tempat:halaman rumah aku
masa:1pagi
mangsa:aku
suspek: pontianak harum
cerita nie terjadi ketika aku balik dari belaja silat
dululah masa tu umur aku 15tahun sekarang dah lebih 30tahun dah kira berlaku hampir 20tahun lepas pun
cerita nya begini
pada satu malam aku balik dari belaja silat seperti selalu aku akan balik dengan kawan kawan ku menaiki basikal walau pun demikian untuk masuk kejalan rumah aku
seorang demi seorang kawan kami berpecah untuk menuju rumah masing masing sehinggalah tinggal aku dan seorang lagi kawanku yang bernama yie
kejadian itu berlaku ketika malam bulan mengambang
ketika sedang kami mengayuh basikal kami terlhat seekor burung persis burung hantu yang berwarna putih mulus tingginya hampir 3kaki dan sedang bertenggek di atas daun nyiur yang menghairankan daun nyiur yang ditenggeknya itu langsung tidak terkulai walaupun dari segi logik sepatut nya daun nyiur itu akan terkulai dengan beratnya
aku sudah mula mensyakki sesuatu yang tak kena dengan benda tersebut lantas aku berkata dengan kawanku
"yie hantu hantu hantu kau lihat tak mari kita kejar"
kawan ku hanya diam dan meneruskan perjalanan oleh kerana dia meneruskan perjalanan dengan marahnya aku berkata
"eh kau takutker aku rasa masih sempat kot kita nak kejar dia"
ketika itu aku terlihat burung tersebut mula mengembangkan sayapnya yang lebih menghairankan sebelah sayapnya sepanjang daun kelapa tua
mungkin kerana diwaktu itu aku berteman dngan yie perasaan takutku kurang dan remangan bulu roma di tengkuk ku hanya menaikkan keberanian ku sahaja
yie seperti tidak mengendahkan kata kataku dan terus mengayuh basikal tuanya
aku mendiamkan diri sampai disimpang untuk menuju kerumah nya dia berkata kepadaku
"aku nampak apa yang kau nampak tapi aku tak berani lah"
aku hanya mendiamkan diri kecewa dnegan penjelasannya
kemudian ia berkat kepadaku
"kau berani ker nak balik kot tak berani biarlah kau tido rumah aku jer malam ni"
aku masih mendiam kan diri kerana masih kecewa dengan sikap nya
kemudian yie memberikan cadangan kepada ku
"mcmnilah biar aku temankan kau jer balik dah tu aku tido rumah kau"
dengan nada menyindir aku berkata kepada yie
"takperlah rumah aku jauh lg kat depan tu rumah kau kau baliklah aku rasa aku berani lagi untuk meredah malam nie"
kami mengambil haluan masing masing
ketika hampir sampai kehalaman rumah ku aku tercium bau yang amat wangi seperti bau bunga
aku pun berhenti sebentar cuba mencari bau tersebut tetapi dalam kegelapan malam yang terang bulan semuanya hampa belaka tiada apa yang aku temui didalam terang bulan tersebut
aku meneruskan perjalanan ku kehalaman sampai kehalaman rumah sesuatu ayng amat mengejutkan aku satu lembaga berpakaian serba putih compang camping sedang menantiku lembaga tersebut berambut panjang paras pinggang dan mukanya tidak kelihatan kerana ditutup oleh rambutnya
aku hanya mampu pasrah dan terus mengayuh selaju mungkin menuju lembaga tersebut sambil memejam mata
aku benar benar berharap aku dapat melanggarnya
namun aku tidak dapat merasa aku melanggar sesuatu dan apabila aku membuka mata tidak kelihatan apa apa yang berjaya kulanggar
aku terus pergi kearah tangga untuk naik kerumah kulihat lembaga tersebut sedang menunggu ku ditangga sambil duduk ketika aku menghampirinya tiba tiba lembaga tersebut hilang
tetapi dihatiku tidak wujud pun perasaan takut mungkin api kemarahan ku terhadap yie membuatkan aku hilang rasa takut lagipun diwaktu tu malam bulan mengambang
aku terus mengetuk pintu rumah
ibuku terus membuka pintu untuk ku kulihat ibuku baru bangun tidur
ketika aku masuk kerumah ibuku seperti kehairanan namun dia hanya mendiamkan diri sahaja lantas pergi kebilik air
aku terus pergi kebilik ku dan tidur
pada keesokan siangnay aku beercerita kepada ibuku kejadian malam tadi
menurut ibuku dia heran mengapa malam tadi aku berbau wangi semacam dan selepas dia keluar bilik air dia terhidu bau yang amat wangi seperti bau yang aku hidu dihadapan rumah yang datang dari dalam bilikku
dia mendiamkan diri kerana ia menganggap aku pakai minyak wangi tapi kadang kadang wujud persoalan pada benaknya aku tidak pernah memakai bau minyak wangi seperti itu
persoalan nya sehingga sekarang diandaikan apa yang aku lihat itu hanya ilusi mataku bagaimana pula dengan bau wangi yang aku dan ibu ku hidu itu adakah ilusi juga
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........
namun..........
perkara ini masih menjadi misteri dalam hidupku sehingga kini............
1 comment:
when it happen ye en faiz??
Post a Comment