Tempat = rumah saya rumah pesakit mak saya sekitar sabak bernam
Masa = dalam 4 hari kot
Ahli = saya ibu saya dan 4 orang lain
suspek hantu = penunggu bilik terkunci bacalah lebih lanjut kot nak tahu
sebelum saya menceritakan kisah saya ini saya ingin memaklumkan kepada forumer sekalian dalam cerita ini saya hanya terlibat sekitar 50 peratus sahaja dari peristiwa ini . kebanyakan kisah ini saya dapat dari ibu saya sendiri dan saya akan cuba menceritakan setepat mungkin berdasarkan apa yang ibu saya sampaikan kepada saya.
kisahnya bermula begini.pada suatu pagi seperti biasa ibu saya mengemaskan rumah.ketika mak mengemas rumah seseorang mengucapkan salam dari luar.mak pergi keluar rumah dan melihat tamunya itu.
kelihatan jiran kami kak wati dan seorang bayi datang kerumah.melihat kak wati mak menjemput beliau masuk dan duduk seperti tuan rumah lain yang menerima tamu. kelihatan bayi ditangan kak wati itu tidak henti henti menangis dan merengek.
selepas kak wati yang mendukung bayi itu duduk mak bertanya.
"kau ni dari mana wati?"tanya mak kepadanya.
"dari rumah nak jumpa wak piah ni",jawab kak wati kepada ibu saya.
"anak sapa ni wati,alah sayang nangis cucu mbah ni , mari kat mbah..........."ujar ibu saya sambil bayi itu bertukar tangan
"bayi ni antara anak asuhan saya, mak bapak dia kerja"jelas kak wati kepada mak saya.
"mak abah kerja yer, cari duit yer, nak buat beli susu adik yer.........."mak saya melayan bayi yang sedang nangis itu.
tangisan bayi itu semakin kuat kerana ia enggan bersama ibu saya.semasa ibu saya memegang bayi itu seluruh roma ditengkuk ibu saya meremang .ibu saya pernah memberitahu saya, jika itulah situasinya maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan bayi itu.
sedang ibu saya melayan dan bermain dengan bayi itu, kak wati bersuara"mcm nilah wak piah, bayi ni dah beberapa hari menangis, wak piah tolonglah buat apa yang patut"
mak terus melayan karenah bayi itu, dan memujuk bayi itu.seperti tidak dilayannya dan didengari kata kata kak wati.
tangisan bayi itu memecahkan keheningan pagi dirumah kami.tidak lama kemudian mak saya bersuara merendahkan diri dengan nada yang rendah."wak piah ni apalah tau nya ?"
wati menjawab"apa apalah yang wak piah tau tolonglah......."rayu wati kepada ibu saya.
mak saya pun berkata"yelah mana yang boleh wak piah buatlah yang lebih tu kita serah pada tuhan"
kak wati tersenyum bila mana mak saya bersetuju untuk menguruskan bayi tersebut.
"ngkau wati ambik bayini......"arah ibu saya kepada kak wati.
tanpa berkata kak wati terus mengambil bayi itu.bayi itu pun bertukar tangan. ibu saya pun pergi kedapur .tidak lama kemudian ibu saya pulang dengan semangkuk putih sebesar buah kelapa yang dikupas. di dalam mangkuk tersebut terdapat beras kunyit.ditangan kirinya terdapat segelas air.
ibu saya bersuara."wati ngkau tunggu kejap wak piah nak siapkan kelengkapan budak ni"
wati menjawab "baiklah wak piah........."
bayi itu masih lagi meneruskan tangisannya . hanya sesekali dia terdiam mungkin kerana terlalu letih menangis.ibu saya pergi ke tempat sujudnya.beliau solat duha dan kemudian solat sunat hajat.memang itu kebiasaan ibu saya di waktu pagi dan ditengah malam pula mak gemar tahajjud dengan sujud yang amat panjang kepada tuhan.kadang kadang apabila saya melihat mak saya akan berusaha melihat gerakan tubuhnya yang bernafas.terlalu lama sujudnya kadang kadang terfikir saya adakah dia dah tiada dalam sujud.tapi setiap kali dia sujud setiap kali saya melihatnya dan setiap kali itulah dia akan bangkit seperti biasa.al hamdulillah
setelah usai solat hajat itu beliau meminta bantuan dari allah untuk menyelesaikan masalah bayi itu.kemudian air dan beras kunyit itu dibacakan beberapa ayat suci al quran sebagai usaha nya.yelah mcm yang kita tahu dalam menghadapi sesuatu dalam hidup usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal perlu beriringan . itulah sunnah tuhan kepada kita.
setelah usai berdoa ibu saya membuka telekungnya bertukar pakaian dan pergi menemui kak wati dengan bayi itu. jelas terbayang wajah kak wati sedikit berubah kepada kurang selesa, mungkin kerana kebosanan menunggu ibu saya menyiapkan peralatan yang beliau katakan tadi,mak seperti menyedari wajah kak wati berubah.
"maaflah lama ngkau menunggu yer......"kata ibu saya kesal..sambil itu punggung mak dilabuhkan dikerusi berhadapan dengan kak wati.
"tak perlah wak .........."kak wati cuba menutup cerita.
ibu saya meminta bayi itu dari wati.bayi yang sedang menangis itu beralih tangan. kelihatan ibu saya membelai bayi itu dan membacakan beberapa ayat suci al quran kepada bayi itu.ternyata usaha mak hanya membuatkan bayi itu semakin kuat menangis.
"wati kau ambik budak ni kejap bawak dia ketiang seri tu........"pinta ibu saya kepada kak wati......
tanpa menjawab kak wati terus mengambil bayi itu.bayi itu dibawa ke tiang seri yang mak maksudkan.lalu disandarkannya bayi itu ditiang seri tersebut.kak wati berdiri mengangkat bayi itu.memang kak wati ini telah biasa dengan ibu saya.beliau tau apa yang patut dilakukan.dari anak nya sendiri yagn masih kecil hinggalah kepada kanak kanak asuhannya, jika menghadapi masalah mcm ni dia akan bawa kepada ibu saya. al hamdulillah tiada yang gagal di uruskan oleh mak buat masa ini.
bukan sahaja kak wati malah jiran jiran kami yang lain pun akan mengadu dengna ibu saya, jika anak anak mereka tidak sihat.kadang kadang pernah saya persoalkan pada mereka mengapa tak bawa budak budak itu berjumpa dengan doktor.mereka hanya berkata mereka dah bawak kedoktor sebelum berjumpa mak saya.malah beberapa orang kakitangan klinik sendiri seringkali membawa anak mereka yang demam kepada ibu saya selepas mendapatkan rawatan doktor.
ibu saya sering berkata kepada pesakitnya untuk berubat dengan doktor dahulu sebelum kerumahnya.namun wujud juga mereka yang degil yang terus kerumah kami sebelum pergi berjumpa dengan doktor.walau apa pun ibu saya tetap melayan mereka dan berusaha sedaya upayanya dan kemudian beliau sendiri akan menyuruh berjumpa doktor.
itulah yang sering berlaku dan kadang kadang kurang siang, jam 1 pagi pun ada orang datang untuk membawa anak mereka kepada ibu saya.tapi situasi mcm ni takderlah selalu hanya sesekali sahaja.
melihatkan wati yang telah bersedia ibu saya mengambil mangkuk putih dan gelas berisi air kearah mereka.melihatkan ibu saya pergi kearah mereka kak wati telah mengalihkan badannya kekanan bayi itu dan terus mengangkat dan disandarkan bayi itu ke tiang seri rumah kami, supaya senang ibu saya menguruskan bayi itu kelak.mak saya pun berhadapan dengan bayi itu.mak membacakan beberapa ayat suci al quran dan menghembuskan kemuka bayi itu.ternyata bayi yang sudah sedia kuat menangis terus menangis lagi .
melihatkan situasi itu mak telah meletakkan gelas berisi air kemeja berhampiran mereka . mak telah mengambil kembali tempatnya tadi .mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. tangan kanan nya memainkan beras kunyit didalam mangkuk ditangan kirinya.kemudian perlahan lahan dia mengengam beras kunyit itu.
berhenti sahaja mulut mak terkumat kamit secara mengejut mak melemparkan atau merambas muka bayi itu.bayi itu terkejut dan berhenti menangis .beberapa kali mak merambas muka bayi itu.sebahagian beras yang dirambas itu terpercik kemuka kak wati.kak wati mengalihkan wajahnya supaya beras kunyit itu tidak terpercik kemukanya.
setelah usai mak merambas bayi itu, tanpa membuang masa mak mengambil air yang diletakkan tadi .bayi itu masih diam dan tidak menangis walau di wajahnya jelas menunjukkan ia mahu terus menangis.tapi mungkin kerana terlalu terkejut dia tak berani nak menangis.mak terus menghirup sedikit air itu dan menyemburkan kemuka bayi itu. bayi yang ingin terus menangis itu terhenti untuk terus menangis .mungkin kerana kesejukan air itu memberikan keselesaan kepadanya.bayi itu terus diam dan kelihatan mengantuk.mungkin kerana sebelum ini kerana terlalu sering menangis membuatkan dia letih dan mengantuk.
kemudian mereka semua kembali keruang tamu rumah kami untuk berehat seketika.ternyata bayi itu tidur ketika mereka bercerita diruang tamu dalam pelukan kak wati.letih sungguh bayi itu.kak wati berkata.
"terima kasih lah wak piah sebab tolong ubatkan bayi itu"katanya dengan wajah keriangan.
"dari tuhan penyakit datang sebagai ujian, dari tuhan juga kesembuhannya datang sebagai sebab untuk kita bersyukur "balas mak bersahaja.
"yelah tu memang nak rasinya kat sini...."balas kak wati
"al hamdulullah.........." terlafaz dari mulut ibu saya tanda memanjatkan kesyukuran kepada tuhan.
"al hamdulillah......"kak wati pula sama sama memanjatkan kesyukuran kepada tuhan apabila melihatkan bayi itu terlelap lena dalam pelukannya.
memang selalu apabila pesakit mak saya sebelum kembali kerumah lagi akan dapat apa yang mereka inginkan tanpa pulang dengan tangan kosong.itu semua adalah kerana tuhan menghendaki rasi mereka dirumah kami melalui ibu saya.kadang kadang heran juga saya .
sebagai contoh bebaruni ada seorang cikgu yang mengalami kemalangan jalanraya sehingga keretanya rosak teruk.tapi alhamdulillah beliau tiada apa apa hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. namun malangnya akibat kemalangan tersebut beliau telah fobia dengan jalanraya dan kereta.beliau sendiri menceritakan kepada saya setelah kejadian itu setiap 1 hingga 2 km beliau akan berhenti memandu ditepi jalan kerana badannya berpeluh dan rasa sangat takut. kadang kadang heran saya bagaimana seorang yang mempunyai master dari universiti tempatan gagal untuk mengawal diri sehingga tahap tersebut. tapi yelah bab fobiani bukan kira orang tu belajar tinggi atau belajar rendah.
sehingga petang beliau datang kerumah kami pun isteri dia yang memandu untuknya.dalam hal ini mak telah memanggil semula semangatnya pada petang tersebut. tersebut.ketika hendak pulang beliau sendiri telah memandu kereta selepas disakat oleh anak isterinya. al maklumlah dah berubat takkan tak baik lagi. walaupun dah banyak beliau berubat ditempat lain. mukanya menjadi pucat ketika hendak mencapai stereng kereta tapi dikuatkannya semangatnya.pada keesokan harinya ketika mengambil rawatan susulan beliau datang dengan isterinya dengan kereta yang dipandu oleh beliau sendiri.jutaan terima kasih diucapkan kepada mak saya.
seperti biasa mak pula menyerahkan kepada allah dan memanjatkan kesyukuran .dan tidak lupa mak menyuruh dia memanjatkan kesyukuran kerana dia telah disembuhkan oleh allah.
dalam kes yang lain pula seorang doktor telah datang mendapatkan rawatan dari mak. doktor ni sebenarnya sakit gigi dah puas makan paracetamol tak baik baik lagi.kebetulan isterinya hadir sama.nak dicabut tak boleh masih sakit lagi.untuk itu mak telah memberikan sebotol air yang dimasukkan sedikit garam kedalam air tersebut.dengan kehendak tuhan selepas sahaja doktor itu berkumur dengan air tersebut giginya hilang sakit.mereka pun balik.
sehinggalah selepas setahun doktor dan isterinya datang kembali untuk mendapatkan rawatan sakit gigi nya kembali.menurut doktor itu setiap kali berulang sakitnya beliau akan berkumur dengan air tersebut.namun demikian air itu telah habis.beliau minta mak saya membuat kembali air tersebut. mak kehairanan dan mempersoalkan mengapa doktor tu tak cabut jer gigi ketika sembuh dulu.beliau berkata beliau sayangkan giginya itu.
malah apa yang mengelikan hati apabila isterinya telah cuba mengambil air dan memasukkan sedikit garam untuk menyembuhkan lakinya.namun sia sia.mak pernah cakap dengan saya sikap isteri doktor tersebut yang cuba meniru cara dia mengubat.mak saya ada jampi kat air itu berbanding isteri tu lihat mak saya masukkan garam dalam air dia pun tiru jer tanpa jampi yang sesuai.yelah mana nak sembuh tak kena kaifiat serta syaratnya.saya pernah bertanya sendiri mak apa jampi yang dia buat.mak kata dia hanya membacakan selawat syifa sahaja.
saya tak pasti adakah doktor itu telah mencabut giginya, tahun depan kot dia datang lagi memang sah dia tak cabut gigi nya yang sakit kerana sayangkan giginya itu.
malah seorang pak kiai yang pernah mendapat rawatan dari mak ditempat kami pernah memuji mak saya kerana kemampuan yang dimiliki untuk berkhidmat pada masyarakat.beliau menyatakan macam mana mak saya tak makbul doa nya setahun sekali dari bulan rejab syaaban dan ramadhan tambah puasa enam dibulan syawal beliau akan berpuasa. malamnya sentiasa dihabiskan sujud kepada allah.itulah yang membuatkan doa ibu saya maqbul disisi allah. pak kiai tersebut tahu, sebab pak kiai itu adalah guru mak saya.malah saya sendiri pernah belajar mengaji al quran dengan pak kiai tersebut.
mungkin maqam qabul tuhan kurniakan kerana sikap mak saya yang sangat suka menghampirkan diri nya kepada allah membuatkan walau beliau tidak mempunyai kepandaian yang tinggi berbanding orang lain yang mempunyai kepandaian yang lebih dengan berbagai jampi serapah.dalam hidup saya sendiri saya telah jumpa ramai orang yang sentiasa menghampirkan diri dan ingat kepada allah diwaktu senangnya.dan ketika mereka meminta pertolongan kepada allah dengan cepat tuhan akan memaqbulkan permohonannya itu.
begitu juga sebaliknya dalam hidup saya telah banyak bertemu manusia dengan menyerahkan diri kepada selain allah sebagai tempat untuk dia meminta pertolongan. walaupun dia pada dasarnya ditolong oleh selain allah iaitu makhluk, tetapi akhirnya pertolongan itu menjadi mudharat pada dirinya .insyallah dimasa lain saya akan menceritakan kisah kisah yang berkaitan dengan perkara ini.sikap sebahagian manusia yang mengabdi kepada selain allah dan menjadikan tempat mereka menyerahkan diri dan meminta pertolongan dan perlindungan. nauzubillah hi min zalik.............
tapi bukanlah semua kes yang mak saya kendalikan dapat diselesaikan .kadang kadang ada juga kes kes yang gagal. itulah yang membuktikan bahawa tuhan yang menurunkan penyakit dan tuhan juga menyediakan ubatnya sebagai satu ujian supaya manusia berfikir bahawa dialah tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana dan selanjutnya supaya manusia semakin menghampirkan diri lagi kepada allah.
itulah sebabnya dalam ibu saya mengubat ibu saya sering menasihati pesakitnya supaya jika baik rajin rajin beramal ibadat. serta sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada allah dan jika tidak sembuh maka jangan lah putus asa untuk terus berubat sehingga sihat kerana semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.
banyak lagi sikap para pesakit mak saya yang saya tidak ceritakan disini, namun tidak boleh tidak sikap para pesakit mak saya ini benar benar mencorakkan hidup keluarga kami.
kita kembali kepada kisah kak wati, selepas selesai mereka bercerita berkenaan penyakit yang dialami oleh bayi tersebut kak wati telah meminta izin dari mak untuk balik kerumah.mungkin dia sedar dia ni dah terlalu lama dirumah kami.kalau sehari suntuk dia bertandang kerumah kami itu memang perkara biasa.walaupun perkara tersebut benar benar merimaskan mak.kalau dilayan dia ni dari satu topik kesatu topik takkan habis punya .memang jenis pandai bercerita orangnya.
sebelum pulang kak wati telah menyerahkan kepada mak sebungkus asam dan sebungkus garam sebagai pemutus ubat katanya dan dia juga telah memberikan sehelai sampul surat biru mungkin sedekah kepada mak kot .tapi mcm biasa saya boleh agak sedekah itu memang tak berbaloi dengan kerja yang telah mak buat.
saya pernah mengingatkan mak berkenaan apa yang dia lakukan ini dan sejauh mana orang menghargai perkhidmatan mak saya melalui bayaran yang diterimanya.tapi bagi mak saya adalah terlalu mudah baginya. beliau hanya berniat untuk melengkapkan fardhu kifayah dalam bermasyarakat.selain itu bagi beliau sekiranya orang orang itu kembali sihat diharap mereka akan lebih kuat beramal ibadat berbanding semasa mereka sakit.perkara ini pasti akan membuatkan tuhan mengurniakan ganjaran diakhirat kelak kepadanya.lagipun menurutnya lagi jika beliau mahu kena kan harga keatas perkhdimatannya ditakuti ada yang tidak berkemampuan akan terhalang mendapat rawatan, sedangkan kemampuan yang diberikan hari ini adalah kurniaan tuhan semata wajiblah bagi diri nya untuk terus bersyukur kepada allah.itulah yang mak ajarkan kepada saya .baginya lagi bukan semua dalam dunia ini boleh dibeli dan dinilai dalam bentuk duit.
sebab itulah melalui pengajaran mak kepada saya ini membuatkan saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para forumer secara percuma .diharap apabila saya berkongsi pengalaman saya dengan para forumer sekalian yang pertama sekali saya dapat menasihati diri saya selanjutnya diharap para forumer dapatlah sama sama berkongsi nasihat tersebut dan diamalkan dalam hidup ini.kerana pengalaman itu adalah antara guru yang terbaik dalam hidup kita sebenarnya.
kalau saya nak jual kisah ini pun belum tentu laku, kot laku pun bagi saya banyak lagi cara yang tuhan siapkan untuk saya untuk cari rezeki selain dari cara ini.mudah mudahan harapan saya dimaqbulkan allah . amin..........
selepas kak wati menyerah kan barang barang tersebut kak wati meninggalkan rumah kami.mak telah menghantar kak wati kehalaman rumah kami.apabila kelibat kak wati hilang dari pandangan mak pula meninggalkan halaman rumah masuk kedalam rumah meneruskan kerja rumahnya yang tergendala.
seperti biasa selepas pesakitnya balik mak akan menyuruh saya menyapu kesan beras yang digunakan untuk merambas tadi . satu perkara antara paling membosankan saya.menyapu.........
di malam itu mak telah bercerita kepada saya kisah tersebut. memang menjadi kebiasaan mak apabila ia baru mengubat orang dia akan bercerita kisah itu kepada saya. maklumlah saya sorang anak nya yang kat rumah .lagipun selepas arwah ayah meninggalkan kami, saya lah tempat mak untuk bercerita apa apa yang dia alami.
mungkin begitulah alam orang tua agaknya dan mungkin juga kita yang masih muda hari ini akan jadi mcm tu kot di hari tua kelak.
dalam bercerita itu seolah olah perkara itu selesai setakat itu tapi rupa rupanya tekaan mak saya silap kisah itu bukan terhenti setakat itu malah rupanya kisah itu telah membabitkan saya juga .
pada keesokan harinya selepas asar kak wati bersama pasangan suami isteri dan anak mereka itu telah datang kerumah kami.mungkin itu adalah waktu lapang baginya kerana dimasa itu mereka memang akan mengambil anak mereka selepas habis bekerja.
anak mereka kembali menangis seperti selalunya .mak hairan melihat perkara tersebut.sehingga terpaksa membuatkan mak bertanya kepada mereka.
"semalam tengok dah elok naper harini jadi mcm nilak?"soal mak kepada mereka
kak wati membuka cerita"semalam memang dah elok wak sampai lah waktu petang. tapi malangnya selepas budak ni dibawa balik dia mula meragam".
pasangan suami isteri itu mengangguk kan kepala tanda bersetuju dengan penerangan kak wati.
"inilah kot tak der keberatan wak mintak tolong lah sekali lagi ubatkan anak kami ni"kata ayah budak itu kepada mak saya.
"wak nak berjanji tu tak berani lah, tapi wak cuba jelah.tapi harap anak ni dapatlah memberikan kerjasama kepada wak"balas mak kepada lelaki itu
"wak cakap jelah kerjasama apa pun saya akan berikan, janji anak saya sembuh, saya dah tak mampu lagi nak hadapi perkara ini, banyak hal saya yang lain terbengkalai gara gara perkara ini,"terangnya panjang lebar dengan nada yang hampir menangis.
yelah sapa tak risau anak sakit.mak saya terdiam seketika.
"kita ini hanya hamba allah kot tuhan dah nak bagi sakit maka sakitlah kita tapi tuhan tak zalim dalam dia bagi sakit dia juga akan bagi kesembuhan paling penting kita cari ubatnya.wak ini apalah tahunya cuma mohon pada allah jelah yang wak tahu.sambil wak memohon pada allah eloklah anak berdua ini pun sama sama mohon pada allah..kalau kat sini bukan kesembuhannya mudah mudahan tuhan berikan jalan untuk anak jumpa kesembuhannya"mak saya mula bersuara.
"wak nak kami buat macamner?"ibu bayi tadi yang diamkan diri mula bersuara.
"mcmnilah semalam selepas wak ubat dia alhamdulillah nampak rasi tapi bila budak ni mula menangis kembali?"tanya mak saya kepada mereka semua
"ntahlah wak waktu petang semalam ketika saya ambil anak saya ini elok jer. saya betul terkejut lihat dia dah elok.bila sampai rumah dan nak masuk rumah dia mula buat hal balik"terang ibunya panjang lebar.
mak saya bertanya kembali"mungkin ada sesuatu yang tak kena tak dengan rumah kamu berdua"
"tak mungkin lah wak, tak kena apa pulak selama saya tinggal dalam rumah itu elok jer tak der apa pun"ayah bayi itu menjawab dengan nada seolah olah menafikan dan tak puas hati dengan tekaan mak saya.
mak saya yang sedar perubahan air muka ayah bayi itu berkata"wak bukan lah menuduh sekadar bertanya."
mendengarkan perkataan mak saya itu kesemuanya diam sahaja, kelihatan seperti ada ketegangan akibat soalan mak saya
mak saya pun memberikan cadangan"mcmnilah apa kata wak berikan kamu bahan untuk merambas rumah kamu.tak salah mencuba"
"terpulanglah pada wak..........."kata lelaki itu
mak saya terus kedapur mengambil sedikit beras dan dicampurkan dengan kunyit hidup untuk membuat beras kunyit. kemudian dia keluar semula ke pada mereka itu.dihadapan mereka mak saya membacakan beberapa ayat suci al quran untuk menawarkan beras kunyit itu sebagai bahan utama untuk merambas.setelah selesai semua tu mak saya memberikan bahan tersebut kepada lelaki itu.kesemua itu diikat kemas oleh mak saya didalam plastik.
plastik itu bertukar tangan .selepas menerima bahan itu mereka semua meminta izin untuk pulang kerumah.anak nya masih lagi merengek akibat terlalu letih untuk menangis.sebelum mereka meninggalkan rumah saya mak saya berpesan kepada mereka.
"ingat balik nanti jangan lupa di rambas rumah kamu tu dan bila dah dirambas biarkan seminggu beras kunyit tu jangan disapu"
pasangan suami isteri itu hanya mengiyakan sahaja kata kata mak saya.dan mereka berlalu pergi dari rumah kami menaiki kereta hitam.panas petang pun ikut berlalu pergi sebagaimana berlalunya kereta tiga beranak itu.
"kalau tak elok juga anak tu datang lah lagi nanti wak ikhtiarkan benda lain pula"pesan mak saya lagi
pasangan suami isteri itu hanya tersenyum seolah olah mereka merasakan masalah anak mereka masih punyai jalan untuk diselesaikan
petang berganti senja , senja berganti malam, dimalam itu mak saya menyuarakan beliau syak sesuatu dengan rumah itu .tapi beliau malas nak bertegang urat dengan lelaki itu.seperti biasa saya akan menjadi pendengar setia cerita mak saya.bagi saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.tak perlu ambil pusing.
namun oleh kerana dilihatnya saya seolah olah sedang mendengar dengan khusuk maka mak saya meneruskan ceritanya dengna penuh semangat.hehehehehe al maklumlah pendengar setia.........
mak saya juga ada menyatakan selagi rumah mereka tidak diperbaiki selagi itulah masalah anak mereka akan berterusan...........
pada keesokan harinya seperti mana yang dijangka oleh mak saya, pasangan suami isteri itu berserta anak dan kak wati datang kembali kerumah kami. melihatkan anaknya yang sedang merengek membuatkan mak saya malas untuk bertanyakan keadaan anak mereka.melalui rengekan anaknya itu sudah jelas menunjukkan masalah belum selesai lagi.
"wak nampak gayanya masih takder apa apa perubahan lah dengan anak saya"kata lelaki itu kepada mak saya sebaik punggungnya di labuhkan keatas kusyen kerusi rotan dirumah saya.
tiba tiba siisteri nya berkata"nak berubah mcmner orang merambas dia menepung tawar"sindir isterinya kepada suaminya
kak wati yang sedang cuba menenangkan bayi mereka mula bertanya kehairanan"menepung tawar?"
"wak tau tak saya dah kata dengan dia orang nak merambas tu ambil segengam dah tu lemparkan,yang dia tidak ambil sejemput dah tu membaling macam membaling dart"terang siisteri panjang lebar.
kak wati ketawa mendengar penjelasan siisteri lelaki berkenaan lalu meyindir tajam"kalau mcm tu kot ada hantu pun tak takut nya gelak lagi ada"
kadang kadang terfikir di benak saya mungkinkah dia merambas itu seperti imuda yang memegang watak sam dalam sitcom 2+1yang popular sewaktu dulu.dimana imuda yang berlagak lembut seringkali memukul mat deris dengan gaya lembutnya.mungkinkah begitu cara dia merambas yang dikatanya menepung tawar.malah ketika saya bertemu dengan dia sendiri dia ni jenis lelaki lembut walau kurang ketara.
lelaki itu hanya terdiam sahaja apabila menyedari akan kesilapannya.
mak saya hanya terdiam sahaja mendengar penjelasan isterinya itu.lalu mak saya mencadangkan supaya saya sendiri pergi merambas.cadangan itu disetujui oleh semua pihak.
sesudah itu mak saya telah kedapur dan menyiapkan kembali bahan untuk merambas.sesudah bahan disiapkan mak saya telah memanggil saya.saya yang ketika itu sedang melayan carigold forum tertanya tanya didalam hati mengapakah mak memanggil saya.selepas bertemu muka mak pun bersuara.
"syam kau pergi ikut orang tu merambas rumah dia"arahan mak kepada saya
"aik suruh jerlah dia kita banyak hal lah"bantah saya
"dah suruh dah masalah lain disuruh lain dibuat"jawab mak saya kegeraman
"nantilah kita salin baju dulu"balas saya pendek saya tidak memahami apa dimaksud kan mak saya lain disuruh lain yang dibuat.walau apapun dengan malasnya saya pergi kebilik menukar pakaian saya.
sebaik saya menyalin pakaian saya telah turun kebawah.sesampainya dibawah saya telah ditegur oleh kak wati"lama tak nampak ngkau?"
saya menjawab "ada kat rumah............"
kelihatan seorang lelaki yang berusia pertengahan 20an. kemas segak orangnya .mungkin itulah penampilannya dipejabat.bersamanya kelihatan seorang perempuan yang cantik.seperti pinang dibelah dua lagaknya.ditambah lagi anak yang comel walau pucat mukanya .tentu bahagia hidup mereka itu.berbagai bagai andaian yang bermain dibenak saya berkenaan lelaki tersebut.
saya menuju kepada lelaki tersebut dan bersalaman dengan beliau.agak sombong orang nya ketika saya mempamerkan senyuman tidak dibalas senyuman saya itu.
lantas saya berkata dengan dia .
"jom kita pergi sekarang"cadang saya kepada mereka sambil mengambil dari mak bahan bahan yang telah disiapkan untuk merambas.
melihatkan saya telah bersedia lelaki itu menuju ke keretanya, diikuti saya dan kak wati.isteri dan anaknya tinggal dengan mak saya dirumah.sebaik kami bertiga diatas kereta.kereta hitam itu meluncur laju dan tenang kearah destinasi yang saya tak pasti.
di dalam kereta kami hanya mendiamkan diri. lebih lebih lagi apabila melihatkan lelaki yang, ntah sombong ntah pendiam itu hanya mendiamkan diri.kelihatannya dia terlalu menumpukan kepada pemanduannya walau jalan dikampung agak kosong .
dibenak saya pula menggambarkan kalaulah saya ada kereta seperti ini mesti best punya.best jugak naik kereta buatan eropah ni.mesti mahal harganya . tentu lelaki ini berpendapatan selesa sehingga mampu untuk memiliki kereta berjenama eropah ini.ntahlah kot tiap bulan dia kurang selesa membayar bulanan keretanya.
difikiran kak wati pula saya tak pasti apa yang difikirkan mungkin rumah yang kami akan tuju ini.
kereta itu mula memasuki kesatu kawaan perumahan dan mencari cari rumah yang hendak dituju.sesampainya disebuah rumah teres satu tingkat, yang tidak bertutup pintu pagarnya. kami turun dari kereta tersebut agak serentak. kami menutup pintu kereta berkenaan juga agak serentak selepas kami turun.
kelihatan kawasan persekitaran rumah tersebut agak tidak kemas.mungkin kesibukan harian mereka menghalang mereka untuk mengemaskannya .kadang kadang terfikir dalam benak saya tentu dengan kekemasan dirinya orang tak jangka halaman rumahnya seperti itu.bak kata orang amerika latih biar kalah dirumah jangan kalah dijalan........
lamunan saya terhenti apabila lelaki itu mula membuka grill besi pintu rumahnya.saya dan kak wati menurut dia dari belakang.
apabila terbuka sahaja pintu rumah terdengar alunan muzik yang lembut.muzik orang putih.mungkin beliau peminat sentimental love song.ini bertepatan dengan rupanya yang kemas dan mungkin jiwanya agak halus fikir saya.saya bertanya dengan beliau.
"dalam rumah ni sekarang ada orang ker?"tanya saya.
"takder memang kami selalu biarkan muzik terpasang dirumah ini"balasnya mungkin dia tau apa yang saya fikirkan.
sebaik saya dan kak wati masuk kerumah tersebut saya pun meminta izin untuk merambas rumahnya.beliau hanya mengangguk kepada saya.saya pun mula merambas rumahnya bermula dari ruang tamu.kelihatan ruang tamu nya disusun indah .pelbagai gambar keluarga yang ditangkap di beberapa lokasi ada diletakkan didinding ber frame kecil. ada separuh lokasi bersalji.perkara itu sudah cukup menandakan mereka adalah golongan pertengahan yang suka melancong.tidak ketinggalan juga kelihatan patung patung kecil yang berukiran pelik.mungkin patung orang asli kot.
tiba tiba kak wati bersuara"ha....... tengok mcm nie cara merambas bukan cara kau tu menepung tawar mcm orang baling dart"katanya sambil ketawa kecil
lelaki itu hanya mendiamkan diri.seolah olah dia ingin menyembunyikan dia yang tak reti merambas dari saya.
kadang kadang heran saya dengan sikap kak wati tu walau dengan bapa anak asuhannya sedap jer dia mengutuk.tak sedarker dia makan gaji dengan lelaki itu dibuat lelaki tu tak hantar anak nya kerumah dia baru padan muka dia.memang lah kak wati ni jenis mulut becok kadang kadang malas saya nak melayannya.
sesudah itu saya pun merambas kawasan tengahnya .kawasan itu dijadikan tempat makan .kelihatan beliau sukakan sentuhan eropah .memang padan dengna mereka.beberapa pinggan bergambar biru disusun kemas dalam sebuah almari sebagai pinggan makan dan perhiasan untuk mengindahkan lagi suasana makan mereka.
tentu berselera makan disitu .dengan hiasan indah . kadang kadang terfikir dibenak saya kalaulah saya mempunyai ruang makan seperti ini saya pasti berat badan saya akan bertambah dengan drastiknya.
saya berganti arah merambas kedapur pula.kelihatan dapurnya agak kemas,dengan kabinet yang amat serasi, dengan perabot dan kelengkapan didapur.namun tiada tanda tanda mereka ini suka memasak dirumah .yelah mungkin tak sempat kot.
saya meneruskan lagi bilik air .emmm terdapat pemanas air.terkenang saya dirumah kami kalau nak mandi air panas masak airlah jawabnya.
kemudian saya teruskan merambas dibilik tidur utama pula.sepertinya bilik kelamin mereka.cuma terdapat katil kecil berpagar mungkin untuk anak kecil mereka.fikir saya.didalamnya terdapat sebuah bilik air pula.habis dirambas saya semuanya.dengan harapan kepada tuhan beras kunyit yang telah dibacakan ayat suci al quran itu dapat menakutkan hantu syaitan yang ada didalam rumah itu.kak wati dan lelaki tersebut menuruti setiap jejak saya didalam rumah itu.
sampai disatu pintu bilik lelaki itu membukakan pintu bilik berkenaan dan memberitahu itu bilik bacaannya.sepertinya ia mahu menunjukkan ia seorang yang berpendidikan tinggi dan cintakan ilmu pengetahuan. di dalam bilik itu terdapat banyak buku buku tersusun rapi berjudul yang saya pun tak pasti kerana ditulis dalam tulisan orang putih.bilik itu sangat selesa dengan temanya sebagai bilik bacaan. walau apa pun habis dirambas dek saya kawasan bilik itu.
sampai disatu bilik saya cuba membuka tapi malangnya bilik itu berkunci. melihat kan kesukaran saya beliau berkata.
"bilik ini saya gunakan untuk menerima tetamu dan selalu saya kunci kerana. sesekali jer kami terima tetamu. nanti saya ambik kunci bilik ni "lalu berlalu pergi meninggalkan kami kearah bilik utama.
sementara menunggu pintu bilik terbuka saya melihat sekitar rumah.penuh dnegan beras kunyit rambasan yang telah saya buat.alunan muzik lembut masih kedengaran ditelinga saya. menyamankan dan merehatkan.memang selesa rumah ini.dia memang lelaki yang amat sempurna mempunyai isteri yang cantik, anak yang comel,kerjaya yang baik,rumah yang selesa,mungkin hidupnya benar benar menarik.tapi itu dari sudut pandangan saya masalah dia sapa yang tahu.kalau tak mustahil hari ini saya terpaksa izin dalam paksa merambas rumahnya.
sedang saya mengelamun lelaki itu muncul.beliau terus membuka pintu bilik itu dan meminta saya masuk merambas.saya pun masuk kebilik berkenaan.rasa tak sedap hati bila saya masuk kebilik itu.susunan perabot nya kemas seperti tempat lain didalam rumah itu.tapi rasa seram pula dalam bilik itu.mungkin akibat kekurangan cahaya dalam bilik itu membuatkan saya berperasaan seperti itu.
lelaki itu seperti tahu dan memetik suis lampu kepada saya.mungkin sebab apabila melihat saya yang serba salah untuk masuk kesana kot membuatkan beliau tahu.melihatkan bilik telah cerah saya masuk kebilik berkenaan dengna lebih jauh lagi.saya diikuti oleh lelaki itu dan kak wati.
keseraman saya dan jantung saya yang sentiasa berdengup kencang membuatkan satu ketidak selesaan dalam diri saya.perasaan tak sedap hati benar benar menguasai diri saya.walaupun hiasan dalam bilik itu kemas seperti bilik bilik lain namun perasaan saya tidak seperti dibahagian lain rumah tersebut.
saya telah merambas bilik tersebut. sebaik sahaja beras kunyit terpecah dilantai akibat rambasan saya secara tiba tiba terdengar suara kucing mengiau dengan kuat.kami semua terkejut. entah dari mana seekor kucing hitam menjelma secara tiba tiba.yang memelikkan kucing ini berwarna hitam mulus.apa yang lebih memelikkan ekor kucing itu bukan pada belkang tubuhnya tapi berada di peha kirinya.
kucing itu bergerak kekiri dan kekanan dihadapan kami bertiga.saya yang melihat gelagat kucing itu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan buruk yang akan kucing itu bawa.lebih lebih lagi kucing itu tak berhenti menderam seolah olah kami adalah musuh ketatnya.
tiba tiba kak wati bersuara" tu.........tu.......tu...........bukan kucing tu hantu tu......."katanya dalam nada ketakutan.
saya yang telah sedia ada seram bertambah seram.mungkin beliau nampak ekor kucing yang cacat itu.tidak seperti kucing kucing biasa.
kucing itu kelihatan seperti marah apabila ditegur kak wati.kelihatan kucing itu berhenti disatu sudut dihadapan kami.badannya direndahkan seolah olah mahu menerkam kearah kami.sapa yang kena..............
kucing itu mengiau dengan kuat langsung menerkam kearah lelaki tersebut yang berada ditengah kami.melihatkan kucing itu bertindak secara tiba tiba lelaki itu benar benar tergamam dan berdiri kaku.saya yang memang sudah menduga apa yang akan berlaku terus menolak lelaki itu ketepi,manakala saya pula telah menjatuhkan diri kearah yang bertentangan untuk mengelak serangan kucing hitam itu.
hampir hampir tubuh lelaki itu mengenai kak wati ketika jatuh.ketika kucing itu melompat melalui muka saya terasa angin lembut menyentuh muka saya.cuma nasib baik kucing itu tidak memanjangkan kakinya dan membuka cakarnya kemuka saya sahaja.kalau tak pasti kehenseman saya akan berkurang akibat dicakar kucing itu.hehehhhehehehe
kadang kadang terasa seperti george bush mengelak kasuk ketika di baling oleh seorang warga iraq lagaknya.cuma george bush tu jahat saya ni baik.hehehehehehe
buat joke sikit bukan per dalam kita hadapi situasi cemas mcm nie jangan terlalu serius dan cemas takut kita takkan dapat berfikir cara wajar.
saya yang jatuh terduduk terus bangkit kembali dan cuba mengejar kucing itu.lelaki itu pun cuba bangun untuk mengejar sama.langkah kami terhenti melihat kucing itu berhenti menantikan serangan balas kami.tapi terus terang saya pun tak tahu mcm ner nak serang kucing tu.seperti biasa saya mula menghitung ilmu didada.namun hampa tiada apa pun ilmu dalam simpanan dada saya.kelihatan lelaki itu hanya mengikut gerak saya.
ketika itu apa yang boleh saya lakukan hanya tunggu dan lihat sahaja apakah tindakan kucing itu selanjutnya.saya membaca ayat al kursi dan pasrah kepada tuhan memohon keselamatan.itu sahajalah yang mampu saya lakukan diwaktu itu.
kucing itu terus menderam menghadap kami.tidak henti henti deramannya.bagi kucing itu kami adalah musuh terbesarnya.
tiba tiba kucing itu bangun.saya yang sudah terlalu bersedia terus mengelak kekanan.melihatkan saya mengelak kekanan lelaki itu mengelak kekiri.namun kucing itu bangun bukan untuk menyerang kami. sebaliknya kucing itu mengalihkan haluannya membelakangi kami dan terus lari.kami yang lihat kucing itu lari terus cuba mengejar kucing itu...........
kami sama sama melihat kucing itu berlari dengan pantas kearah ruang tamu. disatu sudut ruang tamu yang lapang tidak diisi dengan apa apa perabot, tiba tiba kucing itu ghaib dalam terangnya cahaya matahari petang.saya dan lelaki itu berpandangan satu sama lain.lelaki itu bersuara kehairanan.
"mana pergi kucing tu?"tanya nya heran kepada saya.
"ntahlah........"jawab saya pendek sambil melepaskan nafas pendek
tiba tiba kak wati bersuara kuat dalam keadaan sengau.ntah bila pulak kak wati jadi sengau saya pun tak pasti.mungkin terlalu terkejut kot
"eh pasal apa mulut aku ni ............?"katanya dalam kepelikan, ketakutan dan kehairanan yang amat sangat
kami berdua melihat wajah kak wati .mulutnya herot ke kiri .patutlah suaranya sengau.lelaki itu kehairanan melihat situasi itu.jangan kata dia saya pun heran.tapi kalau saya menunjukkan rasa heran pelik dan takut apalagi mereka.itu fikir saya.senang cakap waktu tu saya hanya berlagak cool sahaja.
sebenarnya berbagai pemikiran ada dibenak saya.mulut kak wati,kucing tadi,keadaan rumah ini dan berbagai lagi..........
melihatkan situasi kak wati saya bertambah seram.dia berusaha untuk membetulkan mulutnya yang herot dan suaranya yang sengau akibat mulut nya yang herot,tetapi gagal.
kadang kadang lucu juga melihat mulut kak wati itu memang padan muka dia sebab terlalu cabul mulutnya itu.mulutnya kelihatan seperti orang tua ompong sedang bersogek dengan tembakau jawa. ompong tu bahasa jawa yang bermaksud dah takder gigi.heheheheeee
selesai sahaja saya merambas saya yang sudah tidak selesa dengan keadaan rumah itu mula mengajak mereka kembali.lelaki itu serba salah.dan bertanya.
"takder apa apa ker.........."tanya nya serba salah.
"jangan risau ...........toloong biarkan rumah ini jangan disapu selama seminggu"jawab saya selamba
"wak piah pun ada bagi tau hal tu"katanya memberitahu saya.
kami bertiga keluar dari rumah itu.bunyi muzik lembut kami tinggalkan dirumah itu.
didalam kereta untuk balik menuju kerumah,saya memulakan perbualan.
"lama ke awak dah tinggal rumah tu?"tanya saya kepadanya
dia yang seperti mengelamun menjawab "rumah tu saya sewa sebab saya dipindahkan disini hujung tahun lalu?"
saya terus berkata"sepatutnya jangan dibiarkan bilik dirumah berkunci tanpa tiada siapa didalamnya.kalau perlu juga dikunci cuba letakkan sepiring garam didalam bilik itu dan sebaiknya dibiarkan tingkap terbuka sedikit supaya jika ada makhluk halus masuk mereka boleh keluar jika tersesat dalam bilik kita. sebaiknya garam bukit kita letakkan supaya benda halus tak menghuni bilik tersebut.sebab kata separuh paranormal frekuensi yang dihasilkan oleh garam sangat menakutkan makhluk halus.kalau kita perasan sekarang ini dah ada orang yang buat lampu garam bukit.bukan mahal pun sebiji tak sampai rm20 pun.letakkan satu selain cantik sebagai perhiasan cantik benda tu juga baik untuk menghasilkan udara segar dan menakutkan makhluk halus ini."
beliau yang seolah olah minat mendengar penjelasan saya yang panjang lebar itu berkata.
"banyak pengetahuan abang yer........."ujar beliau kepada saya
"tak derlah banyak, sikit jer, mana yang saya tahu saya beritahu, mana yang tak tahu saya kata tak tahu"ujar saya pula.
saya menambah"lagi satu kita ni orang islam kalau boleh jangan lah letak patung dalam rumah. malaikat rahmat tak masuk rumah orang yang miliki patung.kalau malaikat dah tak masuk benda selain malaikat, mungkin syaitan yang akan masuk dalam rumah kita.apalah salah jika kita meletakkan ayat suci al quran sebagai hiasan dalaman rumah kita.satu lagi muzik ni sebenarnya siulan syaitan jangan dimainkan dalam rumah.............."
saya menoleh beliau sejenak ,kelihatannya beliau agak kurang selesa apabila saya menegur rumah beliau yang seperti itu.melihatkan beliau kurang selesa saya menyambungkan kata kata saya.
"sebenarnya tak salah nak main kan muzik kat dalam rumah, tapi apalah salahnya kita memainkan ayat ayat suci al quran dalam rumah.sekarang ni dah banyak versi cd ada, dvd ada, dari imam masjid mekah ada,imama masjid madinah ada,pilih sahaja dikedai.itulah cara mudah kalau kita malas sangat nak baca al quran.apa lah salah nya dalam sehari semalam kita pasang ayat suci al quran dalam sejam dua,buat apalah beli home teater mahal mahal tapi sekali pun kita tidak memainkan bacaan ayat suci al quran bukankah rugi?"soal saya kepadanya
beliau hanya mengangguk, kelihatannya air muka nya cerah sedikit apabila saya sebut seperti itu.dan saya terus menyambung......
"rumah yang tak diisi dengan ayat al quran ini adalah seperti kubur,yelah kubur kan banyak hantu jadi tak mustahil rumah kita akan diduduki hantu selain kita yang tetap disana.hantu ini adakalanya dia tak jelma tapi dia akan membuatkan rumah kita akan porak peranda."terang saya lagi.
"mcm ner tu bang?"soalnya pendek.
saya menjawab."saya ada sorang kawan.dia ni dah kahwin dan memiliki 3 orang anak.diani sebelum kahwin dah bercinta dengan isterinya dari semenjak bangku sekolah lagi.dulu kat sekolah puas kami gossipkan dia dengna isterinya.siap cikgu pernah cabar dia suruh dia jemput kot mereka kahwin.bila kahwin siap dia jemput cikgu tu untuk menepung tawar..........."
tiba tiba dia ketawa kecil.ntah hapa yang dia gelakkan apabila saya menyebut menepung tawar. saya pun tak tahulah .gelakan kecilnya benar benar memutuskan cerita saya itu.dia seperti sedar saya kurang senang dengan ketawa dia dan terus menghentikan ketawanya.
kemudian terus saya menyambung"selepas ada 3 orang anak dia benar benar berubah dia selalu habiskan masa sendirian diluar rumah.adat lelakilah bila dah sendirian mesti nak berteman dia telah membuat hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan akhirnya dia telah memadukan isterinya.isterinya tu kot nak banding dengan isteri barunya cantik lagi isteri lama nya tu walau dah beranak 3.tapi ntahlah apa dicari pun saya tak pasti sedangkan isteri tuanya tu anak dan 3 cantik pula tu.pelik"saya bercerita panjang lebar.
berliau bertanyakepada saya"abang rasa naper?"
saya menjawab"sebenarnya pedaya syaitan sangat halus.syaitan ini mempunyai organisasi dari semenjak dari zaman dia dihalau dari langit kebumi.semenjak itu semua maklumat untuk menggoda manusia telah disimpan dengan rapi dan menjadi pelajaran kepada syaitan lain yang lebih junior dari yang senior"
beliau kehairanan mendengar penjelasan saya lalu bertanya"maksud abang?"
saya sambung penerangan kepada beliau"saya pernah kerumah nya ternyata rumah nya memang tiada satupun ayat suci yang digantungkan.saya kenal beliau ni bukan kuat sangat agama.syaitan bila buat kerja bukan secara persendirian tapi secara berkumpulan . ada syaitan yang akan pergi ke tubuhnya tanpa disedari akan pergi ke pinggangnya melalui saluran darah dan akan menggangu keinginan seks nya.sebahgian pula akan pergi kematanya sehingga pada pandangannya isterinya itu tak cantik dan jemu pada isterinya.manakala yang lain akan duduk dirumah dan sentiasa membuatkan rumah itu panas dan tidak selesa.dan bila kat luar pula, syaitan pula akan pergi juga kepada isterinya dan melakukan perkara yang sama. pergi pula kumpulan syaitan yang lain kepada anak anak nya untuk memperlihatkan diri anak anak itu adalah masalah semata.cubalah fikir kalau berduyun duyun syaitan datang menggoda mcm ner nak selamat dari situlah saya gelar organisasi syaitan menyesatkan manusia, kerana terlalu bekerjasama mereka itu.bukan saya sorang jer persoalkan dia nikah lagi tu malah kawan kawan yang lain pun persoal sama perbuatan dia tu.alasan dia cumalah sudah kurang serasi dengan rumah tangga nya.sedangkan punca dari dia sendiri yang tidak mahu ikut ajaran islam"
diwajahnya benar benar takjub bila saya menerangkan kisah godaan syaitan ini.
dia bertanya lagi "kalau mcm tu matilah kita.........mcmner nak selamat"
saya menjawab tenang"auzu billah hi minas syaitanir rajim........aku mohon perlindungan dengan allah dari syaitan yang direjam....tiada apa satu cara pun untuk kita melawan syaitan yang ada kita harap pertolongan dari allah untuk melindungi kita dari kejahatan mereka.kesimpulannya hiduplah secara islam dan pulanglah kepangkal jalan sekiranya kita tersesat dihujung jalan.sebenarnya islam sangat sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia.tuhan yang menjadikan kita, tuhan juga lebih tau apa yang sesuai dan terbaik untuk kita.percayalah tuhan itu lebih dan maha mengetahui"
"patutlah kebelakanganni selepas saya memiliki anak ni hubungan kami semakin renggang antara saya dan isteri saya.kami melakukan hubungan hanya sebulan sekali itupun dalam keadaan yang kurang menyenangkan. mulanya saya ingat masalah biasa dalam rumah tangga saya ni. mungkin kehadiran orang baru dan kesibukan seharian membuatkan jadi mcm ni"beliau mula membuka rahsia rumah tangganya.
malas saya nak jawab soalannya itu. pandai pandailah dia fikirkan apa yang terjadi pada dirinya.saya terus menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan.
"baiklah maaf saya ingin bertanya dalam sehari semalam berapa kali awak solat berjemaah dengan isteri awak?"tanya saya
beliau kelihatan muram apabila ditujukan soalan itu kepada saya.mukanya hanya melihat jalan untuk menumpukan kosentrasinya sewaktu memandu. kami bercerita seolah olah kak wati tiada dibelakang .mungkin kerana mulutnya yang herot mengakibatkan beliau kurang berkemampuan untuk mencelah apa yang kami sembangkan.
melihatnya muram saya terus berkata"jawab dalam hati jangan dengan mulut kerana hati itu jujur mulut itu boleh menipu"
arah saya kepadanya .saya memberikan sedikit masa untuk menjawab soalan itu dalam hatinya.
seketika kemudian saya terus berkata kepadanaya"tahukah kita hikmah solat berjemaah?diandaikan mungkin isteri kita lebih besar pangkatnya queen control sekalipun,mungkin kita bekerja dengna dia sekalipun,dan mungkin dia lebih besar gaji dari kita sekalipun dan mungkin bla bla bla bla.......sekalipun, pendek kata kita berkedudukan lebih rendah dari isteri kita dari semua segi sekalipun,dalam solat dia tetap kena jadi makmum, dan kita jadi imam dan itulah permulaan isteri kita akan lembut hati untuk mendengar perintah kita.percayalah jika kita bawa hati orang untuk tunduk kepada tuhan maka tuhan akan tundukkan hati orang itu pada kita, insyaallah, dan jika kita membawa jamaah iaitu anak dan isteri kita ikhlas kepada tuhan. insyaallah, tuhan akan ikhlaskan hati anak dan isteri kita tunduk menerima kita sebagai pemimpin mereka.sesungguhnya hati kita dan hati mereka adalah kepunyaan tuhan."pesan saya kepadanya.
saya menyambung"tu sebab bila kita enggan memimpin isteri kita dalam solat jamaah,dia pula sibuk kerja diluar dengan arahan bos dia , sebelum kahwin dengan kita pula dia patuh dengan arahan ibu, bapanya dan guru gurunya, jangan hairan bila kita arahkan sesuatu kepadanya, kemudian dia cakap, susahlah bos suruh kerja esok, susahlah mak abah suruh buat inilah, itulah,sebab apabila kita baru terima seorang perempuan sebagai isteri, sebenarnya sebelum ini telah ramai orang yang menjadi pemimpin bagi isteri kita, dan dia telah dididik untuk mengikut arahan ibu, bapanya, guru gurunya dan bosnya,sedangkan kita yang baru bersama dengan dia, nak perintah dia untuk membelakangkan perintah ibu,bapa guru gurunya dan bos dia. rasanya adalah sesuatu yang amat sukar.sebab itulah kita memanfaatkan suruhan tuhan untuk menimbulkan kewibawaan kita pada dirinya.ingatlah kita bukan pemerintah tunggal dan satu satunya pemerintah kepada isteri kita mintalah bantuan dari allah supaya isteri kita taat hanya pada kita, tapi sebelum tu bawalah dirinya taatkan allah dan rasul,insyaallah tuhan sendiri dengan qudratnya akan menjadikan isteri kita taat pada kita."
beliau terangguk angguk tanda bersetuju dengan penerangan saya itu.diwajahnya kelihatan beliau merenung jauh dan menumpukan penerangan saya kepadanya.
saya lanjutkan lagi"cuba tengok kes perceraian yang hangat ketika ini, boleh dikatakan tiap hari ada orang bercerai, memanglah alasan sama,tiada persefahaman, isteri kata lain suami kata lain.tapi pernahkah kita buat kajian sejauhmana mereka pernah berjamaah.katakan jika sisuami terlalu marah dengan siisteri atau sebaliknya siisteri pula terlalu marah kepada suaminya .bukankah jika selalu solat berjamaah mereka sama sama dapat mencari persefahaman kembali ketika solat berjamaah itu"
beliau agak kehairanan dengan kata kata saya itu wajahnya berkerut menunjukkan ketidak fahaman itu.
melihatkan beliau yang kehairanan saya meneruskan penerangan saya"baiklah katakan isteri awak tengah marah, taknak bertegur sapa dengan awak,sampai waktu solat awak pujuk dia,awak cakaplah dengan dia,kalau terlalu marahkan saya sekalipun takkanlah sampai tak sudi berjemaah dengan saya kot?awak tanyalah mcm tu dengan dia agak agak nya kalau awak dah biasa bersolat berjemaah bersamanya adakah dia akan menolak atau dia akan letak dulu kemarahan dia untuk solat dengan awak?kalau susah juga nak faham cuba awak fikirkan awak tengah marah dengan dia kemudian sampai waktu solat dia bentangkan sejadah untuk awak dan dia pelawa awak jadi imam agak agak awak sudi menjadi imam dan meletakkan dulu kemarahan awak atau tolak untuk jadi imam dan terus sambung kemarahan awak?"
kelihatan dia tersenyum mendengar penjelasan saya .mungkin dia faham apa yang ingin saya sampaikan.
saya terus berkata"kesimpulannya sehari ada lima kali peluang untuk awak berbaik dengan isteri awak sekiranya awak bergaduh dengannya betul tak?"
soal saya kepadanya. soalan saya itu hanya dijawab dengan anggukan kepalanya sahaja.
saya terus menerangkan kepadanya lagi"berbanding jika kita tak amalkan solat berjamaah apa yang kita lakukan jika wujud perselisihan antara kita dan isteri kita.sudah pasti seorang kehulu sorang kehilir sorang masuk ikut pintu belakang sorang keluar ikut pintu depan.kalau dah mcm tu, mcm ner nak berbaik dan lama lama memang sah bercerai"
beliau yang tadinya banyak berdiam mula berkata kepada saya"sayani pernah pergi ke eropah untuk belajar,kami sama sama satu universiti ketika di eropah dulu.kami ni hidup agak kebaratan.terus terang saya katakan saya ni solat pun bukan buat sangat.kalau mcm ni bolehker saya pulang kepada tuhan.tuhan terima kah saya.saya bukan tak nak pulang kepangkal jalan tapi kadang kadang rasa muda lagi dan rasa kalau saya pulang pun takut buat balik apa yang lepas lepas tu nanti takut mcm mempermainkan taubat pula"katanya dengan nada sedih...........
saya menjawab"ingatlah sesungguhnya rahmat tuhan itu mendahului murkanya.dan ingatlah helah dosa itu adalah taubat"
rasa mcm tuan gurulak saya bila menasihatinya tapi bila ingat balik awak ni pun kurang ilmu kurang amal lagi banyak dosa.tapi dah orang minta pendapat bagi jelah apa yang awak reti.
saya terus berkata padanya"awak tahu tak tuhan tu sangat pemurah selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita ini mempunyai peluang untuk balik kepangkal jalan.awak juga patut tahu helah dosa itu adalah taubat . mana ada manusia yang tak berdosa dalam dunia ini. malah rasullullah yang maksum itu pun sekali duduk jer 100 kali beristighfar.sebenarnya tuhan sangat cinta dengan mereka yang bersuci dan bertaubat.oleh itu jika dah buat dosa disiangnya taubatlah dimalamnya, dan tuhan menyintai orang yang sedemikian.tapi jangan pula saja saja buat dosa.dalam dunia ni takder orang yang suka suka buat dosa, kecualilah hati dah berkarat. selalu manusia buat dosa kerana tak tahan dengan godaan hawa dan syaitan.senang cakap mereka tewas. jadi wajiblah mereka bertaubat.taubat kita akan buatkan syaitan menangis semahu mahunya, kerana rancangan mereka untuk goda kita gagal.dan sekali lagi saya nak tekankan tuhan menyintai kita yang seperti itu."
beliau terdiam, dan dilihat dimukanya tersenyum.cerah mukanya mendengar penerangan saya itu.satu yang saya mula sedar ketika kami pergi kerumahnya rasa perjalanan tak sejauh mana ,tapi bila balik naper panjang sangat perjalanan. saya mencuri melihat meter keretanya. memang sah dia bawak terlalu perlahan .mungkin dia berminat dengan cerita saya sehingga dia memperlahankan kenderaannya untuk mendengar cerita saya.
dalam diam itu beliau bertanya kepada saya."kat rumah abang tinggal dengan siapa"
"saya dengan ibu saya dulu saya dok rawang tapi lepas arwah ayah saya meninggal saya teman kan ibu saya"jawab saya panjang tanpa diminta
dia bertanya satu soalan cepu mas"abang tak kahwin lagi ker?"
saya menjawab"saya belum kahwin lagi"
beliau tersenyum menyindir dan terasa senyuman itu ditujukan kepada saya.mau tak terasa sembang hal rumah tangga punya pandai kahwin pun tak lagi.
saya terus berkata"sebenarnya apa yang saya ceritakan ini yang pertama saya ingin menasihati diri saya. disamping mengingat balik ilmu dan pesan guru guru saya yang pernah saya pelajari dan disampaikan pada saya. yang selanjutnya jika ada orang nak kongsi bersama saya sangat alu alukan mudah mudahan mana baik jadi teladan mana buruk jadikan sempadan."
nasib baik kak wati tak boleh bersuara kalau tak sahih saya dikutuknya. al maklumlah cerita punyalah bagus kahwin tak lagi.tak cukup tu siap nasihat dan bagi kaunseling kepada mereka yang dah nikah....sabo jelah......
elok gak kak wati ni herot mulutnya yang takder insuran tu. sebab dia dah kurang dan langsung tak bersuara. ntah ntah dah mati kat belakang. sesekali saya melihat kebelakang utnuk melihat keadaannya . masyaallah hidup lagi rupanya.
mendengar saya berkata seperti itu dia seperti perasan ketidak senangan saya terhadap soalannya dan dia berkata kepada saya"mcm abangni cukup ilmu bila nak kahwin senang jer tinggal pakai jer . tapi macam saya ni tak berilmu dah kahwin pun masih tak sedar kekurangan diri"
saya berkata kepadanya"saya ni pun banyak kurangnya mana yang baik dari diri allah mana yang buruk dari diri saya"dengna nada yang merendah diri
apabila kereta hampir menuju kerumah, saya cuba menukarkan topik perbualan sepertinya tidak elok saya cuba menasihati dia di hadapan isterinya ditakuti merendahkan dia dimata isterinya.
sebaik sahaja kereta berhenti kak wati terus berlari kepada mak saya yang didalam rumah.beliau berkata dalam bahasa sengaunya yang makin sukar untuk difahami.saya menuju kepada mak saya dan menerangkan apa yang berlaku.memang lucu bila lihat kak wati jadi mcm tu.
mendengar penjelasan saya mak mengambil segelas air dibacanya apa ntah dalam air itu saya pun tak tahu .kemudian mak menyapukan air itu kemuka kak wati.mak mengurut lembut mulut kak wati yang senget itu. perlahan lahan mulut kak wati dibetulkan.bila dah betul mulutnya kak wati terus berkata.
"eh mulut kita dah baiklah,mulut saya nie tak jadi apa apa lagi ke wak ?tak ker malam nanti jadi senget balik?"betalu talu soalan dikemukanan kepada mak saya. dah hilang sengaunya.
mak saya tidak menjawab lalu menyuruh dia minum lebihan air digelas itu.dia minum dengan rakusnya.
ketka dia minum barulah mak bercakap."tengok tu bila dah sembuh bukan nak ucap al hamdulillah, bila nak minum bukan nak ucap bismillah baca selawat jauh sekali kalau malam nanti senget pun elok gak ngkau kan dah puas bercakap dalam hidup kau sekarangni"sindir mak saya tajam kepadanya
kami semua ketawa mendengar sindiran mak saya .kak wati meletakkan gelas dan dengan memasamkan muka dia hanya mendiamkan diri.tapi saya tak risau sebab kak wati ni jenis tak amik hati punya orang.cakap main lepas tapi bila dia dikata pun tak amik hati.
mendengar kami ketawa bayi itu cuba ketawa sama.baru kami sedar tangisan dan rengekan nya telah hilang.kelihatan wajahnya comel berseri seri seperti bayi yang lain.
petang itu kami bersembang kosong sebelum keluarga itu minta izin untuk kembali.ketika dia bersalam dengan saya lelaki itu berkata kepada saya
"seronok berkenalan dengan abang diharap jika saya berkelapangan kita boleh bercerita lagi.insyaallah saya akan cuba buat apa yang abang katakan" ujarnya bersahaja
saya henya menjawab"insyaallah........"
mereka semua berlalu pergi menaiki kereta hitam dari benua eropah itu.
kami menghantar mereka sampai dihadapan rumah .
ketika kereta itu makin jauh saya bertanya kepada mak saya"naper mak ubat kak wati tu"
mak kehairanan langsung bertanya soalan saya kembali"naperlak?"
tanpa menjawab soalan mak saya soal lagi kepada mak"naper tak suruh kita jer ubat dia?"
lantas mak bertanya pada saya "kau reti ker mengubat?"
saya bertanya lagi pada mak "mau tak reti.takkan mak tak tahu?"
mak bertanya kehairanan"mcmner kau ubat?"
"senang jer dia kan senget mulutnya ke sebelah kiri kita tampar jer mulutnya yang kiri untung untung terus mulutnya senget belah kanan pula dah tu tampar pipi belah kanan untung untung terus betul"jawab saya selamba
mak memalingkan muka dari saya dan berkata"hish tak baik cakap macam tu tau"
saya hanya ketawa terbahak bahak.mungkin mak tahu saya getik dan berbulu tengok kak wati tu yang banyak mulutnya.saya pun naik kerumah dan bersedia untuk menghadapi maghrib.
ketika saya diatas rumah mak yang didapur menjerit memanggil nama saya.mendengar jeritan suara mak seperti ada kecemasan, tanpa membuang masa terus turun ke dapur.sampai di dapur kelihatan wajah mak pucat dan cemas.
saya bertanya pada mak"naper mak?"
mak menjawab sambil menunjukkan jari telunjuknya ke satu arah berhampiran peti ais"ular........."
saya melihat kearah tersebut kelihatan seekor ular senduk sepanjang 3 jengkal sebesar ibu jari kaki.ular itu sedang menunjukkan lagaknya dengan mengangkat kepalanya yang sedang kembang.berwarna hitam mulus tidak seperti ular senduk lain. heran saya tak silap saya minggu lepas baru jer saya letak belerang kuning keliling rumah.saya pernah melihat akibat ular ini tersentuh belerang kuning seluruh tubuh akan lumpuh.memang ular ini sangat pantang dengan belerang kuning.tapi mcm ner ular ni boleh masuk kerumah. lagipun tiada ruang yang benarkan ular ini masuk.
saya berkata pada mak saya"mak tengok kemana dia pergi"
saya terus berlari ke bilik air untuk mengambil kayu .kayu sepanjang hampir dua depa saya capai.memang kayu itu sentiasa saya siapkan untuk menghadapi kecemasan dari binatang buas dan manusia.saya menuju kepada mak saya .kelihatan ular itu tidak berganjak dari tempat itu.
saya berkata dengan geram kepadanya"kalau kau binatang kau akan mati, kalau kau jin kau pun akan mati, berani kau masuk rumah aku, ambik ni."
tamat kata kata itu, saya terus menghayunkan kayu ditangan kearah ular itu.sebaik sahaja terkena kayu tubuh ular itu terputus dua.mungkin terlalu kuat saya menghayunkan kayu itu kepada ular itu yang berada diatas simen kot.tak bagi can langsung kat ular itu.dah takder menguit nguit pun seperti biasa kita memukul ular.senang cakap mati tanpa tanpa sempat menguit nguit.tercengang saya melihatkan ulat itu lalu berkata
"padan muka kau berani masuk rumah aku.ingat kau bapak aku buat rumah ni untuk kau ker.itulah balasan sapa yang cuba masuk rumah aku tanpa izin aku"
ular itu masih diam tak bergerak sahih dah mati.
mak berkata kepada saya"dah dah buang bangkai nya itu"arah mak pada saya
saya mengambil penyodok sampah dan meletakkan ular itu kedalamnya dengan menguis guiskan menggunakan kayu yang sedia ada.
saya membawa ular itu keluar rumah untuk dibuang.ketika saya dalam perjalanan tiba tiba ular itu bergerak semula .nasib baik kayu yang saya gunakan untuk memukul ular itu masih ditangan kanan saya.saya terus meletakkan ular itu ke pecahan simen.dengan geramnya saya mengambil hujung kayu dan memukul dan melenyek ular itu sehingga jadi lempeng dan hancur luluh bersatu antara tulang dan dan dagingnya.padan muka dia.memandangkan tubuhnya dah melekat dan melempeng diatas pecahan simen itu saya biarkan sahaja.
mungkin ketika saya pukul tadi sampai putus dua, ulartu hanya pengsan akibat kesakitan yang amat sangat, sekarang ni baru ulartu nak rasakan sakratul maut kot.tapi takperlah saya dah bantu ular tu dengan ketuk dia sampai jadi lempeng dan tak gerak gerak lagi.itulah kali pertama saya bunuh ular dengan cara yang amat kejam sekali.hehehehehehhe geram betul saya dengan binatang pengkhianat ni.sebab ular yang bersubahat dengan iblis untuk goda adam makan buah khuldi lah sehingga akibatkan adam dan hawa diturunkan kebumi.memang ular ni saya dendam giler.lagipun sunat bunuh ular ni.cakap terus terang..........saya bencikan ular..........
saya masuk kerumah
mak bertanya kepada saya"dah kau buang ?"
"takder pun. dah saya jadikan dia lempeng lama lama jadilah tanah lah dia"jawab saya megah
mak berkata dengan nada terkejut"pergi buang"
pasal malas nak bertengkar dengan mak saya pun keluar semula untuk buang ular tersebut.sampai ditempat saya buat lempeng ular saya terkejut.bangkai ular itu tiada dan kesan nya pun tiada .saya naik hairan belum pun 5 minit saya tinggalkan hilang pulak. walau saya tak reti bakar pakai tangan saya masih boleh bakar ular itu dengan petrol. baru saya faham naper tuan guru haris bakar benda mcm ni.kalau nak tahu berkenaan tuan guru haris sila baca kisah seram saya yang lalu.
memandangkan wkatu itu senja saya masuk kedalam rumah sesegera mungkin dan memberitahu kejadian berkenaan.mak saya ikut kehairanan.mak mencadangkan saya untuk menumpukan kepada bacaan ayat suci al quran dan berzikir dimalam itu sebagai cara untuk menghadapi segala kemungkinan yang mungkin muncul.yelah bila dah kita tak tau apa yang berlaku bukankah elok kita serah dengan tuhan.
saya tidak membantah dimalam itu dari lepas maghrib kami hanya membanyakkan berzikir sahaja dan membaca al quran.hingga kemalam baru saya masuk tidur.mak pula berjaga semalaman.pagi esoknya dan hari hari mendatang al hamdulillah tiada apa apa yang buruk berlaku kepada kami.
cuma bila saya terkenang kisah ini saya sebenarnya terlupa satu perkara.
walaupun saya bercerita panjang dengan lelaki itu, ayah bayi tersebut,suami mak bayi tersebut,dan majikan kak wati saya lupa nak tanya siapa nama lelaki tersebut
saya benar benar lupa................
tamat
No comments:
Post a Comment