Tempat = mungkin perak
Masa = tengah malam
Ahli = geng berangan jadi kaya cara mudah
Suspek = jin kaki tipu kot saya jumpa jin ni terus terang saya lempang jin bangsa kurang hajar mcm ni
salam dah lama saya tidak menulis disini
kesibukan saya kebelakangan ini telah membantutkan kelapangan saya untuk menulis disini. sehinggakan kisah saya sebagi seoran security terpaksa saya tunda untuk seketika.
jangan risau bukan berhenti menulis sekadar menunda sahaja.
baru baru ini ada seorang forumer yang bertanyakan saya berkenaan toyol.
sebenarnya banyak kisah yang saya tau berkenaan toyol. namun dimalam ini saya tidak bercadang untuk menceritakan berkenaan dengan toyol.
tapi saya ingin menceritakan dengan tarik duit.
mungkin anda pernah dengar kisah tarik duit dan upacara yang mereka lakukan untuk menarik duit.iaitu satu cara batin untuk mendapatkan kekayaan.
kisah ini diceritakan sendiri oleh rakan saya yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral ini.
disini saya namakan rakan saya ini dengan nama irun
ceritanya bermula begini......
irun adalah seorang yang bekerja sebagai petani.
kegigihan beliau sebagai petani menjadi satu punca sumber pendapatan utama nya untuk membesarkan anak anaknya.
selain itu juga irun ini mempunyai kegemaran menarik duit dari alam ghaib.
pada satu hari beliau telah mencari saya. masih ingat lagi dibenak saya ketika saya menulis kisah ini irun tergesa gesa mencari saya dirumah diwaktu malam.
"assalamualaikum........" irun mengucap salam dari luar rumah saya. suara irun ini mudah saya kenal kerana suaranya agak halus dan agak sengau. mungkin seperti suara seorang aktress hong kong yang pendek dan lupa saya akan nama nya.
"waalaikum salam" jawab saya lalu membuka pintu
"kau ke run naiklah ada cerita pe malam malam buta ni datang rumah aku ni"tanya saya kepadanya
irun menaiki tangga rumah saya dan terus masuk melalui tubuh saya yang tercegat dipintu menantikan kehadirannya.
"syam aku dengar dulu kau cerita arwah datuk kau ada simpan 2 biji batu delima yang direndam dalam air merah betul ker?"tanya nya kepada saya sambil menghempaskan punggungnya kekerusi empuk dirumah saya.
"haah ada tapi cerita dululah zaman ntah berentah"jawab saya bersahaja. saya memang malas nak melayannya kot dia cerita kisah ini memang saya dah tau kot bukan duit tarik mesti no ekor yang di hajatkannya dengan penggunaan barang mistik ini.
"dah tu barang tu kemana"tanya nya kepada saya
"kan aku dah cerita dulu barang tu datuk aku simpan dalam timba yang berisi air dan seluruh timba jadi warna merah.lepas tu ada sekor bapak jagur pergi terajang timba tu jatuh air dan batu tu ketanah. datuk aku cuba cari tak jumpa" jawab saya bersahaja.
"mcm nilah syam apa kata kita pergi jumpa guru aku?"usul run kepada saya
"nak buat apa?"tanya saya pendek kepadanya
"biar guru aku scan benda tu ada kat situ tak?aku pasti mahkluk halus sembunyikan benda tu.sebab guru aku ada cakap benda tu memang ada situ tapi dia kena jumpa dengan waris dari keluarga tu untuk rebut balik benda tu dari situ."jawabnya meyakinkan
"mcmnilah run aku bukan taknak tolong kau tapi aku taknak terlibat dengan benda mcm ni"saya menjawab dengan nada lemah
"ish kau ni syam kau tau tak dengan memiliki batu delima tu kita boleh buat tarik duit dan kita boleh jadi kaya raya. kau takkan taknak jadi kaya kot?"tanya nya kepada saya dengan nada cuba meyakinkan saya.
"run manusia mana taknak jadi kaya tak terkecuali aku juga nak jadi kaya.tapi kau fikirlah sendiri apa guna kita jadi kaya dengan cara mcm ni kau dah lupa ke apa jadi dengan mbah kau?"saya menjawab dengan nada memujuk
"syam kita kawan kawan gak tapi kau jangan sebut kisah embah aku tu dia dah ninggal. tak baik kau cerita kisah orang yang dah niggal ni"run mula menggunakan nada keras apabila saya menyebut tentang datuknya. insyaallah dimasa lain saya akan ceritakan pula kisah embah irun ini.
"kau ni run cubalah kau fikir kau dah berapa lama berkecimpung dengan bidang ni?"tanya saya dengan nada yang sengaja saya tinggikan.
"lebih kurang dah 7 tahun"jawabnya pendek
"dah berapa juta kau dapat run?"tanya saya lagi
"memang sekarang aku tak dapat tapi nanti aku pasti satu hari nanti aku pasti akan perolehi duit tarik itu."jawabnya dengan penuh yakin
"dan dah berapa orang kau dengar orang dapat duit tarik tu?".tanya saya lagi
"syam kau ni memang tak ikut perkembangan semasa betullah, kau tau tak sultan pahang dah dapat 5j pakai duit yasin 7,dato zainal dah dapat 11j dapat duit tarik pakai quan istanbul........"
belum habis irun menghabiskan kata katanya saya terus memintas........
"kau memang sultan pahanglah, dato zainallah lagi sapa michael jacksonlah habis kau jual nama depa tu.run kau tautak sultan pahang tu tak payah tarik duit dia jual jer konsesi balak pahang tu berpuluh juta dia dapat, dato zainal tak payah tarik duit dia jual tanah belakang kampung kita tu beratus juta dia dapat tau.nasib baik kau tak pernah cakap sultan brunai tarik duit ............"
belum habis saya menghabiskan ayat saya run dnegan nada marah terus berkata kepada saya
"kau ni syam kot tak percaya udahlah kot dah taknak tolong janganlah hina aku. aku percaya apa aku percaya, kau ni langsung tak boleh buat berikhtiar"marah irun kepada saya
"kau yelah tak pernah nampak duit naik setumpuk tumpuk dari lantai,tak pernah lihat duit tarik melayang layang turun dari langit sebab tu kau tak percaya , mcm aku memang dah pernah tengok. tulah aku suruh kau ikut degil taknak dok rumah jer mcm anak dara bunting sulung"kutuk dia kepada saya
saya hanya mendiamkan diri, memang tak guna cakap dnegan orang fanatik ni.huhuhuhuhu
kalau dilayan makin baran nanti diani tapi dalam hati saya hendak saya katakan kepadanya itu permainan syaitan........
tapi kalau saya kata saya benar benar pasti dia akan semakin marah
keadaan malam itu agak tegang kami berdua diam suara cengkerik bermain riang diluar rumah. ntahlah mungkin waktu senja tadi saya terambil air kot. sehingga cengkerik menagih balik air yang saya ambil.
seketika kemudian irun mula bersuara balik dengan nada lembut"syam tak silap aku pakcik kau ada simpan timbang lama tu boleh aku pinjam"
"nak buat apa?"soal saya kepadanya
"nak buat turun nombor ekor"jawabnya bersahaja
"dahlah run kau insaflah dah lah tarik duit ni nak turun no pulak kau ni inagatlah sikit mati run"nasihat saya kepadanya
"alah syam kau pujuk jelah pakcik kau tu"rayu nya kepada saya
"sudah aku tak nak bersubahat dengan dosa besarni, kau tautak berjudi tu besar dosanya?"tanya saya kepadanya
"alah syam sekali je kita buat nanti kita taubatlah bukankah tuhan itu maha pengampun"jelasnya kepada saya
seperti ustaz lagaknya bila ia sebut tuhan yang maha pengampun tu......
"itu benar baik sekarang kau berjudi dah tu dosa kau taubat tuhan ampunkan dosakau dah tu yang duit no tu dari sumber yang haram rezeki tu pun jadi haram............."belum habis saya memberi penjelasan beliau terus memotong
"masalah bab tu kau jangan risau serah kat aku, kau cuba baca balik al quran bukankah tuhan telah firman dalam alquran bahawa diwajibkan zakat keatas harta untuk menyucikan harta tersebut,jadi kita bayaq jelah zakat dengan sendiri harta tu akan suci seperti dari sumber yang halal"dengan meyakinkan ia menerangkan pada saya
kot tadi macam ustaz sekarang serasa saya sedang berhadapan muftilak siap kuar ayat quran hadis bagai. memang dasar manusia yang nak menghalalkan apa yang haram ntah mana ayat al quran dipusingkan nya ikut sedap bapak dia terjemah je.
"run dalam hukum fiqh harta wajib zakat tu emas, perak, tanaman, binatang ternakan , dan hasil perniagaan.ada ke tuhan firman atau nabi sabda duit hasil judi tu wajib zakat? yang aku tau zakat ni sedekah kalau ikut kata imam al ghazali dalam bab mereka yang terpedaya dalam amal. seseorang yang bersedekah dengan harta yang haram lebih baik lagi dia tak payah bersedekah dan lebih afdhal lagi dia tinggalkan punca pencarian yang haram itu dari dia bersedekah dengan hasil yang haram"jelas sya panjang lebar padanya.
ambik kau saya pulak berlagak mcm syeikhul islam.ini jer ubat untuk ajar orang yang mcm ni takder cara lain rasanya
run terdiam tak bersuara.......
saya terus menyambung.......
"kau tau run kau tarik duit dah tu kau dapat duit tarik katakan dari alam ghaib.kau ingat makhluk ghaib tu tak minta apa apa balasan ke?kau fikirlah run mana mungkin ada orang sanggup melakukan sesuatu tanpa balasan.fikirlah run masak masak"jelas saya kepadanya
"kau tau tak run sebelum korang berjaya tarik duit tok guru tarik duit kau dulu yang lebih dulu dapat tarik duit......."
belum habis saya berkata run terus menyambung kata kata saya.....
"betul tu syam tok guru aku siap ada dua buah bmw bini siap ada dua lagi rumah banglo.........."
belum habis dia menyambung kata kata nya saya terus menyergahnya
"ye memang berjaya berjaya tarik duit pengeras orang yang nak tarik duit tu mcm kau ni......." marah saya kepadanya
terus terang saya katakan sikap run yang terlalu keras kepala untuk mendengar nasihat benar benar membuatkan saya bengang....
"dah lah syam aku nak balik dulu........"run berkata pendek kepada saya.
tanpa bersalam dia terus bangun dan meninggalkan saya melalui pintu rumah saya dan menuruni tangga batu rumah saya.
saya mengekorinya dari belakang. ternyata beliau agak tergesa gesa. hanya kelibatnya menghidupkan motorsikal buruknya yang dapat saya nampak didalam gelap.
enjin motorsikalnya berbunyi menderam dan dengan cepat dia terus meninggalkan halaman rumah saya.
saya hanya mampun menggelengkan kepala melihat kedegilannya yang tetap keras kepala enggan menerima sepatah pun kata saya.
walau telah ntah keberapa kalinya dia gagal dia tetap terus juga untuk melaksanakan projek merepeknya yang disangkan boleh mendatangkan kekayaan segera kpadanya.
sehinggakan tanah pusaka dihujung kampung dijualnya gara gara untuk pelaburan yang ntah hapa hapa.
....................
beberapa hari kemudian samad kawan satu syarikat yang menjalankan projek haram tarik duit datang mencari run.
"run run aku ada berita baik ni."samad menyapa run yang sedang sibuk mengopek kelapa di kebun wakaf masjid
"baik apa pulak kau dah dapat barang ke?"tanya run sambil meleemparkan sebiji kelapa yang sudah siap dikopek
"inilah yang aku nak ceritani ali dah dapat barang rantai **** tunggal kebal kulit"samad bercerita termengah mengah
mungkin jalan untuk masuk kekebun yang semak itu mmebuat kan mengah samad tak hilang hilang lagi
"tinggi tinggi simatahari anak kerbau mati tertambat,sudah lama hamba mencari baru kini hamba mendapat"run berpantun
"kau ni berpantun pula sapa yang nak masuk nama ni aku dah nampak kaya jeni"samad berkata dengan yakinnya
"aku, kau , pak ali , muhid ada lagike?"ron bertanya kepada samad
"itu geng kita tukang cari barang nanti kita lihat pula geng guru berapa ramai"samad menjawab
"oklah nanti kau tel guru kata dah dapat barang suruh guru kumpul orang dia pula, harus diingat hati perlu suci jangan ada sikap tamak mcm lepas lepas tu. duit dah turun naik balik gara gara tamak,"ron mengingatkan samad
"aku dah telefon guru dah dia suruh kita datang malam jumaat ni kat tempat biasa untuk buat upacara kalau ikut targert dia 16j dalam tangan"samad menjawab
"kau ni belum disuruh dah buat eloklah tu petang khamis lepas zuhur kau suruh pak ali siapkan teksi dia kita pergi jumpa guru"arah ron pada samad
samad hanya mengangguk,ternyata pelunang yang mereka impikan selama bertahun tahun sudah di depan mata hanya beberapa hari lagi mereka akan bergelar jutawan segera
sebelum ini berhempas pulas mereka cari berbagai barang untuk pemujaan tarik duit namun tidak pernah dapat. sehinggalah hari ini mereka sudah dapat barang yang dicari.
terbayang dibenak mereka rumah mereka yang akan makin dibesarkan, dan berbagai lagi kemewahan yang akan mereka kecapi, itulah yang bermain difikiran mereka
...................................
pada petang yang dijanjikan pak ali telah bersiap sedia dengan teksi sewanya menjemput mereka semua.
teksi itu menyusur laju menuju ke perak. sebelum merentasi jambatan sungai bernam pak ali memberhentikan seketika teksinya itu ditepi jalan. enjin teksi dimatikan. kelihatan pak ali mengeluarkan sebungkus kecil kain hitam dari poket kemejanya.
dengan perlahan lahan dia mengeluarkan sesuatu dari bungkusan kecil sebesar setengah kotak mancis. sebiji besi bulat berbentuk cincin yang tidak pun muat hujung jari kelingking orang dewasa dikeluarkan perlahan lahan dari bungkusan itu.
pak ali mengambil sebiji pisang emas dari laci dihadapan penumpang disebelahnya. ketika laci dibuka muhid yang duduk disebelahnya mengelak dari terkena tubuh pak ali yang membongkok dan separuh berbaring di pehanya.
masing masing memerhatikan gelagat pak ali tanpa bertanya.sebaik pisang dapat ditangannya pak ali terus menetapkan duduknya di tempat duduk pemandu.
dengan berhati hati pak ali membuka kulit pisang itu.besi bulat itu dibenamnya kedalam pisang emas yang siap dikupas kulit itu. dengan berhati hati pak ali membungkus kembali isi pisang yang sudah dibenamkan besi itu.
pisang itu dibungkus kemas dengan kain hitam itu.mulut pak ali terkumat kamit seperti membaca sesuatu.
sebaik habis membaca pak ali mula menghidupkan semula enjin keretanya lalu
teksi tua itu meluncur laju diatas jambatan sungai bernam.
apabila jambatan dilepasi teksi itu sudah berada dibumi dato maharajalela. itulah penghubung sempadan antara perak dan selangor.
suasana bunyi enjin kereta tua itu dipecahkan dengan suara muhid
"itu ke rupa rantai **** tunggal tu pak ali"tanya muhid ingin tahu
"yer. aku sengaja masukkan rantai tu dalam pisang sebab guru pesan suruh buat mcm tu"jawab pak ali sambil tenang menyaksikan jalan dihadapannya
"naper?"tanya run pula ingin tahu
"guru kata sungai perak ni takder apa pun benda ghaib boleh lepas kot nak buat tarik duit kalau kat selangor kebal lepas jer sungai bernam terus jadi tak kebal kot nak buat tarik duit"jelas pak ali
"heran......"samad melahirkan kehairanan
"kau takkan tak tau dulu kan selangor sama perak berperang dan akhirnya sungai bernam jadi sempadan atas persetujuan bersama jadi raja raja ni letak lah jin masing masing kat dalam sungai tu untuk buat tumbal supaya pihak yang cuba berbuat khianat akan gagal"jelas pak ali tenang
"kau tau kot ikut cerita moyang aku dulu kat sungai bernam ni dulu pernah buaya putih bertarung dengan ular putih habis bukat air sungai bernam"dekat seminggu binatang keramat tu bertarung"pak ali terus bercerita
yang lain termanggu manggu cuba membayangkan cerita pak ali.........
"dah tu sapa yang menang?"samad bertanya lagi
"ye sapa menang"muhid dan run bertanya serentak
"ntahlah moyang aku pun tak cerita sapa yang menang"jawab pak ali
kelihatan wajah hampa mewarnai ketiga mereka
pak ali terus memandu tanpa memperdulikan kehampaan diwajah rakan sepasukannya itu
pak ali memang banyak kisah misteri dan tidak lokek menceritakan kisahnya itu. malah sebahagian kisah misteri yang akan saya ceritakan kelak saya dapat dari mulut beliau sendiri.
namun beliau telah meninggalkan kami semua 3tahun lepas. namun begitu kisah kisah misterinya masih tetap saya ingat insyaallah dimasa akan datang antara kisah misterinya akan saya ceritakan kepada para forumer
"selain itu hati hati dengan bukit malawati........."tiba tiba pak ali bersuara...........
"bukit malawati pun bukan mudah ditembusi dnegna benda mistik mcm ni. yelah tumbal bukit malawati tu pun darah orang yang disemah diseluruh kota, kita sendiri boleh fikirlah"jelas pak ali lagi
semua yang didalam teksi terpegun mendengar cerita pak ali. memang pak ali seorang yang berpengetahuan luas dalam bidan mistik ini. tidak hairanlah jika rantai **** tunggal idaman mereka berjaya di dapatkan oleh pak ali
"mana pak ali dapat ranti **** tunggal ni"tanya samad bersahaja
"bini aku simpan, tak tau pulak aku bertahun dia simpan penat penat kita cari rupanya ada kat rumah aku tak aku tahu. kot tak mungkin dah lama kita kaya"jelas pak ali dengan nada sedikit kesal
"gituker"run yang diam mula bersuara
"tu sebab aku tak masukkan nama bini aku pakai nama aku dahlah"terang pak ali lagi
didalam perjalanan itu mereka lebih banyak mendiamkan diri mungkin dibenak mereka sudah terbayang angan angan menjadi orang kaya segera dua kali mereka berhenti untuk minum dan berehat rehat.
al maklumlah pak ali ini bukan kuat lagi tubuhnya nak memandu jauh......
walau dia adalah pemandu teksi namun untuk perjalanan dekat sahaja bukan untuk perjalanan jauh,ini kerana teksi tua nya seperti sudah tidak mengizinkan dia untuk memandu jauh ditambah lagi usia yang semakin tua.
.........................................
selepas senja mereka sampai dirumah guru yang dituju.
teksi tua itu diletakkan disebuah rumah banglo yang tidak terlalu mewah.selain dari teksi mereka terdapat lagi dua buah kereta dihalaman rumah itu
pak ali dan ketiga sahabatnya turun dari kereta dan menuju rumah itu.
"assalamualaikum" pak ali mengucap salam
"waalaikum salam masuklah"satu suara menjawab salam dari dalam rumah tanpa memunculkan diri
seperti rumah sendiri lagaknya mereka berempat pun masuk kerumah itu. kelihatan 6 orang telah menanti mereka didalam rumah itu.
mereka bersalaman satu sama lain. sebaik sudah bersalaman masing masing mengambil tempat duduk masing masing dilantai yang berjubin kemas........
"mana barang tu"tanya salah seorang dari mereka berenam
"ini dia tok"pak ali menghampiri orang itu lalu menyerahkan bungkusan hitam yang didalamnya terdapat pisang emas
orang itu menyambut kemas pemberian pak ali itu lalu memejamkan matanya . seketika kemudian dia membuka mata lalu berkata
"bagus semua yang aku suruh sempurna kau kerjakan malam ini tepat tengah malam kita akan mulakan upacara dan sekali lagi kita akan buat upacara.........."orang tua itu bersuara dengan gembira
"ingat semua jangan tamak sebab banyak upacara lepas lpas gagal gara gara ketmakan kita sendiri"sambung tok soho kepada mereka semua
tok soho mengambil sebilah pisau di pinggangnya dan menghiris beberapa kali kulit lengannya ternyata lengannya elok tidak berkesan sedikitpun.
masing masing terpengun melihat tok soho yang kebal kulitnya
"barang ini asli kebal alam tepat seperti firasatku"kata tok soho dengna nada puas hati
tok soho ini adalah guru tarik duit.usianya sekitar 70tahun namun kelihatan masih gagah seperti belum pun smapai 60tahun. kalau ikut cerita yang saya dengar beliau pernah beberapa kali berjaya menarik duit untuk kaki tarik duit. namun kebanyakannya gagal kerana sikap tamak para peserta
tapi kot ikut cerita irunlah hehehehehhehe
"kalau mcm tu aku rasa elok kita bertolak ketempat upacara itu"kata tok soho lagi
mereka pun bergegas keluar menuju kereta masing masing dan menuju satu kawasan yang hanya mereka sahaja tahu
sebenarnya tempat yang ditujunya ini tidak pernah diberitahu oleh irun kepada saya. memang geng tarik duit ini sangat kuat menyimpan rahsia. ntahlah saya pun tak pastinaper tapi saya syak tempat tu kat perak.
.................................................. ..
sampai disatu denai yang menuju kedalam hutan ketiga tiga buah kereta itu pun berhenti. mereka pun keluar kereta masing masing membetulkan tubuh masing masing yang agak keletihan duduk didalam kereta.
mereka membawa barang keperluan dan melalui denai kecil kedalam hutan. perjalanan mereka hanya diterangi bulan dan lampu suluh sahaja .
dengan berpandukan denai yang mereka lalui mereka mendaki sebuah bukit kecil. diatas bukit kecil itu terdapat sebuah tanah lapgn sebesar padang tenis.
mereka mula menghidupkan api dan memasak bekalan makanan yang dibawa. bukan masak apa pun sekadar nasi berlaukkan sardin cap ayam.
itu lah makanan utama penarik duit didalam hutan
selepas mereka makan mereka solat isyak berjamaah bersama sama dengan tok soho yang mengimamkan mereka. selepas habis solat mereka hanya berehat rehat sambil bersembang kosong.
.................................................. ....
apabila tengah malam menjelang mereka pun bersiap sedia memulakan upacara.
tok soho mula menghidupkan api kemenyan dan ruang udara yang segar itu mula diselimuti bauan asap kemenyan. pisang yang kemas berbungkus kain hitam itu tok soho keluarkan.
rantai **** tunggal diletakkan di tepi asap perbara beralaskan kain hitam.beberapa bahan lain yang diletakkan bersama rantai **** tunggal itu
masing masing berpegangan tangan satu sama lain membentuk satu bulatan besar. ditengah tengah asap perbara kemenyan yang dibakar mengeluarkan asap tebal. ketika bulatan terbentuk tok soho mula bersuara.
"ingat ikut sahaja wirid yang telah saya ajarkan pejamkan mata jangan buka mata paling penting buang sifat tamak dalam diri"
"itu adalah pantang besar kepada wali yang akan membawa rezeki kepada kita syekh abdul qadir al jailani"
"jangan langgar pantang kot langgar pantang aku tak jamin kita akan dapat habuan"tok soho mengingatkan lagi
berturut turut tok soho mengingatkan kembali pantang larang kepada semua peseerta
hehehehehe tak der keje syekh abdul qadir al jailani nak bawa duit untuk mereka hehehehehe kata sayalah tapi yelah susah nak layan orang fanatikni
mendengar perintah tok soho mereka yang seperti anak sekolah menurut sahaja kata kata orang tua itu. masing masing berwirid seperti mana diajarkan tok soho.
tok soho mengimami bacaan wirid itu dnegan suara yang lebih nyaring lagi supaya diikuti oleh jamaah tarik duit yang lain. tidak henti henti mereka berwirid.
ketika mereka berwirid.bau asap kemenyan berubah menjadi bau yang amat wangi.
dalam wirid mereka itu tiba tiba kedengaran suara wanita menyanyi dnegan merdunya.
apabila suara wanita itu hilang diganti pula dengan suara seolah olah mereka semua didalam satu kampung.
ini diikuti pula dnegan suara ganjil seperti bunyi bunyi kenderaan. dan pada seketika suara itu bercampur baur kesemuanya dnegan suara wirid mereka
ini lebih mengerikan apabila secara tiba tiba tubuh mereka serasa dipukul ribut yang kuat. tubuh mereka terhoyong hayang walau sedang utoh duduk ditanah.
daun daun kering sesekali menerpa muka dan tubuh mereka.......
lebih dahsyat lagi dicampur dengan bunyi petir sabung menyambung yang benar benar memekakkan telinga......
petir yang kedengaran itu diikuti dengan hujan yang amat lebatl......
terasa ditubuh mereka basah dihujani hujan yang amat lebat. apa yang menghairankan terasa air mula menenggelamkan tubuh mereka hingga paras leher...........
namun oleh kerana arahan tok soho mereka tidak berani untuk melanggar pantang untuk membuka mata melihat apa yang berlaku sebenarnya.....
walau dihati sebahagian mereka ketakutan serasa ingin cabut sahaja tapi mcm cerita pendekar bujang lapoklah cooobaaan.......
yelah sapa tak ngeri kot dalam hutan boleh dengan benda benda yang tak menasabah mcm tu nasib baik reramai kot sorang sorang mau nangis maaaaa......
selepas hampir dua jam keadaan itu berlaku bunyi bunyi pelik itu mulai hilang. tok soho menyuruh mereka semua membuka mata. masing masing membuka mata tapi apa yang menghairankan disekeliling mereka seperti tiada apa apa.
malah bila dilihat tubuh mereka kering tiada hujan dan tiada apa apa pun yang berubah mungkinkah benar semuanya itu hanya lah cobaan sahaja.
"sekejap lagi rezeki akan sampai tuan syekh abdul qadir jailani akan membawa rezeki pada kita ingat walau berapa yang di perolehi pastikan kita bersyukur"kata tok soho kepada mereka semua
tiba tiba tok soho menghalakan lampu suluh kelangit kelihatan sebuah buntil sebesar beg pengembara eropah melayang layang diudara. buntil itu perlahan lahan turun di tepi perbara dikelilingi mereka semua.
namun malangnya belum sempat buntil itu mencecah bumi buntil itu naik kembali perlahan lahan ke udara
melihatkan hal itu tok soho mula bangun dan menyuluh buntil itu. kelihatan buntil yang memang sah berisi duit itu tersangkut diatas sepohon pokok yang tinggi.
"nampak gaya kita kena berusaha lagi dan aku pasti ada antara kita yang bengkok hatinya sehingga mengakibatkan duit itu tak turun tepat dihadapan kita"terang tok soho
"tapi tak mengapalah jumlah nya pasti besar aku benar benar pasti"wajah tok soho cerah yakin dengan apa yang ia saksikan dan katakan
melihatkan masing masing termanggu manggu melihat buntil yang penuh berisi duit itu ditempat tinggi tersangkut diatas pohon tok soho mula bersuara
"tunggu apa lagi kalian pergi panjat dapatkan duit berjuta juta itu"kata tok soho kepada jamaah tarik duit itu
mendengar arahan tok soho masing masing berebut rebut pergi kepokok itu.apa bila sampai dipokok itu baru masing masing menyedari tiada antara mereka yang benar benar berkemahiran memanjat pokok itu.
masing maisng mengharapkan satu sama lain untuk memanjat pohon itu.sehinggalah tok soho terpaksa menghampiri mereka dan menyuruh irun memanjat pohon tersebut.
dengan wajah serba salah irun pun memanjat pohon tersebut.saya memang tau irun ni sebenarnya tahap fobia bab tinggi ni. tapi memandangkan wang berjuta dilupakan saja fobianya tu.
sampai diatas pokok irun terus mencampakkan buntil itu.melihatkan buntil itu jatuh masing masing trus menerpa buntil itu dan berebut rebut utnuk membuka buntil itu. tak ketinggalah juga tok soho.
seolah olah mereka sudah melupakan irun yang masih diatas pokok itu.
dengna penuh tawakkal irun turun perlahan lahan dari pokok itu. habis melecet dadanya dan sedikit terkoyak pakaiannya akibat terguris ranting pokok itu
tak cukup itu badan irun dihurungi semut yang seperti tidak mengizinkan dia mengambil buntil itu
tak disebut pula oleh irun pokok apa yang dipanjat olehnya itu
sesampainya irun dibawah kelihatan kesemua muka kecewa selepas melihat duit didalam buntil itu. irun kehairanan dan menuju kearah duit yang berjuta itu.
dengna pantas irun tanpa melihat isi karung itu terus mengeluarkan semua isi karung itu.
terbeliak mata irun melihat isi karung itu mau taknya kot dalamm karung itu penuh berisi duit mayat yang digunakan oleh orang cina untuk upacara kenatian.
hanya terdapat beberapa keping not rm10 dan rm50 sahaja dan beberapa keping not 1000 rupiah
yang lebih malang lagi kesemua duit itu apa bila dijumlahkan tak sampai pun sejumlah rm200
ntah duit indon mana lah jin yang diberi gelar syekh abdul qadir jailani oleh tok soho tu curi duit indon tu hehehehehehe
masing masing kelihatan amat kecewa terlebih lebih lagi irun,tok soho pula tidak habis habis menyalahkan jamaah nya yang dikatakan ada yang berniat serong lah tamak lah dan ntah hapa hapa lagi.
maunya irun tak kecewa apabila dia lah yang teruk teruk memanjat pokok bergadai nyawa hasil ............
saya masih ingatlagi ketika irun menceritakan kisah ini kepada saya dengan selamba saya hanya berkata kepada irun.......
"korang semua sudah kena main dengan jin........"
anda tentu heran mengapa sy marah sangat dengan jin tersebut
terus terang jin ini kedudukan mereka lebih rendah dari manusia tapi wujud manusia yang tak reti bahasa sehingga rela dipermainkan oleh jin
mula mula jin tu bagi syarat pelik bertahun tahun kawan cari barang kebal ntah hapa hapa.
tu dah satu hal
dah tu waktu tarik duit jin bagi syarat jujurlah sedangkan mereka pun tak boleh jujur dengan manusia tapi suruh manusia jujur jangan tamak dll tu dah satu hal
bila dah jumpa diletakkan duit tu kat atas pokok tu dah satu hal.......
dah tu siap orang tu panjat semacam pokok tu memang mengekek jin tu lihat.
dah tu bukak bukak duit mayat memang keras perut lah jin jin tu gelak
tapi yang saya sedihkan walau dah tahap ni pun ramai lagi manusia
yang sebenarnya jin akan merasa ayat tuhan yang memuliakan manusia itu dapat dinafikan melalui kes kes ini sedangkan perbuatan manusia yang bersekutu denganjin ini hanyalah menambahkan lagi kekafiran mereka kepada apa yang tuhan turunkan
saya harap anda faham mengapa dalam suspek tu saya tulis kot sy jumpa rasa nak menampo jer jin bangsa kurang moral mcm ni
No comments:
Post a Comment