Tempat = salah satu jalan kat sabak bernam tempat tepat saya tak dapat berikan nanti saya terangkan naper....
Masa = banyak masa baca sendiri nanti taulah....
Ahli = ramai orang tapi saya tak terlalu terlibat sangat sebab kisah ni kisah kawan saya
suspek hantu = puaka matang and the gang......yang sebenarnya mereka ni lebih kepada ifrit atau hantu raya....
salam seram semua (nak try ikut salam 1 malaysia lah ni)........
tenet masih kurang stabil kalau terputus tiba tiba hehehehe harap tolong faham yer
lama sungguh tak masuk dalam ni banyak citer seram yang dikemukakan oleh para forumer dan saya amat menghargainya....
ramai pulak newbie yang register kat cg forum semata mata nak kongsi cerita seram sy juga sangat sangat menghargai. diharap dengan cerita cerita seram ini kita kan lebih terdidik dalam menangani gangguan makhluk halus dan tidak cepat kalut apabila berhadapan dengan mereka. sebenarnya dalam hidup kita ini secara kita sedar atau lupa kita memang sentiasa berurusan dengan makhluk halus....
dan tak kurang juga kepada sebahagian yang lain yang menjadikan thread ini sebagai satu bentuk hiburan
terpulanglah kepada anda semua untuk menjadikan thread ini sebagai apa walau apa pun bagi saya benda ini benar benar wujud dan ingatlah disatu tempat yang kita duduki wujud makhluk lain yang duduk bersama sama kita dalam dimensi yang berlainan
begitulah berkuasanya tuhan menjadikan kita disatu tempat dalam dimensi yang berbeza.........
terlebih dulu saya nak minta maaf sebab terlalu lama menghilang diri. ini kerana masalah pc dan masalah kesibukan saya.
kali ni seperti yang telah diminta oleh sorang forumer sy akan menceritakan kisah puaka matang.
sebenarnya matang ini adalah satu tempat tinggal beberapa kumpulan lelembut(makhluk halus)yang amat ramai. mereka ini tinggal berkaum kaum ada dari kalangan hantu raya, bunian dan penjaga harta karun.........
jadi sesapa yang gila tarik harta karun tu boleh lah try kat sini k tapi saya ingatkan satu perkara sehingga sekarang belum ada yang berjaya menarik harta karun apa bila jin penjaga harta karun itu meminta tumbal manusia sebagai ganti untuk mendapatkan harta karun tu.
bagi saya kot kita ikut cakap depa pun kita siapkan tumbal manusia sekalipun mereka tetap takkan berikan harta karun itu kepada kita ........
ini kerana memang kerja depa ni memang nak nyesatkan manusia je.........
jadi berhati hatilah dengan tipu daya dan godaan mereka yang sentiasa menggoda.
malah tempat ini juga seringkali dijadikan tempat menyerahkan korban binatang kepada makhluk halus... begitulah perbuatan perbuatan khurafat beberapa manusia yang mengaku mentauhidkan tuhan tapi dalam satu masa mereka mensyirikkan tuhan
malah arwah datuk kepada teman saya seringkali mengorbankan kambing kendit iaitu kambing yang terdapat warna di sekeliling perut untuk keris besi picitnya yang digunakan untuk memuja bagi tujuan kekayaan...dan bangkai kambing yang di korbankan itu akan diletakkan di kawasan matang... hanya darahnya sahaja diambil...
dan darah itu kemudiannya akan diletakkan dalam mangkuk putih... dan diletakkan kedua bilah keris besi picit itu di atas mangkuk.. dan ditutup dengan kain hitam.. pada keesokan paginya mengkuk yang berisi darah itu akan kering ...
nantilah kot saya berkelapangan saya akan ceritakan dengan lengkap kisah datuk kawan saya yang menjadikan keris besi picit untuk tujuan kekayaan satu perbuatan yang amat jelas bertentangan dengan syariat islam yang suci dari perbuatan syirik...
sebab itu terus terang saya katakan terlalu berat untuk saya menceritakan secara tepat dan terperinci tempat kejadian kerana bimbang wujud manusia yang akan mengambil kesempatan utnuk melakukan perbuatan perbuatan yang jelas bertentangan dengna syariat islam....
malah saya terpaksa mengedit beberapa kali tulisan saya kali ini untuk merahsiakan tempat kejadian sebenar untuk kisah kali ini....
untuk kisah yang agak panjang ini saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian
1-puaka matang(pengenalan)
a)puaka matang mengambil korban
b)urus jenazah ditengah malam(kisah ini diceritakan oleh orang kepada saya)
c)disesatkan puaka matang(kisah ini pun diceritakan orang kepada saya)
d)puaka matang meminta barang(kisah saya sendiri)
2-bertempur dengan puaka matang
3-puaka matang mengganas lagi
kisah ini sebenarnya kebanyakannya adalah kisah teman saya sendiri. dan kebanyakan kisah ini saya tidak terlibat . berkenaan dengan teman saya ini beliau pernah masuk dalam sebuah majalah berkenaan perkara misteri berkenaan dengan kisah keris. nama dia saya letak nama samaran jelah kat sini. untuk menjaga keberadaan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia diharap anda dapat mengambil pengajaran dan sempadan dalam kisah yang akan saya ceritakan kelak.
ini adalah antara kisah kisah berat dan benar yang akan saya ceritakan...........
panjangnya intro.........
ok kita mulakan sekarang
pengenalan puaka matang
a)puaka matang mengambil korban
disuatu pagi selesai pak minhat solat subuh dia pergi menjengah kedapur. kelihatan isterinya semah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. memang dah jadi kebiasaan semah setiap subuh dia akan bangun awal dan sesudah solat dia akan membangunkan pak minhat dan anak anak untuk solat subuh...
manakala dirinya akan sibuk di dapur......
melihat semah di dapur pak minhat menyapa semah........
"maknye hari ni masak apa...."
"takde apa pun pak nye takat rebus ubi je..."
jawab semah pendek......
pak minhat termenung panjang . kenyamanan subuh jelas dirasai oleh pak minhat.....
"pak nye minggu depan anak pak leman lebai nak menikah .........."
belum habis semah berkata tiba tiba semah menjerit.
pak minhat amat terkejut mendengar jeritan siisteri lalu berlari kepada isterinya...
kelihatan isterinya berguling guling dilantai. pak minhat terus menangkap tubuh isterinya dan meriba isterinya. kelihatan muka isterinya sedang menanggung kesakitan. mulutnya berbuih. dan leher isterinya kelihatan lebam ........
pak minhat menggeletar ketakutan seluruh tubuh apabila melihat keadaan isterinya....
tidak berapa lama kemudian mata semah terjegil tertutup rapat, badan yang mengejang mulai kendur dan semah meninggal kan dunia buat selamanya...
pak minhat hanya mampu meraung menangis melihat keadaan isterinya yang pergi secara tiba tiba....
sebenarnya itu bukan kali pertama berlaku di kawasan matang telah banyak kejadian yang sama berlaku di matang dimana mangsa akan berguling guling kemudian mulut berbuih , mata terbeliak tubuh mengejang dan jadi arwah....
satu ciri ciri yang sama apabila puaka matang mengambil korban...
oleh kerana hampir setiap tahun kejadian ini berlaku beberapa orang bijak pandai dlaam hal ini telah dipanggil untuk mengamankan kembali kawasan ini...
al hamdulillah atas usaha mereka dan dengan izin tuhan jua semenjak itu masalah ini tiada lagi. malah hal hal ini sudah seperti dilupakan oleh jenerasi terkemudian....
sebenarnya kejadian diatas ini hanyalah kisah yang berlaku sekitar tahun 1910an ketika awal pembukaan kawasan matang yang keras..
sekarang dah takder lagi kejadian mcm tulagi... namun sekalipun puaka matang tidak meminta korban walau pun begitu tetap ada berbagai kejadian seram yang sentiasa menyelubungi kawasan matang... sehinggalah teman saya sempat bertempur dengan puaka matang semenjak itu kisah seram matang seperti hanya dalam sejarah yang dilupakan oleh jenerasi terkemudian. malah sekarang ini kisah misteri ini makin hilang dikalangan jenerasi muda.
kisah pertarungan teman saya dengan puaka matang akan saya kisahkan kemudiannya......
pengenalan puaka matang
b)urus jenazah ditengah malam
kisah ini berlaku sekitar awal tahun 80an
zaki(nama samaran)adalah seorang penduduk kampung yang telah dilahirkan dari kecil sehingga remaja yang tinggal menetap di kawasan tersebut.seperti anak bujang yang lain setiap malam menjadi kegemarannya untuk menghabiskan waktu malam berjumpa teman teman dikedai kopi.hal ini memang dah jadi mcm satu tradisi penduduk kampung dan sebagai hiburan mereka selepas penat bekerja disiang hari.
lagi lagilah orang bujang sepertinya yang takde anak bini dan masih tinggal dengan orang tua. tapi nak cakap orang bujang mcm ni orang dah bercucu pun tidak ketinggalan untuk bergebang kat kedai kopi diwaktu malam hari.kadang kadang siap bawa cucu mereka melepak kat kedai kopi lagi sebagai didikan awal untuk meneruskan gaya kelangsungan hidup kampung mereka....
kesimpulannya beginilah cara orang kampung sekitar era 80an menghabiskan masa diwaktu malam hari selepas habis penat bekerja disiang hari. mungkin betul kedai kopi adalah satu tempat penting dalam memasyarakatkan orang kampung dari dulu hingga kini dan mungkin selamnya. mcm bunyi cogankata politiik lak yer...............
kita tinggalkan politik kita sambung kisah ini.....
pada suatu malam zaki pulang dari kedai kopi di tempat biasa dikunjunginya.... seperti biasa beliau yang kaki ngeteh ini akan melalui jalan matang yang dikatanya sebagai jalan short cut. lebih senang nak sebut dalam bahasa kita jalan potonglah.
walaupun jarak antara rumah dan kedai kopi kegemarannya bersidai mengjangkau hampir 5 km tapi itu bukanlah penghalang untuk dia turun kekedai kopi tersebut untuk bersama sama dengan teman teman menyaksikan sukan gusti kegemarannya di kedai kopi tersebut.waktu tu zaman vhs lagi......
sebuah perakam video jangkau harga lebih rm 1000 bukan semua orang mampu membeli benda tu.jadi kedai kopi yang ada benda tu akan jadi tumpuan orang ramai ketika itu. dan video gusti akan jadi tumpuan ramai ketika itu.
seperti malam malam biasa beliau akan melalui jalan itu dengan berbasikal. al maklumlah waktu tu belum ramai lagi orang yang memiliki motorsikal.
walaupun ramai orang telah menasihati zaki dan menakutkan dia dengan kisah seram jalan matang ini beliau tetap tidak mempercayainya. ini kerana beliau telah lama melalui jalan itu tanpa diganggu oleh apa apa pun.....
sehinggalah pada malam itu zaki dengan berbasikal tuanya merentasi malam melalui jalan matang itu.suara gesekan rantai basikalnya berbunyi agak kuat menemaninya sepanjang perjalanan. suara bunyi rantai basikalnya yang jelas menandakan beliau ini memang pemalas untuk memberikan minyak kepada rantai basikalnya......
beberapa kali beliau menguap panjang kerana mengantuk dibuai angin ditengah malam dan dihujani embun jantan. setiap kali beliau menguap pasti beliau akan menggeliat untuk menghilangkan keletihan mengayuh basikal tuanya disamping untuk menguatkan keazamannya untuk tiba kerumah. kadang kadang agak membosankan mengayuh basikal diwaktu malam hari tapi kepuasan duduk bergebang di kedai kopi sudah cukup untuk membayar kebosanan ketika itu.
malam itu bulan mengambang penuh ....
dengan cahaya bulan yang samar memudahkan beliau melihat apa apa yang ada disekelilingnya.walau pun beliau telah selalu melalui jalan itu tapi pada malam ini beliau agak sedikit seriau dan takut.ntah lah mengapa mungkin ada sesuatu yang akan berlaku agaknya..
dalam perjalannanya beliau teringat cerita cerita seram yang sentiasa di ceritakan kepadanya oleh jiran jirannya berkenaan dnegna jalan matang itu.....
memmang malam ini agak berlainan sungguh berbanding malam malam lain fikirnya sendiri...
namun dengan pengalamannya yang telah lama dan selalu melalui jalan itu beliau buat tak kisah dengan kegusaran dijiwanya. baginya itu semua adalah pemainan jiwa....
ketika beliau mengayuh basikal beliau terlihat ramai orang yang sedang berjalan kaki bertentangan arah dengan beliau.
semakin lama semakin hampri dengan mereka itu dan apa bila zaki telah benar benar melalui kumpulan orang berjalan kaki beilau terus meloncat turun dari basikalnya dengan tergesa gesa...
mau taknya apabila sedang menyaksikan kumpulan orang tersebut sedang membawa jenazah untuk dikuburkan.waktu tu takde van jenazah dan jenazah akan dibawa dengan cara dipikul beramai ramai dan bergantian.tak mcm zaman ni dah ada van jenazah dan jenazah sebelum dikebumikan akan dibawa naik van.
zaki berdiri lurus disamping basikalnya dengan tujuan untuk mentakzimkan jenazah tersebut...........
kalaulah tak sebab waktu tu malam hari dan beliau sedang benar benar letih dan ngantuk nescaya beliau akan ikut mereka sama sama untuk menguburkan jenazah tersebut. tapi oleh sebab malam pun dah tengah malam maka zaki hanya berdiri sahajalah untuk mentakzimkan arwah yang sedang dibawa.
sememangnya dah jadi tradisi orang orang kampung hal hal kemasyarakatan seperti kenduri kendara dan kematian akan diuruskan secara gotong royong. malah sesiapa yang tidak ikut serta akan dianggap kera sumbang......
zaki agak terkilan kerana tidak mampu ikut serta sama bersama sama mereka yang lalu dihadapannya untuk sama sama membawa jenazah kekubur
melihatkan kumpulan itu telah berlalu pergi zaki pun menaiki basikalnya kembali. beliau terfikir beberapa perkara berkenaan perkara tersebut antara yang difikirkan nya sudah pastilah
1-sapa meninggal
2-nape semua orang yang berselisih dengannya tak sorang pun dia kenal
3-nape semua orang itu senyap dan seperti terburu buru membawa jenazah tersebut
4-berhampiran jalan tu mana ada rumah orang
5-dah tak boleh tunggu siang ke nak kuburkan jenazah tengah malam pun jadi
6-berbagai bagai lagi soalan bermain dibenak zaki..........
bulu roma diseluruh tubuh zaki mula meremang. zaki menoleh kebelakang . ternyata yang ada hanyalah jalan lurus yang telah dilaluinya. rombongan yang baru melaluinya hilang tanpa sebarang jejak kesan.
zaki amat ketakutan. baru disedarnya yang di lihatnya tadi bukan orang tapi............
zaki hilang kawalan imbangan keatas basikalnya. beliau jatuh tersembam kebumi. kesakitan dirasakan diseluruh tubuhnya. namun kesakitan itu tidak dihiraukannya. baginya ketakutan keatas dirinya mengatasi segalanya.
beliau bangun dengan tergesa gesa cuba untuk menaiki basikal tuanya lagi. namun malang tak berbau sekali lagi beliau jatuh kerana gagal mengimbangi basikalnya.
zaki terus bangun dan melemparkan basikalnya ketepi jalan. beliau lari tak cukup tanah. menjerit jerit meminta pertolongan.
selepas kejadian itu zaki telah mengalami demam selama seminggu penuh. dan semenjak kejadian itu aktiviti malam zaki kekedai kopi pun tidak di teruskan lagi.........
kejadian ini berlaku sebelum kisah pertempuran dengan puaka matang yang akan saya kisahkan kelak...........
pengenalan puaka matang
c)disesatkan puaka matang
kisah ini berlaku kepada samad(nama samaran) dan berlaku sekitar tahun yang sama dengan zaki juga.
pada suatu hari samad telah dijemput oleh saudaranya yang tinggal beberapa batu dari rumahnya untuk menghadiri kenduri arwah.
memandangkan kenduri arwah akan diadakan selepas isyak sebelum maghrib lagi samad telah pergi bertandan kerumah saudaranya itu.
selepas habis kenduri beliau telah pulang kerumah. ditengah jalan dengan menaiki basikal tuanya samad menerangi kegelapan malam dengan lampu suluh. dengan perlahan lahan samad mengayuh basikalnya. dan sesekali beliau menyanyi kecil untuk menghilangkan ketakutannya.
samad memang dah terlebih arif sapa tak kenal keseraman jalan matang ini. memang menyeramkan. dan memang mendebarkan jika melalui kawasan itu . banyak tanah terbiar dikawasan itu. tanpa rumah orang dan sesekali banyak lembu terikat ditepi jalan.
kalaulah malam itu sudah tengah malam memang sah samad takkan melalui jalan itu punya namun mengenangkan malam masih muda samad melalui jalan itu juga . ini kerana jalan itu adalah jalan pintas yang paling cepat samad dapat sampai kerumahnya.
di benak nya tergambar anak dan isterinya dirumah sudha pasti sedang menantikannya utnuk membawa nasi ambeng yang menjadi berkat untuk dimakan bersama keluarganya.
ketika samad menaiki basikalnya beliau berhenti secara mengejut. ini kerana beliau agak kehairanan bagaimana jalan yang selalu dilalui pada siang hari disitu yang lurus boleh menjadi jalan belok kekanan dan lebih menghairankan bagaimana dihadapannya boleh ada parit yang merentangi jalan.
tanpa mengesyaki apa apa samad membelokkan basikalnya kekanan dan terus mengikuti jalan itu.
tiba tiba samad baru tersedar beliau telah berada dalam rimbunan rumput.
samad melihat semula jalan yang dilalui nya sebentar tadi. hairan jalan yang dilihatnya belok kekanan hilang yang ada hanya jalan lurus sahaja. malah parit yang merentangi jalannya tadi pun tiada juga.
sebaliknya yang lebih menghairankan bagaimana beliau boleh masuk kekebun yang semak ditepi jalan itu sedangkan kebun itu mempunyai parit dihadapan dan tidak bertiti
samad telah menduga pemandangannya telah dikaburkan oleh makhluk halus .
samad yang amat ketakutan terus berlari dan jatuh dalam parit. beliau bertungkuslumus naik ketepi parit dan meneruskan lariannya untuk pulang kerumah.
berkenaan dua kisah diatas saya tak dapat menceritakan secara detail ini kerana bukan saya yang melalui kisah tersebut dan saya hanya diceritakan oleh orang lain.
namun demikian saya akan cuba menceritakan kisah yang berlaku kepada diri saya sendiri dikawasan itu. dalam tajuk selanjutnya kisah saya ini berlaku selepas kisah bertarung dengan puaka matang. berbanding dua kisah sebelumnya berlaku sebelum kisah bertarung dengan puaka matang.
mungkin kisah kedua ini agak sukar difahami kerana tiada peta kot ada peta memang mudah difahami kot........
pengenalan puaka matang
d)puaka matang meminta barang
kisah ini berlaku kepada diri saya sendiri tapi tak delah seram sangat. kisah ini bermula pada suatu malam. selepas mendengar terdapat banyak sangat kisah kisah misteri di kawasan matang saya telah mengambil keputusan untuk melihat sendiri kawasan tersebut.
kalau nak cerita takut memanglah takut sebab itu adalah kawasan yang memang terkenal dihuni ramai lelembut. namun demikian apabila saya telah jelas kawasan tersebut telah berjaya di neutralkan oleh teman saya dengan separuh berani saya telah mengambil keputusan ini.
mcmner kawan sy neutralkan bab tu nanti sy akan ceritakan dalam kisah bertempur dengan puaka matang.
senang cakap saja nak menempahlah.untuk menjayakan projek ini saya telah mengajak seorang teman saya untuk sama sama melakukan perkara tersebut.
pada suatu malam selepas isyak saya telah kerumah sorang teman saya bernama fauzi. senang cakap malam tu saya bertandang kerumah fauzi hingga samapai tengah malam.
ketika waktu samapai tengah malam saya telah mengajak fauzi kesatu tempat. pada mulanya fauzi enggan namun selepas saya mendesak beliau dengan berat hatinya telah mengikut kemahuan saya.
dengan malasnya beliau telah membawa motorsikal buruknya keluar dari rumah. saya yang sudah sedia menanti di halaman rumahnya terus membonceng motorsikal buruknya untuk menuju ke matang. namun lokasi tempat tujuan masih saya rahsiakan darinya.
ketika diatas motorsikalnya beliau bertanya dengan saya"syam kita nak kemana ni....?"soalnya kepada saya....
"alah kau ikut jelah nanti kau taulah yang penting kalau aku cakap belok kau belok kalau aku diam kau terus je....."saya menjawab namun yang pasti jawapan saya pasti menambah kemusykilannya.....
fauzi yang memang dah ngantuk malas nak melayan karenah saya itu.memang senagaja saya menyembunyikan lokasi tersebut sebab kot saya bagi tau awal awal memang dia pasti enggan untuk pergi bersama saya ke matang di tengah malam.....
saya seperti penunjuk arah bagi pelumba rally paris dhaka sentiasa memberi arahan kepadanya untuk belok dan jalan terus. kadang kadang saya buat lawak dengan mengarahkannya untuk buat belokan sebanyak 90darjah.....
tapi oleh kerana dia yang memang dah di selubungi kengantukan yang melampau lawakan saya itu tidak membuatkan dia ketawa atau tersenyum sekalipun. kot senyum pun bukan saya nampak sebab saya hanya pembonceng dibelakang dia....
sampai keselekoh masuk ke jalan matang saya menyuruh fauzi belok....
fauzi tergamam dan terus memberhentikan motorsikalnya...ternyata arahan saya supaya belok kejalan matang itu telah mematikan kantuknya dan beliau jadi sangsi dan serba salah...
dia berkata kepada saya "syam kau ni dah kena rasuk ke? kau tau tak ini jalan nak masuk ke matang? kau ni sihat tak ini kan tengah malam........"
saya menjawab "aku tau ........... alah kau belok je......."
fauzi terus berkata "syam tempat ni bukan ke abang yuspa dah bagi tau keras......?"
saya membalas"alah abang yuspa kan dah lembutkan kawasanni beberapa tahun lepas....."
fauzi serbasalah dan mematikan enjin motorsikalnya....
saya pula terus mendesak beliau untuk belok....
"fauzi kau jangan risau bukanke beberapa petang lepas kita telah lalu kawasanni takde apa pun berlaku kat kita ini kita cuba jelah ditengah malam apa kaan jadi kita akan sama sama saksikan sekurang kurang kau boleh jadi saksi kepada apa yang kita akan jumpa..........."
saya cuba meyakinkan fauzi....
fauzi kelihatan tidak dikuasai rasa mengantuk lagi sebaliknya ia agak terkejut kerana saya mendorong ia sampai ketempat tersebut....fauzi terus termenung sejenak...
tiba tiba ia bersuara.....
"ok gak idea kau tu meh kita redah matang malam ini......."
sebaik fauzi berkata sedemikian fauzi lantas menghidupkan enjin motorsikal buruknya dan masuk kematang . malam itu suara enjin motorsikal fauzi memecah keheningan malam kesunyian dan kedamaian penghuni matang...
sampai ditengah perjalanan jalan matang dari sayup sayup jauh kelihatan seekor burung hantu sedang berdiri ditengah jalan. lampu motorsikal buruknya menerangi tubuh burung hantu itu....
fauzi berkata kepada saya "syam kau nampak tak benda kat depan kita tu?"soal fauzi kepada saya....
"aku nampak kau langgar je......... bujur lalu melintang patah...."jawab saya bersahaja....
fauzi pun memulas minyak motorsikalnya dan motorsikal bergerak laju kearah burung hantu yang sedang menanti kami ditengah jalan....
ketika motorsikal fauzi menghampiri burung hantu itu tiba tiba enjin motorsikal fauzi mati secara mendadak dan kami berhenti sehampir 2 meter dari burung hantu itu...dalam jarak tersebut jelas kelihatan burung hantu itu setinggi dada orang dewasa berdiri. burung hantu itu merenung kearah kami dan seketika kemudian burung hantu itu terbang kearah kami.
saya dan fauzi sama sama menundukkan kepala supaya burung hantu yang terbang itu tidak melanggar kami. selepas burung hantu itu melepasi kepala kami kami terus menoleh kearah burung hantu itu terbang dibelakang kami. dengan gaya pemburu yang handal burung hantu itu pergi terbang meninggalkan kami ditelan kegelapan malam...
saya terus melompat turun dari motorsikal fauzi dan diikuti fauzi yang turun dari motorsikalnya beliau cuba membelek motorsikalnya dalam gelap. kadang kadang rasa gelihati pun ada dihati saya. bukan apa sedangkan dalam cerah pun kot dia ni disuruh baikkan motorsikal tak boleh baik inikan pula dalam gelap.
saya mengeluarkan lampu suluh kecil dari poket seluar saya dan menghidupkan lampu suluh itu....
melihatkan cahaya lampu suluh saya fauzi terus berkata kepada saya.
"bak mai lampu suluh tu aku nak tengok apa hal motor ni....."
saya menyerahkan lampu suluh itu kepadanya.fauzi menyuluh plug motornya dan cuba mencabut plug motornya.memang kami telah diberitahu selalunya kalau para lelembut berkemampuan matikan enjin puncanya adalah dari plug motor...
sedang fauzi sibuk membelek plug motornya saya memandang sekitar kawasan tersebut. sesuatu menarik perhatian saya. setangkai bunga lalang yang tunduk kearah jalan. saya terus pergi kearah bunga lalang itu lalu mencabut bunga lalang itu. kemudian saya melihat sekeliling. ternyata kegelapan malam menghalang pemandangan saya.
selepas mencabut bunga lalang itu saya pergi kearah fauzi....
"macam ner dah ok ke?"soal saya bersahaja kepada nya lalu meletakkan bunga lalang itu kedalam bakul motorsikalnya....
"ntahlah aku pun tak pasti plug ni baru semalam aku tukar takkan dah buat hal...."jawabnya bersahaja. memang saya pun tau sebab semalam petang baru je dia ajak saya pergi servis motor dia tu..
fauzi pun cuba berkali kali menghidupkan enjin motorsikalnya namun gagal.kadang kadang kesian gak tengok dia termengah mengah menghidupkan enjin motornya ahak ahak ahak.......
meliatkan kegagalannya saya berkata kepada fauzi.......
"kau pergi ke tepi biar aku uruskan........."
fauzi pun menjauhkan diri dari motornya.dan saya pun membaca sesuatu dan menghembuskan kearah enjin motorsikal fauzi..
"dah cuba hidupkan" arah saya kepada fauzi...
fauzi menghampiri motorsikalnya dari gerakan yang agak malas saya rasa dia mungkin tidak yakin dan anggap saya seperti mempermainkannya. dengan malasnya dia menghidupkan motorsikalnya....
"vrom ......vrommm........."enjin motorsikalnya memecahkan keheningan malam.......
"syam teror kau apa kau jampi enjin aku ni tadi?"soal fauzi kepada saya....
saya terus membonceng motornya dan bertanya kepadanya. dia pula menyerahkan kembali lampu suluh yang masih ditangannya dan saya terus memasukkan lampu suluh itu kepoket seluar saya.
tanpa membuang masa fauzi terus menggerakkan motorsikalnya meninggalkan jalan matang....
dalam perjalanan saya bertanya kepadanya.......
"kau nak tau serapah yang panjang ke atau yang pendek?"
fauzi menjawab..........
"yang pendek boleh yang panjang lagi boleh dah tentu yang panjang lagi power....."
saya pun berkata..........
"marang kerapu kepunden parang sekeper...... itu yang pendek yang panjang kau taknak tau ke?"
fauzi terdiam seketika mungkin perasan saya mempermainkan dia kot?
"yang panjang pulak mcm ner?"soalnya kepada saya
tergelak kecil saya takkanlah dia tak tau saya tengah bergurau dengan jampi serapah yang merapu rapu.namun demikian saya tetap menjawab........
"yang panjanglak bunyinya mcmni..............marang kerapu merapu rapu makan ikan kerapu kepunden parang sekeper pak mamat parang kontot pak amat parang panjang mak lampir pakai selipar......."
jawab saya bersahaja..........
fauzi diam ...........mungkin dia malas nak layan karenah saya ........
saya pun berkata kepada nya kembali......
"aku baca ayat al kursi dan hembus kat enjin kau..........al hamdulillah menjadi kot tak alamat kita kena nyorong malam ni..."
fauzi hanya diam dan seketika kemudian dia berkata kepada saya
"syam kau rasa tadi tu burung hantu ke..?"
saya menjawab.......
"ntahlah takkan burung hantu mcm tu punya tinggi sampai tahap dada kita berdiri kot ....?"
fauzi mengiyakan saya......
"haah.... lah syam takkan besar tu tapi tengok mcm takde pape pun kat kawasan tu langsung tak seramlah"
saya menjawab.....
"iyalah langsung tak seram tapi kot kau suruh dok satu malam kat situ seram tak agaknya?"
fauzi menjawab sambil ketawa dengan loghat indon yang ditiru dari drama indon yang selalu ditonton di tv..........
"ampun pak........hahahhahaha.........."
kami berdua ketawa..........
malam itu kami kembali kerumah fauzi dan dari rumah fauzi saya kembali pulang kerumah saya.........
secara peribadi saya katakan tempat tu takdelah menyeramkan sangat tapi ntahlah kita tempah kot kita terserempak tak pastilah seram tak?
.................................................. ........................
pada keesokan tengahari selepas saya solat zuhur fauzi datang kerumah saya........
kebetulan diwaktu itu saya berada di bawah rumah sedang berehat rehat...
"assalamualaikum"
......fauzi mengucap salam selepas melihat saya. terburu buru dia turun dari motor dia...
"waalaikum salam.. apahal kau ni dari mana nak kemana tinggi rumput dari padi..."saya menjawab salam sambil berseloroh cuba membuat lawak jenaka...
namun dengan muka serius fauzi bertanya...
"malam tadi kau letak apa dalam bakul motor aku?"
"bunga lalang........"
saya menjawab pendek......
fauzi menepuk kepalanya dengan tangan kanannya. sepertinya dia tak berpuashati dengan jawapan saya. dengan geram dia bertanya lagi kepada saya......
"........eeeiiiiiiii........aku taulah tapi apa benda tu?......"
saya menjawab dengan bertanya kembali kepadanya.....
"naper........?"
fauzi menerangkan kepada saya.......
"kau tau tak malam tadi ikut cerita atuk aku satu malam aku ngigau....."
fauzi mendiamkan diri seketika.......
saya terus khusuk mendengar ceritanya lalu berkata......
"dah tu apa jadi teruskan lah citer kau...."
fauzi meneruskan kata katanya...
"siangnya atuk aku suruh kembalikan balik apa yang aku ambil malam tadi...."
saya berkata pula kepadanya...
"aku bukan nak tau yang tu tapi aku nak tau apa yang kau ngigaukan........"
fauzi memulakan cerita.......
"malam waktu aku tidur aku mimpi aku balik ke matang... lepas tu aku jumpa seorang perempuan yang amat buruk rupanya dia minta barang yang kau amik dari sana dia nak aku pulangkan secepat mungkin........."
saya terdiam seketika dan bertanya kepadanya.....
"mana bunga lalang malam tadi tu.......?"
fauzi menjawab........
"aku dah pulangkan dah kat sana aku baru balik dari sana"
saya degnan bersahaja berkata...
"kalau mcm tu semuanya dah selesai dah tak payahlah runsing runsing lagi...."
fauzi terpingga pingga dengan apa yang saya katakan...
tengahari itu kami bersembang perkara perkara lain yang langsung tiada kaitan dengan hal hal matang . setiap kali fauzi nak mengungkit hal matang saya akan cuba menukar topik al maklumlah saya sedar kesalahan saya ... kalau terus citer bab bab matang ni mau kena sembur punya dengan dia ..
malah perkara perkara yang berbaur misteri pun saya jauhkan dari dibincangkan yang kami bincangkan pasal hal ehwal kampung politik negara dan politik antara bangsa hehehehehe.........
kadang kadang mcm rasa ahli politik lak yer............
tamat .....
nak rehat jap tenet bikin tension kalau nak bagi komen silakan lepas ni saya akan sambung kepada bertempur dengan puaka matang dimana teman saya yang akan terlibat dalam hal tersebut
saya dekat dekat terlibat tapi tak telibat....... nantilah saya tepekkan kisah tersebut dah tulis tinggal tepek je.....
2-bertempur dengan puaka matang
pada suatu malam saya pergi kerumah abang yuspa .......
kelihatan angin abang yuspa tidak begitu baik....
wajah nya jelas kelihatan tidak berpuashati dan sedang kemarahan....
saya telah bertanya kepadanya...
"lain macam je bang malam ni........?"
dia menjawab dengan nada yang agak marah........
"mau tak lainnya aku bengang betullah dengan puaka matang ni ada ke patut aku yang selama ni tak nyusahkan depa sedap sedap
je depa mainkan ahli keluarga aku"
saya terkedu mendengar istilah "puaka matang" dan terus terang dalam hidup saya itulah kali pertama saya mendengar istilah
"puaka matang". oleh kerana pelik dengan istilah itu saya bertanya balik kepadanya....
"puaka matang itu buat apa......."
abang yuspa menjawab......
"subuh dua hari lepas ayah aku pergi solat subuh kat masjid. waktu dia balik tiba tiba dia rasa ada sesuatu melanggar tubuh
dia dah tu dia jatuh dari motor tapi benda yang melanggar tubuhnya tak kelihatan........sampai sekarang orang tua aku masih
dok atas katil tak larat bangun,makan pun bersuap lagi........"
saya bertanya lagi......
"mana abang tau puaka matang punya hal.....?"
yuspa pun menceritkan kepada saya berkenaan puaka matang supaya lebih jelas lagi siapa puaka matang itu. dari dia lah saya
baru tahu situasi matang itu. malah selepas itu saya banyak bertanya berkenaan kawasan matang itu dari orang tua kawasan
tersebut dan 3 cerita awal yang saya kemukakan sebelum ini adalah saya dapat dan saya sahkan dari beberapa orang tua kawasan
tersebut.....
namun demikian seperti yang telah saya sebut sebelum ini kisah matang ini semakin dilupakan malah jenerasi muda sekarang ini
benar benar telah melupakan kisah puaka matang ini malah kawasan matang adalah salah satu kawasan yang amat digemari oleh
mat motor untuk test kelajuan motor masing masing........
kita kembali kepada kisah abang yuspa dan saya.......
melihatkan abang yuspa yang sedang agak marah saya pun mengapi apikan dia dengan berkata......
"memang patut abang yuspa kerjakan puaka matang tu biar dia tau sikit kita manusia ni lebih hebat dari mereka tu...."
kata saya cuba meracunnya....
kami diam seketika kemudian saya smabung kata kata saya kembali....
"kasi ajar je puaka matang yang kurang ajar tu cubalah abang fikir pernahke abang sekeluarga kacau mereka tapi pehal lak
mereka kacau ayah abang tu...."
"memang tak patut betul puaka kurang ajar tu...."
sambung saya lagi.....
abang yuspa yang tengah marah hanya mampu mengiyakan kata kata saya . ternyata racun api yang saya sebarkan kepada nya telah
melarat dalam jiwanya.....
tiba tiba ia berkata.......
"syam kau temankan aku kerjakan puaka matang tu....."
saya pula bertanya.....
"siang ke malam......?"
abang yuspa menjawab.......
"dah tentu malam siang ada apa......"
saya menjawab.........
"bukan saya taknak tapi masalahnya ayah saya tak bagi saya keluar malam"
satu jawapan yang amta tak munasabah dan munasarawak mau taknya yang saya dok hadap dia waktu tu bukan hampir tengah malam
ke......?yang sebenarnya saya malas nak risikokan diri saya lebih lebih lagi selepas dia menceritakan kisah kebejatan dan
keangkeran puaka matang tu lagi lah saya cuba elakkan diri.....
sapa nak susah beb.......
tapi saya seperti bernasib baik kerana dia seperti tak menyedari waktu tu waktu tengah malam hehehehhehe.........
tiba tiba abang yuspa berkata kepada saya.........
"tak pelah nanti aku minta main adik aku temankan aku......"
peh lega betul saya bila abang yuspa cakap mcm tu. kadang kadang malu gak tadi awal awal bukan main mengapi apikan lagi
smapai masa awak yang lari.......
hehehehehe................
malam itu hampir satu malam kami hanya bercerita kisah puaka matang ... pendek kata lah kot betul orang tua kata kot sebut
nama kat belakang orang alamat orang tu tersedak saya rasa jenuh satu malam puaka matang tersedak akibat kami tak henti
henti sebut dan cerita kisah mereka.........
.................................................. ........................
pada petang esoknya yuspa pergi berjumpa adiknya main dirumah ayah nya.....
sebaik berjumpa adiknya main yuspa berkata.........
"main malamni ikut abang pergi jalan jalan ye......"
"nak kemana lak bang nak tengok orang berubat ke.......?"
main bertanya.........
melihatkan main yang terlalu banyak tanya yuspa dengan nada tak puas hati berkata kepada main........
"alah kau ikut je jangan banyak songeh, lagi satu jangan bagi tau sesapa projek kita tengah malam ni kau cakap je dengan
ayah malam ni kau tidur rumah abang......."
"ok lah bang nanti saya bagi tau ayah maalm ni saya nak tidur rumah abang ... pastikan malam ni projek bagus punya ye......"
main meminta jaminan........
memang dah jadi kebiasaan apabila abang yuspa ingin mengubat orang beliau akan mengajak main untuk menemankan
dirinya...secara kebetulan main ni pun memang suka bersama sama dengan abang yuspa .........
tapi lah kot main taulah malam tu dia nak kena temankan ke matang alamat mati idup balik dia enggan sebab main pun bukan tak
reti matang tu tempat apa........
sebenarnya selama saya mengenal yuspa dia ni bukanlah dukun atau bomoh hanya dia ni kira ada sedikit kepandaian mengubat
orang dan dari kepandaiannya itu ia gunakan untuk mengubat beberapa saudara mara yang terdekat ....
baginya dia memang tak berminat untuk mempunyai kerjaya dukun atau bomoh kerjaya nya sebagai kakitangan jabatan kesihatan
sudah cukup untuk menampung hidup mereka sekeluarga........
mendengar permintaan jaminan dari main yuspa hanya menjawab.........
"jangan risau gerenti bagus punya sampai mati akan jadi pengalaman berharga kepada kau............."
petang itu selepas yuspa menyampaikan hajatnya kepada adiknya main beliau terus kembali kerumah dan melakukan beberapa
persediaan awal untuk berhadapan dengan pertempuran yang tak pasti di malam hari .........
namun tiada siapa pun yang tau projek mereka malam itu hanya mereka berdua je yang tau....
dan mereka sendiripun tidak tau nasib mereka selepas malam itu hanya allah yang tau....
.................................................. ........................
pada malam yang dijanjikan antara yuspa dan main mereka pun bertemu dirumah yuspa.....
selepas solat isyak dan makan malam kedua beradik itu duduk diruang tamu.........
main bertanya yuspa.......
"akang malam ni kita nak kemana......?"
yuspa menjawab.......
"nantilah tengah malam aku bawak kau ke satu tempat... tapi ingat jangan bagi tau kat ayah......."
main berkata........
"baiklah akang kot itu yang akang nak saya akan rahsia kan dari ayah kemana kita akan pergi malam ni........."
yuspa diam sambil melihat adiknya yang berusia 14 tahun itu.....
kadang kadang difikirkan lawak juga bagaimana adiknya itu boleh gempal dan mengalami absesiti sedangkan mereka 9 beradik
lain boleh dikategorikan sebagai kurus.....
yuspa terkenang 9 adik beradiknya yang lain....mungkin sebab main ini anak bongsu dan anak ragil dalam bahasa jawa gelaran
bagi anak bongsu dan anak kesayangan keluarga membuatkan dia kurang beraktiviti sehingga mengakibatkan berat badannya naik
menlonjak......
yelah ketika dulu keluarga mereka boleh dikatakan antara keluarga yang susah. yuspa terpaksa membantu ayahnya bekerja untuk
mencari penghidupan keluarga.. berbanding dengan main yang lahir kedunia keluarga mereka boleh dikatakan agak senang dan dia
hanya menghabiskan masa hidupnya dengna belajar sahaja..........
lamunan yuspa itu terhenti apabila adiknya itu bertanya.......
"akang apa yang akang menungkan tu............"
yuspa tersentak seketika itu......beliau berkata......
"tak de apa apa cuma aku heran mengapa kau ni sihat sangat jangan sampai nanti perempuan tak lari tengok bentuk badan kau
dahlah"
mendengar jawapan yuspa adiknya tidak menjawab dan memasamkan muka.........
air muka adiknya memberikan isyarat yang jelas jkepada yuspa bahawa guaruannya itu agak keterlaluan........
yuspa berkata sambil memujuk
"akang gurau je janganlah ambik dihati kau"
main tersenyum mendengar penjelasan pendek abangnya....
kedua beradik itu bersembang mesra sementara menantikan waktu tengah malam..............
.................................................. .................................................. .......................
suasana kampung amat sepi apabila menjelang tengah malam.... kegelapan menyelubungi malam yang kian pekat...embun mula
menitis dibumi.. atap zink mula basah di selimuti embun jantan.. sesekali terdengar bunyi motorsikal dan kereta namun
terlalu jarang sekali sebagai isayarat tengah malam... burung hantu sesekali berbunyi dengan bunyi yang amat menakutkan..
kalau ikut kata orang tua pabila burung hantu berbunyi alamat ada orang yang hendak berhijrah dari dunia fana kepada dunia
baqa... tapi ntahlah seringkali juga burung hantu menyanyikan lagu malam namun tiada pula orang yang meninggal pada keesokan
paginya...
sesekali terdengar bunyi tayar getah kuat mencengkam jalan tar, bunyi yang dihasilkan dari jip polis yang meronda dimalam
hari menjaga keamanan kampung.. mungkin juga cuba mencegah penyeludupan gudang garam rokok seludup yang amat terkenal dari
dulu hingga kini.. mungkin juga pergi kesatu satu balai lain untuk urusan negara yang rakyat marhaen tidak mengetahui..
tegasnya suasana maalam didesa amat tenang namun desbalik ketenangan itu dibelakang kenyamanan itu manusia seperti kita
sering terpedaya dengan kenyamanan itu ...
petunjuk yang jelas tengah malam apabila dua jarum jam jelas menutup satu sama lain dan sama sama mengarah keatas..
bunyi jam antik dirumah yuspa membunyikan 12 kali dentingan tanda paling jelas waktu tengah malam sudah menjelang...
mendengar bunyi itu yuspa berkata dengan main....
"dah sampai masanya kita gerak sekarang...."
main dengan gembira terus berkata...
"baiklah yong tunggu kat bawah rumah"yong tu maknanya saya dalam bahasa jawa daaaaaa....heheheh...sambil baca citer kita
belajar bahasa jawa jugaklah .........
main terus meluru kebawah rumah dan tercegat ditepi motor yuspa..
"mah akang nak keluar jap dengan main..."
yuspa berkata dengan nada yang agak kuat kepada isterinya yang sedang menidurkan anak anaknya..
mendengar suara suaminya imah pun keluar dari bilik dan pergi menemui suaminya. sebaik melihat suaminya yang sedang ingin
keluar isterinya berkata kepada suaminya...
"malam malam ni nak kemana bang......."
yuspa menjawab ringkas dengan nada mengarah tapi lembut sewajarnya seperti sisuami sedang menyuruh isteri
"tutup dan jangan lupa kunci pintu.."
jawapan yang tidak menjawab soalan imah membuatkan imah hanya berdiam diri... imah memang telah maklum dengan sikap suaminya
ini yang seringkali enggan menceritakan kemana yuspa ingin pergi.. walau begitu naluri perempuan imah membuatkan dirinya
tidak pernah berputus asa untuk terus bertanya suaminya kemana suaminya ingin pergi..
namun selama perkahwinan tidak pernah terlintas dihati imah yuspa akan mencuranginya..sebab dia tahu sikap yuspa jika benar
dia ada hubungan dengan perempuan lain yuspa akan berterus terang dengan dirinya..
sikap berterus terang yuspa ini ada kalanya tidak boleh tidak membuat kan mereka suami isteri berperang malah imah masih
ingat lagi akibat terlalu marah ia pernah melibaskan parang dan mengacukan parang itu kepada yuspa .. namun demikian apabila
difikirkan seperti menyesal ia..
sebab bukan ia tak faham yuspa ni kategori hangat hangat tahi ayam dan seringkali berubah fikiran ... buktinya dah beratus
kali yuspa berkata ingin nikah lagi tapi sampai sekarang takde pulak dia bermadu...kadang kadang dilihatnya yuspa ini
bersikap seperti ayam betina bertelur sebiji riuh sekampung...
"ha.... apa yang kau mengelamun tu tutup lah pintu aku nak keluar ni sempat lagi kau berangan ye, apa yang kau angankan ?
kot kot kau ni tengah angan kan rupa madu kau ke?"
imah menjawab dengan nada acuh tak acuh.......malas imah nak layan kegatalan suaminya yang semakin miang ...makin dilayan
makin tambah kegeliannya mendengar gurauan suaminya.
"yelah saya kan nak hantar akang ke pintu ni......"
malah saya sendiri pernah dinasihati oleh yuspa kalau kelak saya berkahwin setiap hari cuba didik isteri tu bakal terima
madu bukan pe katanya kot kelak betul kita nikah lagi dia tak terkejut. ntahlah saya rasa forumer boleh cuba idea dia ni
yang kurang bernas lagi bermutu ni kot..........
yuspa meninggalkan isterinya di bahunya tersangkut beg sandang. dia turun dari rumah . sebelum kakinya menjejak tanah
mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu.
main yang sedang setia menunggu di bawah rumah melihat gelagat abangnya itu...
dilihatnya langkah abangnya tidak ubah seperti seekor harimau mencari mangsa al maklumlah abangnya ini memeang pendekar
silat cimandi asli dan bersama dua lagi abangnya yang lain pernah membelasah 30 orang dalam pertempuran malam minggu di
pekan sabak.peristiwa ni berlaku sekitar tahun 80an dimana yuspa bersama dua orang adiknya telah membelasah geng kuda kepang
yang sedang mabuk air tebu terbalik senang cakap araklah......
malah yuspa ini pernah masuk dalam majalah yang berkaitan misteri malangnya saya sudah lupa tajuk majalah dan keluaran
berapa ...dalam majalah tu beliau menceritakan koleksi keris dan kisah beliau mengubat orang ... insyaallah dalam tulisan
yang lain saya akan ceritkan kembali kisah tersebut........
mungkin jika anda dapat mengesan majalah itu anda akan dapat kesan nama nama sebenar dalam kisah ini dimana kesemua nama
sebenar dalam kisah ini telah saya tukarkan dengan nama samaran............
hehehehe tu citer lain kita masuk balik kisah puaka matang......
main melihat abangnya melangkah kemas menuju kemotorsikal abangnya sebaik sampai ke motorsikalnya beg dibahu yuspa
diletakkan kedalam raga motor dengan separuh melompat yuspa memaiki motorsikalnya. enjin motor dihiupkan dengan sekali
tendang sahaja..
bunyi motorsikalnya mengoyak kedamian malam . yuspa mengarah adiknya..
"modok ......."
arahnya pendek.......
tanpa membuang masa main melompat dibelakang abangnya duduk di belakang abangnya. dari langkah main jelas kelihatan main
sangat gembira mengikuti abangnya . pasti malam ini dia akan dapat pengalaman baru dan berharga dlaam hidupnya ......
yuspa hanya mendiamkan diri motorsikalnya dihalakan kehalaman rumah dan mula meniki bukit kecil untuk ke jalan utama..
sesekali main menyanyi kecil menjelaskan lagi kegembiraan mengikuti abang tersayang . main hanya membiarkan sahaja adiknya
melakukan apa yang dikehendaki...
motorsikal bergerak perlahan dijalan utama...sampai satu selekoh kekiri yang pertama yuspa membelokkan motorsikalnya..masuk
kejalan dalam...main masih menyanyi kecil .
motorsikal bergerak laju dimalam hari.. sekali lagi mereka bertemu selekoh kekiri.... yuspa membelokkan motorsikalnya dan
terus bergerak laju............
nyanyian main terhenti...kegembiraannya seketika tadi terhapus dengan belokan yuspa kelorong tersebut......
main berkata kepada abangnya dengan nada ketakutan dan terkejut yang amat sangat...
"bang kita nak kemana ni?ini jalan nak ke matang....... ayah baru je kena sakat kat sini sampai sekarang tak bangun lagi....
abang jangan cari pasal lagi saya tak nak senasib dengan ayah..."
bertalu talu main berkata abangnya...........
namun abangnya mendiamkan diri......
main mula menangis ketakutan.........
"akang jomlah balik ..........jomlah balik.......jomlah balik........."
sambil menangis main mengajak abangnya balik .......lagaknya seperti anak kecil tapi sebenarnya anak terlajak besar mengajak
ayahnya balik........
abangnya mendiamkan diri.........tangisan adiknya tidak dihiraukan kadang kadang rasa meluat dihati yuspa bila mengenangkan
adiknya yang harap je badan besar tapi penakut nak mampus...
sampai dimuka jalan nak masuk ke matang... yuspa memberhentikan motorsikalnya...yuspa mula bersuara kepada main dengan
perkataan yang amat tegas...
"kalau kau nak balik turun sekarang......."
main menjawab
"yong wedik karo medi.."dalam bahasa melayu makna nya saya takut dengan hantu
yuspa dengan selamba menjawab.....
"kalau mcm tu ikut akang terus......"
main menangis semau maunya enggan mengikut abangnya.........
"yong orak betah"maknyanya saya tak mampu
yuspa naik angin dan menyuruh adiknya turun........
"modok........!"
sergah yuspa pada adiknya. modok ni bukan kodok atau rodok makna modokni turun salah satu perkataan jawa....
main turun .........dan membatukan diri didalam gelap sambil menangis.......
yuspa meneruskan perjalanan dengan perlahan........
main menjerit memanggil abangnya.......
"akang.........."
yuspa berpatah balik kearah adiknya...
dengan terpaksa benci dalam suka izin dalam paksa main membonceng motorsikal yuspa...
main terus menangis teresak esak....
tangisan adiknya tidak langsung membuatkan yuspa berlembut hati ... ada kalanya kelihatan dia tersenyum dalam gelap
melihatkan sifat takut adik nya yang melampau belum jumpa apa apa takat dengar cerita dah takut semacam....
tapi yelah mau tak takut kalau cuma dan hanya mendengar segala yang tidak baik sahaja.....
ketika mereka melalui jalan matang tiba tiba lampu motor yuspa yang di halakan rendah menyuluh seekor kucing hitam.......
main yang menangis teresak esak takut setengah mati melihat kucing itu lalu berkata...
"akang itu bukan kucing itu hantu kang kat sini mana ada rumah orang sampai ada kucing....."
yuspa yang memang melihat kucing hitam yang berkilat disinari lampu itu memberhentikan motor nya...
"itu mata mata puaka matang jangan risau aku telah bersedia lebih awal mereka takkan berani menjelma lebih dari itu aku
pasti dan aku yakin dengan ilmu yang aku miliki"
kata yuspa dengan penuh takbur kepada main adiknya...
menurut yuspa sendiri sebelum dia bertolak ke jalan matang dia sangat bersedia dengan berbagai tameng tubuh dari waktu
petang lagi........
diwaktu petang sebelum itu yuspa mandi berlangir dengan limau nipis yang telah ditawarkan selain itu juga yuspa telah
beramalan penuh diwaktu maghrib dengan berbagai hizib antara yang saya masih ingat hizib barq dan isim kuncung sebagai
penguat dan perlindungan yang sangat ampuh untuk menghadapi puaka matang...
malah selesai solat mahgrib sebelum ia jejakkan kaki kepuaka matang berbagai ia telah memegang sekalian punca bumi dan
sekalian punca angin empat penjuru alam dan empat unsur jasad iaitu air.... api... angin dan tanah....dengan beberapa petua
petua dengan berlandaskan gerak para pendekar dahulu kala....
pendek kata sekalian kuasa semulajadi alam telah digunakan untuk mengatasi kekuatan puaka matang....
patutlah yakin sangat dia nak berhadapan dengan puaka matang ketika malam itu....
malah menurutnya dengan izin allah tiada apa pun yang boleh memberi mudharat kepadanya baik dibumi dan dilangit dengan izin
tuhan jua .... malah sekiranya ia dihampiri oleh puaka matang malam itu insyaallah menurut gurunya puaka matang akan hancur
berkecai tanpa apa apa yang tinggal ..
begitulah hebatnya persediaannya untuk berhadapan dengan puaka matang tapi tak taulah itu kata dia hehehehhee kadang kadang
malas saya nak dengar sangat sebab kadang kadang indah khabar dari rupa hak hak hak hak.....
bab yang saya tulis kat atas tu tolong jangan tanya saya mcmner cara buatnya sebab saya pun tak reti jadi kalau anda tak
reti apa dia buat memang patut saya lagi tak reti nak terangkan.......... saya waktu dia ceritakan perkara itu pun saya ngih
ngihkan je..... senang cakap malas nak lawan lawan yekan jelah...........
kita kembali kepada kisah selanjutnya..........
yuspa terus menyergah kucing itu....
"kau jangan nak buat hal, panggil ketua dan segala raja kau. aku nak jumpa aku cabar semua puakan matang bergasak dengan aku
pergi sekarang"
yuspa berkata kepada kucing itu..
kelihatan kucing itu seperti faham apa yang dikatakan oleh yuspa dan kucing itu lari masuk kedalam semak dan menghilang...
main terus menangis teresak esak dan mengajak yuspa balik.......namun tidak dihiraukan oleh yuspa....
ketika jalan matang sampai kepenghujung yuspa seperti tidak berpuashati dan memberhentikan motornya dan turun dari
motornya....
perlahan lahan yuspa melutut kebumi puaka matang ....
yuspa mengeluarkan sebilah pisau dari pinggang nya....belati itu digengam erat ditangannya dan sesekali dilihatnya didalam
gelap
main hanya melihat dengan penuh kehairanan sikap abang nya itu .. terkebil kebil matanaya didalam gelap melihat gelagat
abangnya... tangisannya dihentikan perasaan takut yang sudah sedia ada bertambah kepada risau... mau taknya dilihatnya
abangnya memegang pisau .....
selepas puas hati dengan pegangan erat tangannya keatas bilah pisau itu yuspa berkata...
"assalamualaikum ya nabi allah tab alaihissalam.....aku mohon izin untuk menggunakan bumi sebentar...wahai bumi bukan aku
tikam kau ....kalau kau rasa sakit pulangkanlah sakit kau kepada puaka matang dengan izin tuhan....."
sebaik habis yuspa berkata berkali kali yuspa menikam bumi matang ......
sebaik ditikam bumi matang terdengar suara jeritan yang amat ngeri......suara kanak kanak, suara orang dewasa dan suara
jeritan menanggung kesakitan.....jeritan suara itu makin menambah keghairahan yuspa untuk menikam bumi....
main yang mulanya lega melihat yuspa menikam bumi menjadi terkejut dan hampir terlompat mendengar jeritan itu... akibat
suara jeritan yang amat kuat itu main menutup telinga dan matanya kerana tidak ingin melihat makhluk yang menjerit itu
menjelma ... dirasanya bumi matang sepertinya bergegar dengan jeritan itu......
sehingga yuspa keletihan baru lah yuspa menghentikan tikaman itu ..... suara jeritan semakin perlahan dan menghilang...
yuspa menghampiri main yang sedang menggigil ketakutan menutup mata dan telinga...
yuspa menepuk bahu main...... bukan kepalang terkejutnya main di redahnya tubuh yuspa dan dengan kemas yuspa menangkap tubuh
main dan menguncinya dengan kunci gaya selembar supaya tidak bergerak tubuh main yang gempal itu...tangan yuspa yang masih
memegang pisau di jauhkan sedikit dari tubuh main supaya tidak mencederakan main.......
yuspa menenangkan main.......
selepas melihat main tenang yuspa perlahan lahan melepaskan tubuh main ... walau dilepaskan tubuh main namun dengan berhati
hati yuspa terus memerhatikan gerakan main dan bersedia untuk hadapi segala kemungkinan dari main yang sedang di selimuti
ketakutan yang amat sangat dalam perasaan main....
main bersuara...
"dah lah kang kita pulang dulu lah......."
yuspa membalas......
"baiklah..."
mereka menuju kearah motorsikal ........yuspa menyarungkan kembali pisaunya kepinggang ... perlahan lahan dia naik
kemotorsikal dan diikuti oleh main.....yuspa menghidupkan enjin motornya dan motorsikal di halakan kembali kearah jalan
matang .......
melihat situasi itu main mula bersuara......
"akang kita ikut jalan lainlah......"
dengan selamba yuspa menjawab
"jauh........"
main tidak berpuashati dan berkata kepada abangnya yuspa dengan nada yang ditinggikan......
"akang kita tak nak ikut kalau akang nak jalan ikut sini"
dengan selamba yuspa menghentikan motorsikalnya dan berkata........
"turun sekarang......"
ternyata dengan yakin main turun......
yelah mana tahan nak ikut idea yuspa je.......
yuspa berkata kepada main....
"kau tunggu bas kat sini kot nak ikut jalan lain"
main tersentak dengan kata kata yuspa dan bertanya......
"tengah malam mcm ni mana ada bas?"
main dengan bersahaja menjawab ......
"kalau macam tu tunggu teksi......kalau takde malam ni tunggu je esok pagi teksi akan lalu disini juga"
main terkedu mendengar jawapan yuspa. tak sanggup rasanya untuk duduk disini satu malam sampai kepagi.... dengan nada
memujuk dan mula memperlahankan nada mungkin ia baru sedar keadaan tidak menyebelahinya main berkata ....
"akang kita ikut jalan sana lah tak payah lalu matang...."
yuspa dengan selamba megulang balik apa ia katakan tadi....
"kalau tak nak tinggal sini naik sekarang sebelum aku tinggalkan kau sorang sorang disini biar kau jadi bahan makanan puaka
matang........."
mendengar dari mulut yuspa perkataan puaka matang main tanpa membuang masa berlari dan melompat membonceng motor yuspa....
memang sah dihati main benar benar tidak puashati dengan sikap yuspa ... namun apakan daya dia hanya penumpang ditengah
malam diatas motorsikal yuspa....ikut kata drebar jelah walau tak puas hati sekalipun........
mereka sekali lagi merentasi jalan matang untuk pulang ...jalan yang telah dilalui tadi....... yang menghairankan kali ini
kelihatan cahaya yang terang dihadapan mereka ..........
main mula ketakutan dan berkata kepada abangnya...
"akang cahaya apa kat depan tu.......?"
yuspa tidak menjawab dan melajukan motorsikalnya kearah cahaya yang kelam kelam dilihat dari jauh...
sampai di cahaya itu mereka berdua tergamam melihat sebuah rumah yang amat besar....satu anak tangga rumah itu adalah
setinggi pinggang orang dewasa ......rumah itu tersergam kukuh dan diterangi cahaya lampu yang amat terang... baru mereka
tau dari mana asal rumah itu...
dihalaman rumah itu telah tercegat seorang tua yang agak bongkok dan kurus kering........
yuspa memberhentikan motornya di jalan hadapan rumah tersebut yang betul betul ditepi jalan...
main yang ketakutan berkata kepada yuspa....
"akang itu rumah sapa tu akang?kat sini mana ada orang tinggal itu rumah hantuuuuuu...."
yuspa dengan bersahaja menjawab
"selalu kau cuma baca kisah rumah hantu sekarang kau lihat puas puas rumah hantu....."
main berkata kepada main dengan tubuh menggeletar seribu....
"akang jom kita pergi cepat...."
ajakan main itu menemui kehampaan dalam diri main apabila yuspa mematikan enjin motornya kunci diambil dan dimasukkan dalam
poket.....yuspa turun perlahan lahan dari motor ... main masih berada diatas motor..
main kehairanan dan berkata...
"apa yang akang buatni marilah cepat kita lari..."
dengan wajah sugul yuspa berkata...
"tiada jalan yang ada jalan geruh kalau bukan geruh kita geruh mereka akan tiba...."
main terlonggo mulutnya mendengar kata kata abangnya jarang abangnya seserius ini....dengan wajah hampa main mula menangis
lagi .....
wajah yuspa mula melahirkan kekesalan kerana mengajak main... sepertinya ia pun tidak menjangka bahawa cabaran yang
dikemukakan kepada mata mata puaka matang itu diterima dengan tangan terbuka oleh puakan matang....
main terus bertanya.....
"macam sesuatu yang tak kena je akang ni....."
yuspa mendiamkan diri dan menyeluk poketnya dikeluarkan kunci motornya dan diserahkan pada main dengan tangan yang agak
sejuk...dan sedikit menggigil
"kalau jadi apa apa pada aku kau lari lah dari sini jangan toleh belakang......"
kata yuspa tenang kepada main.....
main bertanya lagi
"apa yang sedang berlaku ini akang........?"
yuspa menjawab lemah.........
"hampir 90% ilmu aku telah gagal untuk berhadapan dengan mereka ternyata mereka masih boleh menjelma untuk menyahut cabaran
aku......"
main terdiam terkedu mendengar kata kata abangnya.....wajah abangnya direnung semaunya........
"ingat pergi dari sini kalau berlaku perkara tak diingini kepada ku....."
ketika yuspa menceritakan kisah ini pada saya dia ada berkata kepada saya sekiranya dia tewas malam itu rasanya main pun
akan turut tewas sama kerana tiada jalan keluar saya ulangi tiada jalan keluar.....mereka bersama bukan berada dialam ajsam
ketika itu tapi di alam yang sampai sekarang dia pun tidak pernah menerangkan pada saya....yang nyata mereka kali ini benar
benar telah terperangkap..........
lamunan main yang merenung abangnya mati apabila abangnya bersuara....
"ingat jangan lupa pesan aku....."
main hanya mampu mengangguk lemah ... main memegang tangan abangnya yang agak sejuk dan menyambut kunci itu.....
yuspa meninggalkan main dan menuju kepada orang tua dihalaman itu untuk bertarung....
sesampainya dihadapan orang tua itu yuspa membuka langkah empat untuk memulakan tari langkah silatnya sebagai tanda
persediaan untuk dia bertempur....
orang tua itu menantikan dengan tenang........
yuspa melangkah kemas kekanan dan kekiri.....tangannya di putarkan keatas dan kebawah menarikan tarian langkah silatnya...
namun orang tua itu hanya memerhatikannya sahaja sambil tersenyum menyindir...
yuspa menjadi panas melihat orang tua itu.....yuspa mula menyerang dengan jeritan yang amat kuat.....
"hiaaah.........."
sebiji penumbuk sulong dilepaskan tepat kemuka orang tua itu....
"buk...."
penumbuk yuspa tepat mengenai muka orang tua itu...namun yang menghairankan tubuh orang tua itu masih utoh berdiri tidak
bergerak hatta seinci pun...
sebaliknya yuspa merasa kebas seluruh tanganya serasa dia baru menumbuk tembok batu yang amat tebal lagi utoh...
yuspa amat tergamam ......
namun dikawalnya gerakannya sambil ia menarikan tarian silatnya sesekali diusap tanganya yang amat sakit akibat menumbuk
orang tua itu.....baginya tanganya itu sudah tidak mampu lagi untuk menyerang orang tua itu.....
orang tua itu terus tersenyum menyindir sepertinya ia tahu kesakitan ditangan kanan yuspa sekalipun yuspa cuba menyorokkan
kesakitan itu.....
orang tua itu mula melangkahkan kaki kanannya kehadapan dan sama sama membuka tarian silatnya....
sebaik tamat tarian silatnya orang tua itu merapatkan kedua kaki dan membuka luas tanganya tanda memberikan peluang kepada
yuspa untuk menyerangnya....
tanpa membuang masa yuspa meluru kearah orang tua itu
"hiaaah......."
jerit yuspa....
yuspa memusatkan kekuatan pada kaki kanannya dan menyepak tepat rusuk orang tua itu...
"buk......."
bunyi tendangan yuspa mengenai rusuk orang tua itu....
namun seperti tadi juga serangan itu gagal mencederakan orang tua itu sebaliknya kaki yuspa pula terjengkot jengkot
kesakitan......
kali ini yuspa tidak dapat menyembunyikan kesakitan kakinya...
senyuman orang tua itu semakin melebar melihatkan yuspa kesakitan dengan kaki terjengkot jengkot.....
sepertinya orang tua itu bisu tak reti berkata kata ..........
yuspa mengundurkan diri dari orang tua itu.....kemudian ia menjerit kepada main....
"main pergi sekarang jangan tunggu akang lagi pergi .... pergi.......!"
mendengar kata kata yuspa main terus mencuba menghidupkan enjin motor abangnya namun gagal....
yuspa yang melihat dari jauh terus menjerit kepada main....
"lari ...... lari......."
tanpa membuang masa main turun dari motorsikal dan cuba melarikan diri.....
orang tua yang tadinya melihat yuspa mula beralih arah kepada main..........
orang tua itu mengangkat tangan kelangit dan perlahan lahan menghalakan kedua tangan kepada main....
main yang sedang cuba memulakan langkah seribu tersungkur jatuh tubuhnya lumpuh tidak bergerak...
melihatkan situasi itu yuspa menjadi naik angin....
yuspa mengeluarkan pisaunya dan cuba menyerang dan menikam tepat kehulu hati orang tua itu....
malangnya pisau tajam itu tidak mampu melukai tubuh orang tua itu.. orang tua itu kebal.....
sedangkan menurut yuspa ketika menceritkan kisahnya itu kepada saya pisau yang digunakan telah ditapakan didalam air tajin
selama 40hari 40malam dan didalam bumi untuk dijadikan sebagai senjata paling ampuh untuk menghancurkan segala ilmu
kebal....namun gagal.......
orang tua itu yang dari mula masih tidak beralih tempat hanya bergerak sekitar tempat itu menjadi berang dan melepaskan satu
tumbukan tepat kearah muka yuspa.....
namun yuspa sudah menjangka serangan itu dengan mudah mengundurkan kaki kanannya setapak kebelakang dan menjarakkan tubuhnya
dari tubuh orang tua itu sambil membuang kekanan tumbukan orang tua itu dengan tangan kanannya....
yuspa benar benar terdesak ketika itu apa yang boleh dilakukan bersedia menanti serangan orang tua itu....untuk menyerang
agak mustahil dengan kekuatan orang tua yang sangat luarbiasa... malah ketika menepis serangan orang tua itu buangan tangan
yang dilakukan keatas tangan orang tua itu seperti gagal dilakukan........ dirasanya seperti menepis sebatang batang kelapa
yang meluru kearahnya.....
yuspa hampir hampir berputus asa.....namun dikuatkan semangat untuk menghadapi dan cuba mencari kelemahan orang tua itu.....
perlahan lahan yuspa mengundurkan langkahnya setapak demi setapak menjauhi orang tua itu....sehingga masa itu tiada apa yang
yuspa rancangkan dan tiada apa yang mampu dilakukan untuk mengalahkan orang tua itu.....
namun yuspa benar benar bersyukur kerana orang tua itu tidak menuju kearahnya dan hanya bergerak sekitar tempat dia
berdiri....
namun kegembiraan yuspa hanya seketika ..... sekali lagi situa itu menjulang tangan kelangit dan tiba tiba tubuhnya yang
kurus seperti piano bentuk rusuknya berubah menjadi tegap berubah sedikit demi sedikit menjadi tinggi dan besar....bulu bulu
tebal menyeliputi tubuh orang tua yang berubah seperti mawas yang amat besar.... sehingga dilihatnya yuspa hanya separas
pehanya sahaja......
yuspa benar benar kaget dengan situasi itu sedangkan orang tua yang kecil tidak mampu ditumbangkan inikan pula makhluk aneh
yang amat besar yuspa hanya mampu pasrah dan menanti tindakan makhluk aneh itu....
makhluk aneh itu menghalakan kedua tanganya kearah yuspa .... ribut melanda kawasan itu angin bertiup sangat kencang....
tubuh yuspa tidak mampu bertahan dan rebah ditolak angin yang amat kuat........ imbangan tubuh yuspa hilang dengan jatuhnya
tubuh nya kebumi...... perlahan lahan tubuhnya tertolak menjauhi orang tua itu ... ketika itu pisau terlepas dari tangan
yuspa .... yuspa cuba mencapai pisau yang terlepas...... baginya itu sahaja senjata yang masih ditangannya yang mampu
digunakan untuk menghadapi makhluk aneh dengan kekuatan misteri...... namun gagal...... yang dapat dicapai ketika menggapai
pisau itu hanya tanah ......
nafas yuspa menjadi sesak akibat angin kuat yang bertiup entah dari mana.......
tanah itu digengam erat perlahan lahan yuspa membacakan waqaf ketujuh dari ayat al qursi tujuh waqaf....... dimana enam
waqaf telah dibaca sebelum menjejakkan kaki kebumi dirumahnya sebelum berangkat untuk bertempur dengan puaka
matang.....salah satu senjata yang dimiliki untuk berhadapan dengna makhluk halus......... perlahan lahan yuspa melemparkan
tanah itu kearah makhluk aneh itu dengan lemahnya akibat kehabisan tenaga di pukul ribut yang entah dari mana asalnya....
apa yang menghairankan tanah kering dan seroi yang dilemparkan itu terbang seperti lebah mencari mangsa menentang arus angin
lantas menghurung tubuh makhluk aneh itu....
ternyata makhluk aneh itu merasa rimas dengan tanah yang menyeliputi tubuhnya ... tumpuannya terganggu dengan tanah itu dan
perlahan lahan asap mula keluar dari tubuhnya ..... jelas makhluk aneh itu agak kesakitan namun tetap tidak mengeluarkan
suara... sepertinya ia tidak mahu menunjukkan kesakitannya dengan jeritan... mungkin juga makhluk itu bisu....entahlah saya
pun tak pasti....
angin yang kencang mula bergerak perlahan dan kemudiannya hilang... makhluk aneh itu mula mengeluarkan asap diseluruh tubuh
badanya ... kesakitan mula terbayang dari gerak tubuhnya namun dia tetap tidak berganjak dari situ juga....
yuspa tanpa membuang masa bangun dengan gagahnya ... sepertinya ia mendapat kekuatan pabila melihat makhluk aneh itu
kesakitan.... kedua tanganya menutup kedua telinganya... dengan air mata mengalir di kelopak matanya tanda benar benar
mengharpkan pertolongan dari tuhan dia melaungkan azan ...
ternyata ketika azan berkumandang semakin banyak asap keluar dari tubuh makhluk itu ... makhluk itu semakin terdesak... asap
menyelubungi seluruh tubuh badannya..
perlahan lahan asap tebal itu mulai menipis... tubuh makhluk itu berubah menjadi pokok kekabu..... rumah yang tersergam
indah menghilang... kawasan yang terang menjadi gelap semula ... disekeliling serasa masa terhenti seketika tiada apa ayng
berubah.. yang ada hanya lah bunyi burung malam dan serangga malam menyanyikan lagi misteri....
yuspa mencari cari pisau nya yang keciciran didlam gelap selepas dapat mencapai pisaunya dia menyelitkan kembali pisau
kesayangan nya itu kepinggang
yuspa merasa seperti baru sedar dari mimpi... ternyata amalannya untuk pergi ke alam ghaib senja tadi menjadi rupanya... dan
ia telah mengembara disatu dimensi yang dia sendiri tak dapat terangkan kepada saya ketika ia menceritakan kisah ini kepada
saya....
saya pernah bertanya kepadanya apakah tindakannya sekiranya ayat al qursi tujuh waqaf gagal untuk mengalahkan makhluk itu
...?
dia hanya menjawab tiada apa lagi yang mampu dilakukannya........
tanpa membuang masa yuspa menjerit kepada adiknya
"main ambilkan aku beg aku ....."
ternyata tubuh main yang lumpuh masih tidak bergerak....
yuspa naik angin dan meluru ke tubuh adiknya yang masih lumpuh.... tidak bergerak....
dia mengoncangkan tubuh adiknya ... ternyata adiknya pengsan
"huummmm...... patutlah ........"
dengus yuspa .......
tanpa membuang masa yuspa pergi kearah begnya... diambilnya sebilah paku demak dari warisan orang tuanya.... diambilnya paku
biasa juga dari begnya dan sebiji tukul besi...
dia berlari kearah pohoh kekabu itu... di gurisnya beberapa gurisan pohon kekabu itu dengan paku demak ditangannya...
selanjutnya dipaku pohon kekabu itu dengan paku sepanjang 3 inci pada pohon itu......
sebaik paku tertancap di pohon itu kelihatan puas dihatinya...
dengna langkah longlai yuspa melangkah ke tubuh adiknya .... dia memangku adiknya yang masih pengsan dan dibacakan beberapa
ayat al quran dan ditiupkan kewajah adiknya...
adiknya lantas terbangun apabila terasa angin tiupan dari mulut yuspa menerjah wajah tembamnya....
"dahlah main semua nya dah berakhir marilah kita balik....."
usul yuspa pada adiknya....
"apa terjadi akang ....?"
soal adiknya pula......
"nantilah akang ceritakan semuanya...."
mereka pun berlalu pergi dari jalan matang ......
etika enjin motorsikal hendak dihidupkan untuk meninggalkan jalan matang ternyata hanya sekali tendang sahaja motorsikal
nya berjaya dihidupkan..........
.................................................. .................................................. ........................
pada keesokan pagi nya yuspa dan adiknya hanya menghabiskan waktu paginya dengan tidur sahaja .... bangun subuh sekadar
utnuk solat subuh dan selepas itu tidur lagi sepuas puas hati.....adiknya tidak pualng kerumah sebaliknya meneruskan tidur
dirumah abangnya....
kebetulan dipagi hari itu adalah hari ahad........yuspa yang tak bekerja dipagi ahad itu terus melayan tidurnya sekalipun
dia tidak sedar diwaktu tidur dia sedang melayan tidurnya....
hanya ketika isterinya menggerakkan tubuh nya barulah ia bangun itupun dengan malasnya......
"bang si munilinggam datang........"
kata isterinya sambil menggoncang tubuh yuspa....
"alah pehal pulak dukun india tu tiba tiba datang"
katanya dengan malasnya....
"manalah saya tau ........"
kata isterinya ........
"kau katalah aku takder kat rumah nanti lapang aku cari dia......"
isterinya meniggalkan yuspa dan keluar bertemu manilinggam......
dengan kuat imah menjerit kepada manilinggam dari atas rumah dimuka jendela........
"yuspa tengah tidur dalam bilik cakap dia tak ada rumah dia jugak cakap dia akan datang cari awak bila dia lapang nanti dia
cakap dia ngantuk dan mau terus tidur........"
mendengar kata kata imah, manilinggam menjerit dari bawah halaman rumah
"ayo yo yus jangan itu macam ini hal banyak penting tolonglah sama saya jangan buat gurau gurau....."
manakala yuspa yang mendengar suara isterinya yang tak faham diajar menipu pula melompat bangun dari katil ....dengan
tergesa gesa ia berlari kearah imah ... belum sempat ia ingin memarahi imah kedengaran suara manilinggam dari luar rumah...
"kici kici saya nampak sama awak yuspa"
kelat dan pelat india sungguh manilinggam berkata bahasa melayu al maklumlah india estate......
imah berlalu pergi ditinggalkan suaminya ... memang sengaja dia berkata sedemikian supaya yuspa terkena dengan jenakanya...
imah maklum manilinggam ini memang boleh bawak bergurau dan tidak kisah... manakala malas dia nak layan urusan dua lelaki
berlainan bangsa ini......
yuspa dengan berkain pelikat tidak berbaju melangkah malas menuruni tangga........ kelihatan manilinggam sedang menunggu di
tangga......
yuspa menyapa manilinggam......
"kau ni dari mana mani .....? pepagi buta dantang rumah aku nak membuta pun susah...."
mani menjawab.........
"yus pagi wei kawan, ini jam 10pagilah dah tak buta lagi sudah cerah juga....."
jawab mani dengan berterabur tanpa tatabahasa....jelaslah dan bertepatanlah mani yang tak sekolah dan tak pernah kesekolah
seusianya walau usia dah berusia hampir 60tahun.........
"dei kawan saya minta tolonglah lah......."
belum sempat mani berkata lanjut yuspa terus berkata dengan matanya yang jelas masih terpejam melayan kantuknya.......
"mani kau dukun tolong orang pun ini masa mau minta aku tolong jugaka........?"
yuspa berkata dalam telor mani pula
"dei kawan ini masa saya betul betul lah kawan saya minta tolong jangan kacau saya punya dewa sumua juga sudah marah sama
saya dewa saya suruh bagi last warning sama awak juga lah ........"
terjegil biji mata yuspa mendengar kata kata manilinggam hilang kantuknya berganti kemarahan.......
"mani kita kawan sudah lama saya cakap saya tak kacau lu punya patung lupunya berhala lu jangan tuduh tuduh ... makan boleh
sebarang makan paling teruk sakit perut ... tapi cakap jangan sebarang cakap paling kurang sakit seluruh badan nanti..."
melihatkan yuspa naik angin mani mula berkata dan memperlahankan nadanya.......
"kawan saya punya dewa juga cakap malam tadi kawan sudah paku kepala ketua dewa saya kawan sudah tikam keluarga dewa saya
itu juga saya punya dewa cakap......."
tergamam yuspa mendengar kata kata mani..........
bab ini anda fikirlah sendiri.....
cuba kita lihat bersama sikap kaum india yang suka membuat kuil di serata tempat panting tengok tempat puaka sikit... buat
kuil keramat bagi mereka adalah puaka bagi kita........
jadi kot keras kuil mereka faham faham lah adakah benar dari kayangan dewa mereka atau hanya puaka ditempat itu sahaja
ntahlah saya rasa anda akan dapat kesimpulan dari kisah ini....dan bandingkan dengan sekitar kehidupan kita....
melihatkan nada manilinggam yang agak mengendur yuspa mula mengendurkan kata katanya juga....
"saya tak tau pulak awak punya dewa kat matang kalau macam tu mereka yang main hal dulu mereka kacau ayah saya sampai
sekarang masih terlantar kat katil makan pun bersuap itu apa cerita mereka pula......"
manilinggam yang memang dukun terdiam tidak membalas kata kata yuspa sebaliknya dia berkata pula.........
"saya punya dewa bagi awak salam persahabatan......."
sepertinya mani seperti sudah tau kisah ayah yuspa yang telah di kenakan oleh puaka matang.....
yuspa hanya menjawab dengan gurauan.....
"perkara tu saya akan pertimbangkan......."
manilinggam tersenyum dan berkata........
"sudahlah yus saya mau pergi lauk cari juga goreng mau ikan juga....."
yus ketawa kecil medengar kata kata mani dan mengajak mani naik kerumah.......
"jomlah naik mani......"
mani hanya menjawab.......
"terima kasih juga kawan saya punya bini punya amak punya saya punya anak punya ikan masak juga........"
yuspa ketawa mendengar tatabahasa mani mau taknya semua kena masak dia punya datuk dia punya nenek dia punya anak dia punya
bini dia punya sedara dia punya ikan semua kena masak ntah sapalah yang nak makan nanti semua dah kena masak.......
"oklah lapang lapang nanti datanglah rumah........"
mani dengan terburu buru hendak pergi berkata.......
"itu juga sudah patut juga........"
memang semenjak bertahun yuspa berkawan dengan mani sentiasa setiap kali yuspa akan ketawa mendengar mani bercakap bahasa
melayu.........
perkenalan mereka adalah sebab mereka pernah sama sama berganding bahu mengubat seorang pesakit...
insyaallah kalau berkelapangan saya akan ceritakan kisah mereka bertempur dengan dukun dari kawasan bukit k****g yang
menggunakan ilmu sihir yang lengkap dengan kepala tengkorak......
pagi itu mani meninggalkan yuspa dengan terburu buru untuk pergi masak keluarga berserta ikan..........
.................................................. .................................................. ........................
dua tiga hari selepas kejadian itu yuspa melakukan aktiviti harian seperti biasa.......
di suatu malam ketika dia tidur yuspa bermimpi........
dalam mimpinya beliau telah kembali ke halaman rumah yang menjadi gelanggan pertempurannya dengan puaka matang...
kelihatan tidak ada apa yang berubah malah orang tua itu pun ada ditempat tumbuhnya pohon kekabu yang telah dipakunya....
di dalam mimpinya orang tua itu berubah sedikit demi sedikit menjadi makhluk aneh seperti yang dihadapi ketika bertempur di
matang....
sepertinya masa lalu kembali rasa dan serasanya di dalam mimpi itu ....
hanya adiknya sahaja tidak kelihatan dalam mimpinya itu.....
yuspa sekali lagi berhadapan dengna orang tua itu malah mereka telah berdialog........
"wahai manusia apa maunya kamu mengganngu kawasan jagaanku......."
makhluk aneh itu bertanya......
yuspa hanya berkata.....
"aku hendak balas perbuatan korang yang mencederakan ayah aku......"
makhluk itu hanya ketawa mendengar kata kata yuspa.......
"ha....ha... ha.. ha... apa kata cucu bersahabat dengan datuk......"
makhluk itu memberikan cadangan.......
"kau setan aku manusia aku tak nak bersahabat dengna kau....."
yuspa membantah........
makhluk itu hanya ketawa lagi dan seketika kemudian makhluk itu menjadi semakin besar dan tinggi sehingga setinggi pohon
kelapa tua......
makhluk itu mengangkat dan menjulang tanganya kelangit dan tiba tiba ditanganya terdapat beberapa tedung sela setiap satunya
berkepala dua ........oleh kerana makhluk itu besar setiap tedung selar yang dipegangnya adalah sebesar batang pohon kelapa
tua.........
kemudian makhluk itu menghampirkan tedung itu ke dadanya dan tedung sela itu mematuk tanpa henti tubuhnya ... dan makhluk
aneh itu ketawa semau maunya sehingga bingit telinga yuspa dengan tawa makhluk itu...
ternyata patukan ular itu tidak langsung memberikan kesan kepada makhluk itu
makhluk itu berkata kepada yuspa ............
"kalau cucu sudi berkawan dengan datuk cucu akan miliki kelebihan datuk......."
pujuk makhluk itu kepada yuspa..........
sekali lagi yuspa membantah......
"pergi jahanam kau musuh allah........"
makhluk itu hanya ketawa mendengar bantahan yuspa.......
tiba tiba yuspa terjaga dari tidur..... dilihat seluruh tubuhnya berpeluh dilihat sekeliling anak anaknya dan isterinya
nyenyak dibuai mimpi masing masing...
yuspa teringat kembali kata kata manilinggam ...
namun demikian beliau malas untuk mengambil pusing mimpinya itu baginya mimpi adalah permainan tidur...
.................................................. .................................................. .......................
ayam mula berkokok ..... muazzin melagukan azan.... suasana nyaman meliputi bumi........ tanda hari telah subuh.....
suara azan yang di lagukan oleh bilal di surau membuatkan yuspa terbangun dari tidur.... beliau menggeliat untuk
mengendurkan urat urat dan perjalanan darah ditubuhnya.... perlahan lahan ia bangun dan mengejutkan isterinya... isterinya
pula mengejutkan anak anaknya... dengan malasnya dia bangun dari tempat tidur dan mencapai tuala untuk mandi dan solat
subuh...
beliau turun dari rumah nya pergi kebilik air... memang menjadi kebiasaan di kampung kampung bilik air akan di letakkan di
luar rumah dan berhampiran dengan rumah... yuspa mandi dan air sejuk mengenai tubuhnya... kesejukan air dikolahnya
membuatkan ia menggeletar seribu.. bukan sebab ketakutan berjumpa hantu tapi kesejukan kerana mahu menuntut keredhaan untuk
melaksanakan solat subuh....
selepas mandi beliau naik kerumah.... ketika di tangga rumahnya beliau terdengar suara anaknya menjerit dari atas rumah...
"mak batu apa ini....?"
tanpa membuang masa beliau yang agak terkejut dengan suara anaknya itu terus meluru keruang tamu untuk melihat apa yang
terjadi .. sesampainya diatas rumah dilihatnya isteri dan seorang anaknya telah menunggu diruang tamu... dilihat sebiji batu
kemas terletak diatas meja diruang tamu rumahnya...
batu itu sebesar sebiji kelapa kupas dan berwarna hijau lumut... yuspa benar benar kehairanan bagaimana batu bulat itu boleh
berada di situ...
memang menjadi kebiasaan dirumahnya ketika pagi mereka akan sama sama berkongsi bilik air dimana yuspa akan mandi dulu dan
diikuti anak dan isterinya... ketika dia mandi anaknya akan menantikan diruang tamu atau menunggunya di tangga rumah ... dan
tidak menghairankan apabila anaknya adalah orang pertama yang melihat batu itu...
kepelikan anaknya itu membuatkan beliau telah mendapat jawapan batu itu bukan diletakkan oleh anaknya... dan mustahil pula
anak bongsunya meletakkan nya sebab anak bongsunya berjalanpun masih jatuh lagi...
"batu apa tu akang....?"
soal imah kepada suaminya...
yuspa tidak menjawab soalan isterinya... baginya dia sendiri baru hendak tanya kepada seseorang batu apakah itu ... namun
yang pastinya tiada siapa di rumah itu tahu batu apakah itu...
yuspa sangat berwaspada dengan batu itu kerana teringat mimpi nya malam tadi....
tapi malas ia untuk menceritakan kepada anak dan isterinya kerana ditakuti mereka akan risau.... yuspa pergi kebiliknya dan
mengambil kain hitam dari dalam simpanan nya di dalam almari ...
selepas kain hitam itu ditanganya ia terus meluru ke arah ruang tamu kembali tanpa menutup almari tempat asal kain hitam
yang berlipat...
ketika menuju kebatu itu beribu persoalan bermain dibenak fikirannya....
soalan utama sudah tentu batu apakah itu...
dan ketika sampai di depan batu itu yuspa... membentangkan kain hitam itu dan menyelimuti seluruh batu itu dengan kain
hitam....
yuspa yang hanya diam mula bersuara....
"sudahlah lupakan batu ini anis pergi mandi hari ni sekolah bukan...."
anis anak sulungnya pergi terus meninggalkan ayah dan ibunya pergi kebilik air....
namun imah masih tercegat dihadapan yuspa ... imah mula bertanya kembali soalan yang belum dijawab oleh yuspa tadi...
"batu apa tu akang........?"
yuspa menjawab....
"dari tadi aku dah tak jawab soalan kau sekarang kau tanya lagi... apalah kau ni... kalau aku tau dah semestinya aku
jawab.... dah pergi sekarang .... subuh dah semakin tinggi...."
imah meninggalkan yuspa bersama batu itu dan dia terus pergi ambil wudhuk di bawah rumah sahaja .... memang menjadi
kebiasaannya akan mandi selepas waktu subuh.. ini kerana memberikan peluang kepada suami dan anaknya yang perlu pergi
kesekolah dan ketempat kerja....
namun dihatinya masih merasakan sesuatu yang kurang enak selepas melihat batu itu.... namun oleh kerana dia tidak mahu
terjadi ketegangan antara suami dan dirinya di diamkan sahaja... memang sudah lama dia memang tidak suka hobi suaminya yang
lebih suka kepada perkara misteri seperti itu....
masih diingat lagi nasib keluarganya ketika kecil akibat buruk yang di terima keluarganya kerana terlalu cenderung kepada
perkara mistik seperti itu....
namun sikap yuspa yang keras kepala itu membuatkan walau beribu yang dinasihati tiada satu pun didengar oleh suaminya...
cuma sehingga sekarang belum ada sesuatu yang buruk berlaku membuatkan beliau ahnya mampu mendiamkan diri sahaja...
mungkin benar yuspa memiliki kelebihan dari allah untuk mengawal benda benda halus seperti itu dengan izin dari allah jua..
dan ia tetap berdoa suapaya tiada apa yang berlaku kepada dirinya dan ahli keluarganya... bukanlah mempercayai sesuatu yang
khurafat tapi risau kerana tuhan boleh izinkan untuk perkara tersebut memudharatkan dengan izin tuhan juga... dalam rangka
jin dan syaitan utnuk menyesatkan makhluk allah....
nasib baik imah tidak tahu apa yang berlaku kepada yuspa di matang kalau tidak tak tahulah apa yang akan dibebelkan oleh
imah....heheheeheh......
selepas imah pergi yuspa membacakan sesuatu dan menghembuskan kearah batu yang telah diselimuti kain hitam itu ... kemudian
yuspa pergi solat subuh....
selepas solat subuh beliau duduk diruang tamu dan mula mengambil batu yang sudah diselimuti kain itu... perlahan lahan ia
mengikat kain yang menyelimuti batu itu....beliau mengikat dengan ikatan wangsul atau ikat hidup... sambil mengikat mulutnya
tidak henti henti membaca ayat ayat suci al quran... selepas sempurna ikatan beliau meletakkan kembali ke atas meja batu
itu... telah selesai dan sempurnalah yuspa memasung atau mengurung batu itu....
yuspa terus merenung batu yang telah siap di ikat itu.....
pagi itu tidak ada apa yang dilakukan hanya merenung batu sahaja....
renungan itu berhenti apa bila mendengar suara isterinya dari arah dapur....
"akang marilah kedapur...."
memang dah jadi kelaziman apabila isterinya memanggilnya kedapur maknanya makanan dah siap....
beliau pergi menuju kedapur .. di dapur telah terhidang nasi goreng kegemarannya... begitulah imah walau mungkin ia berkecil
hati dengan dirinya namun makan minum nya tetap terjaga.... fikir yuspa dalam hati kecilnya....
selepas makan pagi yuspa bersiap siap untuk pergi kerja... antara perkara yang disiapkan ialah memasukkan batu yang siap
diikat ke dalam beg sandangnya....
selepas semuanya siap... dia pergi kemuka pintu ... imah mengikut setia dibelakangnya.. memang dah menjadi kebiasaan imah
pasti akan menghantar yuspa dan anaknya kemuka pintu setiapkali mereka hendak pergi ke luar rumah terutama di waktu pagi...
dilihatnya anaknya dan suaminya turun tangga bersama sama.... dan dilihatnya juga yuspa menaiki motorsikal dengan anaknya...
.................................................. .................................................. ........................
seperti biasa yuspa akan menghantar anaknya ke sekolah dahulu sebelum ketempat kerja... memang sudah menjadi kebiasaanya...
malas dia nak suruh orang rumahnya untuk menghantar anaknya... baginya biarlah dia yang lakukan sendiri... biarlah orang
rumahnya tetap dirumah sahaja....menguruskan rumah tangga....
ketika diatas motorsikal anaknya mula bersuara...
"ayah naper ayah bawah motor lambat sangat...."
yuspa menjawab...
"biar lambat asal selamat....."
namun dihatinya beliau sendiri merasa heran dirasanya motornya bergerak terlalu perlahan... seeprti motornya sedang
menanggung benda yang amat berat... dia menjangka anaknya tidak menyedari namun rupanya anaknya itu menyedari perubahan
tersebut....
selepas sampai kesekolah anaknya dia menurunkan anaknya di pintu pagar... selepas anaknya turun dia langsung pergi
meninggalkan anaknya ... motorsikalnya tidak mampu bergerak laju dan masih bergerak perlahan walau hampir habis minyak di
pulasnya...
seolah olah membawa benda yang amat berat....
berkali kali ia turun memeriksa motornya namun dirasakan tiada apa yang tidak kena. sehinggalah ia teringat kembali batu
yang ada dalam beg sandangnya....
terfikir dibenaknya....
"adakah dia sedang membawa puaaka matang bersamanya.....?"
.................................................. .................................................. ........................
sesampainya di klinik tanpa membuang masa yuspa terus menuju ke dalam biliknya... di dalam biliknya yang sempit ia terus
mengambil batu dari dalam beg sandangnya...
ikatan itu di buka perlahan lahan seperti orang sedang membuka nasi bungkus lagaknya....
apa bila telah terzahir batu itu di depannya di perhatikan se telitinya...
dilihatnya batu hijau lumut itu yang sebesar buah kelapa kupas tidak berbeza dari batu jalan yang membezakan hanyalah warna
dan saiznya kerana batu itu agak bulat ... permukaannya kasar seperti batu jalan....
yuspa mula memmejamkan mata bertafakur sejenak...
dalam tafakurnya seketika kemudian ia telah masuk kealam ghaib...
di alam yang gelap itu kelihatan kembali orang tua yang bertarung dengannya...
orang tua itu mula bersuara...
"mengapa cucu pasung datuk ...? datuk hanya datang untuk bersahabat dengan cucu.... bukan berniat jahat..."
yuspa menjawab....
"aku tidak mahu bersahabat dengan syaitan... kalau kau tetap nak ikut aku tak dapat halang itu urusan kau... cuma pastikan
kau jangan buat masalah.. jika kau enggan aku akan pasitkan kau duduk dalam lubang tandas...."
orang tua itu mendiamkan diri.. sejenak kemudian orang tua itu hilang ntah kemana...
yuspa membuka matanya perlahan lahan.....dilihatnya batu itu utoh tidak bergerak dari tempatnya... namun kali ini batu itu
hanya dibungkus kemas dengan kain hitam tidak diikat seperti sebelumnya.....
mungkin mereka telah mencapai kata sepakat.... di masukkan batu itu di dalam beg nya kembali....
.................................................. .................................................. ........................
selepas beberapa hari pada satu malam saya telah datang kerumah abang yuspa...
ketika sampai kerumahnya abang yuspa sangat gembira menerima kehadiran saya ... seperti yang lepas lepas juga ia sangat
gembira sekiranya saya datang berjumpa dengannya .. pendek kata kot waktu malam kami bertemu bila kentong subuh di ketuk
baru kami berpisah ... berbagai cerita akan keluar... malah kak imah memang dah faham kot saya dan abang yuspa bersama
memang dua regu sembang yang amat tepat... tak boleh dicampur... malah pernah pada satu masa perhubungan kami berdua telah
membuatkan abang yuspa dan kak imah bertegang dalam hubungan mereka suami isteri .. namun demikian akhirnya kak imah
terpaksa menerima saya sebagai kawan rapat abang yuspa ...
yelah sapa yang suka bila saya sampai je pasti suaminya akan bersama bergebang dengan saya semalaman... hehehehhee
malah bila dia datang kerumah saya pun sama juga saya pasti akan menahan dia dirumah saya sampai kesubuh....
setiap kali berjumpa banyak perkara yang kami akan bercerita......... yang menghairankan bukan cerita berulang sebaliknya
cerita baru sentiasa keluar... lebih lebih lagi apabila kami membincangkan amalan tauhid.... ialah ilmu tuhan mana nak abis
kot nak diceritakan......selain itu berbagai kisah lain kami akan bercerita juga dari bab politik agama sosial misteri dan
sebagai,,, mungkin kalau diletakkan kami seminggu dan kami tak tidur mungkin tak abis citer lagi kot....
apabila saya duduk sahaja diruang tamu abang yuspa terus bercerita kisah pertempurannya di matang... dengan siap gaya dan
sound effect bagai di keluarkan untuk menghidupkan ceritanya..... sesekali saya mencelah .......namun lebih banyak mendengar
sahaja....
dari sinilah saya dapat ceritkan kejadian dimatang itu dengan lengkap.....
malah kisah manilinggam pun di ceritakannya... dari situlah kami sama sama dapat kesimpulan sembahan orang hindu itu
bukanlah dewa dewi dari kayangan sebaliknya puaka yang terdapat di kawasan itu...
kami amat bersyukur kerana kami di lahirkan sebagai orang islam.........
sehinggalah sampai satu ketika ia pergi mengambil batu yang ia dapati itu.... batu itu di letakkan di depan saya di atas
meja di ruang tamu....
saya meminta izin darinya....
"boleh saya pegang batu ini...."
abang yuspa menjawab....
"peganglah kot tak boleh pegang buat apa aku tunjuk kat kau...."
saya pun terus pegang batu itu.... apabila tersentuh sahaja kulit jari saya pada batu itu saya lantas menarik tangan saya
dari batu itu.. saya amat terkejut kerana terdapt seperti arus letrik yang kecil pada batu itu...
ntahlah mungkin perasaan saya je kot... tapi saya masih ingat lagi jari saya agak kebas ketika itu...
"bang macam ada arus letrik lah kat batu ni...."
mendengar kata kata saya itu abang yuspa menatap wajah saya dengan tajam.... dan kemudian menatap batu itu pula... ketika ia
menatap batu itu ia berkata dengan nada yang marah....
"kau jangan nak buat masalah aku tak pernah ajak kau bersahabat dengan kau ... malah kau yang menawarkan .. aku tak pernah
anggap kau sahabat aku ... kalau kau nak ikut aku itu masalah kau... aku tak halang kerana di mana aku tinggal di situ bumi
tuhan.. tapi ingat jangan buat masalah kalau kau buat masalah aku harap kau perlu tahu dimana tempat duduk yang terlebih
wajar bagi kau...."
tegas abang yuspa.. saya harap kata kata dia itu tidak ditujukan kepada saya... malu weh datang rumah orang kena bahasa mcm
tu.,...
seketika kemudian abang yuspa berkata kepada saya....
"cuba pegang balik batu tu..."
arah abang yuspa pada saya... saya pun pegang batu itu... terasa hangat permukaan batu itu apabila kulit jari saya bersentuh
dengan permukaan batu itu... saya mnegangkat dan menimang nimang batu itu... abang yuspa hanya melihat gelagat saya...
batu itu saya rasa lebih berat dari saiz nya ... malah permukaan yang sedikit hangat adalah amat berbeza dengan keadaan
malam yang agak dingin walau ketika itu awal malam kerana diwaktu itu musim hujan....
ketika kami sedang sibuk membicarakan batu itu.. terdengar di halaman rumah ada orang memanggil...
"yus. yus.... yus......."
abang yuspa seperti tahu siapa dibawah itu lantas memanggil suara orang yang memanggil itu naik.....
"naiklah mani......"
terdengar di luar tangga rumah abang yuspa di pijak manusia... kemudian terlihat seorang india muncul di pintu yang tidak
bertutup ... rambutnya kelihatan putih....... sangat berbeza dengan kulitnya yang hitam...
kali pertama dalam hidup saya berjumpa dengan mani... selama ini saya hanya mendengar mani adalah dukun hindu yang amat
pakar menangkap hantu raya dengan memasukkan hantu itu dalam botol.... malah menurut abang yuspa terdapat banyak botol
kurungan hantu berada di kuilnya... malah dia sedia menjual botol yang telah sedia ada berisi hantu raya jika kena pada
harganya...
selalunya orang yang ingin menganiayai orang akan mencampakkan botol itu di rumah orang yang di benci itu.. dan rumah orang
itu akan di ganggu hantu raya yang telah terlepas hehehehhehe.. ada antara forumer yang berminat ... kalau ada baik lupakan
sebab tu dalam kisah saya seringkali saya terpaksa menyembunyikan tempat dan watak kerana risau sekiranya perkara tersebut
akan di salah gunakan... memadalah anda membaca kisah yang saya ceritakan dan jadikan sempadan bagi mana yang buruk dan
tauladan mana yang baik... harap anda benar benar faham tujuan saya menulis kisah seram disini.....
ok kita sambung lagi...
melihatkan saya sedang melihatkan batu itu ditangan mani terus meluru kearah saya dan merampas batu itu... ia berkata...
"wei yus ini saya punya dewa patut duduk saya punya kuil...."
saya yang masih terkejut dengan sikap mani hanya mampu melihat perbuatan mani itu...
abang yus tersenyum simpul lalu menjawab...
"kalau dia u punya dewa apa pasal datang rumah saya bukan awak punya kuil....?"
"mani ter diam mendengar kata kata abang yus...."
dia memejamkan mata dan menderam dengan lagu yang saya tak pasti apa isi butirnya...kemudian dia senyap .... sepertinya dia
cuba menjelajah kealam ghaib ... mana saya tau ... saya teka... hehehehehe....
kemudian mani membuka matanya secara tiba tiba... terjegil biji matanya melihat batu bulat itu... dipegang erat batu itu...
seperti ada ketengangan yang saya tak pasti apa sebabnya diwajahnya...
perlahan lahan wajah mani berubah seperti sedia kala dan kali ini dia melepaskan nafasnya dan menggelengkan kepalanya...
sepertinya wujud kekecewaan di wajahnya..
perlahaan lahan ia letakkan batu itu di hadaapan abang yuspa diatas meja ditengah kami... perbuatan mani itu membuatkan saya
benar benar tertanya tanya apa yang sedang ia rasakan dan apa yang ia sedang lihat... hanya dia yang tau...
tidak sabar rasanya untuk lebih mengetahui apa yang sedang berlaku kepada dirinya....
"awak simpanlah ini saya punya dewa dia mau ikut sama yus juga...jaga baik baik saya punya dewa........"
kata mani kepada abang yuspa....
abang yus mengalihkan mukanya kearah saya beliau hanya tersenyum sinis.. saya pasti senyuman itu adalah untuk mani...
kemudian mani telah bercerita panjang lebar berkenaan cara cara untuk melayan batu itu... yang pasti cara cara itu sangat
bertentangan dengan aqidah kita sebagai orang islam...
malah berbagai ugutan mudharat yang boleh di buat oleh batu itu telah dikemukakan olehnya kepada abang yuspa sekiranya batu
itu tidak dijaga dengan baik
sehabis dia menceritakan kaedah dan cara cara memelihara batu yang dianggap diduduki oleh dewa dewinya... abang yuspa mula
berkata berbanding dengan tadi hanya khusyuk mendengar sahaja..
"itu aku tak tau dan aku takkan buat... yang akan aku buat sekiranya dia buat hal lubang najis adalah tempat dia..."
tegas abang yuspa dengan tegasnya....
mani terkedu dan terdiam seribu bahasa.......... tubuhnya agak terlompat bila mendengar kata kata abang yuspa... wajahnya
agak terkejut namun ditahannya jua...lalu ia berkata...
"wei yus jangan cakap itu macam nanti u punya mulut boleh herot tarapapa boleh kasi bikin baik....."
ternyata sekarang saya rasakan suasana yang agak tegang antara abang yuspa dengan manilinggam...
abang yus membalas....
"cara kau cara kau cara aku cara aku....."
mani terdiam tidak berani untuk membalas .......
memang pernah jadi kejadian dimana ketika mani gagal untuk mengubat pesakitnya abang yuspa telah masuk campur dan kemudian
mereka telah mencapai kejayaan malah dalam ketika pertempuran batin itu abang yuspa telah membantu manilinggam ketika
diserang dukun bukit k****g ... ketika itu mereka di serang dengan tengkorak orang mati di bunuh...
insyaallah jika berkelapangan saya akan ceritakan kisah pertempuran itu....
akhirnya mani mengalah dan tidak cuba mengajar abang yuspa....
malam itu saya hanya menjadi pendengar setia sahaja... kepada cerita cerita abang yuspa dan manilinggam... yang pasti apa
yang dibualkan sudah pasti berkaitan puaka matang yang dianggap dewa oleh manilinggam .......
dari mulut mani segala dewa dewi nya di ceritakan dari vishnu sita kali ma dan ntah hapa hapa lagi... cuma yang tak keluar
shah rukh khan salman khan dan zeenat aman je hehehehe al maklumlah mereka bukan dewa tapi pelakon bollywood yang dianggap
dewa dalam industri perfileman kira dewa gak lah cuma tak disebut oleh mani....
kadang kadang ketawa jugak macamnerlah dia boleh percaya dengan perkara yang saya kategorikan dalam kategori merepek tahap
gaban tapi nak kata apa mereka berpegang kepad apa yang mereka yakini...
terus terang saya katakan saya amat amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang islam ... dari keluarga islam... dan percaya
kepada islam... syukur ya allah.....
kalau saya di lahirkan oleh mereka pasti saya akan jadi seperti mereka...benarlah seperti yang tertinta dalam al quran
hidayah dari tuhan....
selama batu itu berada di rumah abang yuspa sehingga batu itu lepas dari gengamannya batu itu hanya menjadi batu yang tak
ubah seperti batu jalan...
malah anak sulung abang yuspa pernah main bowling dengan batu itu....
benarlah tiada apa yang boleh memberi mudharat baik di bumi dan dilangit dengna izin allah jua.......
nampak gayanya tinggal satu bab lagi belum saya ceritakan kisah puaka matang kembali mengganas....
saya pasti beberapa persoalan pasti bermain di fikiran forumer antaranya....
1-bagaimana puaka matang kembali mengganas?
2-bagaimana batu itu boleh hilang dari tangan abang yuspa?
3-apakah keganasan yang ia lakukan?
4-tentu banyak lagi........senang cakap lain lain....
untuk jawapan itu nanti lah kot saya lapang saya ceritakan belum taip lagi letih wooooo taip cerita ini hehehehehhehe....
bila lapang tu tak tau dan tak pasti bila ahak ahak ahak
oklah tamat untuk kisah yang pertama dan kedua "puaka matang" dan "bertempur dengan puaka matang" nantikan kisah yang lebih
hebat dan penutup kisah ini "puaka matang kembali mengganas" memang tahap ganazzz kisah selanjutnya ini.........jangan lupa