Tempat = rumah saya kat singapura
Masa = perayaan pemujaan roh orang cina
Ahli = ramai orang
suspek hantu = segala jenis jin mungkin jin kepala toncet pun ada kot tapi tak kelihatan pulak
malam ini saya ingin menceritakan kisah kematian saya..........
sebelum saya meneruskan kisah saya ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para forumer yang telah memberikan sokongan kepada thread ini.tidak
ketinggalan juga kepada para guests yang senantiasa menyelinap masuk membuatkan saya benar benar misteri dengan kehadiran mereka.walau apapun saya tetap
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sokongan anda .........
sebenarnya pada mulanya saya ingin menceritakan kisah ini pada akhir kisah seram saya, saya tidak bercadang untuk menulis kisah ini sekarang , namun disebab atas
permintaan bro jiwo kacau saya menceritakan kisah ini. hal ini kerana dia adalah salah seorang peminat thread ini dan seringkali memberikan sokongan kepada thread
ini bersama dengan pembaca yang lain. sebagai menghargainya dan pembaca yang lain saya tujukan dan saya dedikasikan kisah yang akan saya tulis ini kepada bro
jiwo kacau dan sekalian forumer sekalian.
sebenarnya sebelum ini bro fido kalau tak silap saya lah, ada menceritakan kisah kematian ayahnya namun hidup semula . kisah saya ini seperti kisah itu juga .
bila kita sebutkan mati maka kita perlu berpegang kepada beberapa perkara . iaitu apabila nafas terhenti, apabila nadi tiada, apabila jantung berhenti berdengup dan
kesimpulannya aliran darah dan aliran udara telah tiada ditubuh, jelaslah orang itu telah mati. itulah yang berlaku pada saya dan mungkin kepada ayah bro fido juga.
walaupun sebenarnya kisah ini berlaku kepada saya, namun oleh sebab ia berlaku ketika saya terlalu kecil iaiatu ketika berusia 3 tahun, maka saya telah gagal
mengingati kisah ini. walau pun begitu saya telah merujuk kepada ibu saya dan abang kepada ibu saya yang akan saya sebut wak dalam kisah ini. saya akan cuba
menceritakan kisah ini setepat mungkin berdasarkan apa yang mereka ceritakan kepada saya.
malah ketika baru baru ini apabila saya ingin mengetahui kembali kisah ini dari ibu saya, beliau seperti enggan menceritakan kisah ini kepada saya. ntahlah mungkin
kisah ini adalah pengalaman antara yang terburuk dalam hidupnya. namun setelah saya pujuk ibu saya beberapa kali baru beliau sedia ceritakan kisah ini kepada saya
dan saya bawakan kisah ini kepada anda semua. ketika akhir ibu saya menceritakan kisah saya ini kepada diri saya beliau berpesan kepada saya ini adalah peluang
kedua dalam hidup saya jangan sia siakan .........
itulah pesan dia kepada saya......
seperti biasa saya tidak minta anda mempercayai kisah saya, namun cubalah dapatkan sebanyak mungkin pengajaran dari kisah yang saya paparkan disini. ini kerana
tujuan saya menulis adalah yang pertama untuk menasihati diri saya. dalam saya menasihati diri saya diharap para forumer dapat berkongsi sama nasihat ini dan kita
sama sama amalkan. mana yang baik jadikan tauladan buruk jadikan sempadan. ingatlah pengalaman yang kita dapat dari kehidupan adalah antara guru kita yang
terbaik.
ok kita mulakan sekarang...............
seperti mana yang saya sebutkan diatas pengalaman seram ini berlaku ketika saya berusia lebih kurang tiga tahun. diwaktu itu saya telah pandai berjalan jatuh. seperti
kanak kanak lain seusia saya adalah perkara biasa jika saya cuba meneroka dunia. oleh kerana kemampuan baru yang baru saya berjaya miliki, iaitu berjalan, hal ini
benar benar membantu saya untuk meneroka alam kejadian tuhan. tapi tidak disangka sangka perkara itu telah membawa satu tragedi dalam hidup ini dan kesannya
sehingga sekarang iaitu saya pernah mati...................
pada suatu petang, iaitu pada hari pemujaan roh dikalangan masyarakat cina, abah telah pulang awal dari tempat kerjanya, memang dah jadi kebiasaan apabila ada
sesuatu perayaan bagi masyarakt cina, majikan abah akan lepaskan pekerjanya tak kira bangsa dan agama untuk pulang awal,
ini kerana singapura adalah sebuah kepulauan tanah melayu yang dikuasai oleh bangsa cina. jadi tidak hairanlah jika tahun baru cina disambut dua hari berbanding hari
raya puasa disambut sehari sahaja. lebih malang lagi apabila hari raya qurban tiada cuti. kalau tak silap sayalah.
memandangkan abah yang pulang awal iaitu sekitar sejam selepas zohor tiada apa yang abah lakukan. hanya berehat rehat sambil bermain dengan saya. manakala
mak seorang suri rumah tangga sepenuh masa menghabiskan masanya didapur. manakala along pula telah pergi ke madrasah untuk mengikuti kelas fardhu ain. saya
lupa nama madrasah yang along belajar tu.
selepas abah keletihan bermain main dengan saya, abah telah berehat diatas kerusi. melihatkan abah yang telah berehat saya telah kedapur untuk bermain dengan
mak. oleh kerana mak terlalu sibuk waktu itu mak telah meminta abah untuk membawa saya ke bawah rumah untuk bermain main dengan saya.
memandangkan perbuatan saya yang benar benar mengganggu mak ketika didapur, abah yang sedang keletihan meninggalkan rehatnya untuk membawa saya
bermain main dibawah rumah. memang kebiasaan abah apabila mempunyai masa terluang abah seringkali membawa keluarganya berjalan jalan sekitar singapura.
malah seingat saya selama saya 5 tahun di singapura telah 3 kali kami sekeluarga pergi ke tiger balm dan banyak lagi tempat pelancongan menarik yang telah kami
pergi.
disediakan oleh kerajaan.
abah pun telah membawa saya ke bawah rumah. tangan kecil saya di pimpin oleh abah. berjalan jalan disekitar bawah rumah flat. maklumlah selepas hampir lima
tahun along dilahirkan baru kini abah memiliki seorang anak lagi. sudah tentu abah sangat meyayangi saya. harta nya didunia akhirat.
oleh kerana hari itu adalah hari pemujaan roh masyarakat cina telah mula memasang colok dari waktu siang lagi. mengapa mereka pasang colok anda boleh tanya
dengan masyarakat cina atas kepercayaan mereka itu.
seperti kanak kanak lain yang seusia dengan saya , peluang untuk kebawah rumah adalah peluang yang amat ditunggu tunggu . hal ini keadaaan rumah yang amat
sempit telah mengakibatkan hidup kanak kanak saya seolah olah di dalam penjara. maklumlah rumah kami di singapura amat kecil tiada bilik langsung, kadang
kadang apabila saya menonton drama tv hong kong di waktu petang sekitar tahun 1990an yang menunjukkan kehidupan masyarakat miskin di hong kong, dimana
rumah yang mereka diami amat daif dan tidak mempunyai bilik, saya terkenang kehidupan kami sekeluarga.
saya berjalan jalan dipimpin oleh abah dan ada kalanya abah mendukung saya apabila kelihatan saya mula letih berjalan. peluang berjalan jalan dibawah telah saya
manfaatkan untuk meneroka dunia baru. pemandangan diwaktu itu sekitar kawasan rumah amat di penuhi colok colok cina. udaranya sentiasa berbau bau yang amat
kurang enak untuk dihidu. colok cina merata rata di setiap sudut.
oleh kerana setiap hari ibu memang melarang saya bermain api dan saya di ajar bahawa api adalah benda yang bahaya, maka saya telah menyepak colok colok yang
terdapat disekitar saya. yelah api mesti dipandamkan kalau tak takut terbakar pulak. mungkin itu pemikiran dibenak saya ketika itu. perbuatan saya itu telah dilarang
oleh abah. namun larangan abah langsung tidak menakutkan saya. dengan seronoknya saya terus menyepak nyepak colok yang terdapat diatas tanah sehingga
padam.
oleh kerana kedegilan saya maka abah telah mendokong saya dengan lengannya. saya agak tidak berpuas hati tapi apakan daya tubuh saya yang kecil tidak mampu
melepaskan diri dari dokongan abah.
saya terus dibawa berjalan jalan di sekeliling kawasan rumah flat kami.kebetulan cuaca pada petang itu amat baik tidak terlalu panas dan agak redup hal ini benar
benar menyebelahi kami untuk terus melihat lihat persediaan mereka menyiapkan upacara pemujaan roh nenek moyang mereka. atau tak silap saya pemujaan hantu.
setelah puas kami berjalan abah telah membawa saya naik kembali keatas rumah. saya yang keriangan dapat berjalan dibawah telah pergi kearah mak yang sedang
sibuk didapur. saya telah mengacau mak sekali lagi, sikap mak yang tak memperdulikan saya telah mengakibatkan saya merengek rengek seperti kanak kanak lain
yang keletihan hendak tidur. mak memikirkan saya telah keletihan dan ingin tidur, mak yang tahu abah pun keletihan tidak meminta abah menidurkan saya, sebaliknya
mak sendiri yang mendukung saya ketempat tidur,kerja mak di dapur telah mak tinggalkan
ketika mak mendukung saya mak baru sedar suhu badan saya amat panas. mak telah mengambil bantal kecil saya dan meletakkan dikepala. dan tak ketinggalan
bantal busuk saya yang bersarungkan gambar kucing. suhu badan saya yang semakin panas membuatkan mak risau. namun melihatkan tubuh abah yang sangat
keletihan dan terbaring lesu tertidur membuatkan mak tak sampai hati mengerakkan abah. fikir mak biarlah abah berehat dulu dan nanti hilang letihnya boleh lah saya
dibawwa keklinik.
ternyata demam saya makin menjadi jadi tapi yang menghairankan saya hanya merengek sahaja. seperti biasa mak akan mendodoikan saya dengan lagu dendang siti
fatimah.sehingga besar ini kadang kadang masih terngiang ngiang ditelinga saya lagu ini walaupun seluruh lagu lirik lagu ini telah saya lupa..........
mak benar benar berharap saya cepat tertidur, mudah mudahan dengan tidur yang saya lalui kelak tubuh saya akan bertambah sihat. namun sebaliknya telah berlaku,
secara tiba tiba saya telah tersedak dan sesudah itu tubuh saya terkulai layu tidak bernafas, mak ketakutan melihat keadaan saya yang tidak bernafas dan menjerit
kepada abah,
"abahnya , abahnya, cuba tengak syam ni"jerit mak kepada abah.
jeritan mak yang ketakutan telah membuatkan abah terjaga dari lena yang baru nak bermula. hal ini membuatkan abah menghampiri mak dengan terhoyong hayang.
abah yang masih mengantuk bertanya mak.
"naper?"tanya abah dengan cemas
"ntah syam dah tak bernafas"mak menjawab pucat dan cemas
sampai dihadapan mak abah agak kaget melihat mak yang sudah pucat ketakutan.kekagetan abah makin bertambah apabila melihat tubuh kecil saya tidak bernafas
dan longlai lesu. abah meletakkan jari telunjuknya kehidung saya. kekagetan abah makin bertambah. tiada nafas yang terlahir dari hidung saya. abah terus
menekupkan telinganya didada saya. tiada kedengaran degup jantung saya.kekagetan abah makin memuncak. dengan menguatkan semangat abah mencapai lengan
saya. malangnya tidak terasa gerak nadi saya.
tanpa nafas. tanpa dengup jantung. tanpa nadi sudah cukup menunjukkan anak bongsunya telah tiada lagi.mungkin lebih tepat jika saya katakan saya sudah
mati.............
abah menyandarkan tubuhnya kealmari kayu di kepala saya. dengan tubuh yang lemah abah terduduk lesu. wajah abah terbayang seribu satu rupa. terkejut, takut,
sedih, kecewa dan segalanya.tiada satu suara terkeluar dari mulutnya.dia merenung tajam keatas jasad kecil saya yang terkulai lesu.
mak yang amat terkejut bertanya abah beberapa kali.
"naper anak kita ni?.........."
"naper?............"
"naper?............"
".................."
tanya mak berkali kali kepada abah. akibat terkejut abah hanya termenung panjang memandang tubuh longlai saya. abah seolah olah tidak mendengar pertanyaan
mak. abah seperti tidak mempedulikan pertanyaan mak. mungkin ketika itu abah cuba belajar untuk menerima taqdirnya. anak yang ditunggu selama 6 tahun. anak
yang dibesarkan selama 3 tahun. anak yang baru di peluk dan diciumnya. telah pergi secara tiba tiba selama lamanya. begitulah tuhan boleh mengurniakan dan tuhan
juga boleh menarik kurniaannya kerana anak itu adalah amanah darinya jua.abah mula bersuara perlahan namun jelas kedengaran.
"syam dah takder........"kata kata abah terputus setakat itu dengan nada sedu yang cuba di tahankannya.
mendengar kata abah mak meraung semau maunya. bertahun tahun dia menunggu kehadiran saya untuk menemani abang saya yang tunggal. namun semuanya
berakhir dengan seketika sahaja.mak benar benar tidak mampu menerima taqdir yang baru berlaku. tiada apa yang mampu dilakukan hanya meneruskan raungannya.
abah terus dengan diamnya. dari mulut abah langsung tidak bersuara akibat terlalu sedih.rumah kecil itu benar benar diselubungi kesedihan yang amat sangat.
hampir setengah jam kemudian raungan mak mula reda.mungkin mak mula belajar untuk menerima taqdir tuhan bahawa anak bongsunya telah meninggalkan dunia ini
buat selama lamanya. mak mula bersuara kepada abah dengan nada tangisan yang masih jelas kedengaran.
"abahnya pergilah jumpa dengna abang hor, minta dia urus perkara ni"arah mak kepada abah
abah yang seperti sedar dari lamunan mengalihkan pandangan kepada mak. riak wajahnya masih kelihatan kesedihan yang amat sangat. digagahkannya tubuh yang
sasa bangun untuk berjumpa abang sulong mak yang tinggal disatu flat dengan kami sekeluarga. abah melangkah lemah seperti tidak berdaya. ntah apa yang difikirnya
ketika itu hanya dia sahaja yang tahu. walau apapun yang pasti abah benar benar sedih dengan musibah yang baru menimpa keluarganya sebentar tadi.
abah meninggalkan mak dengan jenazah kecil tubuh saya. mak menghadap dengan tangisan yang tidak reda.abah keluar dari rumah kami. ditinggalkan mak dengan
saya yang telah terbujur.
abah keluar dari pintu dan menghala kekanannya. rumah wak hor hanya selang 3 pintu dari rumah kami. abah mengetuk pintu rumah wak hor. pintu dibuka oleh wak
sal isteri wak hor. dari dalam wak hor menjerit
"sapa sal?"jerit wak hor
"ajis......"pendek jawab wak sal isteri wak hor
"masuklah dulu jis abang hor tengah makan"pelawa wak sal kepada abah.
"takperlah kak sal saya ada perlu dengan abang hor"jawab abang lemah dan sayu
wak hor yang belum mencuci tangan menuju kepintu.kelihatan perutnya yang agak membuncit turun naik tidak berbaju ketika dia menuju abah dipintu.melihatkan
abah dengan gembiranya wak hor berkata.
"jis,apahal pulak kau dok luar jer? macam rumah orang lain kau buat rumah aku ni. elok lah kau datang. langkah kanan betul kau. aku tengah makan. sal masakkan
asam pedas ikan pari.marilah makan sekali"pelawa wak hor dengan abah
asam pedas adalah kegemaran abah.tapi diwaktu itu asam pedas ikan pari tidak membuatkan selera abah naik.abah hanya mendiamkan diri.air matanya mula menitis.
wak hor kebingungan melihat abah. abah yang selalu melawak dan mempunyai sense of humor yang tinggi tiba tiba hilang lawak jenakanya.sebaliknya gelak tawanya
diganti dengan air mata.
wak hor bertanya"ada apa apa ker yang tak kena?"
abah menjawab sayu"syam dah tak ada"kata abah menahan sendu
"pergi mana pulak dia ni?macam mana lah kau jaga anak? dua orang pun hilang seorang tinggal satu"macam lagu 10 budak hitam pula wak hor menyindir abah. wak
hor senyum menyindir kepada abah.dengan nada bergurau.memang abah dan wak hor seringkali bergurau.kalau orang melihatnya kelihatan seperti mereka adik
beradik bukan ipar duai.sikap abah yang kuat berjenaka membuatkan orang mudah mendekatinya.
"syam dah meninggal"abah menjawab pendek suara nya serak menahan tangisan yang tidak mampu dilepaskan kerana terlalu sedih
"apa?"jawab wak hor dan wak sal serentak
"kau kalau nak gurau pun jangan bab meninggal.banyak lagi jenaka kau boleh buat selain ni ada faham."marah wak hor kepada abah
"kalaulah perkara ini gurauan saya amat bersyukur dengan tuhan"jelas abah serius kepada wak hor
"sal ambik kan baju abang"arah wak hor kepada wak sal
wak sal tanpa membantah pergi ke almari pakaian mengambil baju wak hor.selepas mengambil baju wak sal menuju kembali kepintu menyerahkan baju yang masih
utuh di penyangkut baju.wak hor membuang penyangkut baju dan mengenakan baju dibadannya. belum habis kemeja lengan pendek itu dibutang wak hor berkata.
"jis jom pergi kerumah kau"ajak wak hor kepada abah
"kau pulak sal kunci pintu"nanti abang cuba balik secepat mungkin"kata wak hor pada wak sal
"tak payah kau jaga nor tu"larang wak hor kepada wak sal
abah dan wak hor menuju kerumah kami.butang baju yang belum siap di kancing wak hor kancing dalam perjalanan kerumah kami. kelihatan nya dua orang itu saling
bersaing untuk menuju kerumah kami.rumah yang hanya selang 3 pintu itu dirasakan sangat jauh.lebih lebih lagi pada perasaan abah diwaktu itu.
sampai dirumah wak hor terus menuju kepada mak dan jenazah saya.
"bang syam dah tak ada......."raungan mak minta simpati
wak hor tidak menjawab. tubuh kecil saya yang masih terkulai dihampirinya. nafas dihidung saya diuji dengan jari telunjuknya. dengup jantung didada tubuh kecil saya
cuba didengari dengan telinga. gerak nadi cuba dirasa dilengan saya. wak hor hanya mendiamkan diri termenung ia melihat keadaan yang tak diduga.
mak bersuara lagi.
"kak sal kemana?"tanya mak kurang jelas akibat tangisannya
ternyata soalan mak itu seperti mematikan lamunan wak hor.agak terkejut dengan pertanyaan mak, wak hor menjawab
"nor demam dia tengah jaga nor........."jawab wak hor bersahaja
memang selalu sepupu saya nor ni demam diwaktu kecil.dia ni setahun lebih tua dari saya.wak sal pula seringkali bersengkang mata menjaga nor ni.........
wak hor telah mengambil mayat kecil saya yang mula menyejuk . didukungnya dengan berhati hati.lantas ia berkata kepada mak saya.
"bawak bantal tu....."arah wak hor kepada mak saya
tanpa membantah mak saya membawa bantal lapik kepala saya membuntuti wak hor.abah hanya melihat perlakuan dua beradik tersebut. tubuh abah terjelepuk
lemah di tepi dinding.dihadapannya bantal busuk saya bersarungkan gambar kucing.
sampai ditengah rumah wak hor berhentikan langkahnya dan berkata kepada mak
"letakkan bantal disitu"arah wak hor sambil menjuihkan bibirnya menunjukkan kesatu tempat diatas lantai
tanpa suara mak hanya mengikut apa yang diarah oleh wak hor.melihatkan bantal yang telah diletakkan di atas lantai wak hor telah meletakkan dengan cermat kepala
saya diatas bantal tersebut.tubuh saya diletakkan dengan berhati hati tanpa alas.mungkin ini kali pertama wak hor menghadapi kematian ahli keluarga tedekat sehingga
lupa ia hendak mengalaskan tikar di tubuh saya.
tangannya yang sasa mencapai tangan kanak kanak saya. diqiamkan tangan saya keperut.apabila ia berpuas hati meliat posisi saya itu ia beralih arah kepada abah
lantas berkata,
"yang kau duduk situ buat apa ambillah kain untuk tutup jenazah ni"arah wak hor kepada abah
abah terpinga pinga mendengar arahan wak hor. digagahkantubuh nya untuk bangun. di buka almari pakaian dan dicapainya sehelai batik lepas mak. ia menghampiri
kami dan menyerahkan kain batik lepas mak kepada wak hor.kain batik bertukar tangan. wak hor terus menyelimutkan seluruh tubuh saya.
melihatkan tubuh saya diselimuti kain batik lepas mak terus membuka kain itu. mak menangis semau maunya dan cuba merangkul tubuh saya. wak hor menahan tubuh
mak dan berkata kepada abah.
"tahan piah ni,tiap yang bernyawa pasti akan mati,walau apa terjadi hidup perlu diteruskan"wak hor bersuara keras
kelihatan di mata wak hor air mata mula mengalir.mungkin ia sedih melihat adik nya yang baru kehilangan anak bongsu.abah terus memeluk tubuh mak dan cuba
menenangkan mak.mak seperti orang yang sedang histeria menangis tanpa henti.rumah kami dipenuhi suara tangisan mak.
"aku nak pergi minta tolong orang urus jenazah ni. kau berdua jaga jenazah ni.kejap lagi aku balik"kata wak hor pada abah dan mak
wak hor memalingkan tubuhnya dari kami.
tiba tiba dari dalam jenazah saya yang telah diselubungi terdengar bunyi tersedak.mak menghentikan tangisannya. wak hor memalingkan mukanya. abah memasang
telinganya. semuanya berlaku serentak selepas sedakan saya mereka dengari.
dari dalam selimut kelihatan ibu jari kaki kiri saya mula menguit guit.semua wajah tertumpu kearah ibu jari kiri yang bergerak gerak diliputi kain batik mak. jenazah
saya bangun perlahan lahan.kain batik lepas yang meliputi tubuh saya buka perlahan lahan. tubuh kecil saya duduk seperti bangun dari tidur.mak menjerit keriangan
dan berkata.
"anak mak hidup balik"jerit mak
mak membuka pelukan abah yang merangkul tubuhnya.mak menghampiri saya.abah tercengang cengang melihat saya keadaan ini.mak meluru ketubuh kecil
saya.kegembiraan di mukanya memadamkan kesedihan walau air mata belum berhenti mengalir.
rupa rupanya kegembiraan mak hanya sementara.ketika tubuh mak menghampiri saya tangan saya telah menahan muka mak dari menghampiri saya. saya menolak
kasar mak. tubuh mak terdorong kebelakang menghempap abah. abah yang panik semakin bertambah panik. diwajahnya beribu persoalan mula terukir tiada
jawaban.
saya menoleh kearah wak hor. saya senyum.wak hor tidak membalas senyuman saya.diwajahnya kelihatan kecelaruan. senyuman saya dilihatnya amat
mengerikan.mata saya dilihatnya berwarna merah. rupa saya dilihatnya seperti bukan saya lagi. wajah saya yang putih seperti anak cina diwaktu kecil kelihatan mula
menghitam. patutlah wak hor benar benar tergamam seperti melihat hantu lagaknya.yang nyata semua orang benar benar tergamam.
senyman itu saya tamatkan dengan menjelirkan lidah. perlahan lahan saya menggigit lidah saya. secara spontan wak hor terus mencapai sapu tangannya dari poket
dan menyimpulkan sapu tangan itu. simpulan sapu tangan itu dimasukkan dalam mulut saya.dan diikat kebelakang kepala saya.
perbuatan wak hor yang menghalang saya untuk menggigit lidah sendiri mengundang padah. ketika wak hor sibuk mengikatkan sapu tangannya kebelakang kepala
saya tangan kecil saya menumbuk tepat ulu perut wak hor. perut nya yang agak buncit terdorong kebelakang berserta badannya.wak hor benar benar kesenakan
yang amat sangat.
abah yang masih dihimpit tubuh mak yang menghempapnya benar benar tergamam dan tidak tau dan tidak mampu melakukan apa apa.
kesempatan dan ruang kosong itu di manfaatkan oleh saya. dengan pantas dan tangkas saya bangun dan menuju kearah tingkap.saya memanjat mesin jahit ditepi
tingkap dan meloncat tepat kearah tingkap.tubuh kecil saya tersadai ditingkap yang dihalang oleh grill besi bercorak 4 segi kecil.lagaknya seperti spiderman didinding
bangunan mungkin.grill ini memang ditempah khusus untuk menghalang sesuatu yang besar dari keluar melalui tingkap tersebut. saya meronta ronta cuba membuka
grill besi itu.namun gagal.grill besi itu terlalu utoh untuk saya rosakkan.
kalaulah grill besi itu tiada mungkin dihari ini saya roh saya yang sedang menceritakan kisah ini kepada forumer sekalian.bayangkan seperti mustahil tubuh anak kecil
boleh selamat apabila jatuh dari tingkat 11 rumah flet.
melihatkan saya yang cuba membuka grill besi itu abah terus menolak tubuh mak dan berkejar kearah saya. tubuh saya dipeluk dengan kuat dan didukungnya.dia
membawa saya kepada wak hor. dalam kesakitan wak hor membantu dan bergotong royong dengan abah untuk mengunci pergerakan saya.ternyata dua orang
dewasa yang sasa itu berjaya mematikan gerakan saya. abah menjerit pada mak
"piah cepat ambik tali kami dah tak boleh tahan lagi ni" jerit abah kecemasan
mak terburu buru kedapur.tak lama kemudian mak kembali dengan tali sebesar ibu jari kelingking kanak kanak.tali itu memang disimpan oleh mak untuk dibuat
ampaian kain. tali dicampakkan kepada wak hor.seperti spider malaysia david arumugam wak hor menyambut tali dari mak.lantas tubuh saya diikat kemas.ikatan itu
benar benar membuatkan pergerakan saya terhenti.
rumah yang tadinya diliputi kesedihan berubah secara spontan diselimuti kecemasan pula.
melihatkan suasana kembali tenang apabila saya telah diikat mak bertanya
"apa dah jadi ni bang?"mak bertanya dengan suara yang cemas
"ntahlah aku pun tak pasti aku rasa elok aku cari wak umar"jawab wak hor cemas
wajah wak hor masih terbayang kesakitan.
"aku pergi rumah wak umar. kau berdua jangan kemana mana tunggu dia"arahkan wak hor pada abah dan mak
wak hor segera keluar rumah kami mencari wak umar. wak umar ini adalah seorang dukun yang tinggal di rumah flat kami.dia tinggal ditingkat 7.
sesampainya dipintu rumah wak umar wak hor mengetuk pintu itu berkali kali dengan kuat dan cemas.tidak lama kemudian pintu dibuka. seorang tua berusia hampir
60 tahun tercegat di pintu yang telah dibuka.orang tua itu bertanya.
"kau hor mana ajis?"tanya mbah umar kepada wak hor
"saya datang ni sebab anak ajis lah.wak tolonglah ikut saya ada yang tak kena dengan anak ajis"wak hor berkata cemas
"apa yang tak kena? eh, kok yepun masuklah dulu macam tak biasa jer kat rumah saya ni"balas mbah umar kepada wak hor
"lain kali lah wak, anak ajis sakit macam dirasuk"wak hor menerangkan dengna nada cemas
"dah tau sakit nape tak dibawa kesini?"soal mbah umar kepada wak hor
"tak boleh wak ganas sangat hantu merasuknya. senak perut saya ditumbuknya. minta tolonglah wak tengok tengokkan "
"tak pelah biar aku siapkan kelengkapan dulu kau tunggu sekejap"balas mbah umar kepada wak hor.
pintu rumahnya dibiarkan terbuka mbah umar masuk kedalam mengambil keperluannya dan dimasukkan kedalam beg yang biasa dibawa untuk merawat pesakit.beg
yang mirip beg doktor.tanpa membuang masa songkok jawa dikenakan dikepala.berbaju taqwo potongan sunan kalijogo.lagaknya seperti pembesar istana dizaman
melangkah pergi kepintu.itulah pakaian uniform beliau apabila beliau pergi mengubat orang.
"mari kita pergi sekarang"sapa mbah umar kepada wak hor apa bila ia menghampiri pintu
wak hor yang masih tergamam melihat ketampanan dan kegagahan mbah umar melangkah terkejut dan tersedar dari lamunan nya. sebenarnya abah dan wak hor
memang kenal rapat dengan mbah umar.mbah umar ini selain pandai ilmu agama dia juga mempunyai kemahiran mengubat orang. dia tinggal dengan isteri dan dua
anaknya.pekerjaannya adalah sebagai tukang urut dan ramai orang datang berurut dengannya.malah abah dan wak hor pun kenal mbah umar kerana abah yang
pernah jatuh kapal pernah dirawat olehnya. malah mbah umar telah menganggap abah ini anak angkatnya.mbah umar telah menyerahkan sebiji batu hitam lonjong
kepada abah sebagai cenderamata darinya sebelum ia balik ke johor. batu itu jika dilihat seperti kayu namun apabila dipegang baru kita menyedari itu adalah
batu.saya masih menyimpan batu itu sebagai kenang kenangan dari arwah abah. sebagai tanda pengikat hubungan antara abah dengan mbah umar ayah angkat abah.
wajah mbah umar telah saya lupa.kami telah terputus hubungan selepas ia berpindah balik kampung dijohor.
abah pernah bercerita walau mbah umar ini telah berusia lebih 70 tahun tapi tubuhnya masih gagah lagi.kalau ia melangkah tidak boleh tidak manis dipandang manusia.
tubuhnya tidak melambangkan umurnya.struktur tubuhnya tersusun kemas.tak hairanlah ramai mak mak janda dan anak dara menyerah diri pada mbah umar.tapi
beliau yang tinggi ilmu agamanya tidak pernah melayan mereka semua. apabila mereka datang dengan alasan untuk berurut beliau hanya menyuruh orang rumahnya
yang mempunyai pengetahuan mengurut sepertinya mengurut perempuan gatal ini. mungkin sikap nya yang jujur pada tuhan dan keluarga membuatkan rumah
tangganya kekal.
abah pernah diberikan amalan yang diamalkannya.malah saya juga pernah terjumpa amalan yang mbah umar amalkan itu tertulis rapi didalam catatan abah. bila saya
tanya berkenaan amalan itu, abah hanya memberitahu belum masa untuk saya amalkan amalan itu. tapi malangnya sebelum abah meninggal dunia abah tidak sempat
mewariskan ilmu mbah umar itu kepada saya. kalau tak mesti saya ini tergolong golongan ganteng hehehhehehehe.
selain itu arwah abah pernah bersahabat dengan wak ali dizaman mudanya.setiap kali panglima salleh atau kiyai salleh turun ke singapura tidak boleh tidak beliau akan
menziarahi wak ali.insyaallah jika berkelapangan saya akan menceritakan kisah menarik wak ali.
malah abah juga yang amat suka merantau dan mudah mesra pernah menziarahi wak kandar johor.banyak kisah menarik yang pernah diceritakan oleh abah
berkenaan wak kandar johor.insyaallah jika berkelapangan juga saya akan menceritakan kisah wak kandar dari sudut pandangan abah.
kita berbalik kepada kisah tadi.............
mbah umar meninggalkan rumah nya terburu buru dengna wak hor. pintu nya ditutup sahaja tanpa mengunci ditinggal pergi. mungkin nanti isterinya yang didalam
rumah akan mengunci pintu itu dari dalam agaknya.wak hor tinggal bersama dua anak lelaki bujangnya seorang masih bersekolah dan seorang lagi telah bekerja selain
dari isterinya.
wak hor dan mbah umar berlari anak menuju kerumah kami.tidak lama kemudian mereka sampai kerumah kami.mereka berdua masuk.
mbah umar separuh terkejut melihat saya diikat seluruh badan.lebih lebih lagi apabila mimik muka saya minta dikasihani oleh beliau. lantas beliau bersuara,
"lepaskan budak tu"arah mbah umar kepada wak hor dan abah
abah dan wak hor berpandangan satu sama lain.melihatkan sikap wak hor dan abah mbah umar pergi kehadapan saya.melutut beliau membuka ikatan dimulut saya
yang kukuh diikat dengan gumpalan sapu tangan wak hor.selepas itu beliau membuka ikatan tali ditubuh saya.
mbah umar benar benar terpedaya dengan mimik muka saya yang benar benar menagih simpati.
abah dan wak hor pula hanya menyerahkan saya kepada mbah umar walau diwajah mereka jelas curiga dan sedang menjangka sesuatu diluar kawal.
merasakan tubuh saya telah bebas tanpa membuang masa saya telah memegang tangan kanan mbah umar.saya terus menyelinap dicelah ketiak kanan terus
kebelakang mbah umar.tangan mbah umar saya pulas kebelakang.saya terus menolak mbah umar.tubuh tua itu terdorong kehadapan.mbah umar yang benar benar
tidak bersedia dengan serangan itu mengaduh kesakitan kerana mukanya mencium lantai rumah saya.
saya terus meluru ke pintu. tanpa membuang masa mbah umar yang masih kesakitan melompat menerkam saya dari belakang.tangan kirinya dapat mencapai baju
saya. hampir robek baju saya dibuatnya.langkah saya terhenti akibat tarikan tangan mbah umar yang amat kuat.saya berusaha menuju kepintu juga.mbah umar
menarik pakaian saya dan saya terdorong kebelakang.sambil berdiri mencekak baju saya mbah umar menjerit
"kunci pintu tu..........."abah dan wak hor berlumba lumba kearah pintu untuk mengikut arahan mbah umar
ketika mbah umar mengalihkan perhatiannya kepada pintu itu terasa ditangan kirinya pedih. akibat pedih yang amat sangat mbah umar mengalihkan perhatian kepada
tangan kirinya yang sedang mencekak baju saya.dilihatnya saya sedang menggigit lengan kirinya.melihatkan saya menggigit lengan kirinya bertambah pedih dirasakan
dan dia menjerit kesakitan.
tangan kanan nya diangkat keatas untuk menampar muka saya bagi melepaskan gigitan saya itu.menyedari dia yang cuba bertindak ganas saya terlebih dulu bertindak
lebih ganas lagi.saya melepaskan gigitan di lenganya darah terpercik dari lengan hasil gigitan yang telah saya buat.dengan pantas saya menuju kearah kakinya. dengan
kekuatan akibat dirasuk saya menarik kedua kakinya. akibat mbah umar yang tidak bersedia tersembam terlentang jatuh ia ke lantai. tanpa membuang masa saya
melompat tinggi dan menerkamnya.lehernya saya cekik sekuat hati.mbah umar sesak nafas. tubuhnya mula melemah kerana tidak dapat bernafas dengan sempurna.
ketika itu kelihatan mbah umar sangat ketakutan melihat wajah saya.wajah comel saya berganti ngeri . mata merah yang membesar hampir tersembul. muka pucat lesu
kehitaman.wajah yang benar benar menyeramkan siapa yang melihatnya.
melihatkan situasi cemas itu wak hor dan abah terus menagkap tubuh kecil saya.saya meronta ronta dan menjerit cuba melepaskan diri.semakin saya meronta dan
menjerit semakin kuat abah dan wak hor memegang saya.rontaan saya menjadi lemah.kesempatan itu mereka berdua gunakan sebaiknya untuk mengikat saya.mulut
saya diikat kembali supaya tidak cuba membunuh diri seperti tadi.
selesai saya diikat mbah umar menjerit
"jangan dilepas budak tu walau apa terjadi"jerit nya cemas
selepas diikat wajah saya kembali semula seperti sediakala. lebih mengharukan apabila mimik muka saya seperti minta dikasihani.membuatkan simpati siapa
melihatnya
berlainan dngan wajah mbah umar, wajahnya kelihatan agak pucat ntah sebab takut atau sebab kurang nafas. terbatuk batuk dia membetulkan nafasnya yang semput
akibat cekikan ganas dan tak disangkanya.darah mengalir dari lengan kirinya.tangan kanannya cuba menahan aliran darah yang keluar dari tangan
kirinya.penumbuknya digengam erat menahan kesakita. kesakitan jelas terbayang diwajahnya. beliau bertanya kepada abah dan wak hor.
"ngape kau berdua tak bagi tau budak ni ganas sangat"katanya dengan marah kepada abah dan wak hor
"kan saya dah kata lagi dari rumah wak hor budak ni ganas"jawab wak hor kepada mbah umar
"kalau tak ganas lebih baik saya usung jer dia ni kerumah wak"tambah abah menguatkan hujjah wak hor
dengan nada yang mula merendah dan bersahaja mbah umar berkata"mungkin aku terlupa kot"
mbah umar mengambil sehelai kain putih dari begnya.dibalutnya luka ditangannya.selesai usai tangannya diikat kemas mbah umar menghalakan tangannya yang
terbuka kearah saya.matanya dipejamkan mukanya berkerut seperti mengalirkan kekuatan dalamannya kearah saya.ntah nak halau hantu yang merasuk kot.
balutan tangan kirinya itu mula kelihatan merah akibat darah yang mengalir. peluh membasahi tubuhnya .manik manik kecil menghiasi wajahnya. wajahnya
menunjukkan beliau sedang khusuk menghalau hantu dari tubuh saya.
saya pula tercengang cengang melihatnya yang seperti barry prima sedang berlatih tenaga dalam.seperti dalam filem lama indonesia siri jaka sembung yang popular
sekitar tahun 80an.ternyata tiada apa kesan pun yang berlaku keatas saya.
beliau yang agak keletihan membuka matanya.beliau menatap wajah saya kehairanan.
saya ketawa kecil melihatnya kehairanan.oleh kerana mulut saya masih diikat kemas ketawa saya kurang jelas kedengaran.
kelakuan saya itu benar benar menyakitkan hatinya.dia menghalakan kedua tangan nya yang terbuka dan menghalakan kearah saya.sekali lagi matanya dipejamkan
dan belau cuba mengarahkan seluruh tenaga dalamnya kepada saya.beberapa minit kemudian beliau membuka matanya.
sekali lagi beliau terpinga pinga melihat saya yang bersahaja.beliau mula bersuara
"piah bawakkan wak semangkuk air"suaranya jelas tapi lembut
seperti abah mak juga telah dianggap oleh nya anak nya juga selain itu juga wak sal begitu juga walau wak sal kurang rapat dengan keluarganya.jika kami datang
kerumahnya bukan takat ruang tamu dapur dan periuk belanga habis dibuka keluarga kami.seperti masuk kerumah kami sendiri.tapi bagi mbah umar itulah yang
disukanya. jika kami datang tidak sampai kedapurnya sewaktu balik dia pasti memasamkan mukanya.
mak saya yang dari tadi melihat kejadian tersebut hanya mampu membatukan diri mula tersedar dengan arahan mbah umar.tanpa membuang masa mak pergi kedapur
mengambil semangkuk air.dengan tergesa gesa mak membawa air kepada mbah umar.semangkuk air itu diletakkan dihadapan mbah umar yang sedang berhadapan
saya.mak kembali membatukan diri ditempat asal ia duduk.
sebaik semangkuk air diletakkan didepan mbah umar beliau telah mengambil beberapa biji limau purut dan sebilah badik dari beg nya.dihiris nipis limau itu .hirisan itu
dibiarkan jatuh keatas mangkuk berisi air.mulutnya tidak henti henti berkumat kamit ntah apa yang dibacanya.
tiba tiba ia bersuara.
"petang tadi ada kau bawa budak ni pergi berjalan jalan dibawah jis?"tanya nya tenang kepada ayah saya
"ada wak........"jawab abah ringkas
mbah umar terus melihat mangkuk air yang dihiris limau nipis itu.seperti ia sedang mencari maklumat dari air tersebut.tak lama kemudian ia berkata.
"ada hantu nak ambil budak ni sebagai anak angkat dia,hantu ni berkenan dengan budak ni.sebab tu budak ni tadi mati. hantu tu cuba mengaburi mata kita semua
supaya dia dapat mencuri budak ni dari kita.kau ni pun satu yang kau biarkan budak ni bermain colok cina tu buat apa.kalau kita orang tua memang lah kuat tubuh
kita tapi kot budak ni tak kuat lagi.lain kali jangan dibiarkan anak bermain tempat yang bukan bukan lagi lagi waktu senja waktu tu hantu sedang mula keluar mencari
rezeki mereka"terang mbah umar panjang lebar
semua yang mendengar penjelasan mbah umar meremang bulu roma nya.abah mula bersuara
"tapi saya tak bawak budak ni keluar waktu senja"jelas abah
"memang tapi yang kau bawak budak ni berjalan jalan kat tempat pemujaan cina mati tu pehal?"soalnya kepada abah kembali
abah terdiam. mak merenung tajam seperti menyalahkan abah.nasib baik ada wak hor dan mbah umar kalau tak mesti abah puas dileteri mak.tapi apa nak buat
perkara dah terjadi.semua orang tak nak kena tapi dah terkena.malah mak juga tak pasti ntah nak panjatkan kesyukuran atau kesabaran keatas apa yang sedang
berlaku.walau apapun bagi mak saya yang sebegini lebih baik dari saya yang mati.walau sebenarnya mak tak pasti apakah perasaan yang sedang dialami
sekarang.tapi yang pasti semua dalam ketakutan.mbah umar terus bertanya.
"bila budak ni lahir"tanya mbah umar kepada abah
"dalam sejam lepas maghrib"jawab abah
"kalau macam tu kita kena selesaikan sebelum waktu tu kalau tidak..............."kata kata mbah umar terhenti seketika
"kalau tidak apa yang akan jadi"tanya wak hor dengan nada risau
"waktu kelahiran nya kemungkinan akan jadi waktu kematiannya"jawab mbah umar perlahan
"dah tu apa kita nak buat sekarang?"tanya wak hor cemas
"ntahlah aku dah cuba dengan segenap tenaga aku. tapi nampak gayanya hantu tu terlalu kuat.aku seumur hidupku tidak pernah menentang hantu sekuat ini"kata mbah
umar kecewa
jawapan mbah umar itu benar benar mengecewakan semua orang disitu.tiba tiba mbah umar bersuara lagi
"sekarang ni abang seperguruan ku yang bernama bakar ada disini.dia ni abang angkat ku ketika aku menuntut dipesantren.kau hor pergi kerumah aku minta dia
datang kesini sekarang juga.dia ni bukan takat lautan ilmu agamanya begitu juga ilmu dunianya mungkin dia boleh membantu"kata mbah umar kepada wak hor
kata kata mbah umar seperti memberi satu sinar harapan kepada kami semua. tanpa bertangguh wak hor pergi keluar rumah.mungkin untuk laksanakan apa yang
diperintah mbah umar.
tidak lama kemudian wak hor kembali kepada kepada kami.dengan bertemankan seorang tua belau masuk kerumah kami.mungkin itu mbah bakar yang
dimaksudkan oleh mbah umar.melihatkan mbah bakar masuk mbah umar lantas berdiri menyambut mbah bakar.kelihatan mbah umar bersalam dan mengucup tangan
mbah bakar.seperti seorang adik mengucup tangan abang lagaknya.
mbah bakar seperti tidak memperdulikan mbah umar yang menghormatinya dia terus menuju kearah saya yang sedang terikat kemas.dia berlutut membuka ikatan
ditubuh saya.
melihatkan perbuatan mbah bakar mereka disitu terkejut.pucat lesi muka semuanya.mungkin terbayang keganasan yang akan saya bawa selepas terlepas dari ikatan.
al maklumlah terorislah katakan. saya hanya membuat muka kasihan minta dilepaskan.ternyata perangkap yang saya cipta berjaya memperdaya mbah bakar.mbah
umar menjerit ketakutan.
"jangan akang, budak tu ganas ya amat hatu dalam tubuhnya bijak menipu"tegah mbah umar kepada mbah bakar.
akang atau kang itu bermaksud abang dalam bahasa jawa. memang mereka ni orang jawa yang kepetangan ilmunya.maksud kepetangan pula adalah ilmu mereka
sudah hampir sampai tahap penamat.senang kata tinggi ilmunya
ternyata jeritan mbah umar tidak dipedulikan langsung oleh mbah bakar.beliau terus membuka ikatan mulut saya diikuti ikatan ditubuh saya. sekali lagi manusia
terpedaya dengan hantu yang ada dalam tubuh saya. peluang terlepas dari ikatan tidak disia siakan oleh saya. terus saya bangkit cuba menyerang mbah bakar.tapi
malangnya tubuh saya terdorong kebelakang melekat didinding.seperti ada yang menolak dan menahan tubuh saya didinding.saya menjerit sekuat hati untuk
melepaskan diri.
seperti kesekian kalinya apabila terlepas saja wajah dan seluruh tubuh saya akan berubah pucat kehitaman. muka saya berubah mengerikan. mata hampir tersembul
keluar. urat urat mata merah menambahkan lagi kemerahan mata saya.kecomelan anak kecil hilang bertukar wajah yang amat mengerikan.
seperti tiada apa apa yang berlaku mbah bakar menghampiri saya. tangan kanan nya diletakkan dikepala saya. mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu yang tidak
jelas kedengaran. saya terus menjerit kemarahan yang amat sangat. semakin lama jeritan saya semakin lemah . begitu juga halnya dengan tubuh saya. saya terjelepuk
kelantai.
tangan mbah bakar masih erat di ubun ubun saya. saya pengsan . melihatkan saya sudah terlentang lesu. tangan yang memegang ubun ubun saya digunakan mbah
bakar menyapu seluruh muka dan turun keseluruh tubuh saya. mbah bakar meminta segelas air kosong dari mak.
mak berlari kedapur mendapatkan air. tidak lama kemudian mak kembali dengna segelas air. gelas air diletakkan dihadapan mbah bakar.mbah bakar membacakan
sesuatu kepada air itu lantas diteguk nya dan disembur keseluruh badan saya.muka saya dicuci dengan air itu.saya perlahan lahan bangun.mbah bakar mula bersuara.
"budak ni belum betul elok tapi cukuplah buat masa ni"kata mbah bakar kepada kami semua.
"akang memang pantas dan hebat,sudah sewajarnya akang lebih dikasihi dari kami oleh pak kiyai"puji mbah umar kepada mbah bakar
"apa yang ada dalam dada aku ada dalam dada kamu. tapi malangnya kau ni terburu buru. ingatlah terburu buru itu adalah dari syaitan."sindir tegas dan tajam mbah
bakar kepada mbah umar
mbah umar yang sangat suka di puji terasa benar dengna sindiran itu.beliau menundukkan muka.jelas kelihatan diwajahnya tersipu sipu malu.
mbah bakar bersuara kembali
"asar telah rendah kita balik dulu . kau pun belum solat lagi kan?"soal mbah bakar kepada mbah umar
mbah umar tidak menjawab soalan mbah bakar sebaliknya dia tergesa gesa mengemaskan kembali peralatan perubatannya
mak yang dari tadi lebih banyak diamkan diri mula bersuara
"syam ni mcm mana?"soal mak dengan nada yang risau
"jangan risau nanti lepas isyak bawa dia kerumah kami"jawab mbah bakar kepada mak saya.
selepas mereka bersalaman mbah bakar dan mbah umar kembali kerumah.tergesa gesa mbah umar pulang sehingga beberaap biji limau tertinggal dirumah saya.
mungkin cuba mengejar waktu asar yang semakin rendah kot.
tidak lama kemudian along pulang ke rumah dari kelas fardhu ain.beliau kehairanan melihat saya yang agak pucat dan lebih banyak diam.selalunya bila along balik
saya akan menyambutnya dan along akan menyakat saya.along bertanya kepada mak.
"naper dengan syam ni mak"tanya along kepada mak
"dia sakit"jawab mak pendek
along terpinga pinga mendengar jawapan mak. akibat kehairanan berbagai soalan ditanyakan along. namun mak malas melayan karenah anak sulongnya.baginya
waktu ini dia hanya ada seorang anak yang benar benar perlu diseleaikan.begitulah sikap mak jika salah seorang dari kami sakit mak hanya memiliki anak yang sakit
itu.baik saya baik along.samalah sikap mak melayannya.sapa yang sakit itu dilebihkannya.bagi mak dia hanya memiliki dua orang anak apabila keduanya sihat atau
keduanya sakit.kalau tak seperti apa yang saya sebut sebelumnya hanya seorang anak dimilikinya.
melihatkan sikap along yang sebegitu rupa wak hor berkata kepada along
"man malamni tidur rumah wak nak tak?"soal wak hor pada along
"nak, nak, nak,"along menjawab keriangan
along gembira dan terus menyiapkan pakaiannya untuk bermalam dirumah wak hor.inilah peluang terbaik untuk bermain dengan rakan sepermainannya kak nor anak
wak hor. tidak ditaunya kak nor tengah demam, kalau dia tau nescaya enggan dia melangkah kerumah wak hor.
wak hor berkata kepada abah.
"malam ni biarlah sal jaga man kita tumpukan perhatian kita pada syam"cadang wak hor pada abah dan mak
mak dan abah hanya mendiamkan diri tanda bersetuju.sekurang kurang bila along di jaga wak sal ringanlah sikit beban yang sedang ditanggung oleh keluarga kami
melihatkan along dah siap sedia.wak hor berkata,
"mari ikut wak kita tidur rumah wak malam ni pergi salam dengan mak dengan abah"arah wak hor pada along apabila melihat along terburu buru mahu keluar rumah
tanpa mendapat izin mak dan abah
along yang terlupa terus bersalam dengan mak dan abah. mak dan abah menyambut salaman along selepas itu dengan gembiranya along meninggalkan kami semua
dan menunggu wak hor di luar pintu
untuk menunaikan solat asar maghrib dan isyak mak dan abah bergiliran. selepas selesai waktu isyak mak, abah dan saya pergi kerumah mbah umar seperti
dijanjikan.
sesampainya dirumah mbah umar wak hor telah menunggu kedatangan kami.kelihatanya ia sampai awal dan sedang menunggu kami. melihat kami masuk wak hor
tanpa segan silu berkata kepada kami
"langkah kanan korang sampai,nasi dah terhidang tunggu korang jer marilah kita makan sama"pelawa wak hor kepada kami
kami masuk dan bersalaman satu sama lain.
melihat mbah umar yang duduk berhampiran pintu menghadap nasi, saya terus menerpa kearahnya .mbah umar yang mungkin masih rasa kesakitan akibat gigitan saya
bingkas bangun separuh meloncat bersedia menghadapi tindakan saya seterusnya. kelihatan tangan kirinya masih berbalut kain putih akibat luka gigitan saya. langkah
silat dibuka dengan kemas. bunga tari silat dikeluarkan satu persatu.mungkin dia fobia dengan serangan ganas saya siang tadi kot.
kelakuan mbah umar membuatkan satu rumah terkejut dan panik.
ketika tangan kanannya menarikan ligat bunga silatnya saya terus menangkap tangan itu lalu mencium tangan tersebut. saya terus pergi kearah mbah bakar dan
menghulur tangan untuk bersalaman.mbah bakar tidak menyambut salam saya sebaliknya terus meletakkan dua tangan nya kebawah ketiak saya.lantas beliau
mendukung saya dan mengucup dua pipi saya.seperti seorang datuk mengucup pipi cucu kesayangan lagaknya.ciuman dia itu dibalas oleh saya dengan mencium
mesra piipi nya.
mbah umar terpaku melihat aksi spontan mbah bakar dengan saya. langkah silatnya kaku terus tidak diteruskan dan tidak ditutup. tubuhnya kaku seperti ada sesuatu
yang tak kena.
mbah bakar pula memalingkan muka dari nya seraya berkata
"kan aku dah kata kau ni terburu buru simpan silat kau dan bersedia untuk musuh bukan untuk sahabat......."sindir mbah bakar tajam
mbah umar hanya mendiamkan diri tersipu sipu mukanya mendengar sindiran tajam tapi tegas mbah bakar. beliau yang sedang kaku itu terus menundukkan kepala
tangan kanan yang saya cium tadi digunakan untuk mengesat matanya yang tak gatal.sepertinya ia ingin menyembunyikan langkah silat yang baru dibuka.tapi semua
jelas kelihatan langkah itu. kami semua ketawa melihat kelakuan mbah umar itu.mbah umar hanya mendiamkan diri sepertinya tiada apa apa yang berlaku.
kami semua ketawa melihat aksi spontan mbah umar yang bersilat dan membuka keseluruhan langkahnya.ketika saya bertanya dengan mak kisah ini berkenaan
langkah apa yang dibukanya.mak hanya menjawab beliau kurang arif berkenaan langkah silat. tapi yang pastibeliau bukan buka langkah seribu.
kami ketawa berdekah dekah melihat mbah umar yang tersipu sipu malu.
ketawa kami terhenti apabila isteri mbah umar bersuara.
"apa lagi yang korang ketawakan tu mari makan semua"pelawa isteri mbah umar kepada kami semua
kami semua makan bersama sama seperti keluarga besar, dimalam itu kelihatan kedua dua anak mbah umar ada dirumah.mbah umar ni sebenarnya mempunyai 5
anak lagi tapi kesemuanya telah berkahwin dan tinggal dijohor.mbah umar ini sebenarnya adalah rakyat johor yang menetap disingapura.rumah yang diduduki ini
sebenarnya adalah rumah saudaranya yang tinggal ditempat lain.
mak terus kedapur pergi kepada isteri wak hor. memang dah jadi kebiasaaan masyarakat jawa kaum lelaki akan makan dahulu. manakala kaum perempuan hanya
makan selepas kaum lelaki habis makan.ini adalah satu didikan yang diajarkan oleh orang tua tua masyarakat jawa kepada anak anak perempuannya sebagai
menghargai kaum lelaki.
bagi masyarakat jawa kaum perempuan hanya akan makan sisa kaum lelaki sahaja.tapi memang berbaloi kaum lelaki masyarakat jawa dihormati oleh isterinya
sehingga tahap itu, ini kerana kebanyakan kaum lelaki masyarakat jawa sangat kuat bekerja dan sangat mementingkan keluarga mereka.
ketika makan saya telah makan dengan penuh selera sekali sehingga kan agak mustahil saya yang seusia itu boleh makan sebanyak itu. mbah bakar berkata dengan
mbah umar
"lihat tu betul kan aku katakan dia belum selesai lagi"kata mbah bakar kepada mbah umar
"tak per malam ni kita selesaikan insyaallah kita berdua mampu lakukan"jawab mbah umar yakin
selepas makan abah, wak hor, mbah umar dan mbah bakar bercerita di ruang tamu.saya berbaring diriba abah.kedua anak mbah umar hanya menonton tv dan tidak
mengikuti perbualan kami.walaupun keluarga wak hor dan abah sangat raapt dengan mbah umar namun demikian kelihatan anak mereka kurang mesra dengan
keluarga kami berdua.mungkin sebab perbezaan umur yang ketara mengakibatkan perkara ini agaknya.
ketika mereka bercerita kosong abah bertanya wak hor
"man,nor dan kak sal tak datang sekali ke"tanya abah ingin tahu
"mereka ada kat rumah,nasib baik nor dah kebah dari demam kot tak alamat man ajak balik punya,sekurang kurang bolehlah man bermain dengan nor, malam ni
biarlah man tidur rumah aku, lagipun seluruh pakaian untuk sekolah dan bukunya dah siap untuk esok"terang wak hor kepada abah
"betul tu jangan lah kau risaukan man tu"celah mbah umar kepada abah
abah hanya mendiamkan diri.kelihatan abah kurang berminat mendengar cerita kosong mereka.pemikiran abah lebih tertumpu kepada saya yang diribanya. ternyata
malam yang semakin larut hanya didisi dengan perbualan kosong mereka sahaja. tiada pun tanda tanda mbah bakar mahupun mbah umar berusaha untuk mengubat
saya.abah mula merasa tak selesa.
apabila malam telah benar larut mbah bakar bersuara.
"umar kau pergilah ikut mereka balik aku ada kerja yang perlu diuruskan untuk menyelesaikan apa yang tinggal pada budak ini"arah mbah bakar dengan nada lembut
kepada mbah umar.
mbah umar seperti keberatan untuk meninggalkan mbah bakar seorang diri menghadapi apa yang hanya mereka sahaja tahu.wak hor dan abah pula seperti hilang
keyakinan terhadap kegagalan mbah umar siang tadi.melihatkan mbah umar yang keberatan dengan tidak menjawab apa apa mbah bakar berkata.
"umar aku tahu apa yang kau fikir tapi aku masih rasa aku mampu menghadapi perkara ini seorang diri tapi aku janji sekiranya aku menghadapi kesukaran aku pasti
akan meminta bantuan kau kelak, percayalah"tutur mbah bakar yang cuba menyakinkan mbah umar.
barulah kelihatan wajah mbah umar yang agak cerah apabila mbah bakar berkata yang sedemikian rupa.tapi malangnya wajah abah dan wak hor masih lagi kelat
tidak yakin dengna kemampuan mbah umar.
mbah umar pun menyiapkan kembali peralatannya, dengan berpakaian kemas ia menunggu mak didapur yang rancak bersembang dngan isteri mbah umar,
melihatkan mbah umar dah bersedia abah melaungkan suaranya kedapur
"piah kita balik sekarang"laung abah kepada mak
dengan seketika itu mak pergi keluar dari dapur diikuti oleh isteri mbah umar.
melihat isterinya berjalan keluar mbah umar berkata kepada isterinya.
"apa apa yang diperlukan oleh kang bakar tolong siapkan dan jangan ganggu kerja dia malam ini"
isteri mbah umar hanya mengangguk kepala tidak menjawab.sepertinya ia tahu apa perlu dilakukan malam ini.
kami saling bersalaman untuk balik kerumah.kami beramai ramai menuju kerumah saya . kelihatanya seperti satu kumpulan rombongan pula dengan diketuai oleh
mbah umar.
sampai dirumah kami masuk dan berehat sahaja.cerita kosong dirumah mbah umar tadi disambung dirumah kami. mak menyiapkan kopi dan sedikit biskut untuk
kami semua. perbualan kami tertumpu pada masalah saya.dimalam itu mbah umar memang duduk di rumah kami untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
mungkin akan berlaku pada saya.ntah apa yang akan berlaku kami pun tak pasti . tapi yang pasti mbah bakar telah menyuruh kami benar benar bersedia untuk hadapi
sebarang kemungkinan . ntah apa yang ia rancangkan pun kami tak tahu. walau apapun mbah bakar memang mengarahkan mbah umar membantu kami sekiranya
berlaku sesuatu yang luar kawalan.sehingga waktu itu setakat itu sahaja yang kami tahu.
dirumah mbah umar, mbah bakar mula solat hajat dua rakaat disatu sudut rumah. setelah usai solat hajat dan memanjatkan doa kehadratullah beliau mula bertafakur
memejamkan matanya.
cerita saya selanjutnya ini sebenarnya diceritkan oleh mbah umar kepada mak saya.mbah umar pula mendapat kan kisah ini dari mbah bakar dan dirinya sendiri yang
melalui kisah ini. saya akan cuba memperincikan setepat mungkin kisah dalam alam ghaib ini yang saya dapat dari mak saya.setakat mana kesahihan kisah ini tidak
dapat saya pastikan.ini kerana cerita ini adalah dari mulut kemulut dan tidak dilihat oleh saya sendiri walau apapun ikuti kisah selanjutnya
dalam tafakurnya beliau terasa dirinya berada disuatu alam yang lain. gelap,panas , mengharubirukan perasaan. itulah perasaanya ketika bertafakur.situasi yang tidak
selesa itu sudah cukup untuk menunjukkan alam itu didiami oleh jin yang kurang elok sifat dan sikapnya.mbah bakar berjalan tanpa hal tujuan dialam itu.dia berjalan
dan terus berjalan ntah apa yang dicarinya hanya dia yang tahu.
sehinggalah beliau melihat sebuah istana yang tersergam indah.dihampiri istana tersebut.dilihatnya istana tersebut dibina dari susuanan tulang yang amat
hodoh.sebahagian tulang itu masih terlekat daging padanya menghasilkan bau yang benar benar tidak enak seperti bangkai.
beliau terus masuk ke dalam istana tersebut.kelihatan terlalu ramai manusia di dalamnya.beliau menghampiri kumpulan itu. apabila dihampirinya ternyata kumpulan
manusia itu sebenarnya adalah kumpaulan jin yang amat buruk.berbagai rupa dan wajah terdapat dalam kumpulan jin itu.
beliau dengna tenang pergi berjalan dalam kumpulan itu. melihatnya seorang manusia, jin jin itu menjauhi dirinya. dia yang keseorangan itu di kelilingi oleh jin yang
amat ramai. sampai disatu sudut beliau berhenti. dihadapannya terlihat saya yang sedang dipangku oleh jin yang amat besar dan hodoh.jin itu duduk diatas kerusi yang
disusun dari tulang belulang. mata kiri jin itu telah hilang dan dari lubang mata itu kelihatan ulat bermain main kearah pipinya. di mukanya terdapat darah dan nanah
akibat kulitnya yang dah mula membusuk.baunya tidak ubah seperti bangkai yang amat busuk.kelihatannya sepertinya jin itu duduk seperti raja. tubuhnya cengkung
tidak berbaju dan jelas kelihatan tulang didadanya. kelihatan susunan giginya yang putih dan sebahagian gigi kelihatan melekat di rangka kepalanya..
jin itu seperti menunggu kehadirannya yang bersahaja.mbah bakar terus menuju kearah jin itu.dan tidak jauh dari jin itu mbah bakar terus bertempik
"serah kan anak itu kepada ku"jerit mbah bakar kepada jin itu
jin itu hanya ketawa berdekah dekah melihat mbah bakar yang kerdil dan keseorangan itu dengan berani mengarahkannya.dalam ketawa yang tidak berhenti dia
berkata.
"kau nak ambil anak ku ini............"dia terus ketawa semau maunya
"jangan kau nak mengarut dia anak sahabatku bukan anak mu"nafi mbah bakar kepada jin itu
"sebelum ini dia anak sahabatmu tapi sekarangdia anak ku......."jawabnya sambil ketawa dengan lebih dahsyat lagi
"aku pasti akan menamatkan riwayatku jika kau enggan menyerahkan dia kepadaku"ugut mbah bakar kepada jin itu.
ternyata ugutan itu menghentikan gelak tawa jin itu.kelihatannya jin itu benar benar marah.dia berdiri dari kerusi tulangnya.diletakkan saya dengan cermat dikerusi
tersebut.dia trurun dari singgahsananya perlahan lahan. kemudian dia berkata dalam situasi hening sunyi itu.
"sekarang kau keseorangan sedang aku bersama sama kawanku pasti akan menamatkan riwayatmu"ugut dia dalam kemarahan yang amat sangat
"baiklah tunjukkan kehebatan mu kita lihat siapa yang akan menamatkan siapa diantara kita"cabar mbah bakar dengan tenang
tanpa membuang masa jin itu menghulurkan tangannya yang kurus kering dan diliputi sebahagiannya dengan kulit dan tulang menghalakan kearah mbah bakar. tiba
tiba angin menderu laju meniup kearah mbah bakar.mbah bakar berdiri utoh menahan diri dari angin tersebut.perlahan lahan jin itu menaikkan tangannya.tubuh mbah
bakar terangkat keatas seperti terapung diudara.
dalam situasi cemas itu mbah bakar menurunkan tangannya menghala ke bawah. jari telunjuknya di luruskan ketanah. perlahan lahan dia turun kebumi.
jin itu telah menarik kedua tangannya dan menolak kedua tangannya yang terbuka kearah mbah bakar. kelihatan tubuh mbah bakar hilang kawalan dan terdorong
kebelakang.mbah bakar terjatuh dan tersungkur kebumi.setiap kali mbah bakar cuba bangun beliau gagal kerana angin yang amat kuat seperti mengunci
pergerakannya.
kelihatan walau mereka tidak beradu tenaga secara dekat namun terdapat peraduan tenaga yang amat hebat di antara mereka berdua.
melihatkan mbah bakar seperti terdesak kesemua jin yang ada disitu bersorak riang melihatkan pertembungan itu sedang dikuasai oleh ketua mereka.
perlahan lahan mbah bakar memanggil nama adik angkatnya.namun tiada siapa pun yang mendengarnya walau dirinya sendiri.suara angin yang amaat kuat dan suara
jin yang gembira melihat dirinya tumbang membuatkan suara itu tenggelam.seperti telur dihujung tanduk lagaknya keadaan mbah bakar ketika itu.
.................................................. .....................
di waktu yang sama dirumah saya secara tiba tiba tubuh saya jatuh ke lantai.semua orang menjadi cemas. kelihatanya saya seperti diserang sawan tarik. mulut saya
mula berbuih dengan banyaknya.dari hidung, telinga dan mata mengeluarkan darah. mata saya seolah tersembul keluar menahan sakit.seluruh tubuh saya kejang.dan
menggigil dengan teruknya.
melihatkan situasi cemas itu mak, abah, wak hor dan mbah umar mengelilingi saya. terpancar kerisauan diwajah mereka semua.mbah umar yang pandai dalam ilmu.
perubatan tidak mampu melakukan apa apa.wak hor dan abah hanya mampu pasrah sahaja.mak pula tak henti henti menangis melihat keadaan saya yang semakin
tenat. seperti nya saya sedang menghadapi sakratul maut.sungguh tersiksa tubuh kecil itu.
tiba tiba mbah umar berkata sesuatu
"akang saya datang sekarang......."kata mbah umar dalam keadaan cemas
mbah umar terus mengambil sejadah di tepi pintu dan mula solat hajat dua rakaat.setelah usai solat doa dipanjatkan kepada tuhan mohon keselamatannya untuk beliau
mengembara di alam ghaib yang penuh cabaran.sehabisnya beliau cuba membuka deria perasaannya sebagai permulaan pergi kealam ghaib.beliau memejamkan mata.
keseluruhan mukanya di hiasi manik manik peluh.
.................................................. .........................
di alam jin itu mbah bakar kelihatan sangat terdesak.tubuhnya semakin lemah dilumpuhkan oleh angin beracun dari jin itu.seluruh jin bergembira melihat mbah bakar
tewas ditangan ketuanya.kelihatan kemenangan di tangan ketua mereka.
tiba tiba menjelma tubuh mbah umar dibelakang ketua jin itu.melihatkan mbah bakar yang sedang terdesak kesakitan membuatkan mbah umar naik angin.peluang dia
yang dalam posisi dibelakang jin tidak disia siakan. beliau telah melepaskan satu penumbuk padu yang tepat kebelakang kepala jin itu.malangnya jin itu tidak bergerak
seinci pun.namun angin ribut beracun itu berhenti secara tiba tiba.
kelihatan jin jin yang lain menjadi kecoh.mbah umar pergi kearah saya menaiki singah sana jin itu.tanpa disangka tubuh ketua jin itu luruh keseluruahnnya. kelihatan
tubuh itu membentuk bukit longgokan tulang dan anggota badannya. perlahan lahan bukit itu terbakar dan apabila mati api nya abu bukit menghilang sedikit demi
sedikit.
mbah umar menghampiri saya dan mengambil saya dari kerusi singah sana jin yang baru tertewas itu. didukungnya tubuh saya dan pergi ia berjalan kearah mbah
bakar yang sedang kesakitan.apabila sampai mbah umar kepada mbah bakar mbah umar menyerahkan saya kepada mbah bakar.mbah bakar yang sedang sakit itu
tak disangka sangka berdiri gagah menerima saya.
kelihatan jin jin lain itu sangat marah.mbah umar menjerit
"aku tak mempunyai urusan dengan kalian lebih baik kalian lepaskan kami atau aku akan buat kalian sekalian seperti ketua kalian"jerit mbah umar kepada jin jin itu.
ternyata kata kata mbah umar itu tidak menakutkan jin jin itu.jin jin itu semuanya menyerang kami beramai ramai.dalam situasi cemas itu mbah umar berlutut kebumi
dan menepuk bumi 3 kali.tiba tiba keluar cahaya yang amat terang dari bumi.kegelapan alam jin itu diterangi dengan sinar terang cahaya itu.habis sekalian jin itu
terbakar terkena cahaya yang keluar dari bumi.
kehadiran mbah umar yang sering menerima sindiran dari mbah bakar diwaktu itu tidak ubah seperti wira yang menjelma ketika kecemasan.mbah bakar berkata
kepada mbah umar.
"aku rasa baik kita tinggalkan tempat ini."mbah bakar memberikan cadangan
"baiklah saya serahkan akang untuk membawa syam balik saya terlalu letih,terlalu banyak tenaga saya gunakan tadi"mbah umar memberikan persetujuan.
.................................................. .......................
dirumah kami kelihatan buih yang pekat keluar mula berhenti keluar dari mulut saya.mata saya yang agak tersembul hampir keluar kembali pulih. darah yang keluar
dari lubang telinga,hidung dan mata mula berhenti . malah suhu badan yang panas mula menjadi sejuk kembali. saya pengsan . mak, abah dan wak hor menyangka
saya telah mati . abah memegang tangan saya untuk merasa nadi wak hor menekapkan telinganya kedada saya. mereka berpandangan sambil tersenyum.
tiba tiba mbah umar membuka mata dan bersuara
"al hamdulillah semua nya telah selamat"katanya memanjatkan kesyukuran
tidak lama kemudian saya terjaga. kerana baju saya dibasahi darah mak terpaksa mandikan saya dimalam itu. pada mulanya abah melarang. tapi mbah umar
mengizinkan.
keesokan pagi nya kecoh dikalangan cina yang menyambut hari pemujaan roh kerana dimalam itu secara tiba tiba angin datang menderu deru
persoalannya apakah kaitan angin yang dialami oleh kami bertiga dengan angin yang cina cina itu alami . yang pastinya percayalah di suatu sudut dunia ini, di suatu
sudut yang tiada kita ketahui, wujud satu alam yang tidak dapat dicapai oleh aqal pemikiran manusia dikatakan tidak wujud kerana lemahnya aqal dan pancaindera kita untuk mencapainya..............
seperti yang saya sebutkan diatas kisah alam ghaib ini ibu saya menceritakan berdasarkan cerita dari mbah umar.saya cuba menceritakan dengan tepat.saya terlalu
muda ketika itu untuk mengingati apa yang sedang berlaku kepada diri saya
ketika ibu habis menceritakan kisah ini kepada saya mak dengan tangisannya meminta saya supaya kuat kuat beramal ibadat dengan tuhan kerana ini adalah peluang
kedua dalam hidup saya sebenarnya............
tamat...............
20100207
20100203
cerita bilik kosong
Tempat = rumah saya rumah pesakit mak saya sekitar sabak bernam
Masa = dalam 4 hari kot
Ahli = saya ibu saya dan 4 orang lain
suspek hantu = penunggu bilik terkunci bacalah lebih lanjut kot nak tahu
sebelum saya menceritakan kisah saya ini saya ingin memaklumkan kepada forumer sekalian dalam cerita ini saya hanya terlibat sekitar 50 peratus sahaja dari peristiwa ini . kebanyakan kisah ini saya dapat dari ibu saya sendiri dan saya akan cuba menceritakan setepat mungkin berdasarkan apa yang ibu saya sampaikan kepada saya.
kisahnya bermula begini.pada suatu pagi seperti biasa ibu saya mengemaskan rumah.ketika mak mengemas rumah seseorang mengucapkan salam dari luar.mak pergi keluar rumah dan melihat tamunya itu.
kelihatan jiran kami kak wati dan seorang bayi datang kerumah.melihat kak wati mak menjemput beliau masuk dan duduk seperti tuan rumah lain yang menerima tamu. kelihatan bayi ditangan kak wati itu tidak henti henti menangis dan merengek.
selepas kak wati yang mendukung bayi itu duduk mak bertanya.
"kau ni dari mana wati?"tanya mak kepadanya.
"dari rumah nak jumpa wak piah ni",jawab kak wati kepada ibu saya.
"anak sapa ni wati,alah sayang nangis cucu mbah ni , mari kat mbah..........."ujar ibu saya sambil bayi itu bertukar tangan
"bayi ni antara anak asuhan saya, mak bapak dia kerja"jelas kak wati kepada mak saya.
"mak abah kerja yer, cari duit yer, nak buat beli susu adik yer.........."mak saya melayan bayi yang sedang nangis itu.
tangisan bayi itu semakin kuat kerana ia enggan bersama ibu saya.semasa ibu saya memegang bayi itu seluruh roma ditengkuk ibu saya meremang .ibu saya pernah memberitahu saya, jika itulah situasinya maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan bayi itu.
sedang ibu saya melayan dan bermain dengan bayi itu, kak wati bersuara"mcm nilah wak piah, bayi ni dah beberapa hari menangis, wak piah tolonglah buat apa yang patut"
mak terus melayan karenah bayi itu, dan memujuk bayi itu.seperti tidak dilayannya dan didengari kata kata kak wati.
tangisan bayi itu memecahkan keheningan pagi dirumah kami.tidak lama kemudian mak saya bersuara merendahkan diri dengan nada yang rendah."wak piah ni apalah tau nya ?"
wati menjawab"apa apalah yang wak piah tau tolonglah......."rayu wati kepada ibu saya.
mak saya pun berkata"yelah mana yang boleh wak piah buatlah yang lebih tu kita serah pada tuhan"
kak wati tersenyum bila mana mak saya bersetuju untuk menguruskan bayi tersebut.
"ngkau wati ambik bayini......"arah ibu saya kepada kak wati.
tanpa berkata kak wati terus mengambil bayi itu.bayi itu pun bertukar tangan. ibu saya pun pergi kedapur .tidak lama kemudian ibu saya pulang dengan semangkuk putih sebesar buah kelapa yang dikupas. di dalam mangkuk tersebut terdapat beras kunyit.ditangan kirinya terdapat segelas air.
ibu saya bersuara."wati ngkau tunggu kejap wak piah nak siapkan kelengkapan budak ni"
wati menjawab "baiklah wak piah........."
bayi itu masih lagi meneruskan tangisannya . hanya sesekali dia terdiam mungkin kerana terlalu letih menangis.ibu saya pergi ke tempat sujudnya.beliau solat duha dan kemudian solat sunat hajat.memang itu kebiasaan ibu saya di waktu pagi dan ditengah malam pula mak gemar tahajjud dengan sujud yang amat panjang kepada tuhan.kadang kadang apabila saya melihat mak saya akan berusaha melihat gerakan tubuhnya yang bernafas.terlalu lama sujudnya kadang kadang terfikir saya adakah dia dah tiada dalam sujud.tapi setiap kali dia sujud setiap kali saya melihatnya dan setiap kali itulah dia akan bangkit seperti biasa.al hamdulillah
setelah usai solat hajat itu beliau meminta bantuan dari allah untuk menyelesaikan masalah bayi itu.kemudian air dan beras kunyit itu dibacakan beberapa ayat suci al quran sebagai usaha nya.yelah mcm yang kita tahu dalam menghadapi sesuatu dalam hidup usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal perlu beriringan . itulah sunnah tuhan kepada kita.
setelah usai berdoa ibu saya membuka telekungnya bertukar pakaian dan pergi menemui kak wati dengan bayi itu. jelas terbayang wajah kak wati sedikit berubah kepada kurang selesa, mungkin kerana kebosanan menunggu ibu saya menyiapkan peralatan yang beliau katakan tadi,mak seperti menyedari wajah kak wati berubah.
"maaflah lama ngkau menunggu yer......"kata ibu saya kesal..sambil itu punggung mak dilabuhkan dikerusi berhadapan dengan kak wati.
"tak perlah wak .........."kak wati cuba menutup cerita.
ibu saya meminta bayi itu dari wati.bayi yang sedang menangis itu beralih tangan. kelihatan ibu saya membelai bayi itu dan membacakan beberapa ayat suci al quran kepada bayi itu.ternyata usaha mak hanya membuatkan bayi itu semakin kuat menangis.
"wati kau ambik budak ni kejap bawak dia ketiang seri tu........"pinta ibu saya kepada kak wati......
tanpa menjawab kak wati terus mengambil bayi itu.bayi itu dibawa ke tiang seri yang mak maksudkan.lalu disandarkannya bayi itu ditiang seri tersebut.kak wati berdiri mengangkat bayi itu.memang kak wati ini telah biasa dengan ibu saya.beliau tau apa yang patut dilakukan.dari anak nya sendiri yagn masih kecil hinggalah kepada kanak kanak asuhannya, jika menghadapi masalah mcm ni dia akan bawa kepada ibu saya. al hamdulillah tiada yang gagal di uruskan oleh mak buat masa ini.
bukan sahaja kak wati malah jiran jiran kami yang lain pun akan mengadu dengna ibu saya, jika anak anak mereka tidak sihat.kadang kadang pernah saya persoalkan pada mereka mengapa tak bawa budak budak itu berjumpa dengan doktor.mereka hanya berkata mereka dah bawak kedoktor sebelum berjumpa mak saya.malah beberapa orang kakitangan klinik sendiri seringkali membawa anak mereka yang demam kepada ibu saya selepas mendapatkan rawatan doktor.
ibu saya sering berkata kepada pesakitnya untuk berubat dengan doktor dahulu sebelum kerumahnya.namun wujud juga mereka yang degil yang terus kerumah kami sebelum pergi berjumpa dengan doktor.walau apa pun ibu saya tetap melayan mereka dan berusaha sedaya upayanya dan kemudian beliau sendiri akan menyuruh berjumpa doktor.
itulah yang sering berlaku dan kadang kadang kurang siang, jam 1 pagi pun ada orang datang untuk membawa anak mereka kepada ibu saya.tapi situasi mcm ni takderlah selalu hanya sesekali sahaja.
melihatkan wati yang telah bersedia ibu saya mengambil mangkuk putih dan gelas berisi air kearah mereka.melihatkan ibu saya pergi kearah mereka kak wati telah mengalihkan badannya kekanan bayi itu dan terus mengangkat dan disandarkan bayi itu ke tiang seri rumah kami, supaya senang ibu saya menguruskan bayi itu kelak.mak saya pun berhadapan dengan bayi itu.mak membacakan beberapa ayat suci al quran dan menghembuskan kemuka bayi itu.ternyata bayi yang sudah sedia kuat menangis terus menangis lagi .
melihatkan situasi itu mak telah meletakkan gelas berisi air kemeja berhampiran mereka . mak telah mengambil kembali tempatnya tadi .mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. tangan kanan nya memainkan beras kunyit didalam mangkuk ditangan kirinya.kemudian perlahan lahan dia mengengam beras kunyit itu.
berhenti sahaja mulut mak terkumat kamit secara mengejut mak melemparkan atau merambas muka bayi itu.bayi itu terkejut dan berhenti menangis .beberapa kali mak merambas muka bayi itu.sebahagian beras yang dirambas itu terpercik kemuka kak wati.kak wati mengalihkan wajahnya supaya beras kunyit itu tidak terpercik kemukanya.
setelah usai mak merambas bayi itu, tanpa membuang masa mak mengambil air yang diletakkan tadi .bayi itu masih diam dan tidak menangis walau di wajahnya jelas menunjukkan ia mahu terus menangis.tapi mungkin kerana terlalu terkejut dia tak berani nak menangis.mak terus menghirup sedikit air itu dan menyemburkan kemuka bayi itu. bayi yang ingin terus menangis itu terhenti untuk terus menangis .mungkin kerana kesejukan air itu memberikan keselesaan kepadanya.bayi itu terus diam dan kelihatan mengantuk.mungkin kerana sebelum ini kerana terlalu sering menangis membuatkan dia letih dan mengantuk.
kemudian mereka semua kembali keruang tamu rumah kami untuk berehat seketika.ternyata bayi itu tidur ketika mereka bercerita diruang tamu dalam pelukan kak wati.letih sungguh bayi itu.kak wati berkata.
"terima kasih lah wak piah sebab tolong ubatkan bayi itu"katanya dengan wajah keriangan.
"dari tuhan penyakit datang sebagai ujian, dari tuhan juga kesembuhannya datang sebagai sebab untuk kita bersyukur "balas mak bersahaja.
"yelah tu memang nak rasinya kat sini...."balas kak wati
"al hamdulullah.........." terlafaz dari mulut ibu saya tanda memanjatkan kesyukuran kepada tuhan.
"al hamdulillah......"kak wati pula sama sama memanjatkan kesyukuran kepada tuhan apabila melihatkan bayi itu terlelap lena dalam pelukannya.
memang selalu apabila pesakit mak saya sebelum kembali kerumah lagi akan dapat apa yang mereka inginkan tanpa pulang dengan tangan kosong.itu semua adalah kerana tuhan menghendaki rasi mereka dirumah kami melalui ibu saya.kadang kadang heran juga saya .
sebagai contoh bebaruni ada seorang cikgu yang mengalami kemalangan jalanraya sehingga keretanya rosak teruk.tapi alhamdulillah beliau tiada apa apa hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. namun malangnya akibat kemalangan tersebut beliau telah fobia dengan jalanraya dan kereta.beliau sendiri menceritakan kepada saya setelah kejadian itu setiap 1 hingga 2 km beliau akan berhenti memandu ditepi jalan kerana badannya berpeluh dan rasa sangat takut. kadang kadang heran saya bagaimana seorang yang mempunyai master dari universiti tempatan gagal untuk mengawal diri sehingga tahap tersebut. tapi yelah bab fobiani bukan kira orang tu belajar tinggi atau belajar rendah.
sehingga petang beliau datang kerumah kami pun isteri dia yang memandu untuknya.dalam hal ini mak telah memanggil semula semangatnya pada petang tersebut. tersebut.ketika hendak pulang beliau sendiri telah memandu kereta selepas disakat oleh anak isterinya. al maklumlah dah berubat takkan tak baik lagi. walaupun dah banyak beliau berubat ditempat lain. mukanya menjadi pucat ketika hendak mencapai stereng kereta tapi dikuatkannya semangatnya.pada keesokan harinya ketika mengambil rawatan susulan beliau datang dengan isterinya dengan kereta yang dipandu oleh beliau sendiri.jutaan terima kasih diucapkan kepada mak saya.
seperti biasa mak pula menyerahkan kepada allah dan memanjatkan kesyukuran .dan tidak lupa mak menyuruh dia memanjatkan kesyukuran kerana dia telah disembuhkan oleh allah.
dalam kes yang lain pula seorang doktor telah datang mendapatkan rawatan dari mak. doktor ni sebenarnya sakit gigi dah puas makan paracetamol tak baik baik lagi.kebetulan isterinya hadir sama.nak dicabut tak boleh masih sakit lagi.untuk itu mak telah memberikan sebotol air yang dimasukkan sedikit garam kedalam air tersebut.dengan kehendak tuhan selepas sahaja doktor itu berkumur dengan air tersebut giginya hilang sakit.mereka pun balik.
sehinggalah selepas setahun doktor dan isterinya datang kembali untuk mendapatkan rawatan sakit gigi nya kembali.menurut doktor itu setiap kali berulang sakitnya beliau akan berkumur dengan air tersebut.namun demikian air itu telah habis.beliau minta mak saya membuat kembali air tersebut. mak kehairanan dan mempersoalkan mengapa doktor tu tak cabut jer gigi ketika sembuh dulu.beliau berkata beliau sayangkan giginya itu.
malah apa yang mengelikan hati apabila isterinya telah cuba mengambil air dan memasukkan sedikit garam untuk menyembuhkan lakinya.namun sia sia.mak pernah cakap dengan saya sikap isteri doktor tersebut yang cuba meniru cara dia mengubat.mak saya ada jampi kat air itu berbanding isteri tu lihat mak saya masukkan garam dalam air dia pun tiru jer tanpa jampi yang sesuai.yelah mana nak sembuh tak kena kaifiat serta syaratnya.saya pernah bertanya sendiri mak apa jampi yang dia buat.mak kata dia hanya membacakan selawat syifa sahaja.
saya tak pasti adakah doktor itu telah mencabut giginya, tahun depan kot dia datang lagi memang sah dia tak cabut gigi nya yang sakit kerana sayangkan giginya itu.
malah seorang pak kiai yang pernah mendapat rawatan dari mak ditempat kami pernah memuji mak saya kerana kemampuan yang dimiliki untuk berkhidmat pada masyarakat.beliau menyatakan macam mana mak saya tak makbul doa nya setahun sekali dari bulan rejab syaaban dan ramadhan tambah puasa enam dibulan syawal beliau akan berpuasa. malamnya sentiasa dihabiskan sujud kepada allah.itulah yang membuatkan doa ibu saya maqbul disisi allah. pak kiai tersebut tahu, sebab pak kiai itu adalah guru mak saya.malah saya sendiri pernah belajar mengaji al quran dengan pak kiai tersebut.
mungkin maqam qabul tuhan kurniakan kerana sikap mak saya yang sangat suka menghampirkan diri nya kepada allah membuatkan walau beliau tidak mempunyai kepandaian yang tinggi berbanding orang lain yang mempunyai kepandaian yang lebih dengan berbagai jampi serapah.dalam hidup saya sendiri saya telah jumpa ramai orang yang sentiasa menghampirkan diri dan ingat kepada allah diwaktu senangnya.dan ketika mereka meminta pertolongan kepada allah dengan cepat tuhan akan memaqbulkan permohonannya itu.
begitu juga sebaliknya dalam hidup saya telah banyak bertemu manusia dengan menyerahkan diri kepada selain allah sebagai tempat untuk dia meminta pertolongan. walaupun dia pada dasarnya ditolong oleh selain allah iaitu makhluk, tetapi akhirnya pertolongan itu menjadi mudharat pada dirinya .insyallah dimasa lain saya akan menceritakan kisah kisah yang berkaitan dengan perkara ini.sikap sebahagian manusia yang mengabdi kepada selain allah dan menjadikan tempat mereka menyerahkan diri dan meminta pertolongan dan perlindungan. nauzubillah hi min zalik.............
tapi bukanlah semua kes yang mak saya kendalikan dapat diselesaikan .kadang kadang ada juga kes kes yang gagal. itulah yang membuktikan bahawa tuhan yang menurunkan penyakit dan tuhan juga menyediakan ubatnya sebagai satu ujian supaya manusia berfikir bahawa dialah tuhan yang maha berkuasa dan maha bijaksana dan selanjutnya supaya manusia semakin menghampirkan diri lagi kepada allah.
itulah sebabnya dalam ibu saya mengubat ibu saya sering menasihati pesakitnya supaya jika baik rajin rajin beramal ibadat. serta sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada allah dan jika tidak sembuh maka jangan lah putus asa untuk terus berubat sehingga sihat kerana semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.
banyak lagi sikap para pesakit mak saya yang saya tidak ceritakan disini, namun tidak boleh tidak sikap para pesakit mak saya ini benar benar mencorakkan hidup keluarga kami.
kita kembali kepada kisah kak wati, selepas selesai mereka bercerita berkenaan penyakit yang dialami oleh bayi tersebut kak wati telah meminta izin dari mak untuk balik kerumah.mungkin dia sedar dia ni dah terlalu lama dirumah kami.kalau sehari suntuk dia bertandang kerumah kami itu memang perkara biasa.walaupun perkara tersebut benar benar merimaskan mak.kalau dilayan dia ni dari satu topik kesatu topik takkan habis punya .memang jenis pandai bercerita orangnya.
sebelum pulang kak wati telah menyerahkan kepada mak sebungkus asam dan sebungkus garam sebagai pemutus ubat katanya dan dia juga telah memberikan sehelai sampul surat biru mungkin sedekah kepada mak kot .tapi mcm biasa saya boleh agak sedekah itu memang tak berbaloi dengan kerja yang telah mak buat.
saya pernah mengingatkan mak berkenaan apa yang dia lakukan ini dan sejauh mana orang menghargai perkhidmatan mak saya melalui bayaran yang diterimanya.tapi bagi mak saya adalah terlalu mudah baginya. beliau hanya berniat untuk melengkapkan fardhu kifayah dalam bermasyarakat.selain itu bagi beliau sekiranya orang orang itu kembali sihat diharap mereka akan lebih kuat beramal ibadat berbanding semasa mereka sakit.perkara ini pasti akan membuatkan tuhan mengurniakan ganjaran diakhirat kelak kepadanya.lagipun menurutnya lagi jika beliau mahu kena kan harga keatas perkhdimatannya ditakuti ada yang tidak berkemampuan akan terhalang mendapat rawatan, sedangkan kemampuan yang diberikan hari ini adalah kurniaan tuhan semata wajiblah bagi diri nya untuk terus bersyukur kepada allah.itulah yang mak ajarkan kepada saya .baginya lagi bukan semua dalam dunia ini boleh dibeli dan dinilai dalam bentuk duit.
sebab itulah melalui pengajaran mak kepada saya ini membuatkan saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para forumer secara percuma .diharap apabila saya berkongsi pengalaman saya dengan para forumer sekalian yang pertama sekali saya dapat menasihati diri saya selanjutnya diharap para forumer dapatlah sama sama berkongsi nasihat tersebut dan diamalkan dalam hidup ini.kerana pengalaman itu adalah antara guru yang terbaik dalam hidup kita sebenarnya.
kalau saya nak jual kisah ini pun belum tentu laku, kot laku pun bagi saya banyak lagi cara yang tuhan siapkan untuk saya untuk cari rezeki selain dari cara ini.mudah mudahan harapan saya dimaqbulkan allah . amin..........
selepas kak wati menyerah kan barang barang tersebut kak wati meninggalkan rumah kami.mak telah menghantar kak wati kehalaman rumah kami.apabila kelibat kak wati hilang dari pandangan mak pula meninggalkan halaman rumah masuk kedalam rumah meneruskan kerja rumahnya yang tergendala.
seperti biasa selepas pesakitnya balik mak akan menyuruh saya menyapu kesan beras yang digunakan untuk merambas tadi . satu perkara antara paling membosankan saya.menyapu.........
di malam itu mak telah bercerita kepada saya kisah tersebut. memang menjadi kebiasaan mak apabila ia baru mengubat orang dia akan bercerita kisah itu kepada saya. maklumlah saya sorang anak nya yang kat rumah .lagipun selepas arwah ayah meninggalkan kami, saya lah tempat mak untuk bercerita apa apa yang dia alami.
mungkin begitulah alam orang tua agaknya dan mungkin juga kita yang masih muda hari ini akan jadi mcm tu kot di hari tua kelak.
dalam bercerita itu seolah olah perkara itu selesai setakat itu tapi rupa rupanya tekaan mak saya silap kisah itu bukan terhenti setakat itu malah rupanya kisah itu telah membabitkan saya juga .
pada keesokan harinya selepas asar kak wati bersama pasangan suami isteri dan anak mereka itu telah datang kerumah kami.mungkin itu adalah waktu lapang baginya kerana dimasa itu mereka memang akan mengambil anak mereka selepas habis bekerja.
anak mereka kembali menangis seperti selalunya .mak hairan melihat perkara tersebut.sehingga terpaksa membuatkan mak bertanya kepada mereka.
"semalam tengok dah elok naper harini jadi mcm nilak?"soal mak kepada mereka
kak wati membuka cerita"semalam memang dah elok wak sampai lah waktu petang. tapi malangnya selepas budak ni dibawa balik dia mula meragam".
pasangan suami isteri itu mengangguk kan kepala tanda bersetuju dengan penerangan kak wati.
"inilah kot tak der keberatan wak mintak tolong lah sekali lagi ubatkan anak kami ni"kata ayah budak itu kepada mak saya.
"wak nak berjanji tu tak berani lah, tapi wak cuba jelah.tapi harap anak ni dapatlah memberikan kerjasama kepada wak"balas mak kepada lelaki itu
"wak cakap jelah kerjasama apa pun saya akan berikan, janji anak saya sembuh, saya dah tak mampu lagi nak hadapi perkara ini, banyak hal saya yang lain terbengkalai gara gara perkara ini,"terangnya panjang lebar dengan nada yang hampir menangis.
yelah sapa tak risau anak sakit.mak saya terdiam seketika.
"kita ini hanya hamba allah kot tuhan dah nak bagi sakit maka sakitlah kita tapi tuhan tak zalim dalam dia bagi sakit dia juga akan bagi kesembuhan paling penting kita cari ubatnya.wak ini apalah tahunya cuma mohon pada allah jelah yang wak tahu.sambil wak memohon pada allah eloklah anak berdua ini pun sama sama mohon pada allah..kalau kat sini bukan kesembuhannya mudah mudahan tuhan berikan jalan untuk anak jumpa kesembuhannya"mak saya mula bersuara.
"wak nak kami buat macamner?"ibu bayi tadi yang diamkan diri mula bersuara.
"mcmnilah semalam selepas wak ubat dia alhamdulillah nampak rasi tapi bila budak ni mula menangis kembali?"tanya mak saya kepada mereka semua
"ntahlah wak waktu petang semalam ketika saya ambil anak saya ini elok jer. saya betul terkejut lihat dia dah elok.bila sampai rumah dan nak masuk rumah dia mula buat hal balik"terang ibunya panjang lebar.
mak saya bertanya kembali"mungkin ada sesuatu yang tak kena tak dengan rumah kamu berdua"
"tak mungkin lah wak, tak kena apa pulak selama saya tinggal dalam rumah itu elok jer tak der apa pun"ayah bayi itu menjawab dengan nada seolah olah menafikan dan tak puas hati dengan tekaan mak saya.
mak saya yang sedar perubahan air muka ayah bayi itu berkata"wak bukan lah menuduh sekadar bertanya."
mendengarkan perkataan mak saya itu kesemuanya diam sahaja, kelihatan seperti ada ketegangan akibat soalan mak saya
mak saya pun memberikan cadangan"mcmnilah apa kata wak berikan kamu bahan untuk merambas rumah kamu.tak salah mencuba"
"terpulanglah pada wak..........."kata lelaki itu
mak saya terus kedapur mengambil sedikit beras dan dicampurkan dengan kunyit hidup untuk membuat beras kunyit. kemudian dia keluar semula ke pada mereka itu.dihadapan mereka mak saya membacakan beberapa ayat suci al quran untuk menawarkan beras kunyit itu sebagai bahan utama untuk merambas.setelah selesai semua tu mak saya memberikan bahan tersebut kepada lelaki itu.kesemua itu diikat kemas oleh mak saya didalam plastik.
plastik itu bertukar tangan .selepas menerima bahan itu mereka semua meminta izin untuk pulang kerumah.anak nya masih lagi merengek akibat terlalu letih untuk menangis.sebelum mereka meninggalkan rumah saya mak saya berpesan kepada mereka.
"ingat balik nanti jangan lupa di rambas rumah kamu tu dan bila dah dirambas biarkan seminggu beras kunyit tu jangan disapu"
pasangan suami isteri itu hanya mengiyakan sahaja kata kata mak saya.dan mereka berlalu pergi dari rumah kami menaiki kereta hitam.panas petang pun ikut berlalu pergi sebagaimana berlalunya kereta tiga beranak itu.
"kalau tak elok juga anak tu datang lah lagi nanti wak ikhtiarkan benda lain pula"pesan mak saya lagi
pasangan suami isteri itu hanya tersenyum seolah olah mereka merasakan masalah anak mereka masih punyai jalan untuk diselesaikan
petang berganti senja , senja berganti malam, dimalam itu mak saya menyuarakan beliau syak sesuatu dengan rumah itu .tapi beliau malas nak bertegang urat dengan lelaki itu.seperti biasa saya akan menjadi pendengar setia cerita mak saya.bagi saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.tak perlu ambil pusing.
namun oleh kerana dilihatnya saya seolah olah sedang mendengar dengan khusuk maka mak saya meneruskan ceritanya dengna penuh semangat.hehehehehe al maklumlah pendengar setia.........
mak saya juga ada menyatakan selagi rumah mereka tidak diperbaiki selagi itulah masalah anak mereka akan berterusan...........
pada keesokan harinya seperti mana yang dijangka oleh mak saya, pasangan suami isteri itu berserta anak dan kak wati datang kembali kerumah kami. melihatkan anaknya yang sedang merengek membuatkan mak saya malas untuk bertanyakan keadaan anak mereka.melalui rengekan anaknya itu sudah jelas menunjukkan masalah belum selesai lagi.
"wak nampak gayanya masih takder apa apa perubahan lah dengan anak saya"kata lelaki itu kepada mak saya sebaik punggungnya di labuhkan keatas kusyen kerusi rotan dirumah saya.
tiba tiba siisteri nya berkata"nak berubah mcmner orang merambas dia menepung tawar"sindir isterinya kepada suaminya
kak wati yang sedang cuba menenangkan bayi mereka mula bertanya kehairanan"menepung tawar?"
"wak tau tak saya dah kata dengan dia orang nak merambas tu ambil segengam dah tu lemparkan,yang dia tidak ambil sejemput dah tu membaling macam membaling dart"terang siisteri panjang lebar.
kak wati ketawa mendengar penjelasan siisteri lelaki berkenaan lalu meyindir tajam"kalau mcm tu kot ada hantu pun tak takut nya gelak lagi ada"
kadang kadang terfikir di benak saya mungkinkah dia merambas itu seperti imuda yang memegang watak sam dalam sitcom 2+1yang popular sewaktu dulu.dimana imuda yang berlagak lembut seringkali memukul mat deris dengan gaya lembutnya.mungkinkah begitu cara dia merambas yang dikatanya menepung tawar.malah ketika saya bertemu dengan dia sendiri dia ni jenis lelaki lembut walau kurang ketara.
lelaki itu hanya terdiam sahaja apabila menyedari akan kesilapannya.
mak saya hanya terdiam sahaja mendengar penjelasan isterinya itu.lalu mak saya mencadangkan supaya saya sendiri pergi merambas.cadangan itu disetujui oleh semua pihak.
sesudah itu mak saya telah kedapur dan menyiapkan kembali bahan untuk merambas.sesudah bahan disiapkan mak saya telah memanggil saya.saya yang ketika itu sedang melayan carigold forum tertanya tanya didalam hati mengapakah mak memanggil saya.selepas bertemu muka mak pun bersuara.
"syam kau pergi ikut orang tu merambas rumah dia"arahan mak kepada saya
"aik suruh jerlah dia kita banyak hal lah"bantah saya
"dah suruh dah masalah lain disuruh lain dibuat"jawab mak saya kegeraman
"nantilah kita salin baju dulu"balas saya pendek saya tidak memahami apa dimaksud kan mak saya lain disuruh lain yang dibuat.walau apapun dengan malasnya saya pergi kebilik menukar pakaian saya.
sebaik saya menyalin pakaian saya telah turun kebawah.sesampainya dibawah saya telah ditegur oleh kak wati"lama tak nampak ngkau?"
saya menjawab "ada kat rumah............"
kelihatan seorang lelaki yang berusia pertengahan 20an. kemas segak orangnya .mungkin itulah penampilannya dipejabat.bersamanya kelihatan seorang perempuan yang cantik.seperti pinang dibelah dua lagaknya.ditambah lagi anak yang comel walau pucat mukanya .tentu bahagia hidup mereka itu.berbagai bagai andaian yang bermain dibenak saya berkenaan lelaki tersebut.
saya menuju kepada lelaki tersebut dan bersalaman dengan beliau.agak sombong orang nya ketika saya mempamerkan senyuman tidak dibalas senyuman saya itu.
lantas saya berkata dengan dia .
"jom kita pergi sekarang"cadang saya kepada mereka sambil mengambil dari mak bahan bahan yang telah disiapkan untuk merambas.
melihatkan saya telah bersedia lelaki itu menuju ke keretanya, diikuti saya dan kak wati.isteri dan anaknya tinggal dengan mak saya dirumah.sebaik kami bertiga diatas kereta.kereta hitam itu meluncur laju dan tenang kearah destinasi yang saya tak pasti.
di dalam kereta kami hanya mendiamkan diri. lebih lebih lagi apabila melihatkan lelaki yang, ntah sombong ntah pendiam itu hanya mendiamkan diri.kelihatannya dia terlalu menumpukan kepada pemanduannya walau jalan dikampung agak kosong .
dibenak saya pula menggambarkan kalaulah saya ada kereta seperti ini mesti best punya.best jugak naik kereta buatan eropah ni.mesti mahal harganya . tentu lelaki ini berpendapatan selesa sehingga mampu untuk memiliki kereta berjenama eropah ini.ntahlah kot tiap bulan dia kurang selesa membayar bulanan keretanya.
difikiran kak wati pula saya tak pasti apa yang difikirkan mungkin rumah yang kami akan tuju ini.
kereta itu mula memasuki kesatu kawaan perumahan dan mencari cari rumah yang hendak dituju.sesampainya disebuah rumah teres satu tingkat, yang tidak bertutup pintu pagarnya. kami turun dari kereta tersebut agak serentak. kami menutup pintu kereta berkenaan juga agak serentak selepas kami turun.
kelihatan kawasan persekitaran rumah tersebut agak tidak kemas.mungkin kesibukan harian mereka menghalang mereka untuk mengemaskannya .kadang kadang terfikir dalam benak saya tentu dengan kekemasan dirinya orang tak jangka halaman rumahnya seperti itu.bak kata orang amerika latih biar kalah dirumah jangan kalah dijalan........
lamunan saya terhenti apabila lelaki itu mula membuka grill besi pintu rumahnya.saya dan kak wati menurut dia dari belakang.
apabila terbuka sahaja pintu rumah terdengar alunan muzik yang lembut.muzik orang putih.mungkin beliau peminat sentimental love song.ini bertepatan dengan rupanya yang kemas dan mungkin jiwanya agak halus fikir saya.saya bertanya dengan beliau.
"dalam rumah ni sekarang ada orang ker?"tanya saya.
"takder memang kami selalu biarkan muzik terpasang dirumah ini"balasnya mungkin dia tau apa yang saya fikirkan.
sebaik saya dan kak wati masuk kerumah tersebut saya pun meminta izin untuk merambas rumahnya.beliau hanya mengangguk kepada saya.saya pun mula merambas rumahnya bermula dari ruang tamu.kelihatan ruang tamu nya disusun indah .pelbagai gambar keluarga yang ditangkap di beberapa lokasi ada diletakkan didinding ber frame kecil. ada separuh lokasi bersalji.perkara itu sudah cukup menandakan mereka adalah golongan pertengahan yang suka melancong.tidak ketinggalan juga kelihatan patung patung kecil yang berukiran pelik.mungkin patung orang asli kot.
tiba tiba kak wati bersuara"ha....... tengok mcm nie cara merambas bukan cara kau tu menepung tawar mcm orang baling dart"katanya sambil ketawa kecil
lelaki itu hanya mendiamkan diri.seolah olah dia ingin menyembunyikan dia yang tak reti merambas dari saya.
kadang kadang heran saya dengan sikap kak wati tu walau dengan bapa anak asuhannya sedap jer dia mengutuk.tak sedarker dia makan gaji dengan lelaki itu dibuat lelaki tu tak hantar anak nya kerumah dia baru padan muka dia.memang lah kak wati ni jenis mulut becok kadang kadang malas saya nak melayannya.
sesudah itu saya pun merambas kawasan tengahnya .kawasan itu dijadikan tempat makan .kelihatan beliau sukakan sentuhan eropah .memang padan dengna mereka.beberapa pinggan bergambar biru disusun kemas dalam sebuah almari sebagai pinggan makan dan perhiasan untuk mengindahkan lagi suasana makan mereka.
tentu berselera makan disitu .dengan hiasan indah . kadang kadang terfikir dibenak saya kalaulah saya mempunyai ruang makan seperti ini saya pasti berat badan saya akan bertambah dengan drastiknya.
saya berganti arah merambas kedapur pula.kelihatan dapurnya agak kemas,dengan kabinet yang amat serasi, dengan perabot dan kelengkapan didapur.namun tiada tanda tanda mereka ini suka memasak dirumah .yelah mungkin tak sempat kot.
saya meneruskan lagi bilik air .emmm terdapat pemanas air.terkenang saya dirumah kami kalau nak mandi air panas masak airlah jawabnya.
kemudian saya teruskan merambas dibilik tidur utama pula.sepertinya bilik kelamin mereka.cuma terdapat katil kecil berpagar mungkin untuk anak kecil mereka.fikir saya.didalamnya terdapat sebuah bilik air pula.habis dirambas saya semuanya.dengan harapan kepada tuhan beras kunyit yang telah dibacakan ayat suci al quran itu dapat menakutkan hantu syaitan yang ada didalam rumah itu.kak wati dan lelaki tersebut menuruti setiap jejak saya didalam rumah itu.
sampai disatu pintu bilik lelaki itu membukakan pintu bilik berkenaan dan memberitahu itu bilik bacaannya.sepertinya ia mahu menunjukkan ia seorang yang berpendidikan tinggi dan cintakan ilmu pengetahuan. di dalam bilik itu terdapat banyak buku buku tersusun rapi berjudul yang saya pun tak pasti kerana ditulis dalam tulisan orang putih.bilik itu sangat selesa dengan temanya sebagai bilik bacaan. walau apa pun habis dirambas dek saya kawasan bilik itu.
sampai disatu bilik saya cuba membuka tapi malangnya bilik itu berkunci. melihat kan kesukaran saya beliau berkata.
"bilik ini saya gunakan untuk menerima tetamu dan selalu saya kunci kerana. sesekali jer kami terima tetamu. nanti saya ambik kunci bilik ni "lalu berlalu pergi meninggalkan kami kearah bilik utama.
sementara menunggu pintu bilik terbuka saya melihat sekitar rumah.penuh dnegan beras kunyit rambasan yang telah saya buat.alunan muzik lembut masih kedengaran ditelinga saya. menyamankan dan merehatkan.memang selesa rumah ini.dia memang lelaki yang amat sempurna mempunyai isteri yang cantik, anak yang comel,kerjaya yang baik,rumah yang selesa,mungkin hidupnya benar benar menarik.tapi itu dari sudut pandangan saya masalah dia sapa yang tahu.kalau tak mustahil hari ini saya terpaksa izin dalam paksa merambas rumahnya.
sedang saya mengelamun lelaki itu muncul.beliau terus membuka pintu bilik itu dan meminta saya masuk merambas.saya pun masuk kebilik berkenaan.rasa tak sedap hati bila saya masuk kebilik itu.susunan perabot nya kemas seperti tempat lain didalam rumah itu.tapi rasa seram pula dalam bilik itu.mungkin akibat kekurangan cahaya dalam bilik itu membuatkan saya berperasaan seperti itu.
lelaki itu seperti tahu dan memetik suis lampu kepada saya.mungkin sebab apabila melihat saya yang serba salah untuk masuk kesana kot membuatkan beliau tahu.melihatkan bilik telah cerah saya masuk kebilik berkenaan dengna lebih jauh lagi.saya diikuti oleh lelaki itu dan kak wati.
keseraman saya dan jantung saya yang sentiasa berdengup kencang membuatkan satu ketidak selesaan dalam diri saya.perasaan tak sedap hati benar benar menguasai diri saya.walaupun hiasan dalam bilik itu kemas seperti bilik bilik lain namun perasaan saya tidak seperti dibahagian lain rumah tersebut.
saya telah merambas bilik tersebut. sebaik sahaja beras kunyit terpecah dilantai akibat rambasan saya secara tiba tiba terdengar suara kucing mengiau dengan kuat.kami semua terkejut. entah dari mana seekor kucing hitam menjelma secara tiba tiba.yang memelikkan kucing ini berwarna hitam mulus.apa yang lebih memelikkan ekor kucing itu bukan pada belkang tubuhnya tapi berada di peha kirinya.
kucing itu bergerak kekiri dan kekanan dihadapan kami bertiga.saya yang melihat gelagat kucing itu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan buruk yang akan kucing itu bawa.lebih lebih lagi kucing itu tak berhenti menderam seolah olah kami adalah musuh ketatnya.
tiba tiba kak wati bersuara" tu.........tu.......tu...........bukan kucing tu hantu tu......."katanya dalam nada ketakutan.
saya yang telah sedia ada seram bertambah seram.mungkin beliau nampak ekor kucing yang cacat itu.tidak seperti kucing kucing biasa.
kucing itu kelihatan seperti marah apabila ditegur kak wati.kelihatan kucing itu berhenti disatu sudut dihadapan kami.badannya direndahkan seolah olah mahu menerkam kearah kami.sapa yang kena..............
kucing itu mengiau dengan kuat langsung menerkam kearah lelaki tersebut yang berada ditengah kami.melihatkan kucing itu bertindak secara tiba tiba lelaki itu benar benar tergamam dan berdiri kaku.saya yang memang sudah menduga apa yang akan berlaku terus menolak lelaki itu ketepi,manakala saya pula telah menjatuhkan diri kearah yang bertentangan untuk mengelak serangan kucing hitam itu.
hampir hampir tubuh lelaki itu mengenai kak wati ketika jatuh.ketika kucing itu melompat melalui muka saya terasa angin lembut menyentuh muka saya.cuma nasib baik kucing itu tidak memanjangkan kakinya dan membuka cakarnya kemuka saya sahaja.kalau tak pasti kehenseman saya akan berkurang akibat dicakar kucing itu.hehehhhehehehe
kadang kadang terasa seperti george bush mengelak kasuk ketika di baling oleh seorang warga iraq lagaknya.cuma george bush tu jahat saya ni baik.hehehehehehe
buat joke sikit bukan per dalam kita hadapi situasi cemas mcm nie jangan terlalu serius dan cemas takut kita takkan dapat berfikir cara wajar.
saya yang jatuh terduduk terus bangkit kembali dan cuba mengejar kucing itu.lelaki itu pun cuba bangun untuk mengejar sama.langkah kami terhenti melihat kucing itu berhenti menantikan serangan balas kami.tapi terus terang saya pun tak tahu mcm ner nak serang kucing tu.seperti biasa saya mula menghitung ilmu didada.namun hampa tiada apa pun ilmu dalam simpanan dada saya.kelihatan lelaki itu hanya mengikut gerak saya.
ketika itu apa yang boleh saya lakukan hanya tunggu dan lihat sahaja apakah tindakan kucing itu selanjutnya.saya membaca ayat al kursi dan pasrah kepada tuhan memohon keselamatan.itu sahajalah yang mampu saya lakukan diwaktu itu.
kucing itu terus menderam menghadap kami.tidak henti henti deramannya.bagi kucing itu kami adalah musuh terbesarnya.
tiba tiba kucing itu bangun.saya yang sudah terlalu bersedia terus mengelak kekanan.melihatkan saya mengelak kekanan lelaki itu mengelak kekiri.namun kucing itu bangun bukan untuk menyerang kami. sebaliknya kucing itu mengalihkan haluannya membelakangi kami dan terus lari.kami yang lihat kucing itu lari terus cuba mengejar kucing itu...........
kami sama sama melihat kucing itu berlari dengan pantas kearah ruang tamu. disatu sudut ruang tamu yang lapang tidak diisi dengan apa apa perabot, tiba tiba kucing itu ghaib dalam terangnya cahaya matahari petang.saya dan lelaki itu berpandangan satu sama lain.lelaki itu bersuara kehairanan.
"mana pergi kucing tu?"tanya nya heran kepada saya.
"ntahlah........"jawab saya pendek sambil melepaskan nafas pendek
tiba tiba kak wati bersuara kuat dalam keadaan sengau.ntah bila pulak kak wati jadi sengau saya pun tak pasti.mungkin terlalu terkejut kot
"eh pasal apa mulut aku ni ............?"katanya dalam kepelikan, ketakutan dan kehairanan yang amat sangat
kami berdua melihat wajah kak wati .mulutnya herot ke kiri .patutlah suaranya sengau.lelaki itu kehairanan melihat situasi itu.jangan kata dia saya pun heran.tapi kalau saya menunjukkan rasa heran pelik dan takut apalagi mereka.itu fikir saya.senang cakap waktu tu saya hanya berlagak cool sahaja.
sebenarnya berbagai pemikiran ada dibenak saya.mulut kak wati,kucing tadi,keadaan rumah ini dan berbagai lagi..........
melihatkan situasi kak wati saya bertambah seram.dia berusaha untuk membetulkan mulutnya yang herot dan suaranya yang sengau akibat mulut nya yang herot,tetapi gagal.
kadang kadang lucu juga melihat mulut kak wati itu memang padan muka dia sebab terlalu cabul mulutnya itu.mulutnya kelihatan seperti orang tua ompong sedang bersogek dengan tembakau jawa. ompong tu bahasa jawa yang bermaksud dah takder gigi.heheheheeee
selesai sahaja saya merambas saya yang sudah tidak selesa dengan keadaan rumah itu mula mengajak mereka kembali.lelaki itu serba salah.dan bertanya.
"takder apa apa ker.........."tanya nya serba salah.
"jangan risau ...........toloong biarkan rumah ini jangan disapu selama seminggu"jawab saya selamba
"wak piah pun ada bagi tau hal tu"katanya memberitahu saya.
kami bertiga keluar dari rumah itu.bunyi muzik lembut kami tinggalkan dirumah itu.
didalam kereta untuk balik menuju kerumah,saya memulakan perbualan.
"lama ke awak dah tinggal rumah tu?"tanya saya kepadanya
dia yang seperti mengelamun menjawab "rumah tu saya sewa sebab saya dipindahkan disini hujung tahun lalu?"
saya terus berkata"sepatutnya jangan dibiarkan bilik dirumah berkunci tanpa tiada siapa didalamnya.kalau perlu juga dikunci cuba letakkan sepiring garam didalam bilik itu dan sebaiknya dibiarkan tingkap terbuka sedikit supaya jika ada makhluk halus masuk mereka boleh keluar jika tersesat dalam bilik kita. sebaiknya garam bukit kita letakkan supaya benda halus tak menghuni bilik tersebut.sebab kata separuh paranormal frekuensi yang dihasilkan oleh garam sangat menakutkan makhluk halus.kalau kita perasan sekarang ini dah ada orang yang buat lampu garam bukit.bukan mahal pun sebiji tak sampai rm20 pun.letakkan satu selain cantik sebagai perhiasan cantik benda tu juga baik untuk menghasilkan udara segar dan menakutkan makhluk halus ini."
beliau yang seolah olah minat mendengar penjelasan saya yang panjang lebar itu berkata.
"banyak pengetahuan abang yer........."ujar beliau kepada saya
"tak derlah banyak, sikit jer, mana yang saya tahu saya beritahu, mana yang tak tahu saya kata tak tahu"ujar saya pula.
saya menambah"lagi satu kita ni orang islam kalau boleh jangan lah letak patung dalam rumah. malaikat rahmat tak masuk rumah orang yang miliki patung.kalau malaikat dah tak masuk benda selain malaikat, mungkin syaitan yang akan masuk dalam rumah kita.apalah salah jika kita meletakkan ayat suci al quran sebagai hiasan dalaman rumah kita.satu lagi muzik ni sebenarnya siulan syaitan jangan dimainkan dalam rumah.............."
saya menoleh beliau sejenak ,kelihatannya beliau agak kurang selesa apabila saya menegur rumah beliau yang seperti itu.melihatkan beliau kurang selesa saya menyambungkan kata kata saya.
"sebenarnya tak salah nak main kan muzik kat dalam rumah, tapi apalah salahnya kita memainkan ayat ayat suci al quran dalam rumah.sekarang ni dah banyak versi cd ada, dvd ada, dari imam masjid mekah ada,imama masjid madinah ada,pilih sahaja dikedai.itulah cara mudah kalau kita malas sangat nak baca al quran.apa lah salah nya dalam sehari semalam kita pasang ayat suci al quran dalam sejam dua,buat apalah beli home teater mahal mahal tapi sekali pun kita tidak memainkan bacaan ayat suci al quran bukankah rugi?"soal saya kepadanya
beliau hanya mengangguk, kelihatannya air muka nya cerah sedikit apabila saya sebut seperti itu.dan saya terus menyambung......
"rumah yang tak diisi dengan ayat al quran ini adalah seperti kubur,yelah kubur kan banyak hantu jadi tak mustahil rumah kita akan diduduki hantu selain kita yang tetap disana.hantu ini adakalanya dia tak jelma tapi dia akan membuatkan rumah kita akan porak peranda."terang saya lagi.
"mcm ner tu bang?"soalnya pendek.
saya menjawab."saya ada sorang kawan.dia ni dah kahwin dan memiliki 3 orang anak.diani sebelum kahwin dah bercinta dengan isterinya dari semenjak bangku sekolah lagi.dulu kat sekolah puas kami gossipkan dia dengna isterinya.siap cikgu pernah cabar dia suruh dia jemput kot mereka kahwin.bila kahwin siap dia jemput cikgu tu untuk menepung tawar..........."
tiba tiba dia ketawa kecil.ntah hapa yang dia gelakkan apabila saya menyebut menepung tawar. saya pun tak tahulah .gelakan kecilnya benar benar memutuskan cerita saya itu.dia seperti sedar saya kurang senang dengan ketawa dia dan terus menghentikan ketawanya.
kemudian terus saya menyambung"selepas ada 3 orang anak dia benar benar berubah dia selalu habiskan masa sendirian diluar rumah.adat lelakilah bila dah sendirian mesti nak berteman dia telah membuat hubungan sulit dengan rakan sekerjanya dan akhirnya dia telah memadukan isterinya.isterinya tu kot nak banding dengan isteri barunya cantik lagi isteri lama nya tu walau dah beranak 3.tapi ntahlah apa dicari pun saya tak pasti sedangkan isteri tuanya tu anak dan 3 cantik pula tu.pelik"saya bercerita panjang lebar.
berliau bertanyakepada saya"abang rasa naper?"
saya menjawab"sebenarnya pedaya syaitan sangat halus.syaitan ini mempunyai organisasi dari semenjak dari zaman dia dihalau dari langit kebumi.semenjak itu semua maklumat untuk menggoda manusia telah disimpan dengan rapi dan menjadi pelajaran kepada syaitan lain yang lebih junior dari yang senior"
beliau kehairanan mendengar penjelasan saya lalu bertanya"maksud abang?"
saya sambung penerangan kepada beliau"saya pernah kerumah nya ternyata rumah nya memang tiada satupun ayat suci yang digantungkan.saya kenal beliau ni bukan kuat sangat agama.syaitan bila buat kerja bukan secara persendirian tapi secara berkumpulan . ada syaitan yang akan pergi ke tubuhnya tanpa disedari akan pergi ke pinggangnya melalui saluran darah dan akan menggangu keinginan seks nya.sebahgian pula akan pergi kematanya sehingga pada pandangannya isterinya itu tak cantik dan jemu pada isterinya.manakala yang lain akan duduk dirumah dan sentiasa membuatkan rumah itu panas dan tidak selesa.dan bila kat luar pula, syaitan pula akan pergi juga kepada isterinya dan melakukan perkara yang sama. pergi pula kumpulan syaitan yang lain kepada anak anak nya untuk memperlihatkan diri anak anak itu adalah masalah semata.cubalah fikir kalau berduyun duyun syaitan datang menggoda mcm ner nak selamat dari situlah saya gelar organisasi syaitan menyesatkan manusia, kerana terlalu bekerjasama mereka itu.bukan saya sorang jer persoalkan dia nikah lagi tu malah kawan kawan yang lain pun persoal sama perbuatan dia tu.alasan dia cumalah sudah kurang serasi dengan rumah tangga nya.sedangkan punca dari dia sendiri yang tidak mahu ikut ajaran islam"
diwajahnya benar benar takjub bila saya menerangkan kisah godaan syaitan ini.
dia bertanya lagi "kalau mcm tu matilah kita.........mcmner nak selamat"
saya menjawab tenang"auzu billah hi minas syaitanir rajim........aku mohon perlindungan dengan allah dari syaitan yang direjam....tiada apa satu cara pun untuk kita melawan syaitan yang ada kita harap pertolongan dari allah untuk melindungi kita dari kejahatan mereka.kesimpulannya hiduplah secara islam dan pulanglah kepangkal jalan sekiranya kita tersesat dihujung jalan.sebenarnya islam sangat sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia.tuhan yang menjadikan kita, tuhan juga lebih tau apa yang sesuai dan terbaik untuk kita.percayalah tuhan itu lebih dan maha mengetahui"
"patutlah kebelakanganni selepas saya memiliki anak ni hubungan kami semakin renggang antara saya dan isteri saya.kami melakukan hubungan hanya sebulan sekali itupun dalam keadaan yang kurang menyenangkan. mulanya saya ingat masalah biasa dalam rumah tangga saya ni. mungkin kehadiran orang baru dan kesibukan seharian membuatkan jadi mcm ni"beliau mula membuka rahsia rumah tangganya.
malas saya nak jawab soalannya itu. pandai pandailah dia fikirkan apa yang terjadi pada dirinya.saya terus menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan.
"baiklah maaf saya ingin bertanya dalam sehari semalam berapa kali awak solat berjemaah dengan isteri awak?"tanya saya
beliau kelihatan muram apabila ditujukan soalan itu kepada saya.mukanya hanya melihat jalan untuk menumpukan kosentrasinya sewaktu memandu. kami bercerita seolah olah kak wati tiada dibelakang .mungkin kerana mulutnya yang herot mengakibatkan beliau kurang berkemampuan untuk mencelah apa yang kami sembangkan.
melihatnya muram saya terus berkata"jawab dalam hati jangan dengan mulut kerana hati itu jujur mulut itu boleh menipu"
arah saya kepadanya .saya memberikan sedikit masa untuk menjawab soalan itu dalam hatinya.
seketika kemudian saya terus berkata kepadanaya"tahukah kita hikmah solat berjemaah?diandaikan mungkin isteri kita lebih besar pangkatnya queen control sekalipun,mungkin kita bekerja dengna dia sekalipun,dan mungkin dia lebih besar gaji dari kita sekalipun dan mungkin bla bla bla bla.......sekalipun, pendek kata kita berkedudukan lebih rendah dari isteri kita dari semua segi sekalipun,dalam solat dia tetap kena jadi makmum, dan kita jadi imam dan itulah permulaan isteri kita akan lembut hati untuk mendengar perintah kita.percayalah jika kita bawa hati orang untuk tunduk kepada tuhan maka tuhan akan tundukkan hati orang itu pada kita, insyaallah, dan jika kita membawa jamaah iaitu anak dan isteri kita ikhlas kepada tuhan. insyaallah, tuhan akan ikhlaskan hati anak dan isteri kita tunduk menerima kita sebagai pemimpin mereka.sesungguhnya hati kita dan hati mereka adalah kepunyaan tuhan."pesan saya kepadanya.
saya menyambung"tu sebab bila kita enggan memimpin isteri kita dalam solat jamaah,dia pula sibuk kerja diluar dengan arahan bos dia , sebelum kahwin dengan kita pula dia patuh dengan arahan ibu, bapanya dan guru gurunya, jangan hairan bila kita arahkan sesuatu kepadanya, kemudian dia cakap, susahlah bos suruh kerja esok, susahlah mak abah suruh buat inilah, itulah,sebab apabila kita baru terima seorang perempuan sebagai isteri, sebenarnya sebelum ini telah ramai orang yang menjadi pemimpin bagi isteri kita, dan dia telah dididik untuk mengikut arahan ibu, bapanya, guru gurunya dan bosnya,sedangkan kita yang baru bersama dengan dia, nak perintah dia untuk membelakangkan perintah ibu,bapa guru gurunya dan bos dia. rasanya adalah sesuatu yang amat sukar.sebab itulah kita memanfaatkan suruhan tuhan untuk menimbulkan kewibawaan kita pada dirinya.ingatlah kita bukan pemerintah tunggal dan satu satunya pemerintah kepada isteri kita mintalah bantuan dari allah supaya isteri kita taat hanya pada kita, tapi sebelum tu bawalah dirinya taatkan allah dan rasul,insyaallah tuhan sendiri dengan qudratnya akan menjadikan isteri kita taat pada kita."
beliau terangguk angguk tanda bersetuju dengan penerangan saya itu.diwajahnya kelihatan beliau merenung jauh dan menumpukan penerangan saya kepadanya.
saya lanjutkan lagi"cuba tengok kes perceraian yang hangat ketika ini, boleh dikatakan tiap hari ada orang bercerai, memanglah alasan sama,tiada persefahaman, isteri kata lain suami kata lain.tapi pernahkah kita buat kajian sejauhmana mereka pernah berjamaah.katakan jika sisuami terlalu marah dengan siisteri atau sebaliknya siisteri pula terlalu marah kepada suaminya .bukankah jika selalu solat berjamaah mereka sama sama dapat mencari persefahaman kembali ketika solat berjamaah itu"
beliau agak kehairanan dengan kata kata saya itu wajahnya berkerut menunjukkan ketidak fahaman itu.
melihatkan beliau yang kehairanan saya meneruskan penerangan saya"baiklah katakan isteri awak tengah marah, taknak bertegur sapa dengan awak,sampai waktu solat awak pujuk dia,awak cakaplah dengan dia,kalau terlalu marahkan saya sekalipun takkanlah sampai tak sudi berjemaah dengan saya kot?awak tanyalah mcm tu dengan dia agak agak nya kalau awak dah biasa bersolat berjemaah bersamanya adakah dia akan menolak atau dia akan letak dulu kemarahan dia untuk solat dengan awak?kalau susah juga nak faham cuba awak fikirkan awak tengah marah dengan dia kemudian sampai waktu solat dia bentangkan sejadah untuk awak dan dia pelawa awak jadi imam agak agak awak sudi menjadi imam dan meletakkan dulu kemarahan awak atau tolak untuk jadi imam dan terus sambung kemarahan awak?"
kelihatan dia tersenyum mendengar penjelasan saya .mungkin dia faham apa yang ingin saya sampaikan.
saya terus berkata"kesimpulannya sehari ada lima kali peluang untuk awak berbaik dengan isteri awak sekiranya awak bergaduh dengannya betul tak?"
soal saya kepadanya. soalan saya itu hanya dijawab dengan anggukan kepalanya sahaja.
saya terus menerangkan kepadanya lagi"berbanding jika kita tak amalkan solat berjamaah apa yang kita lakukan jika wujud perselisihan antara kita dan isteri kita.sudah pasti seorang kehulu sorang kehilir sorang masuk ikut pintu belakang sorang keluar ikut pintu depan.kalau dah mcm tu, mcm ner nak berbaik dan lama lama memang sah bercerai"
beliau yang tadinya banyak berdiam mula berkata kepada saya"sayani pernah pergi ke eropah untuk belajar,kami sama sama satu universiti ketika di eropah dulu.kami ni hidup agak kebaratan.terus terang saya katakan saya ni solat pun bukan buat sangat.kalau mcm ni bolehker saya pulang kepada tuhan.tuhan terima kah saya.saya bukan tak nak pulang kepangkal jalan tapi kadang kadang rasa muda lagi dan rasa kalau saya pulang pun takut buat balik apa yang lepas lepas tu nanti takut mcm mempermainkan taubat pula"katanya dengan nada sedih...........
saya menjawab"ingatlah sesungguhnya rahmat tuhan itu mendahului murkanya.dan ingatlah helah dosa itu adalah taubat"
rasa mcm tuan gurulak saya bila menasihatinya tapi bila ingat balik awak ni pun kurang ilmu kurang amal lagi banyak dosa.tapi dah orang minta pendapat bagi jelah apa yang awak reti.
saya terus berkata padanya"awak tahu tak tuhan tu sangat pemurah selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita ini mempunyai peluang untuk balik kepangkal jalan.awak juga patut tahu helah dosa itu adalah taubat . mana ada manusia yang tak berdosa dalam dunia ini. malah rasullullah yang maksum itu pun sekali duduk jer 100 kali beristighfar.sebenarnya tuhan sangat cinta dengan mereka yang bersuci dan bertaubat.oleh itu jika dah buat dosa disiangnya taubatlah dimalamnya, dan tuhan menyintai orang yang sedemikian.tapi jangan pula saja saja buat dosa.dalam dunia ni takder orang yang suka suka buat dosa, kecualilah hati dah berkarat. selalu manusia buat dosa kerana tak tahan dengan godaan hawa dan syaitan.senang cakap mereka tewas. jadi wajiblah mereka bertaubat.taubat kita akan buatkan syaitan menangis semahu mahunya, kerana rancangan mereka untuk goda kita gagal.dan sekali lagi saya nak tekankan tuhan menyintai kita yang seperti itu."
beliau terdiam, dan dilihat dimukanya tersenyum.cerah mukanya mendengar penerangan saya itu.satu yang saya mula sedar ketika kami pergi kerumahnya rasa perjalanan tak sejauh mana ,tapi bila balik naper panjang sangat perjalanan. saya mencuri melihat meter keretanya. memang sah dia bawak terlalu perlahan .mungkin dia berminat dengan cerita saya sehingga dia memperlahankan kenderaannya untuk mendengar cerita saya.
dalam diam itu beliau bertanya kepada saya."kat rumah abang tinggal dengan siapa"
"saya dengan ibu saya dulu saya dok rawang tapi lepas arwah ayah saya meninggal saya teman kan ibu saya"jawab saya panjang tanpa diminta
dia bertanya satu soalan cepu mas"abang tak kahwin lagi ker?"
saya menjawab"saya belum kahwin lagi"
beliau tersenyum menyindir dan terasa senyuman itu ditujukan kepada saya.mau tak terasa sembang hal rumah tangga punya pandai kahwin pun tak lagi.
saya terus berkata"sebenarnya apa yang saya ceritakan ini yang pertama saya ingin menasihati diri saya. disamping mengingat balik ilmu dan pesan guru guru saya yang pernah saya pelajari dan disampaikan pada saya. yang selanjutnya jika ada orang nak kongsi bersama saya sangat alu alukan mudah mudahan mana baik jadi teladan mana buruk jadikan sempadan."
nasib baik kak wati tak boleh bersuara kalau tak sahih saya dikutuknya. al maklumlah cerita punyalah bagus kahwin tak lagi.tak cukup tu siap nasihat dan bagi kaunseling kepada mereka yang dah nikah....sabo jelah......
elok gak kak wati ni herot mulutnya yang takder insuran tu. sebab dia dah kurang dan langsung tak bersuara. ntah ntah dah mati kat belakang. sesekali saya melihat kebelakang utnuk melihat keadaannya . masyaallah hidup lagi rupanya.
mendengar saya berkata seperti itu dia seperti perasan ketidak senangan saya terhadap soalannya dan dia berkata kepada saya"mcm abangni cukup ilmu bila nak kahwin senang jer tinggal pakai jer . tapi macam saya ni tak berilmu dah kahwin pun masih tak sedar kekurangan diri"
saya berkata kepadanya"saya ni pun banyak kurangnya mana yang baik dari diri allah mana yang buruk dari diri saya"dengna nada yang merendah diri
apabila kereta hampir menuju kerumah, saya cuba menukarkan topik perbualan sepertinya tidak elok saya cuba menasihati dia di hadapan isterinya ditakuti merendahkan dia dimata isterinya.
sebaik sahaja kereta berhenti kak wati terus berlari kepada mak saya yang didalam rumah.beliau berkata dalam bahasa sengaunya yang makin sukar untuk difahami.saya menuju kepada mak saya dan menerangkan apa yang berlaku.memang lucu bila lihat kak wati jadi mcm tu.
mendengar penjelasan saya mak mengambil segelas air dibacanya apa ntah dalam air itu saya pun tak tahu .kemudian mak menyapukan air itu kemuka kak wati.mak mengurut lembut mulut kak wati yang senget itu. perlahan lahan mulut kak wati dibetulkan.bila dah betul mulutnya kak wati terus berkata.
"eh mulut kita dah baiklah,mulut saya nie tak jadi apa apa lagi ke wak ?tak ker malam nanti jadi senget balik?"betalu talu soalan dikemukanan kepada mak saya. dah hilang sengaunya.
mak saya tidak menjawab lalu menyuruh dia minum lebihan air digelas itu.dia minum dengan rakusnya.
ketka dia minum barulah mak bercakap."tengok tu bila dah sembuh bukan nak ucap al hamdulillah, bila nak minum bukan nak ucap bismillah baca selawat jauh sekali kalau malam nanti senget pun elok gak ngkau kan dah puas bercakap dalam hidup kau sekarangni"sindir mak saya tajam kepadanya
kami semua ketawa mendengar sindiran mak saya .kak wati meletakkan gelas dan dengan memasamkan muka dia hanya mendiamkan diri.tapi saya tak risau sebab kak wati ni jenis tak amik hati punya orang.cakap main lepas tapi bila dia dikata pun tak amik hati.
mendengar kami ketawa bayi itu cuba ketawa sama.baru kami sedar tangisan dan rengekan nya telah hilang.kelihatan wajahnya comel berseri seri seperti bayi yang lain.
petang itu kami bersembang kosong sebelum keluarga itu minta izin untuk kembali.ketika dia bersalam dengan saya lelaki itu berkata kepada saya
"seronok berkenalan dengan abang diharap jika saya berkelapangan kita boleh bercerita lagi.insyaallah saya akan cuba buat apa yang abang katakan" ujarnya bersahaja
saya henya menjawab"insyaallah........"
mereka semua berlalu pergi menaiki kereta hitam dari benua eropah itu.
kami menghantar mereka sampai dihadapan rumah .
ketika kereta itu makin jauh saya bertanya kepada mak saya"naper mak ubat kak wati tu"
mak kehairanan langsung bertanya soalan saya kembali"naperlak?"
tanpa menjawab soalan mak saya soal lagi kepada mak"naper tak suruh kita jer ubat dia?"
lantas mak bertanya pada saya "kau reti ker mengubat?"
saya bertanya lagi pada mak "mau tak reti.takkan mak tak tahu?"
mak bertanya kehairanan"mcmner kau ubat?"
"senang jer dia kan senget mulutnya ke sebelah kiri kita tampar jer mulutnya yang kiri untung untung terus mulutnya senget belah kanan pula dah tu tampar pipi belah kanan untung untung terus betul"jawab saya selamba
mak memalingkan muka dari saya dan berkata"hish tak baik cakap macam tu tau"
saya hanya ketawa terbahak bahak.mungkin mak tahu saya getik dan berbulu tengok kak wati tu yang banyak mulutnya.saya pun naik kerumah dan bersedia untuk menghadapi maghrib.
ketika saya diatas rumah mak yang didapur menjerit memanggil nama saya.mendengar jeritan suara mak seperti ada kecemasan, tanpa membuang masa terus turun ke dapur.sampai di dapur kelihatan wajah mak pucat dan cemas.
saya bertanya pada mak"naper mak?"
mak menjawab sambil menunjukkan jari telunjuknya ke satu arah berhampiran peti ais"ular........."
saya melihat kearah tersebut kelihatan seekor ular senduk sepanjang 3 jengkal sebesar ibu jari kaki.ular itu sedang menunjukkan lagaknya dengan mengangkat kepalanya yang sedang kembang.berwarna hitam mulus tidak seperti ular senduk lain. heran saya tak silap saya minggu lepas baru jer saya letak belerang kuning keliling rumah.saya pernah melihat akibat ular ini tersentuh belerang kuning seluruh tubuh akan lumpuh.memang ular ini sangat pantang dengan belerang kuning.tapi mcm ner ular ni boleh masuk kerumah. lagipun tiada ruang yang benarkan ular ini masuk.
saya berkata pada mak saya"mak tengok kemana dia pergi"
saya terus berlari ke bilik air untuk mengambil kayu .kayu sepanjang hampir dua depa saya capai.memang kayu itu sentiasa saya siapkan untuk menghadapi kecemasan dari binatang buas dan manusia.saya menuju kepada mak saya .kelihatan ular itu tidak berganjak dari tempat itu.
saya berkata dengan geram kepadanya"kalau kau binatang kau akan mati, kalau kau jin kau pun akan mati, berani kau masuk rumah aku, ambik ni."
tamat kata kata itu, saya terus menghayunkan kayu ditangan kearah ular itu.sebaik sahaja terkena kayu tubuh ular itu terputus dua.mungkin terlalu kuat saya menghayunkan kayu itu kepada ular itu yang berada diatas simen kot.tak bagi can langsung kat ular itu.dah takder menguit nguit pun seperti biasa kita memukul ular.senang cakap mati tanpa tanpa sempat menguit nguit.tercengang saya melihatkan ulat itu lalu berkata
"padan muka kau berani masuk rumah aku.ingat kau bapak aku buat rumah ni untuk kau ker.itulah balasan sapa yang cuba masuk rumah aku tanpa izin aku"
ular itu masih diam tak bergerak sahih dah mati.
mak berkata kepada saya"dah dah buang bangkai nya itu"arah mak pada saya
saya mengambil penyodok sampah dan meletakkan ular itu kedalamnya dengan menguis guiskan menggunakan kayu yang sedia ada.
saya membawa ular itu keluar rumah untuk dibuang.ketika saya dalam perjalanan tiba tiba ular itu bergerak semula .nasib baik kayu yang saya gunakan untuk memukul ular itu masih ditangan kanan saya.saya terus meletakkan ular itu ke pecahan simen.dengan geramnya saya mengambil hujung kayu dan memukul dan melenyek ular itu sehingga jadi lempeng dan hancur luluh bersatu antara tulang dan dan dagingnya.padan muka dia.memandangkan tubuhnya dah melekat dan melempeng diatas pecahan simen itu saya biarkan sahaja.
mungkin ketika saya pukul tadi sampai putus dua, ulartu hanya pengsan akibat kesakitan yang amat sangat, sekarang ni baru ulartu nak rasakan sakratul maut kot.tapi takperlah saya dah bantu ular tu dengan ketuk dia sampai jadi lempeng dan tak gerak gerak lagi.itulah kali pertama saya bunuh ular dengan cara yang amat kejam sekali.hehehehehehhe geram betul saya dengan binatang pengkhianat ni.sebab ular yang bersubahat dengan iblis untuk goda adam makan buah khuldi lah sehingga akibatkan adam dan hawa diturunkan kebumi.memang ular ni saya dendam giler.lagipun sunat bunuh ular ni.cakap terus terang..........saya bencikan ular..........
saya masuk kerumah
mak bertanya kepada saya"dah kau buang ?"
"takder pun. dah saya jadikan dia lempeng lama lama jadilah tanah lah dia"jawab saya megah
mak berkata dengan nada terkejut"pergi buang"
pasal malas nak bertengkar dengan mak saya pun keluar semula untuk buang ular tersebut.sampai ditempat saya buat lempeng ular saya terkejut.bangkai ular itu tiada dan kesan nya pun tiada .saya naik hairan belum pun 5 minit saya tinggalkan hilang pulak. walau saya tak reti bakar pakai tangan saya masih boleh bakar ular itu dengan petrol. baru saya faham naper tuan guru haris bakar benda mcm ni.kalau nak tahu berkenaan tuan guru haris sila baca kisah seram saya yang lalu.
memandangkan wkatu itu senja saya masuk kedalam rumah sesegera mungkin dan memberitahu kejadian berkenaan.mak saya ikut kehairanan.mak mencadangkan saya untuk menumpukan kepada bacaan ayat suci al quran dan berzikir dimalam itu sebagai cara untuk menghadapi segala kemungkinan yang mungkin muncul.yelah bila dah kita tak tau apa yang berlaku bukankah elok kita serah dengan tuhan.
saya tidak membantah dimalam itu dari lepas maghrib kami hanya membanyakkan berzikir sahaja dan membaca al quran.hingga kemalam baru saya masuk tidur.mak pula berjaga semalaman.pagi esoknya dan hari hari mendatang al hamdulillah tiada apa apa yang buruk berlaku kepada kami.
cuma bila saya terkenang kisah ini saya sebenarnya terlupa satu perkara.
walaupun saya bercerita panjang dengan lelaki itu, ayah bayi tersebut,suami mak bayi tersebut,dan majikan kak wati saya lupa nak tanya siapa nama lelaki tersebut
saya benar benar lupa................
tamat

Subscribe to:
Posts (Atom)