjadi masalah ialah mereka yang sama tempat dengan kita untuk berdagang ditempat tersebut persepsi masyarakat ditempat tersebut pasti akan memandang serong dengan mereka akibat perbuatan kita yang telah lalu.

begitu juga sebaliknya

namun itu tak bererti walau kita anak dagang mereka yang bertempat berhak melakukan sewenang wenangnya kepada kita diandaikan wujud situasi berkenaan jangan lah kita memandang itu tempat siapa tetapi sebaliknya pandanglah tempat tersebut adalah bumi tuhan selagi kita sama sama hamba tuhan tidak sesapa boleh menganiayai sesiapa yan lain.

tahankan lah hak kita semampu mungkin.


seperti contoh orang orang indonesia pengalaman saya bersama mereka diindonesia sangat berbeza dengan mereka yang ada disini ,sebagai contoh perempuan mereka maaf saya kata kot kat malaysia nie lah gedik nak mampus kadang kadang menyampah giler saya melihatnya ,kelakuan mcm maaf saya kata pelacur ,sehingga ramai orang malaysia manganggap mereka nie golongan tak bermoral.

tapi bila saya sampai diindonesia cewek cewek mereka nie lebih kurang orang tempaatan tak nak sembarangan dengna orang yang tak mereka kenali.

jadi jika sampai kepedalaman indonesia jangan buat macam macam takut tak balik

oklah malam semakin larut kita teruskan cerita kita selanjutnya tapi sebelum itu tentu anda ingat lagi kisah keris misteri yang saya ceritakan tempohari dan kejadian itu berlaku dirumah sewa saya

kejadian yang ini pula terjadi ditempat yang sama juga ketika mula mula saya menyewa rumah sewa tersebut

utk pengetahuan para pembaca sekalian sewaktu mula mula saya menyewa disana saya tinggal sendirian dirumah itu

dalam seminggu saya menyewa dirumah itu takada apa apa pun yang pelik berlaku .cuma pernah makcik penyewa rumah itu bertanya kepada saya pada satu hari ketika saya pulang dari sekolah.

"kau tinggal seorang ker kat rumah ini?"tanyanya kepada saya

dengan selamba saya menjawab"yelah saya sorang lah"

dia bertanya lagi"tak takut ker?"

saya menjawab dengan menyoalnya kembali"nak takut apa?"

dia tercengang cengang lantas tersenyum misteri dengan jawapan saya itu lalu beredar

untuk pengetahuan pembaca sekalian rumah itu adalah rumah arwah ayah makcik tersebut.beliau telah membuat rumah baru dihadaapn rumah tersebut dan rumah tersebut telah disewakan kepada saya,yelah alang alang rumah tu kosong sekurang kurang ada yang menyewa dapat juga duit .mungkin itu fikirnya, tekaan sayalah,

sehinggalah pada satu hari seorang rakan telah berjumpa dengna saya dan beliau mempersoalkan perbuatan saya yang telah menyewa rumah itu.

beliau bertanya kepada saya"naper kau sewa rumah tu?"

saya yang kehairanan dengan soalannya bertanya kembali kepadanya"apa yang tak kenalak?"

beliau menjawab dengan bertanya kepada saya "kau tak tahuker rumah tu berhantu?"

"betulker?"saya bertanya kepadanya semula

soalan yang dijawab dengan soalan yang hanya menghasilkan kekusutan

beliau bercerita dengan saya"kau tautak sebelum kau sewa rumah tu ada beberapa orang kawan aku pernah menyewa disana pada malam pertama mereka digangu dengan suara suara aneh dirumah tu ,dan pada malam kedua mereka diganggu oleh lembaga aneh ,dan malam selanjutnya mereka dah tak dok rumah tu lagi sebab siang nya mereka dah pindah dari situ."

saya bertanya kepada dia "berapa orang kawan kau tu dan apa yang mereka lihat sampai mereka takut sangat?"

dia menjawab "4 orang kawan lelaki malam kedua tu punyalah takut mereka tu sampai tidur berpeluk peluk ketakutan dalam satu bilik .aku pun malas nak tanya apa yang mereka jumpa sebab aku pasti sesuatu yang menyeramkan telah mereka lihat kalau tak mana mungkin mereka sampai takut tahap berpeluk peluk dan tidur dalam satu bilik"terang beliau panjang lebar

"yang kau dah dekat seminggu dok rumah tu takkan kau tak perasan apa apa kot?"tnayanya kepada saya

jawab saya"ntah takder apa apa pun........"

belum sempat dia melafazkan sesuatu lantas saya menyambung"......buat masa ni tapi ntahlah dimasa akan datang harap harap takder apa apalah"harapan saya dengan nada yang mula mensyaki sesuatu yang tak kena dengan rumah tersebut.

beliau berkata kepada saya"mcmmnilah apa kata kau keluar dari rumah tu dan cari rumah sewa lain sementara tu duduk jer kat rumah aku"

saya menjawab"cadangan kau tu bagus dan aku ucapkan terima kasih kerana kesudian kau tolong aku, tapi aku rasa kali ni aku tak dapat terimanya takperlah kalau aku sesak nanti mungkin aku akan minta tolong kau"

dengan nada kecewa dia berkata kepada saya"sukahatikaulah walau apapun jika kau perlu pertolongan aku nanti bagitau kat aku"

saya hanya menganggukkan kepala dia terus berlalu untuk masuk ke kelasnya .saya enggan menerima pertolongannya kerana ditakuti akan menyusahkan hidup dia dan keluarganya,yelah bukan mudah kita nak menumpang rumah orang nie buruk buruk baik rumah kita sendiri ,lebih lebih lagi jika dalam rumah tu ada tuan rumahnya .

saya tinggal dirumah itu sehinggalah pada minggu kedua..........

sebenarnya memang saya tak nafikan selama saya tinggal disitu saya seringkali melihat kelibat wanita tua yang bongkok tiga bertongkat dan berpakaian serba putih ,dimana seluruh kepalanya diliputi uban memutih yang panjang .tapi bak kata orang oleh kerana saya hanya memandang kelibatnya sahaja maka saya menganggap itu adalah ilusi mata saya sahaja.

adakalanya orang tua itu saya lihat diatas rumah kemudian hilang dan selalunya hampir setiap malam saya akan melihatnya ketika hendak turun tengah malam untuk ambil wudhuk.

namun seperti mana yang saya jelaskan tadi itu hanyalah kelibat dan saya menganggap itu adalah permainan mata saya sahaja.

sehinggalah pada suatu malam saya rasa terlalu sukar untuk melelapkan mata,

dalam hati saya berkata"naperlah susah sangat nak lelap matanie........"

tidak lama kemudian baru saya perasan seperti ada bunyi orang menyapu dengan penyapu lidi dibawah rumah. ketika itu baru saya perasan bunyi ini memang kedengaran hampir setiap malam ,namun oleh kerana saya jenis yang malas nak ambil pusing maka saya abaikan bunyi tersebut pada malam malam sebelumnya.

saya tertanya tanya dalam diri saya "dia nyapu lak dah sapa lak nyapu tetengah malam buta nie tak cukup waktu siang ker?"bula roma saya mula meremang seluruh tubuh tanda keseraman dah bermula bukan takut seram jer hehehehehhe.

setiap saat bunyi tersebut semakin rancak seolah olah dengna irama nya yang tersendiri dan sangat sukar untuk diceritakan.

saya tertanya tanya dalam diri saya apakah bunyi itu kerana bunyi itu benar benar menggannggu saya untuk tidur.saya yang kehairanan telah membuka lampu rumah dan lampu bawah rumah dan terus menuju ke pintu belakang.

sebaik sampai kepintu belakan daun pintu saya selakkan dan angin malam menghembus lembut ketubuh saya yang hanya berkain tidak berbaju dan saya cuba menjenguk kan kepala saya kebawah rumah .

sebaik sahaja saya pandangan saya terlihat kebawah rumah tahukah para forumer apakah yang saya lihat.........?

takder apa apa..........

tak ada orang menyapu tak ada sampah yang disapu dan tak ada penyapu lidi.

melihatkan keadaan tersebut saya makin tertanya tanya apakah yang berlaku sebenarnya ?oleh kerana tiada apa yang kelihatan saya membuat kesimpulan itu hanya perasaan saya sahaja

saya terus menutupkan pintu dan mengunci pintu tersebut dan mematikan semua lampu dan terus menuju ketempat tidur untuk beradu.

naper berani sangat sebab tak nampak kot nampak belum tentu tak lari.

namun apa yang mengecewakan bunyi itu menggangu sekali lagi .

ini membuatkan saya benar benar naik angin keseraman adalah cerita kedua bagi saya memang sah ini memang kerja hantu tak tau malu menyapu rumah ornag malam malam buat tak sedar diri punya hantu nanti aku kerjakan dia

saya terus mengenakan seluar dan kain pelikat itu saya ikatkan kemas di pinggang saya tanpa berbaju.

sesudah siap saya berpakaian saya mencapai keris pusaka ayah yang tergantung indah didinding ,lalu menyisipkan kemas kepinggang saya dan menuju kepintu dapur tanpa membuka sebarang lampu lagak seperti hulubalang melayu rasanya.

sampai dipintu dapur saya membuka daun pintu dengan tangan kiri saya perlahan lahan dan tangan kanan saya tidak lepas dari mememgang hulu keris tersebut

lalu saya turun perlahan lahan dan ketika tinggal beberapa anak tangga saya meloncat turun seperti panglima yang diajak bertikam lagaknya selepas kaki saya mencecah bumi lantas saya menghunus keris kearah dpan sya lalu berkata"kalau kau berani baik kau muncul kalau kau nyerupa benda buruk aku tikam kalau kau nyerupa yang cantik aku rogol kau"

tiada apa apa bunyi, rupa yang ada hanya kegelapan malam sahaja

hampir lima minit saya nantikan seperti yang pertama tadi tiada apa yang dilihat dan didengar kegelapan dan kedamaian malam menemani saya diwaktu itu tapi kedamaian itu tidak dapat mententeramkan jiwa saya yang sedang kemarahan

sekali lagi saya berkata kepada apa yang tidak saya nampak"kalau kau berani keluarlah jangan main bunyi bunyi jer baik jelma senang sikit aku nak rogol kau kalau kau cantik tapi kot hodoh senang aku tikam kau"

sebaik habis saya berkata kata rasanya bahu kanan saya ditepuk dari belakang

dengna berbekalkan kemarahan yang ada dijiwa saya terus menghayunkan keris saya kebelakang

dalam kegelapan malam itu saya terasa mata keris saya terlanggar sesuatu dan ketika itu terdengar bunyi mengaduh seperti suara perempuan tua

saya terus melihat punca suara itu, tapi malangnya tidak kelihatan apa apa, sayup sayup terdengar suara perempuan tua mengerangd seperti kesakitan semakin jauh jauh dan jauh.

saya yang kehairanan mula pucat kerana walau pada mulanya saya menjangkakan perkara itu tak berlaku, tapi rupa rupanya memang wujud terus ketakutan saya naik keparas yang sukar untuk diceritakan.

sebenarnya terus terang saya katakan, waktu saya bersiap seolah nak bertempur dan waktu saya mencapai keris dan waktu saya berlagak dengan mengacukan keris,dihati saya benar benar berharap tiada apa yang berlaku, senang cakap eksen jer lebih, tapi mcm yang sya katakan tadi tak sangka wujud sesuatu ,walau saya tak tahu puncanya, walau saya tak pasti pasti dan walau saya tak nampak puncanya perkara itu sudah cukup menyeramkan saya.

tanpa menunggu seketika pun saya terus melangkah naik kerumah serasa tak menaiki anak tangga lagi seperti meloncat rasanya kerana ketakutan yang amat sangat.

saya terus menuju ketempat tidur tanpa menukar pakaian lalu berselimut seluruh badan dan cuba melelapkan mata.seketika kemudian saya terdengar lagi bunyi lebih ramai orang menyapu dibawah rumah saya.

semakin lama semakin ramai dan semakin sukar saya nak lelapkan mata.semakin lama ketakutan saya semakin hilang kerana tiada perbuatan lain yang mereka reti lakukan setakat pandai menyapu sahaja.

saya yang ketakutan itu mula berani sedikit dan berbekalkan keberanian yang sedikit itu saya membuka lampu ,sebaik lampu dibuka bunyi itu hilang.saya terus pergi kedapur dan membuka pintu dapur dan menunggu seketika sambil duduk merenung kegelapan malam.

seketika kemudian saya berkata kepada mereka yang saya tak dapat lihat"nenek nenek kot nenek nak nyapu jangan nyapu kat bawah rumah jer nyapu lah kat atas rumah anak cucu nie memang malas nak menyapu meh sini masuk, lah masuklah naiklah kerumah"pelawa saya kepada mereka mengada ngada.

namun tiada apa apa pergerakan pun yang saya dapat dengar ,hal ini benar benar membosankan saya lalu mengunci pintu dapur lalu menutup lampu dan trus pergi tidur kembali.

sebaik saya nak melelepakan mata, saya terdengar bunyi orang menyapu dengan penyapu lidi diatas rumah saya, hal ini benar benar menakutkan saya terus terang saya katakan apa yang saya pelawa itu adalah gurauan semata dalam pemikiran yang mamai akibat dah tak tidur bukan benar benar suruh mereka menyapu rumah saya.

malam itu hulu keris tidak saya lepaskan, keris pusaka saya peluk dengan seerat eratnya untuk menghadapi segala kemungkinan, segala ayat suci dibacakan dalam hati mohon perlindungan, hanya azan sahaja saya lupa untuk laungkan.

dalam bunyi ornag menyapu itu saya terlelap hingga keesokan subuhnya,pada subuh tersebut saya membuka lampu kelihatan rumah saya seperti biasa dalam hati saya berkata.

"tak bersih pun mereka menyapu kot bersih boleh aku upah jadi hantu gaji akan untuk menyapu rumah."

semenjak peristiwa itu tidak ada lagi peristiwa pelik dirumah tersebut, hanya sekali sahaja selama dua tahun saya disana dia kembali menyapu itu pun sorang jer, mana saya tau saya agaklah sebab tak banyak suara penyapu yang saya dengar.

pernah saya menceritakan kisah tersebut dnegna tuan rumah tersebut padanya mereka enggan menceritakan tapi bila saya desak akhirnya mereka ceritakan bahawa benda tu bukan apa apa hanya penjaga rumah tersebut jer .

sebenarnya dalam hidup kita nie cubalah kita simpan sesuatu benda berbentuk senjata dirumah. tak rugi kita simpan senjata nie tujuan untuk menghadapi kecemasan .ntah dari manusia ntah dari jin.

jangan jadi mcm kes dikampung medan ketika rusuhan kaum apa jadi ornag melayu disana hanya mampu menyorok diri dalam rumah akibat tiada senjata apa apa senjata yang ada hanyalah pisau dapur untuk memotong daging dan sayur.

apalah kiranya anda menyimpan pedang sedangkan dizaman nabi dahulupun pedang dijadikan perhiasan lelaki dan harus hukumnya mencantikkan pedang dengan permata emas dan perak sebab perbuatan tersebut dilakukan oleh para sahabat dan nabi sendiri .selain boleh digunakan sebagai satu perhiasan boleh digunakan untuk kecemasan yang kita tak pasti bila berlaku,

malah saidina abu bakar meluruskan saf solat dengan pedang yang dihunus.

bukanlah kita harap cuma bak kata orang kot bujur kita lalu kot melintang kita patahkan senang cakap bujur lalu melintang patah.

berpantang maut sebelum ajal rezeki kita nanti musuh tak kita cari dah dah jumpa tak kita lari kalau berhadap memang kita hadapi.

sebenarnya jika kita pegang senjata dan tak pegang senjata keberanian kita akan jadi lain, kalau tak percaya cubalah sis dan bro sekalian pegang pedang lebih lebih lagi yang banyak dah makan darah, keberanian kita dan semangat ingin mencantas kepala orang memang datang secara tiba tiba.

malah pandai mcm ner pun orang yang bersilat ker berkungfu ker bertaekwando ker ber apa apa ker kalau melihat kita yang tak reti apa apa, bila lihat jer pedang yang berkilat ditangan kita, 25peratus semangat mereka akan luntur dan terus terang tok guru pun belum tentu tak cedera kot dah berhadapan dnegan orang yang tak pandai bersilat tapi pengang pedang, berbanding dia yang tangan kosong.

hal ini amat perlu seperti yang saya katakan tadi sebagai teman ketika kecemasan.kalau kita katakan pedang itu mahal mungkin ingatlah apalah salahnya kita peruntukkan rm1000 dimana benda tu sangat berguna ketika kecemasan kelak.dan ketika kecemasan itu pasti rm1000 itu dah tak bernilai bagi kita.

berkenaan dengan hantu nie sebenarnya cara dia menjelma yang saya tau ada dua jenis.yang pertama dia akan masuk kedalam tubuh kita dan menguasai fikiran kita dan menggambarkan sesuatu yang buruk buruk .kalau hantu jenisnie kita tetaklah kat mana jer kita nampak dihadapan kita, memang tka kena punya sebab sebenarnya dia menguasai fikiran kita,dia bukan diluar tapi dalam tubuh dan menguasi pemikiran kita.

sejenis lagi memang dia menjelam diluar dan hantu jenis nie kot ditetak dengan apa apa senjata akan memudaratkan dia ,tapi kata orang tua jangan ditetak dua kali sebab kemungkinan dia akan jadi lebih ganas lagi,ntahlah tak tau sejauh mana kkebenarannya.

memang ramai yang anggap perkara nie mustahil mana mungkin hantu atau jin dari api boleh dimudaratkan besi.tapi pernahkah anda melihat besi bersatu dengan api ketika besi dibakar sehingga merah sehingga tak dapat dibezakan antara api dengan besi.

ingatkah lagi dengan iblis yang cuba menggoda sorang nabi dengan membawa sebiji telur .iblis telah berkata kepada nabi tersebut maaf saya lupa nama nabi tersebut

"wahai nabiyullah boleh kah allah memasukkan unta yang besar kedalam telur ku ini"

nabi tersebut yang kenal itu iblis telah menunjukkan jarumnya kebetulan diwaktu itu beliau sedang menjahit

seraya berkata

"wahai hamba allah besarnya kuasa allah itu jangan kata unta dimasukkan kedalam telur yang kau bawa jarum yang halus ditangan ku ini mampu tuhan masukkan bumi dan seluruh isinya kedalam jarum ini"

beliau menyambung "mari kesini aku tunjukkan bagaimana allah boleh masukkan bumi dan isinya ke dalam jarum ini"

iblis yang pelik dengna penjelasan nabi tersebut menghampirkan mukanya kepada tangan nabi tersebut untuk melihat bagaimanakah tuhan mahu memasukkan bumi dan isinya kedalam jarum tersebut

seperti anak sekolah yang yang mahu ditunjukkan pelajaran oleh gurunya lagak iblis diwaktu itu

malangnya sebaik iblis menghampirkan mukanya dengan tak semena mena nabiyullah itu telah mencucukkan jarum yang beliau pengang dengan tangan nya yang mulia kemata iblis itu

seraya menjerit"celaka kau iblis keatasmu laknat tuhan itulah bahagian mu"

lalu iblis yang terkejut dan sakit itu menjerit kesakitan dan lari

dan ketika iblis mahu menghadap rasullullah dizaman baginda beliau telah menyerupai rupanya yang asli dan matanya buta dan belum sembuh sembuh lagi sampai sekarang

kalau iblis raja sekalian jin kafir boleh dicederakan dengan jarum jadi fikir fikirkanlah bagaimana hantu tersebut dapat dicederakan oleh saya dengan izin allah jua cuma waktu nak menikamnya jangan lupa baca bismillah hehehhehe

No comments: